返回总目录
Kesaksian Saudara Muhammad
Kesaksian Muhammad
Assalamualaikum. Nama
saya Muhammad, saya seorang anak Malaysia, sama seperti ibu-bapa saya yang
beragama Islam. Sejak saya di bangku sekolah rendah lagi, orang-tua saya telah
hantar saya belajar mengaji al-Quran. Saya telah pun berkhatam al-Quran semasa
saya di sekolah rendah.
Kedua-dua orang-tua saya merupakan pengikut
Islam yang warak. Di bawah pengaruh mereka, saya telah mendalami pengetahuan
Islam saya secara intensif sehingga berumur 17 tahun, sampai umur itu, ilmu
keIslaman saya boleh kira cukup mantap bagi seorang Muslim yang berpengetahuan.
Walau pun begitu, oleh kerana latihan yang
telah saya mengalami, dan latar-belakang saya suka mencari ilmu pengetahuan
daripada sumber-sumber yang wajar, saya sentiasa bertanya-tanya serta
bersoal-siasat apa-apa saja yang mengambil perhatian atau mengangkap minat minda
saya. Termasuk hal-hal keagamaan dan Islam. Oleh sebab itulah, saya telah
memiliki banyak buku-buku ilmiah, kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris.
Oleh kerana sikap saya yang suka siasat dan
selidiki segala-galanya yang mengembangkan fikiran saya, saya juga telah
menujukan secukup banyak soalan terhadap agama Islam sendiri. Semasa saya berada
di negeri Pulau Pinang, minat saya mencari jawapan untuk soalan-soalan saya
semakin meningkat. Saya telah bergaul dengan umat intelektual Muslim yang miliki
minat ilmiah yang sama seperti saya. Di sanalah saya telah bertemu dan bergaul
dengan kumpulan Islam "Anti-Hadith", dan mereka telah banyak
menolong saya memahami dan menolak kejanggalan dan kebatilan yang ada dalam
ajaran dan Sunnah Islam.
Secara khususnya, saya telah mengalami
kemusykilan dan banyak sekali keraguan tentang ajaran-ajaran yang dipelopori
serta arahan-arahan yang dianjurkan di dalam Kitab-kitab Hadith, termasuk
koleksi Hadith-hadith yang digelar ‘sahih’. Walau pun umat Islam gelarkan
koleksi-koleksi ini sebagai 'Sahih' konon, saya amat kecewa apabila saya
mendalami kajian saya dalam bidang tersebut! Setelah membaca dan menelaah
ajaran-ajaran yang dikandung di dalam Hadith serta tulisan-tulisan Muslim
mengenainya, semakin kurang masuk akal saya mendapati ajaran-ajaran mereka. Saya
akan memberi beberapa contoh Hadith tersebut.
Beberapa contoh kemusykilan dan kesangsian
dalam Hadith-hadith Sahih Islam adalah seperti berikut.
1)
Air kencing unta adalah ubat untuk sakit-penyakit manusia,
dan boleh dipakai sebagai ubat!
-
Hadith sahih Bukhari Jilid (Volume) 7 nombor 590
-
Hadith sahih Muslim jilid 3, nombor 4130.
Ini merupakan
anjuran dan ajaran Islam yang sangat janggal sekali. Manakah bukti saintifik dan
kesihatan bahawa air kencing unta telah benar-benar berhasil dan berguna sebagai
penawar?
2)
Syaitan dan iblis tidur atau menginap di dalam lubang hidung manusia
-
Hadith Bukhari jilid 4, nombor 516
-
Hadith Muslim jilid 1, nombor 462.
3)
Anjing yang berwarna hitam adalah iblis dan syaitan dan mereka harus
dibunuh, dan kononnya mereka juga berupaya
membatalkan solat umat Muslim!
-
Hadith Muslim jilid 1, nombor 1032
-
Hadith Muslim jilid 3, nombor 3809-3829.
Diskriminasi yang tidak berasas ke atas anjing berwarna hitam! Lagi pun,
ajarannya bahawa anjing hitam ialah
iblis/syaitan, adalah tidak benar dan ialah kekarutan sama sekali!
4)
Sayap kiri seekor
lalat beracun, dan sayap kanannya ada penawarnya!
- Hadith Bukhari jilid 7,
nombor 673.
Hadith ini dengan cukup terus-terang sangat janggal dan tidak masuk akal.
Lebih-lebih lagi, bertentangan secara
langsung dengan kebenaran dan fakta-fakta saintifik!
5) Memakan
Bawang putih dilarang bagi orang Islam, dan mereka tidak
boleh masuki masjid jika orang Muslim telah
memakan bawang putih!
-
Hadith Bukhari jilid 5, no. 526
-
Hadith Bukhari jilid 1, no.812, 813.
Apakah salahnya
dengan Bawang Putih, padahal secara saintifik sudah terbukti nilai-nilai
kesihatannya untuk manusia yang banyak sekali.
6)
Kebanyakan penghuni dan ahli
neraka adalah jiwa-jiwa wanita!
-
Hadith Bukhari jilid 8, 456, 544.
Kenapa
berdiskriminasi terhadap kaum wanita dengan cara tidak munasabah seperti ini?
7) Dilarang kencing atau membuang
air kecil ke dalam lubang/rongga dalam tanah. Lubang-lubang itu kononnya
adalah
tempat tinggal jin-jin tertentu!
- Sunan Abu Daud
Jilid 1 (Fasal 16), Nombor 29.
Rongga dan lubang
dalam tanah adalah cara yang paling praktikal dan lazim diamalkan di serata dunia
untuk membuang air. Tidak ada lapuran dari mana-mana tempat di dunia yang mana
manusia telah
pernah melihat jin keluar dari mana-mana lubang buang air tersebut! Ini
merupakan satu lagi kekarutan yang dipelopori oleh Hadith sahih.
Anda juga boleh membaca tentang kejanggalan Hadith-hadith yang Sahih dalam agama
Islam dari link dibawah ini:
Macam-macam Kepelikan!
Sebenarnya, rakan-rakan Islam saya mendapati bahawa arahan-arahan dan saranan
Hadith seperti di atas, semuanya adalah sejajar dengan kurafat (superstitions) yang telah dijadikan
kewajiban bagi umat Islam untuk mematuhi, mahu tidak mahu, secara paksa!
Maklumlah, semua Hadith ini ditolak keseluruhannya oleh kumpulan Islam
Anti-Hadith tersebut!
Hasil daripada kekhuatiran dan kesangsian akan Hadith-hadith 'Sahih' itu, saya
telah semakin kecewa terhadap agama Islam yang telah saya anuti dari umur yang
cukup muda lagi!
Selain daripada itu, saya juga telah pergi ke luar negara untuk melanjutkan
pendidikan saya. Di negara asing saya telah bertemu dan bergaul dengan
ahli-ahli cerdik pandai Islam serta ulamak-ulamak Islam yang alim. Saya pun
minat sekali berbincang-bincang dengan mereka, terutama sekali tentang hal-hal
keagamaan.
Mereka telah mengejutkan saya lagi apabila ada di kalangan mereka
juga terdapat ulamak yang mempersoalkan Hadith-hadith sahih dan
kewibawaan Hadith habis-habis! Bukan sahaja pada setakat itu, malah ada
ulamak-ulamak, cendekiawan dan tokoh Islam dari antara mereka yang mempersoalkan Al-Quran dan
kesahihan kandungannya! Bagi mereka, terdapat juga cukup banyak kejanggalan
serta percanggahan dan kepalsuan sejarah di dalam al-Quran sehingga menjadi
kecurigaan serta tanda-tanya besar kepada kewibawaan kitab itu!
Di bawah sini kami memberikan link kepada
beberapa makalah-makalah ilmiah yang membentangkan masalah dan tanda-tanya serta
kecurigaan dan kemusykilan ke atas kitab umat Muslim - al-Quran! Ada juga
kecurigaan yang telah dibawa oleh tokoh dan para ILMUWAN ISLAM
sendiri!
Permasalahan dan Percanggahan di dalam al-Quran
Mushaf-mushaf Yang Hilang
Sifat-sifat Firman Tuhan yang Murni
"Ilmu Sains" al-Quran...
Dan
Surah 30 ar-Rum- Satu Penilaian Semula
Setelah bergumul cukup lama secara intelektual dan rohaniah dengan kecurigaan dan keraguan saya
tentang kandungan al-Quran itu, saya telah pun menganalisa dengan lebih mendalam lagi
tentang percanggahan-percanggahan yang terdapat di dalamnya. Syak wasangka saya
terhadap Kitab al-Quran semakin menjadi batu sandungan kepada saya; akibat percanggahan-percanggahan serta kesilapan fakta-fakta sejarah yang jelas terdapat di dalam al-Quran. Walau pun
saya telah mendalami kajian saya dengan menelaah karya-karya tokoh-tokoh dan pujangga
Islam yang ortodoks. Akhirnya, saya telah kecewa mengesahkan kebenaran al-Quran,
akibat kekecewaan ini saya telah mulai mengkaji Kitab Bible (Al-Kitab) umat
Sayidina Isa Al-Masih yakni, umat Kristian.
Saya telah memperolehi sebuah Al-Kitab/Bible
dan menyelidikinya sedalam-dalamnya dan dari permulaannya sehingga penghabisan
fasal-fasalnya. Walau pun dalam Quran terdapat lebih daripada 100 rujukan kepada
Sayidina Isa A.M..mereka tidak selengkap riwayat Baginda seperti yang terdapat
di dalam Kitab Suci Injil! Jadi, saya telah bermula menyelidiki Kisah Hidup dan
riwayat Sayidina Isa Al-Masih dengan sikap yang baru serta dengan 'kacamata'
yang tidak dicemari oleh pra-sangka dan salah-tafsiran keislaman saya yang
dahulu! Saudaraku, saya syorkan kepada anda - abaikanlah pra-sangka-pra-sangka
anda serta sikap-sikap negatif anda terhadap Kitab Injil dan ajaran umat
Kristian. Maklumlah, al-Quran sendiri telah mengarahkan umat Islam dari
Surah 10 Yunus 94 seperti berikut:
"Jika engkau
(Muhammad) syak wasangka tentang apa yang Kami (Tuhan Allah) turunkan,
hendaklah engkau tanyakan kepada mereka yang membaca Kitab sebelum
engkau (yakni umat Kristian dan Yahudi).Sesungguhnya telah datang
kebenaran kepadamu dari Tuhanmu.."