BEBERAPA SOALAN
YANG SERING DITIMBULKAN UMAT ISLAM TERHADAP UMAT KRISTIAN
-
CONTOH - CONTOH JELAS
KESALAH-FAHAMAN DAN SALAH-TAFSIRAN KETARA
UMAT ISLAM
TERHADAP AJARAN KITAB SUCI INJIL
Kadang-kala kami ada terima komen serta
ulasan dari saudara-saudara Muslim kami, ada juga di antara mereka yang cukup
bersopan tetapi ada juga yang serlahkan sikap angkuh dan cepat sekali
melontarkan tuduhan-tuduhan mereka yang mencerminkan pandangan serta pemikiran
yang cetek mereka. Kami memberikan beberapa contoh seperti berikut.
“Mengapa saya perlu berhujah sedangkan
kebenaran islam itu amat jelas dan nyata. Ianya nyata
dengan logik akal yang sihat (Konon!).
Bagi kamu agama kamu, bagi aku agama aku. Baiklah saya
bermula dengan hujah yang mudah...”
1) MENGAPA PERLU PADERI YANG DIBERI KUASA
MENGAMPUN WALHAL MEREKA JUGA MELAKUKAN DOSA? APAKAH TUHAN
MEMILIH ORANG MELALUI PENGANTARA?
Ujar orang Islam:
“Mengapa saya perlu berhujah sedangkan
kebenaran islam itu amat jelas dan nyata. Ianya nyata dengan
logik akal yang sihat..”
Komen pembukaan anda itu hanyalah pendapat
dan buah fikiran anda sahaja dan bukan satu hakikat yang benar
lagi. Kalau mahu check dan re-check benar-benar dengan
para pemikir, pujangga-pujangga terkenal dan ahli-ahli falsafah dan cendekiawan
Barat Timur mahupun Timur-tengah - Ada jauh lebih banyak para
cerdik-pandai, ahli falsafah dan ahli-ahli Sains yang mengakui kesahihan dan
keandalan ajaran Kristian dan Isa al-Masih, daripada mereka yang mengaminkan
Islam..contohnya :
C.S.
Lewis,
Sir
Isaac Newton,
Blaise
Pascal,
Dr.William
Lane Craig,
Dr.Lamin
Sanneh,
Daud
Rahbar,
Hamran
Ambrie dan
Bambang
Nursena
Dr.Mubarak
Awad
Dan
lain-lain...
- Lima cendekiawan yang terakhir ini dulunya penganut
Islam dari Benua Asia dan Afrika yang kuat (terdapat Imam dan Ulamak
diantara mereka), tetapi kini mereka telah memeluk ajaran Isa dan Kristian
yang sejati setelah mencari DAN mengkaji SEMUA FAKTA-FAKTA dengan akal fikiran
dan minda yang waras mereka! Saudara Dr.Lamin Sanneh pula
berasal dari Benua Afrika dan beliau serta keluarga beliau amat mantap dalam
ilmu-ilmu Islam serta amalan-amalannya yang telah menghasilkan
pujangga-pujangga dan para cendekia Islam yang warak. Tetapi
hari ini, Dr.Lamin Sanneh ialah seorang intelektual dan cendekiawan Kristian
yang cukup disegani ramai hari ini. Saudara Hamran Ambrie, seorang
bekas ulamak Islam pula telah memeluk agama Kristian sesudah bertahun-tahun
berkecimpung dalam gerakan Islam Muhammadiyah di Indonesia dan juga telah
menjawat pucuk kepimpinannya.
“baiklah...hujah yang mudah...”
Sebenarnya, 'Hujah-hujah' anda itu
memcerminkan DAN membuktikan pemahaman, pemikiran dan pentafsiran anda yang sangat CETEK mengenai ajaran Kristian
dan Kitab Suci Injil yang sebenarnya. Maklumlah, para ustaz dan
pengajar-pengajar Islam anda itu TIDAK menggalakkan pengikut-pengikut mereka
mendalami pengetahuan mereka dalam agama Kristian/Injil atau agama umat
Yahudi-Judaisme/Taurat, Zabur & tulisan Nabi-nabi, sebenarnya kedua-dua
ajaran ini adalah ajaran dan agama leluhur kepada Islam-serta penganut-penganut
mereka disebut dalam al-Quran sebagai ahlul-Kitab, sudah
berkembang ratusan malah ribuan tahun sebelum timbulnya Islam dan pengasasnya,
Muhammad!
Kami harap soalan-soalan anda itu benar-benar
ikhlas supaya fikiran dan minda anda akan benar-benar menjadi lebih luas
sedikit, dari keadaan yang cetek sekarang. Soalan-soalan anda itu akan dijawab, satu persatu, insya-Allah.
<<
1) MENGAPA PERLU PADERI YANG DIBERI KUASA
MENGAMPUN WALHAL MEREKA JUGA MELAKUKAN DOSA?
2) APAKAH TUHAN MEMILIH ORANG MELALUI PENGANTARA?
>>
Sorrylah, tetapi hujah yang anda
tonjolkan ini sebenarnya BUKAN AMALAN ATAU PUN PEGANGAN KAMI. Sebagai
seorang Kristian, kami tidak anuti apa yang anda tuduhkan dalam soalan (1) anda di atas itu. Kenapa? Apa yang telah anda
sebutkan di sini adalah anutan orang Roman Katholik (R.K.) sebenarnya. Sedarlah
saudara, Agama Kristian itu BUKANLAH terdiri daripada orang-orang Roman
Katolik sahaja!! Kami pengikut ajaran Saidina al-Masih
Isa seperti yang di catatkan di dalam Kitab Suci Injil (KSI).
Jadi ini adalah satu lagi dalil yang
buktikan betapa ceteknya dan dangkalnya fahaman dan akal anda mengenai ajaran
Kristian. Minda anda
itu sebenarnya tidaklah terbuka atau cukup mantap lagi tentang
apakah ajaran SEBENARNYA ahli-Kitab Kristian dan Injil/KSI itu.
Penganut Roman Katolik itu sahaja yang mengamalkan
'pengampunan paderi',seperti yang anda khuatiri,
tetapi sebaliknya, umat Injili atau Evangelikal TIDAK menganuti
itu.
Maaflah, sebenarnya kami mendapati bahawa bukan hanya anda
sahaja yang memiliki salah-tafsiran dan salah-tanggapan yang ketara ini
terhadap ajaran Injil yang sebenarnya, terdapat ribuan malah berpuluh-puluh
ribuan penganut Islam Malaysia yang mengadakan salah-tafsiran-salah-tafsiran
yang tidak wajar lagi tidak munasabah seperti ini akibat sikap yang jahil dan
dangkal itu!
Ajaran Islam PUN tidak hanya SATU
ALIRAN Bukan? Adakah seluruh dunia Islam
menganuti dalam satu kumpulan Hadis yang SAMA?? Jawabannya
: Jelas Sekali TIDAK. Hadis-hadis yang anda anuti itu ialah Bukhari, Muslim,
Tarmizi dsbnya, bukan? Tetapi umat SHI'A - mereka TIDAK mempercayai semua
koleksi Hadis-hadis al-Bukhari, Muslim dsbnya itu!
Sebaliknya, ahli-ahli Shi'a MENOLAK SEBULAT-BULATNYA semua Hadis2
orang-orang Sunni (Bukahari, Muslim, Abu Dawud dsbnya), dan mereka menganuti
Hadis-hadis mereka sendiri seperti yang dipelopori oleh para Imam-Imam mereka
(spt.Imam Majlisi dsbnya).
Ada beberapa
contoh perpecahan dalam dunia Islam yang lain juga selain
daripada itu. Jadi, sama seperti itu, umat Kristian
juga ada perbedaan antara penganut-penganut mereka. Hujah (1) anda itu hanya
merujuk kepada umat Roman Katolik saja dan BUKAN keseluruhan Dunia Kristian!
Oleh itu, kami kena memperbetulkan salah-andaian dan salah-tanggapan anda itu.
Sekarang sahaja, bolehlah kami menjelaskan sedikit sebanyak
apakah sebenarnya ajaran Isa al-Masih a.s. tentang
'pengampunan dosa' itu. Baginda sendiri telah mengajari
bahawa hanya Tuhan Allah saja yang berhak dan berkuasa untuk mengampuni
dosa-dosa manusia. Sudah pasti, anda juga sudah tahu
bahawa diantara Nabi-nabi, Isalah yang paling banyak melakukan
Mukjizat-mukjizat yang hebat. Mukjizat-mukjizat yang
terutama Baginda ialah mukjizat-mukjizat menyembuh orang-orang yang ditimpa
macam-macam sakit-penyakit, Baginda sanggup menyembuh dan memulihkan mereka
kembali sehingga mereka pulih lebih BAIK daripada keadaan sempurna dan
sedia-kala.
Disamping melakukan kerja-kerja
penyembuhan dan pemulihan yang hebat ini Isa telah menggunakan kesempatan
mujizat-mukjizat penyembuhan terutamanya untuk mengajar tentang perkara 'Pengampunan'-
terutamanya pengampunan yang dilakukan OLEH SAIDINA ISA SENDIRI. Satu petikan dari Kitab Suci Injil hakikat ini ialah dari peristiwa
penyembuhan pesakit Lumpuh.
Isa menyembuhkan seorang yang
lumpuh - KSI Lukas bab 5 ayat 17-26 :
17 Pada suatu hari ketika Isa mengajar orang, ada
beberapa orang Farisi dan ahli Taurat duduk di situ. Mereka telah datang dari setiap
bandar di jajahan Galilea dan Judea dan juga dari Baitulmuqaddis. Kuasa Allah ada pada Isa untuk
menyembuhkan orang.
18 Beberapa orang mengusung seorang yang lumpuh dan
mereka mencari jalan untuk membawanya ke dalam rumah untuk meletakkannya di
hadapan Isa.
19 Oleh sebab mereka tidak dapat membawanya masuk kerana
orang bersesak-sesak, mereka naik ke bumbung rumah lalu membuka genting untuk
menurunkan orang itu dengan tikarnya di tengah-tengah orang ramai di hadapan
Isa.
20 Apabila Isa melihat iman mereka, BAGINDA BERKATA
KEPADA ORANG LUMPUH ITU, "SAUDARA, DOSA-DOSA
KAMU DIAMPUNKAN."
21 Ahli-ahli Taurat dan orang Farisi mula berkata
sesama diri, "Siapakah orang ini yang MENGHINA
ALLAH? SIAPAKAH YANG DAPAT MENGAMPUNKAN DOSA kecuali Allah sahaja?"
22 Tetapi Isa mengetahui fikiran mereka, lalu berkata
kepada mereka, "Mengapakah kamu memikirkan
perkara sedemikian?
23 Yang manakah lebih
mudah?
– mengatakan ‘Dosa-dosamu diampunkan’ atau ‘Bangunlah
dan berjalan?’
24
Tetapi, SUPAYA KAMU KETAHUI BAHAWA ANAK MANUSIA
(YAKNI ISA ALMASIH) BERKUASA DI BUMI INI UNTUK MENGAMPUNKAN DOSA…"
–
Dia berkata kepada orang lumpuh itu, "Aku berkata kepadamu, bangunlah,
angkat tikar engkau dan pulang ke rumah!"
25 Seketika itu juga, dia bangun di hadapan mereka
sekalian. Dia mengangkat tikar di mana dia berbaring tadi lalu pulang dan
memuji Allah.
26 Semua orang tercengang-cengang dan memuji Allah dengan
perasaan takut sambil berkata, "Pada hari ini kami sudah menyaksikan hal
yang ajaib!"
Kitab
Suci Injil, Lukas bab 5 ayat 17-26.
Nah, sudah amat menyerlah amalan dan ajaran Isa al-Masih
sendiri! Sehingga ketua-ketua agama - yaitu Farisi dan ahli Taurat sendiri cuba memarahi Isa
al-Masih a.s. kerana-ayat 21-mereka menyangka hanya Allah yang berhak
mengampuni dosa-dosa mansusia.
Isa yang tahu akan fikiran dan
tuduhan mereka, jadi baginda SENDIRI telah menjawab mereka dalam ayat 24
(atas),
“..Tetapi,
SUPAYA KAMU KETAHUI BAHAWA ANAK MANUSIA (YAKNI ISA ALMASIH) BERKUASA
DI BUMI INI UNTUK MENGAMPUNKAN DOSA,…".
Oleh itu, anda dapat faham siapakah sebenarnya Saidina Isa
al-Masih itu dari kata-kata Baginda sendiri! Kami umat
Kristian TIDAK PERNAH mendewakan Baginda (sepertimana selalu dituduh
secara melulu orang Muslim tetapi tanpa asasnya), tetapi baginda sendiri telah
menyerlahkan hakikat kebenaran dan ajaran-ajaran Baginda yang cukup unik dan
berwibawa. Saidina Isa al-Masih sendiri berkuasa untuk mengampunkan
dosa-dosa manusia! Ini bererti bahwa Baginda bukan sekadar seorang manusia
biasa sahaja, sebaliknya Baginda mempunyai kewajaran, kuasa dan hak ilahi untuk
mengampuni segala dosa-dosa manusia, seperti yang diperlakukan oleh Baginda
berkali-kali semasa melayani manusia di muka bumi ini.
Ini bukan satu-satunya kali berlakunya peristiwa pengampunan
oleh Isa, ada cukup banyak lagi rujukan peristiwa-peristiwa seperti ini sebagai
catatan sejarah! Dalam KSI, ada catitan sekurang-kurangnya tiga kali Saidina
Isa telah mengampunkan dosa-dosa si-pesakit itu SEBELUM menyembuhkan pesakit
itu. Dan SETIAP KALI Baginda telah mempertahankan hak ilahi, kewajaran dan
otoriti keilahian Baginda untuk mengampuni manusia daripada dosa! Sehingga orang-orang Yahudi, pemimpin-pemimpin agama dan ulamak2
mereka sangat memarahinya. Mereka sendiri yang telah menuduhinya sebagai
mengingkari Allah dan mencuba ambilalih atau merampas HakAllah sebagai
Pengampun dosa-dosa Manusia.Walaupun begitu, baginda Saidina Isa Kalimatullah
TIDAK GENTAR dan terus mengampuni dosa-dosa orang-orang lain.
Saudara, Allah itu MAHA BESAR DAN
MAHABERKUASA dan Dia boleh melakukan apa-apa saja yang dikehendaki-Nya. Bagi umat Islam, firman Allah itu telah turun (nuzul) dan menjadi
sebagai sebuah Buku (Kitab-Quran). Bagi kami UMAT
Kristian, Firman Allah juga telah Nuzul dan Turun, tetapi bukan dalam
bentuk Kitab. Sebaliknya, Firman Allah itu telah nuzul dan
menjelma sebagai Manusia, seorang manusia yang serba lengkap dan sempurna!
Yakni, Isa Al-Masih sendiri. Itulah satu
sebabnya juga mengapa Saidina Isa itu juga bergelar 'Logos' yaitu Firman
atau Sabda Allah yang hidup – lihat di Kitab Suci Injil Yahya bab 1 ayat 1-14.
Itulah sebabnya disebalik mengapa hanya Saidina
Isa wajar dan sanggup mengampuni dosa-dosa manusia,
terutamanya sambil Baginda melakukan serta menyerlahkan tanda-tanda hebat
mujizat-mujizat PenyembuhanNya.
Ingat - baginda tidak dengan sengaja mahu
menyebabkan para pemimpin agama dan Ulamak-ulamak Yahudi memarahi-Nya. Tetapi kewibawaan baginda yang sebenarnya telah menyerlah apabila
dia bertindak dengan begitu hebat kepada mereka yang dilayaniNya.
Jadi, hanya Tuhan Allah yang boleh mengampuni dosa-dosa
manusia, dan Sayidina Isa telah menyerlahkannya sebagai Firman Allah yang hidup
dan benar, pada masa dahulu mahu pun hari ini dan pada hari akan
datang.
Itulah salah satu sebab mengapa Isa sendiri telah menggelarkan
diriNya sebagai :
“Akulah Jalan, Akulah Kebenaran
dan Akulah Kehidupan, tiada seorang pun yang dapat kembali ke pangkuan
Allah, selain melalui Aku.”
Yohanes 14 ayat
6.
Jadi, sebagai kesimpulannya, saidina Isa
sendirilah yang telah mengisytiharkan diri-Nya sebagai satu-satunya jalan dan
pengantara diantara Tuhan Allah dan Manusia. Bagindalah
yang benar-benar telah menjambatani jurang dan gaung di antara Allah swt dan
manusia. Kita dapat melihat pada hari ini betapa
terdesaknya manusia yang senantiasa mencuba membina jambatan-jambatan mereka
masing-masing mahu mencapai perkenan Tuhan serta untuk memperolehi hidayah-Nya.
Tetapi, mereka semua ini tidak mempunyai apa-apa kepastian atau jaminan yang
semua usaha-usaha mereka itu sudah pun direstui dan diterima oleh Allah!
Oleh itu, ada nas firman Tuhan yang berbunyi
:
“Bahawa ada
hanya SATU Tuhan, dan ada SATU pengantara di antara Tuhan dan Manusia, yaitu
Al-Masih Isa.”
1 Timotius 2 ayat 5.
Kami harap saudara
akan lebih cerdas cuba mendalami pemahaman anda dalam ajaran-aajaran sebenar
dan isi KS Injil yang betul, tanpa dikaburi oleh andaian-andaian,
pra-sangka-pra-sangka dan tanggapan yang salah dan tidak berasas - seperti
jelas di atas.
3) JIKA JESUS ANAK TUHAN,
SIAPA PULA BAPA TUHAN?
Malangnya, kedangkalan dan kecetekan minda
semakin menyerlah dengan soalan-soalan seperti ini. Adalah wajar sekali
bagi kami tanyakan balik kepada anda :
JIKA ADA
ANAK KUNCI, SIAPA PULA
BAPA KUNCI ? dan
JIKA ADA
ANAK SUNGAI, SIAPA PULA
BAPA ATAU IBU SUNGAI ?
JIKA ADA
ANAK BULAN, SIAPA PULA
BAPA ATAU IBU BULAN ??
JIKA ADA
ANAK BUAH, SIAPA PULA
BAPA ATAU IBU BUAH ???
DAN
LAIN-LAINNYA…!
Kenapakah harus anda menerima semua
ungkapan-ungkapan seperti diatas ini?
Jika kita ikuti 'logik' serong anda itu - BUANG SAJALAH SEMUA
istilah-istilah ini! Buanglah semua kata-kata kiasan itu
dari Kamus-kamus dan vokabulari Bahasa Melayu. Kerana konon mereka
semua pakai istilah 'ANAK' tetapi mereka semua tidak mempunyai 'Bapak'! Jadi, sekali lagi terserlah kedangkalan dan betapa ceteknya otak
penanya itu tidak tahu bahasa kiasan daripada bahasa harfiah dan bahasa
jasmaniah atau biologis.
Saudara, Saidina Isa BUKANLAH Putera Allah secara
fizikal, biologis atau jasmaniah seperti disalah-andaikan dan dituduhi di
dalam al-Quran. Ungkapan itu menjelaskan perhubungan Isa
al-Masih yang cukup akrab, istimewa, kekal abadi dan unik dengan Allah swt,
tetapi perhubungannya bukanlah secara jasmaniah atau biologis, tetapi
sebaliknya.
Jauh sebelum itu, dalam Kitab Taurat sudah pun
termaktub ungkapan 'Son of Man' dalam Surah Daniel fasal 7.
Tetapi kerana nabi anda Muhd.kurang tahu dan JAHIL tentang Kitab Taurat serta
Nabi-nabi Israel yang terdahulu SECARA TEPATNYA, Muhamad juga amat jahil akan
semua istilah-istilah khusus yang telah diguna-pakai oleh Isa dan para
pengikut2Nya. Saidina Isa sendiri telah mengunakan istilah ini untuk
menubuatkan tentang kembaliNYA kali kedua di akhir Zaman sebagai 'the Son of
Man' yang akan menghakimi seluruh Dunia..Matius 24, 26,
Markus 10, Yahya 12 Dll.
Terdapat juga contoh kesilapan jelas dan ketara al-Quran
dalam surah 5/116, yang mengajar bahawa kononnya Tritunggal Nasrani itu adalah
menganuti 'Bapa, Putera dan Siti Maryam' dan anda pun ikuti kepalsuan
ini secara membuta sahaja! Kami cabar anda sekali lagi untuk mencari dalam Kitab Suci
Injil rujukan nas Alkitab dimana Tritunggal adalah 'Bapa, Siti Maryam dan
Putera', seperti dituduhi al-Quran (5/116 dll). Saidina Isa dan KSI tidak
pernah mengajari ajaran ini seperti yang dituduhi Quran - oleh kerana Muhammad
dan Qurannya sendiri JAHIL akan ajaran-ajaran
Kristian yang sebenar sepertimana dikandungi dalam Al-Kitab!
Kesilapan Quran ini amatlah memalukan bagi umat Islam kerana
ia menuduh umat Kristian sesuatu yang TIDAK DIAJARI
DALAM ALKITAB MEREKA SENDIRI. Jadi al-Quran anda itu
sebenarnya bukan sahaja sangat buta sejarah tetapi juga amat
buta hakikat pegangan dan ajaran-ajaran sebenar orang Kristian.
Ini membawa kepada persoalan yang keempat
– bahawa kononnya umat Kristian sudah menyimpang dan memalsukan Kitab-kitab
suci kami. Jika terdapat pemalsuan dalam KS Injil,
kita harus menyoalkan kitab al-Quran sendiri, kerana terdapat di dalamnya cukup
banyak juga kesilapan-kesilapan serta percanggahan-percanggahan yang ketara dan
jelas.
4) Adakah
Kitab al-Quran benar-benar suci dan tidak bercela atau tercemar daripada
apa-apa kecurigaan dan kemusykilan?
Adalah banyak lagi contoh kesilapan dan kesalahan sejarah
dan kebenaran dalam Quran! Termasuk cukup banyak percanggahan
dan perselisihan antara nas-nas Quran sendiri. Antara Contoh-contohnya
banyak misalnya :
1] Tentang anak Nuh
Anak Nuh, berenang ke gunung waktu air bah dan tenggelam
…." (QS. 11 Huud 42-43)
Bertentangan dengan:
Nuh berdoa, doanya berkenan kepada Allah,
maka diselamatkan beserta keluarganya. (QS. 21 Al Anbiyaa 76)
2] Orang dapat diselamatkan dari Neraka
Orang dapat diselamatkan dari neraka…. (QS. 19 Maryam 72)
Bertentangan dengan:
Orang kafir penghuni neraka kekal di
dalamnya. (QS. 2 Al Baqarah 39)
2] Tentang minuman keras (Air khamar)
Minum khamar dan minuman keras atau arak adalah dosa besar
(QS. 2Al Baqarah 219)
Bertentangan dengan:
Di syurga akan diberi minum khamar
dan arak secukup-cukupnya, (QS. 83 Al Muthafifiin 25)
Apakah amalan-amalan yang diharamkan di dunia ini adalah
halal di akhirat ??? Dimanakah konsistennya dan
kesahihannya “Firman Tuhan” ini?
3] Al-Quran itu bukanlah perkataan setan
Al-Quran itu bukanlah perkataan setan yang terkutuk…. (QS.
81 At Takwiir 25)
Bertentangan dengan:
Jin jin berkata -di dalam Al-Quran Surah Jin.. (QS 72 Al Jin 14)
4] Tentang Zina
"Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan
yang buruk" (QS. 17 Al Israa 32)
"Perempuan perempuan yang berzina dan
laki laki yang berzina deralah masing masing seratus kali. Dan janganlah
kamu belas kasihan kepada keduanya…." (QS. 24 An
Nuur 2)
Laki laki yang berzina tidak nikah
melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak menikahinya melainkan laki laki
yang berzina atau laki laki yang musyrik. Dan demikian
diharamkan atas orang orang mukmin. (QS. 24 An
Nuur 3)
Ayat diatas bertentangan dengan:
"Dan orang orang yang menjaga kemaluannya, kecuali
terhadap isteri isteri mereka atau budak budak yang mereka miliki
sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela" (QS. 23 Al Mukminun 5,6)
"Dan orang orang yang memlihara kemaluannya kecuali
terhadap isteri isteri mereka dan budak budak yang mereka miliki
maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela" (QS. 70 Al Ma'ariij
29-30)
" … Kahwinilah wanita wanita yang
kamu senangi, dua, tiga atau empat, jika kemudian kamu tidak dapat berlaku
adil, maka kahwinilah seorang saja, atau budak budak yang mereka miliki."
(QS. 4 An Nisaa 3)
5] KADAR HARI TUHAN
Para Malaikat dan ruh-ruh menghadap kepada
Tuhan dalam SATU HARI KADARNYA 50,000 TAHUN. (QS. 70 Al Ma'arij 4)
Bertentangan dengan:
"Dan mereka meminta kepadamu
disegerakan azab, dan Allah sekali kali tidak menyalahi janjiNya. Dan sesungguhnya satu hari disisi Tuhanmu adalah SEPERTI 1000 TAHUN
dari apa yang kamu hitung." (QS. 22 Al Hajj 47)
Dia mengatur urusan dari langit ke bumi,
kemudian naik lagi kepadaNya dalam SATU HARI YANG KADARNYA SERIBU TAHUN.
(QS. 32 As Sajdah 5)
Nampaknya Allah atau Muhammad itu sudah amat 'keliru'
- satu hari itu itu 50,000 TAHUN pada satu saat, pada masa yang lain pula, SATU
HARI ITU IALAH HANYA 1,000 Tahun!!
Macam mana boleh diterima ayat-ayat macam ini
? Kalau Quran sendiri menuntut jika ada SATU PUN
percanggahan di dalamnya, ia membatalkan sahnya Quran
anda sendiri..!
Di sini sudah ada LIMA PERCANGGAHAN DAN PERSELISIHAN
DALAM QURAN SENDIRI diantara yang LAIN. Janganlah cuba
memutarbelitkan penjelasannya atau bermain kata-kata dengan kami
. Kami tahu sering kali dalih 'mansuh wa'l masikh' akan digunakan sebagai satu cara menjelaskan
percangghan-percanggahan ini, tetapi ia tak berguna. Kaedah itu hanyalah satu
dalih dan satu ‘excuse’ yang amat mudah dipergunakan untuk menutupi
semua pertentangan dan percangghan yang amat ketara dalam al-Quran.
Sebaliknya, cubaan anda untuk membuktikan kononnya 'korupsi
teks Kitab Suci Injil' adalah sia-sia saja dan adalah satu usaha anda cuba
menegakkan benang basah dalam tiupan angin.
Jika anda cuba
melayari makalah-makalah seperti berikut:
www.answering-islam.org/Bahasa/AlKitab/KesahihanAlKitab.html
www.answering-islam.org/Bahasa/AlKitab/KesahihanKSI.html
www.answering-islam.org/Bahasa/AlKitab/sejarah_quran_injil.html
Semua makalah-makalah dan rencana di atas
menghuraikan bukti-bukti cukup kukuh dan cukup banyak yang menyokong sahihnya
Al-Kitab dan Kitab Suci Injil hari ini. Perkara
kesahihan Injil mempunyai jauh LEBIH BANYAK DALIL-DALIL MASHAF DAN SUHUF,
SEJARAH DAN SAINTIFIK JIKA BERBANDING DENGAN al-Quran. Secarah ilmiah
sahaja, para ahli sejarawan dan pengkaji mushaf-mushaf kuno menaruh jauh lebih
banyak keyakinan di dalam Al-Kitab BIBLE DARIPADA al-Quran - itulah hakikatnya!
Mahu terima atau tidak bukan menjadi persoalan, secara
faktual dan sejarah dokumentari/suhuf, itulah kenyataannya.
Jauh lebih banyak ahli-ahli cendekiawan,
para saintis dan ahli sejarawan meyakini Al-Kitab dan Kitab Suci Injil daripada
al-Quran-yang harus diterima hanya secara membuta dan berta'abudi tanpa
sokongan fakta-fakta sejarah dan ilmiah. Di sinilah buktinya
:
www.bible.org
www.bible-history.com
www.BibleDiscovery.org
Sebenarnya terdapat bekas imam-imam, kadhi-kadhi dan juga
ulamak-ulamak Islam yang sudah menolak Islam dan memeluk ajaran Isa al-Masih
pada zaman dulu mahupun pada HARI INI! Kami sendiri pernah
berbincang dengan para Hafiz Quran dan juga ahli-ahli syari'i yang sekarang
menganuti serta mematuhi ajaran Kristian.
Oh ya...tentang 'sains dalam Quran' konon, juga
merupakan satu kedangkalan sebenarnya! Semua 'unsur sains' yang
ditonjol-tonjolkan oleh para pendakwah dan 'missionari's islam,
SEBENARNYA BUKAN ASLI kepada al-quran, tetapi sebaliknya diciplak dan ditiru
daripada sumber-sumber BUKAN-ISLAM yang lain. Contohnya: Yang disebut-sebutkan
sebagai 'pertumbuhan bayi' al-Quran sudah jauh lama telah dibentangkan oleh
ahli-ahli cendekia YUNANI, Aristotle DAN Hippocrates. Beratus-ratus tahun -
sebenarnya SATU RIBU TAHUN LEBIH, sebelum timbulnya Muhamad, teori pertumbuhan
bayi ini sudah pun diceritakan dan dibentangkan cukup panjang lebar..jadi manusia sudah pun tahu tentang hal ini sebelum Muhamad
mencuba peloporinya! Dia telah menciplak dan meniru teori ini daripada pujangga
dan ahli cerdik pandai sezaman dengannya yang telah mendengarinya dan
mempelajarinya daripada leluhur mereka pula! Buktinya semua ada dibincangkan di
dalam link ini:
http://www.answering-islam.org/Bahasa/Quran/SainsIslamik.html
Kami harap supaya umat Muslim pada zaman dan milenia yang
baru ini akan lebih peka dan prihatin kepada komen-komen serta ulasan mereka
tentang akidah umat Kristian dan kandungan Kitab Suci Injil, yang sama-sama kita imani, kerana
sudah jelas bahawa ada banyak salah-tafsiran dan salah-fahaman yang berakibat
daripada prejudis dan prasangka-prasangka yang sempit lagi serong dan tidak
berasas mereka.
Ada perbahasan lanjutan dari makalah ini terdapat
di sini.
Index Utama