返回总目录
"Ilmu Sains al-Quran...?
Bahasa Indonesia
"Ilmu Sains" di dalam al-Quran
dan Lain-lain Kejanggalan
Dewasa ini, ramai para Muslimin telah muncul dan mempelopori teori mereka bahawa
dalam Quran itu kononnya ada banyak fakta-fakta dan mujizat saintifik. Banyak
laman-laman web, buku-buku serta video telah dicipta orang-orang Islam yang
cuba menonjolkan Islam itu sebenarnya berpunca dari Allah, kononnya disokong
oleh hujah-hujah yang 'tepat secara saintifik' dalam al-Quran dan Hadith. Kebanyakan
risalah mereka bermula dengan pernyataan seperti berikut :
"Suatu hal yang mengkagumkan ialah bagaimana al-Quran 'menangani'
ilmu Sains. Quran yang diwahyukan dalam abad ketujuh kepada Muhammad(saw) mengandungi
fakta-fakta saintifik 'yang baru kini ditemui pada abad ini'. Ahli-ahli sains
terkagum sahaja apabila mereka ditemukan dengan ketepatan dan kecocokan ayat-ayat
al-Quran dengan penemuan sains moden."
Rencana ini akan meneliti hujah diatas. Ia juga akan mengkaji dengan rapi,
ayat-ayat al-Quran yang dipetik orang Muslim sebagai kononnya menyokong 'mujizat
saintifik' mereka. Kajian ini juga akan meneliti dan membongkar banyak kejanggalan
dan kepelikan saintifik yang terkandung di dalam Quran dan Hadis yang disegani
dan amat malu disebut-sebut oleh umat Islam - kerana kejanggalannya dan juga
kerana amat jauh sekali dari kebenaran!.
Lebih kurang 90 peratus daripada 1 bilion orang Islam pada hari ini terdiri
dari kelompok Sunni. Kelompok yang terbesar selepas Sunni ialah puak
Shi'ah. Oleh itu, makalah ini akan meneliti dan mengkaji ajaran dan tafsiran
kelompok para Sunni, yang merupakan majoriti pengikut-pengikut Islam hari ini.
Contohnya, Hadith yang diikuti puak Sunni hari ini adalah hanya diikuti
dan diimani oleh ahli Sunni sahaja tetapi ditolak sebulat-bulatnya oleh
kebanyakan puak-puak Islam lain yakni ahli Shi'ah, 'Submitters'('Quran
only') dan ahli Sufi. Puak Islam Shi'ah, misalnya, memiliki
koleksi-koleksi Hadith sahih mereka sendiri, dan hadith-hadith mereka tidak
bersetuju dan menolak secara terus-terang dengan 'Hadith Sahih Bukhari atau
pun Muslim' dan lain-lain ahadith. Sebenarnya, pada hari ini terdapat lebih
daripada 100 JUTA orang yang bergelar Muslim tetapi mereka tidak menerima
atau mempercayai koleksi ahadith orang-orang Sunni. Walaupun begitu, kebanyakan
perbincangan dalam rencana ini akan menumpukan perhatiannya kepada fahaman dan
tafsiran puak Sunni sahaja.
1 ] Ciptaan Bumi
Al-Quran menyebut dalam Surah 50 ayat 38 bahawa:
"Sesungguhnya telah Kami jadikan beberapa langit dan Bumi dan apa-apa
yang diantara keduanya dalam enam hari dan Kami tiada merasa payah ..."
Adalah satu hakikat sejarah bahawa nabi Muhammad telah bercampur-gaul dengan
umat-umat Yahudi dan Kristian. Dan lagi satu hakikat ialah banyak daripada isi
kandungan Quran itu diambil (induknya) daripada AlKitab umat Kristian dan Yahudi.
Di nas ini kita diberitahu bahawa - sama seperti catatan dalam Buku Kejadian
dalam Alkitab al-Mukkadas - Bumi telah dicipta dalam enam hari.
Para Muslim yang mencuba mencocokkan atau menyelaraskan ajaran al-Quran dengan
Sains moden, mentafsirkan bahawa 'Satu hari bagi Allah dan malaikatNya adalah
bersamaan dengan 50,000 tahun'. Ini diambil dari surah 70 ayat 4. Jadi,
mengikut hitungan matematik, para Muslim cuba menghujah bahawa Bumi telah dicipta
dalam 300,000 tahun (6 hari x 50,000 tahun). Teori ini amatlah cetek lojiknya
tetapi menarik. Ia menarik kerana perhitungan ini tidak didukung atau disokong
oleh kajian Sains Moden! Menurut Sains Moden, ia telah memakan masa selama
BEBERAPA BILION TAHUN untuk mencapai keadaan pada hari ini. Berbilion tahun
telah berlalu sebelum wujudnya pepohon, dan beribu bilion lagi sebelum wujudnya
binatang haiwan!
Surah 70 ayat 4 :
"Malaikat-malaikat dan roh naik kepadaNya dalam SEHARI yang
lamanya LIMA PULUH RIBU Tahun."
Ayat ini membawa lebih banyak masalah lagi bagi al-Quran, kerana ayat ini bertentangan
secara langsung dengan ayat-ayat Quran lain. Misalnya Surah 32/5 dan
surah 22/47 kedua-dua sebut bahawa :
"Sesungguhnya SEHARI disisi TUHAN-Mu seperti SERIBU
Tahun dari apa yang kamu hitung."
Jadi, jelaslah dapat dilihat percanggahan dan perselisihan dalam Quran - Sehari
itu 50,000 tahun ATAU hanya 1,000 tahun?
Juga, untuk menyatakan bahawa Allah telah mengambil masa selama 300,000 tahun
untuk mencipta Bumi merupakan satu PENGHINAAN kepada-Nya. Kerana Dia hanya boleh
berkata : "Jadilah engkau" lalu jadilah ia (iaitu Bumi).
"Dia yang menciptakan langit dan BUMI; apabila Dia menghendaki
mengadakan sesuatu Dia berkata: Jadilah engkau. Lalu jadilah ia."
Surah 2 ay.117
Bukan sahaja teori Islam di atas ini bercanggah dengan Sains hari ini, malah
ia bertentangan dan berselisihan dengan nas-nas Qurannya sendiri!
2 ] "Sains" Embrioloji
Pada tahun 1982, Keith Moore, seorang profesor di Universiti Toronto, telah
menulis sebuah buku berjudul : "The Developing Human, edisi ke3".
Di dalamnya Moore ceritakan kehairanannya dengan 'cerita pertumbuhan
embrio di dalam Quran'. Selepas itu, dia telah menulis lagi satu buku yang berjudul
"Human Development as described in the Quran and Sunnah" yang amat
gemari dipetik oleh ahli-ahli puak Sunni. Mereka ini merujuk kepada ayat Quran
tersebut :
"Kemudian Kami jadikan dia air mani (yang disimpan) di dalam tempat
yang kukuh. Kemudian mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah
itu Kami jadikan sepotong daging, lalu sepotong daging itu Kami jadikan tulang,
lalu tulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian dia Kami ciptakan makhluk
yang lain. Maka Maha suci Allah yang sebaik-baik menciptakan."
Surah 23 ay.13,14
Di permukaannya, pernyataan ini kelihatan 'ajaib' untuk dibuat oleh seorang
"Arab dari abad ketujuh". Tetapi, apabila ayatnya dianalisa lebih
lanjut dan dengan lebih teliti, terdapat penjelasan dan juga kesilapan yang
ketara yang timbul bagi ayat tersebut. Mula-mula, kita boleh bertanya jika
ayat itu adalah asli, dan kedua, adakah pernyataan
itu tepat atau pun benar.
Ramai orang kagum dengan tersebutnya 'air mani' dalam ayat di atas. Tetapi
ini bukanlah sesuatu yang istimewa! Jauh lebih lama sebelum timbulnya al-Quran,
manusia sudah pun sedar akan wujudnya "Benih" yang keluar daripada
buah zakar lelaki, semasa proses persetubuhan. Al-Kitab (Bible), satu Teks yang
jauh lebih tua daripada Al-Quran, lebih awal lagi dari Quran telah menyebut
tentang seorang lelaki yang dihukumi oleh Tuhan oleh sebab dia "membiarkan
air maninya jatuh ke atas bumi". Kejadian 38 : 9-10.
Seluruh cerita tentang pertumbuhan kehidupan manusia dalam al-Quran bukanlah
cerita yang asli. Ahli-ahli Sunni cuba mempelopori teori mereka bahawa Muhammad
telah mengajarinya sebelum ditemui ahli-ahli sains. Tetapi ahli-ahli Sunni ini
malangnya sudah tersilap! Hujah-hujah mengenai pertumbuhan seorang bayi
di dalam rahim seorang ibu sudah pun diajari oleh Aristotle 1,000 Tahun sebelum
tercatitnya al-Quran! Sebenarnya, Aristotle telah menceritakan dengan tepatnya
mengenai tali pusat (umbilical cord) serta fungsinya -sesuatu yang tidak
disebut dalam Quran. Ini menunjukkan hakikat bahawa tokoh-tokoh dan ahli-ahli
falsafah bukan Islam sudah mengenal dan menganalisa hal-hal saintifik jauh lebih
awal daripada Muhammad dan lebih daripadanya. SETIAP sebutan pertumbuhan seorang
manusia di dalam al-Quran mengikut teori-teori Roma dan Yunani yang sudah wujud
jauh lebih awal lagi! Contohnya, ayat tersebut tentang air mani :
"Ia dijadikan dari air yang terpancar, yang keluar dari antara tulang
punggung lelaki dan tulang dada..."
Surah 86:6,7
Kesilapan ayat ini amat jelas dan ketara!
Dan ia juga meniru dan menciplak daripada teori-teori yang lebih awal lagi.
Pertama, air mani tidak berasal "dari antara tulang punggung lelaki"
jika begitu ertinya air mani berpunca daripada Buah Pinggang lelaki! Kami semua
tahu hakikat air mani dibuat di dalam buah zakar (testicle) seorang lelaki.
Tetapi orang sezaman dengan Muhammad - termasuk dia sendiri- jahil tentang hakikat
tersebut! Sebelas abad sebelum munculnya Muhammad, seorang doktor Yunani
bernama Hippocrates, menganjur teorinya bahawa air mani melalui buah pinggang
sebelum sampai ke buah zakar lelaki. Teori air mani yang salah ini telah diterima
tanpa disoal untuk berabad-abad lamanya.
Ada orang yang kata bahawa Muhammad tidak kenal orang-orang Rum atau Yunani.
Tetapi, penduduk-penduduk tanah Arab sebelum kedatangan Islam, sudah pun bergaul
dan berurusan dengan jajahan Byzantium, Syam, Mesir, Parsi dan juga Babylon.
Terdapat juga ramai umat Yahudi dan Kristian yang telah bermastautin di sana.
Umat-umat Yahudi dan Kristian ini sudah tentu kenal dan amat biasa dengan tamadun-tamadun
Rum dan Yunani. Pada zaman Muhammad, umat Kristian sudah ada perhubungan dengan
Rum. Yahudi pula ada pertalian dengan tamadun-tamadun di Babylon dan Parsi.
Tidaklah mustahil, malah amat mudah sekali untuk konsep dan teori-teori tamadun-tamadun
tersebut, termasuk teori pertumbuhan embrio yang silap itu, sampai kepada telinga
Muhammad.
Akhir kata, mengimbas kembali kepada ayat-ayat Quran yang menyentuh pertumbuhan
seorang bayi itu, saya akan akui bahawa itu juga adalah salah dan tidak masuk
akal. Nas Quran berkata bahawa 'segumpal darah itu Kami jadikan sepotong
daging, lalu sepotong daging itu Kami jadikan tulang, lalu tulang itu Kami bungkus
dengan daging':Surah 23 ayat 13,14. Sebaliknya, hakikat Saintifik yang sebenar
adalah tisu-tisu hidup yang bertumbuh terlebih dahulu, kemudian
sahaja diikuti dengan pertumbuhan tulang yang akan semakin membesar dengan penambahan
Kalsium bertahun-tahun selepas bayi itu dilahirkan. Jadi, ini menunjukkan satu
daripada banyak kepelikan dan kesilapan 'saintifik' al-Quran.
Kepelikan-kepelikan Saintifik di dalam
al-Quran dan Hadith.
Untuk mempercayai al-Quran adalah untuk menjadi tidak rasional dan mengabaikan
kewarasan fikiran anda. Terdapat banyak mitos-mitos dan kesilapan-kesilapan
Saintifik di dalam Al-Quran. Tetapi kebanyakan penganut Islam menerima ajaran-ajaran
ini secara membuta sahaja. Dunia saintifik telah mengorak banyak
langkah mencapai tahap pemikiran yang matang serta tinggalkan banyak pantang-larang
serta sikap kebutaan dan ketakutan hasil daripada tamadun primitif budaya-budaya
yang lalu. Malangnya, kerana nas al-Quran disanjung tinggi secara membuta
dan tanpa disoal-siasat, maka terdapatlah banyak perkara di dalamnya
yang ketinggalan zaman, amat pelik dan tidak tepat jika dibandingkan dengan
kebenaran.
Sebagai permulaan, saya akan mengambil contoh daripada budaya Hindu. Menurut
tradisi mereka, suatu hari, dewa Siva telah meninggalkan isterinya di rumahnya,
isterinya pula telah mengambil kulit sendiri dan menjadikan seorang anak daripada
kulit itu. Anaknya merupakan pelindung baginya dan juga rumahnya. Apabila Siva
kembali ke rumahnya, anak itu telah dibunuhnya kerana dia telah menghalang Siva
daripada memasuki rumahnya sendiri. Jadi, isteri Siva pun menjadi amat marah,
dan Siva telah keluar dan memancung kepala seekor gajah dan mencantumkannya
dengan tubuh anak yang telah dibunuhnya itu. Itulah sebabnya kenapa dewa Hindu
Ganesh mempunyai tubuh seorang manusia tetapi berkepala gajah!
Adakah mana-mana orang Muslim yang mempercayai cerita ini ? Tentu Tidak! Ini
adalah satu mitos, satu cerita dongeng yang tidak masuk akal dan tidak benar.
Mitos ini telah direka oleh suatu budaya primitif. Jika amat mudah untuk menanggap
mitos ini sebagai satu dongeng, umat Islam sendiri amatlah malang kerana mereka
membuta kepada dongeng-dongeng di dalam nas Kitab Suci mereka sendiri. Marilah
kita melihat beberapa contoh-contoh kesilapan-kesilapan Sains dan kesilapan
fakta-fakta yang terdapat di dalam Al-Quran.
3 ] Cerita Pertuturan yang Sempurna Hazrat Isa Almasih semasa Baginda Seorang
Bayi
Dalam Surah 19 ayat 29 -33, Al-Quran memberitahu bahawa Isa sebagai seorang
bayi telah berbicara dengan sempurna dengan ibunya Maryam semasa dalam buaian.
Kita semua tahu bahawa peristiwa ini tidak terjadi - menurut catatan dan rekod
dalam Kitab Injil. Sebaliknya, seorang kanak-kanak seperti Hazrat Isa terlebih
dahulu telah belajar bertutur dan berucap dengan betul, sebelum baginda boleh
berbicara apa-apa dengan ibu-bapanya. Sebaliknya, catatan Al-Quran itu diambil
daripada satu lagenda, satu mitos yang telah diterima oleh nabi Muhammad lalu
diletakkannya ke dalam Al-Quran.
Lain-lain Kepelikan Sains di dalam al-Quran dan Hadith
4 ] Pokok dan Batu yang Bercakap
Hadith Sahih Muslim, Kitab 40, Nombor 6985:
Abu Hurairah telah Melapurkan :
Rasulullah (saw) berkata : 'Hari Kiamat tidak akan tiba sehingga para Muslim
berperang dengan umat Yahudi. Umat Muslim akan membunuh orang-orang Yahudi sehingga
mereka akan menyembunyikan diri disebalik batu atau pokok. Maka batu atau pokok
itu akan berkata-kata : "Hai Muslim atau hamba Allah, ada seorang
Yahudi disebalik saya. Marilah dan bunuh dia." Tetapi Pokok Gharqad
tidak akan berkata apa-apa, kerana ia adalah pokok bangsa Yahudi.'
Seorang yang berfikiran waras dengan mudah dapat mengenepikan Hadith ini sebagai
karut! Jelaslah ia miliki banyak kesilapan. Mula-mula, cerita pokok dan batu
yang bercakap-cakap berpunca daripada sumber cerita dongeng dan mitos. Bagi
sepohon pokok atau seketul batu untuk berbicara atau cakap, ia memerlukan otak,
paru-paru, kotak suara dan lidah; disamping pemahaman Bahasa yang dituturkannya
! Lebih teruk lagi kekarutannya ialah : sepohon pokok yang bernama 'Gharqad'
yang akan memihak kepada umat Yahudi !
5 ] Awan yang Bercakap
Tidak mencukupi dengan ide-ide janggal seperti pepohon dan batu-batan bercakap,
al-Quran juga mengajari tentang awan yang bercakap. "Allah berkata kepada
langit dan bumi : Datanglah kamu berdua, baik dengan patuh atau dengan terpaksa.
Sahut keduanya, 'kami datang dengan patuh'." Surah
41 ayat 11. Ramai pembaca-pembaca tidak mengindahkan ayat ini, tetapi apabila
kita mengkajikanya lebih lanjut, ia menimbulkan banyak lagi soalan yang sukar
dijawab. Seperti: Bilakah wap air itu memiliki kesedaran? Adakah molikul air
itu benda yang hidup? Dengan dua atom hidrojen dan satu atom oksigen; di manakah
letaknya otaknya dan mana pula mulutnya ?
Cerita tentang benda-benda yang tidak hidup, tetapi beraksi seolah-olah organisma
hidup, banyak terdapat dalam al-Quran. Ada cerita gunung-ganang yang takut (surah
33:72). Ketakutan, suatu emosi yang terhasil daripada reaksi kimia di dalam
otak. Apakah Gunung-ganang, dicipta daripada batu, pasir dan debu mempunyai
otak dimana reaksi-reaksi kimia ini berlaku ?
6 ] Tempat Matahari Terbenam "di Bumi"
Al-Quran dengan kata-kata yang jelas menyatakan bahawa seorang hamba Tuhan
telah melihat Matahari terbenam ke dalam suatu 'mata air yang berlumpur hitam'
dan di situ pula dia terjumpa dengan sekumpulan manusia. Ayatnya seperti berikut:
"Sehingga, apabila dia sampai di tempat terbenam Matahari, didapatinya
matahari itu terbenam dalam mata air yang berlumpur hitam.
Di sana didapatinya satu kaum. Kami berkata : Hai, Zulkarnain, adakalanya
engkau siksa (kaum yang kafir itu) atau engkau perlihatkan kepada mereka kebaikan..."
Surah al-Kahfi 18 ayat 86
Adakah Matahari itu sebenarnya terbenam kedalam sebuah mata air yang berlumpur
hitam? Menurut nas al-Quran di atas, begitulah hakikatnya.
Ini merupakan satu kesilapan sains dan kekarutan yang besar dalam al-Quran.
Seorang manusia berjalan-jalan di bumi sehingga terjumpa dengan tempatnya Matahari
terbenam-sebuah mata air yang berlumpur ! Menurut Sains serta ilmiah moden,
Bumi yang berputar mengelilingi Matahari. Nas Quran di atas pula mengajar pertentangannya,
bahawa matahari yang berputar, sehingga ia terbenam di Bumi! Jikalau Matahari
bersentuhan dengan muka bumi ini, segala-galanya di bumi akan hangus terbakar!
Juga, semua kehidupan yang ada akan mati serta-merta. Inilah satu lagi contoh
jelas di mana terdapat ajaran-ajaran di dalam al-Quran yang tidak benar sama
sekali dan tidak memihak kepada kebenaran.
7 ] Jin adalah Pemberita-pemberita Maklumat dari Syurga ! Dan Bintang-bintang
boleh melempari mereka...
Satu lagi kepelikan ialah makhluk dalam Quran yang disebut sebagai jin.
Umat Islam percaya bahawa jin-jin ini berdiri di atas bahu masing-masing sehingga
mencapai menjangkau Syurga. Dari sana, mereka dapat mendengari perbincangan
yang sedang diadakan. Ada Hadis yang dikisahkan oleh Aisha (Sahih Bukhari Jilid
9, Kitab 93, Nombor 650) yang mengatakan para dukun dan bomoh menerima sebahagian
maklumat mereka dari Jin yang secara sembunyi-sembunyi mendapatkan maklumat
mereka dengan memasang telinga mereka di ambang Syurga!
Surah 37 ay.6-8 berkata :
"Sesungguhnya Kami menghiasi langit yang hampir kedunia dengan perhiasan
bintang-bintang. Dan untuk memeliharakan daripada tiap-tiap syetan yang durhaka.
Mereka tidak dapat mendengar ke alam yang Mahatinggi, dan mereka dilempari dari
tiap-tiap penjuru.."
Quran juga mengajari bahawa bintang-bintang diciptakan untuk melempari
syetan-syetan supaya mereka tidak dapat mendengar apa yang dibincangkan di syurga.
(Surah 67/5).
Pertamanya, jika Jin boleh menjangkau syurgawi dengan berdiri di atas bahu
jin-jin lain, ertinya Syurga itu adalah pada jarak yang tetap dari Bumi. Jika
ini benar, pada suatu hari nanti kita boleh terbang ke Syurga dengan menduduki
pesawat space shuttle, atau melihatkannya melalui teropong teleskop!
Lebih teruk lagi adalah kekarutan yang diajari, bahawa bintang dan tahi bintang
boleh dijadikan lembing-lembing untuk melempari jin-jin itu! Pada hakikatnya,
bintang-bintang tidak boleh bergerak, tetapi orang-orang Arab pada abad ke-7
tahun Masehi buta sains dan juga buta astronomi, dalam kejahilan mereka telah
kelirukan tahi bintang dengan bintang-bintang. Penulis-penulis
al-Quran dan Hadis telah mengelirukan 'tahi bintang' dengan bintang, dan mempelopori
ajaran salah itu dalam Surah 37, 67 dsb, walhal mereka adalah dua hakikat yang
berlainan.
8 ] Manusia Dapat Memahami Bahasa-bahasa Serangga dan Binatang-binatang
Menurut Quran, seorang manusia telah dapat memahami bahasa binatang-binatang.
Kata surah 27/18-19 :
"Sehingga apabila mereka sampai kelembah semut, lalu berkata raja semut:
'Hai sekalian semut, masuklah kamu kedalam rumahmu, supaya kamu tidak
dihancurkan oleh Sulaiman dan tenteranya'...Lalu Sulaiman tersenyum
serta tertawa, kerana mendengarkan perkataannya ..."
Walaupun pakar-pakar Zooloji telah berusaha mencari kaedah-kaedah serta
cara berkomunikasi dengan beruk dan ungka, tidak ada mana-mana manusia yang
telah dapat memahami "bahasa" spesies makhluk lain selain daripada
spesies manusia. Kebolehan untuk berbicara seperti seorang manusia dicapai oleh
pembentukan otak yang unggul dengan corak pemikirannya yang kompleks. Corak
pemikiran kompleks ini tidak dimiliki oleh kebanyakan haiwan-haiwan yang
lain. Jadi, untuk mengajar bahawa manusia dapat memahami "percakapan makhluk/haiwan
spesies lain" adalah amat tidak masuk akal sekali!
Lebih teruk lagi kekarutan yang dianjurkan oleh Qu'ran bila ia kata manusia
ini boleh memahami 'bahasa semut'! Adalah satu hakikat saintifik bahawa
semut tidak mempunyai corak percakapan. Mereka berkomunikasi
dengan mengesan jejak-jejak kimia, serta cara-cara penghiduan dan pembauan atau
penyentuhan yang lain. Jadi semut sebenarnya berkomunikasi melalui penghiduan
dan BUKAN gelombang-gelombang bunyi. Di gurun yang gersang tanah Arab pada abad
ke-7 Tahun Masehi, kejahilan ini telah menyebabkan ajaran janggal yang tidak
masuk akal diatas! Justru itu, kejahilan mengenai dunia haiwan ini juga membuktikan
gubahan teks Kitab ini di tangan manusia sebenarnya, dan sekaligus memustahilkan
teori sumber ilahi bagi Kitab tersebut. Tuhan Allah, yang Maha mengetahui, sudah
tentu tidak akan melakukan kesilapan fakta-fakta seperti di atas ini.
9 ] Bulan dan Bintang adalah Lampu-lampu dan Pelita
Qu'ran menyebutkan bahwa Allah telah menciptakan langit bertingkat-tingkat
atau berlapis-lapis. Dia menciptakan tujuh langit, dan menghiasi langit yang
terendah dengan pelita (Surah 67:3-5) dan memperindahnya dengan perhiasan bintang-bintang
(Surah 37:6). Qur'an juga mengatakan bahwa bulan berada di dalam ketujuh langit
ini (Surah 71:15-16). Jika bintang-bintang (lampu-lampu) berada di langit yang
terendah, mereka adalah lebih dekat ke bumi berbanding dengan bulan, atau sekurang-kurangnya
memiliki jarak yang sama terhadap bumi sebagaimana bulan. Kedua-duanya
hujah ini secara ilmiah adalah salah dan tidak benar sama sekali. Adalah
suatu kenyataan yang sudah diketahui ilmu Sains bahwa bintang-bintang berada
di jarak lebih jauh lagi daripada Bumi, jika berbanding dengan jarak
bulan dari Bumi.
10 ] Binatang Seperti Monyet Islam Harus Direjam Seperti Manusia
Hadith berikut ini berbicara tentang para monyet yang kononnya adalah Muslim:
Hadith Sahih Bukhari Jilid 5, Kitab 58, Nombor 188:
Disampaikan oleh 'Amr bin Maimun:
"Pada zaman jahiliyah sebelum Islam saya menyaksikan seekor monyet betina
dikelilingi oleh sejumlah monyet-monyet lain. Mereka semua melemparinya dengan
batu, kerana monyet betina itu telah melakukan perzinahan. Saya pun,
ikut melempari batu bersama mereka."
Ini adalah syariat dalam Islam bahwa wanita yang melakukan perzinahan mestilah
direjam (dilempari batu). Menurut Hadis Sahih Bukhari di atas para monyet
juga dikenai hukum ini. Hukum-hukum syariah apa lagi yang wajib diikuti
oleh para monyet? Apakah mereka juga diwajibkan untuk melakukan
ziarah ke Mekah? Apakah mereka diwajibkan membaca Qu'ran? Apa yang merupakan
perzinahan dalam dunia monyet? Sebenarnya, ini hanyalah cerita dongeng semata-mata.
Ia mirip dengan cerita yang terdapat dalam Ramayana, suatu syair dan
epik kepahlawanan Hindu kuno, yang berkisah tentang monyet Hanuman, dan
bangsanya, bertarung untuk menguasai kerajaan monyet.
11 ] Kebolehan Wanita dan Anjing Untuk Membatalkan Solat
Terdapat Hadith Sahih Bukhari - Jilid 1, Kitab 9, Nombor 490 menyatakan bahawa
Jika seorang wanita atau pun seekor anjing berlalu di depan kamu semasa kamu
menjalankan doa dan solat anda, doa-doa itu tidak akan sampai ke Syurga!
Implikasi Hadis ini berbau dengan chauvinisma terhadap wanita dan binatang.
Lebih-lebih lagi, aspek saintifiknya juga cukup janggal dan amat mencurigakan
serta tidak benar. Apakah dalam kuasa Wanita atau haiwan seperti Anjing
yang boleh membatalkan doa ?? Adakah doa para Muslim dibawa oleh sejenis gelombang
sonik yang boleh diganggu dan dibatalkan oleh wanita DAN anjing khususnya
?? Amat jelaslah tiada bukti saintifik langsung bagi mitos dan kekarutan
hadith ini! Tidaklah heran, kerana terdapat banyak rujukan hadith lain yang
menyatakan anjing itu 'jahat' dan harus dibunuh. HSB jilid 4, kitab 54 bernombor
540 berkata "Rasulullah perintahkan supaya anjing-anjing itu harus dibunuh."
12 ] Arahan-arahan yang Tidak Seimbang bagi Binatang-binatang
Apabila sampai kepada pembunuhan binatang, berlaku hukum-hukum yang macam-macam
bagi jenis-jenis haiwan yang berbeda. Anjing harus dibunuh serta-merta,
tetapi seekor ular diberikan peringatan kali pertama secara lisan
jika datang ke rumah kamu. Jika ular itu datang untuk kedua kalinya, maka bunuhnya(Sunan
Abu Dawud Kitab 41,Nombor 5240)! Terdapat hal yang menarik berkenaan dengan
Hadith ini. Hari ini, melalui ilmu Sains kita mengetahui HAKIKAT bahwa seekor
ular tidak dapat mendengar. Adalah cukup buruk dan janggal untuk menganggap
bahwa binatang apapun akan memahami bahasa lisan manusia, tapi menganggap
bahwa seekor binatang yang pekak, seperti ULAR akan memahami, adalah
tidak masuk akal serta amat karut sekali. Sama saja dengan menulis pesan
kepada seekor kelawar, dan meninggalkannya di pintu rumah sehingga si kelawar
akan membacakannya kemudian.
13 ] Air Tidak Dapat dicemari oleh Apa-apa Kekotoran
Hadith berikut ini menunjukkan amalan-amalan kebersihan yang buruk Nabi Muhammad
dan pengikut-pengikutnya:
Sunan Abu Dawud Kitab 1, Nombor 0067:
Dilapurkankan oleh Abu Sa'id al-Khudri:
"Saya mendengar bahwa orang bertanya Nabi Allah (saw): 'Air diambilkan
untukmu dari perigi Buda'ah. Itu adalah salah satu perigi dimana mayat anjing,
kain pembalut haid wanita dan najis manusia dibuang. Nabi Allah (saw) menjawab:
Sesungguhnya air adalah murni dan tidak dicemar oleh apa-apa pun."
Persoalan di sini bukan sahaja kesihatan, namun lebih kepada kurangnya pemahaman
ilmiah dan sains kesihatan yang sebenar. Jelas bahawa saranan Islam diatas
adalah jahil dan buta tentang hakikat bakteria, virus, dan kuman-kuman lain
yang hidup dalam air. Kekotoran serta najis tubuh badan adalah penyebab utama
air menjadi tercemar Escherichia coli (E. coli), bakteria yang
biasanya terdapat dalam usus besar (kolon) yang boleh membunuh manusia bila
termakan. Air yang tercemar mayat anjing atau pun cairan haid juga memudaratkan
sama bahayanya.
Kesimpulan
Dalam zaman sains dan teknoloji yang sudah maju hari ini, umat Islam sedang
terdesak mencari alasan-alasan menutupi kesilapan-kesilapan dan kejanggalan-kejanggalan
saintifik jelas seperti yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis di atas. Para
Muslimin cuba menyebutkan mujizat-mujizat ilmiah yang dinyatakan tanpa bukti
di dalam Qur'an dan Hadis untuk mencuba buktikan dasar keilahian al-Qu'ran mereka.
Dalam kajian singkat mengenai "ilmu Sains" Islam ini, pernyataan-pernyataan
ini dengan jelas telah ditolak.Al-Qu'ran sendiri menyangkal sumber keilahiannya
jika dapat dijumpai di dalamnya hanya satu perkara yang tidak benar, perselisihan
atau kesilapan - Surah 4/82 :
"Tidakkah mereka memperhatikan al-Qu'ran? Kalau sekiranya, ia dari
sisi lain Allah, nescaya mereka peroleh di dalamnya perselisihan yang banyak."
Dari atas, sudah dihurai sekurang-kurangnya tiga-belas kesilapan. Lapan
kesilapan daripada al-Quran dan lima daripada Hadith. Lapan daripada al-Quran
itu termasuk juga perselisihan dengan ayat-ayat Quran sendiri. Ya, kami sudah
memperhatikan dan mengkaji al-Qu'ran dengan berhati-hati, tetapi kami juga telah
temui perselisihan diantara nas-nasnya sendiri. Bukan itu saja, malah Quran
juga ada perselisihan ketara dengan fakta-fakta sains. Juga terdapat perselisihan
nyata diantara al-Quran dengan Sejarah, dan juga perselisihannya dengan kebenaran
secara amnya. Jelas tidak ada kekuatan ajaib atau ilahi yang memberikan nabi
Muhammad pengetahuan 'ilmu saintifik'. Malah, maklumat yang ditonjol-tonjolkan
sebagai saintifik itu sudah terbukti sebagai sangat jahil, buta sejarah dan
buta sains serta tidak memihak kepada kebenaran sama sekali! Sementara kaum
Muslim mendebat bahwa pengetahuan ilmiah yang sudah maju dalam Qur'an itu adalah
merupakan tanda dari keilahian asal mereka, pemikir-pemikir yang waras serta
pakar-pakar sains dan tokoh-tokoh lain mendapati bahwa kesilapan-kesilapan fakta,
perselisihan serta kekeliruan ilmiah yang banyak dan nyata itu menunjukkan kepada
asalnya yang sesungguhnya daripada tangan dan kata-kata manusia sahaja tetapi
mustahil daripada Tuhan.
[Sebahagian Makalah ini diterjemahkan dari rencana seorang bekas Muslim, Denis Giron, dengan kebenarannya.]
Indeks Utama