返回总目录
Hadith-Pengajaran & Sunnah Muhammad
HADITH - PENGAJARAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD
Seorang pembaca Mingguan Malaysia telah mengirim surat membalasnya kepada
Editor akhbar itu dan telah cuba mempertahankan penggunaan Hadith sebagai
satu asas bagi amalan-amalan umat Islam seperti berikut. "Saya nak tanya
sikit, awak ini Islam atau munafik? Awak tidak percaya Hadis? OK-lah, saya nak
tanya sikit: Awak makan ikan atau tidak? Kalau makan, baik hentikan segera sebab
al-Quran kata: 'Tak boleh makan bangkai'. Hadis sahaja yang kata
ikan boleh dimakan. Macam mana anda sembahyang? Kalau tidak sembahyang - itu
bukan Islam namanya. Kalau sembahyang, kena rujuk Hadis. Hadis
sahaja yang beritahu cara sembahyang.. Al-Quran kata 'dirikanlah sembahyang',
Tapi nak sembahyang macam mana kalau tidak tahu caranya!"
Walaupun begitu, dewasa ini, terdapat lebih ramai umat Muslim yang alim sendiri,
yang mempersoalkan kesahihan dan kewibawaan Hadith yang dianggap 'sahih'
atau koleksi hadith yang dianggap 'kuat' atau hadith yang bukan 'daif' (seperti
Hadis Sahih(HS) Bukhari dan HS Muslim dan sebagainya). Kamu hanya kena melayari
laman-laman web berkenaan di Internet seperti site-site 'Code 19', site
Ropers, 'Submission' dan laman-laman web seperti itu -yang
semuanya digubah oleh orang Islam sendiri, untuk menyedari bagaimana
umat Islam sendiri kini semakin sedar dan insaf akan kejanggalan, kepelikan
dan sesungguhnya, kepalsuan Hadith-hadith ini yang merupakan sumber pengajaran
dan akidah bagi umat Islam sehingga ini! Di bawah ini ada disenaraikan beberapa
contoh-contoh Hadith 'sahih' itu yang membuktikan betapa pelik, janggal
dan tidak masuk akal sumber akidah Islam ini.
1.Nabi Adam adalah setinggi 87 kaki (60 CUBITS) ! - Hadith Sahih Bukhari
IV,no.543. Jika begitu, berapa tinggikah Siti Hawa, isterinya itu? Jika
mereka sebenarnya setinggi itu, kenapa cucu-cicit mereka yaitu manusia hari
ini TIDAK SETINGGI BEGITU!? Adakah ini mungkin dari segi perubatan mahupun biologis
bagi mereka menjadi setinggi itu ?
2. Nabi Muhammad adalah pembenci anjing. Dalam Hadith tercatat pengajaran
Muhammad bahawa Malaikat Tuhan tidak akan masuki ke dalam sebuah rumah jika
ada anjing di sana! Juga dia ajar bahawa anjing berwarna hitam itu adalah
iblis! Jadi, dia telah mengarahkan supaya anjing-anjing dibunuh, serta
ditegah daripada menjual anjing.
Hadith Sahih Bukhari IV no.539,540; Hadith Sahih Muslim I no.551,
552;HSM II no.3803, 3829
3. Syaitan dan Iblis menginap di dalam lubang hidung manusia di waktu
malam. Ia boleh disembur keluar dengan menghembus air kedalam hidung dan
kemudian disembur keluar melalui lubang hidung yang sama.
Hadith Sahih Bukhari IV no.516, HS Muslim I no.462
Soalan-soalannya: Betapa besarkah saiznya Iblis itu ?
Adakah ia menginapi lubang-lubang hidung setiap orang??
Adakah si Iblis itu wujud di merata tempat pada waktu yang sama ??
Sesudah dikeluarkan dari hidung-hidung manusia - apakah rupa dan bentuk si Iblis
itu?
4. Muhammad melarang permainan Catur! Larangan pelik ini langsung tidak
masuk akal sekali bagi sesiapa pun!
Hadis Sahih Muslim IV no.5612
5. Manusia telah diubah ke dalam bentuk Tikus, Babi/khinzir dan juga Monyet-monyet/Kera
! Hadis Sahih Bukhari IV,No.524,627, HS Muslim IV,no.7135.
Bapa Nabi Ibrahim telah ditukar menjadi seekor haiwan, menurut Hadis Sahih
Bukhari IV no.569.
6. Umat Islam mempunyai SATU USUS, sementara mereka yang bukan Islam
mempunyai TUJUH usus!
Hadith Sahih Muslim III,no.5113-5115
(Jadi nampaknya orang-orang yang masuk Islam nanti akan mencicirkan usus-usus
mereka satu-persatu, kan!?!)
8. Semasa bersolat, jika sesiapa mengangkat kepalanya menghala ke atas kearah
Syurga, matanya akan dicungkil keluar!
Hadith Sahih Muslim III, no.862-863
8. Sebelah sayap seekor lalat, beracun tetapi sayap di sebelah
lainnya pula terdapat mujarab untuk mengubatinya!
Hadith Sahih Bukhari vol. IV, no. 537
(Lalat! Oh lalat...sejak bilakah engkau miliki nilai mujarab? Pakar perubatan
sebulat suara mengutuk engkau sebagai penyebar bermacam-macam penyakit dan kekotoran..!)
9. Kita semua seharusnya meminum air kencing Unta kerana itu adalah
satu ubat yang mujarab...!
Hadith Sahih Bukhari I, no. 234.
(Kalau begitu ayoh cepat beramai-ramai bikin bisnes mengimpot Unta mendapatkan
air kencingnya untuk dijadikan ubat-ubatan...)
10. Penyakit Demam berpunca dari api neraka, dan ia boleh disejukkan
dengan air sejuk! Hadith Sahih Bukhari IV, no. 483, 486.
Kita semua boleh melihat dari contoh-contoh Hadis-hadis yang 'sah' diatas,
bagaimana peliknya dan ganjilnya segala-gala seruan dan saranan-saranan semua
hadis ini. Sebenarnya ada banyak lagi 'contoh-contoh' serta ajaran-ajaran yang
janggal dan tidak masuk akal seperti di atas yang dipelopori hadis. Sudah mencukupilah
contoh sepuluh kerat hadis di atas sebagai satu selingan yang amat melucukan
bagi kita semua.
Sudah amat jelaslah hakikatnya bahawa koleksi Hadith-hadith itu, mahupun yang
'Daif' atau sebaliknya, mustahil sebagai sesuatu yang diilhamkan Tuhan.
Masakan Tuhan sendiri atau pun hambaNya yang terbimbing tidak sedar yang hadith-hadith
seperti di atas - dan juga koleksi hadith yang sama seperti mereka, adalah
karut belaka!
Tidak hairanlah ada para Muslimin sendiri berasa sangat malu di atas hadis-hadis
pelik yang anih dan tidak masuk akal ini, dan kini mereka menyarankan untuk
MENOLAK penggunaan Hadis sama sekali. Malangnya, ini akan membawa kepada
masalah yang amat besar kepada umat Islam hari ini, seperti yang terdapat di
minda pembaca Akhbar mingguan di atas. Para Muslim sudah pun tuduh-menuduh dakwaan
'Munafik' dan 'Kafir!' sesama sendiri keatas mereka
yang tidak mahu menerima ajaran Hadis itu! Ini pun lagi satu bukti bahawa dunia
Islam berpecah-belah dan tidak bersefahaman mengenai akidah mereka.
Indeks Utama