返回总目录
Islam dan Kebenaran
Makalah
Bahagian Pertama Disini
Islam dan
Kebenaran
(Bahagian
Kedua)
Pemansuhan
Satu lagu ajaran penting
dalam
agama Islam yang telah menyebabkannya seolah-olah bercanggahan ialah pemansuhan.
Kita sudah pun melihat umat
Islam menganggap kitab al-Quran sebagai sabda Allah yang sempurna dan tidak
diubah. Mereka percaya ia telah diwahyukan sedikit demi sedikit kepada
Muhammad, nabi Islam, dalam jangka masa 23 tahun. Akan tetapi nas al-Quran
adalah penuh dengan percanggahan dan kontradiksi-kontradiksi dalaman! Orang
Muslim cuba menyelesaikan masalah ini dengan ajaran 'pemansuhan' yaitu apabila
terdapat dua ayat al-Quran yang berarahan tetapi juga bertentangan, ayat yang
telah 'diturunkan' lebih awal dimansuhkan atau dibatalkan oleh ayat yang telah 'diturunkan'
kemudiannya. Asalkan mereka dapat pastikan tarikh bila turunnya ayat-ayat
yang bercanggahan itu, umat Islam boleh mengandaikan ayat mana untuk diabaikan
(ayat yang lebih awal itu) dan nas yang mana pula untuk dipatuhi (ayat yang kemudian).
Sebenarnya, untuk menentukan
atau memastikan tarikh-tarikh turunnya sesuatu ayat Quran itu adalah proses yang
rumit; oleh kerana surah-surah al-Quran tidak tersusun menurut kronologis atau
kesinambungan sejarah, malah alim ulamak Islam sendiri bertelagah sesama sendiri
atas isu-isu pentarikhan bahagian-bahagian al-Quran. Akan tetapi ada
sedikit persetujuan berkenaan mana surah-surah yang awal waktu 'ketanzilannya'
dan lain surah yang bertarikh daripada sesudah Muhammad hijrah ke Medinah.
Satu daripada akibat tragis
ajaran pemansuhan ini ialah sikap kejam dan ganas agama Islam terhadap
penganut-penganut agama yang lain. Sebabnya ialah kebanyakan, kalau tidak semua
ayat-ayat aman-damai di dalam Quran berasal daripada era waktu Muhammad masih
berada di kota Mekkah. Pada waktu itu, beliau telah bersahabat baik dengan
penganut-penganut agama lain yang berada di situ. Kemudiannya, apabila dia telah
berhijrah ke Madinah untuk melarikan diri daripada penganiayaan dan mendirikan
wilayah Islam yang 'berdaulat', sikapnya terhadap pengikut-pengikut agama yang
lain berubah secara radikal! Ayat-ayat al-Quran yang bertarikh dari waktu di
Madinah, penuh dengan kekerasan serta arahan-arahan untuk menentang dan melawan
dengan umat bukan-Islam. Menurut ajaran pemansuhan, ayat-ayat Madinah itu
memansuhkan semua ayat-ayat Makki (Mekkah); yakni ayat-ayat kekerasan
membatalkan ayat-ayat 'aman-damai'.
Tetapi, ayat-ayat 'aman-damai'
itu MASIH terdapat di dalam teks Quran. Ini menjelaskan mengapa umat Muslim
masih memetik daripada ayat-ayat 'aman-damai' itu untuk menyokong hujah mereka
bahawa kononnya "Islam itu aman-damai". Sebaliknya sejarah Islam
sendiri menunjukkan suatu ajaran yang berkembang pesat dengan menewaskan
wilayah-wilayah jirannya melalui kuasa militari dan ketenteraan, dengan membunuh
atau mengislamkan umat bukan-islam secara paksa!
Membuat dan Memungkiri Perjanjian-perjanjian
Telahaan kita mengenai Islam
dan Kebenaran akan tidak lengkap jika kita tidak menyelidiki fenomena mengapa
umat Muslim seringkali memungkiri perjanjian-perjanjian mereka dengan dengan
pihak bukan-Islam. Di antara peraturan-peraturan terperinci Islam yang
mengarahkan peperangan, terdapat juga peraturan untuk mengadakan perjanjian
damai. Pihak Muslim dibenarkan membuat perjanjian damai yang sementara sahaja
dengan pihak bukan-Islam tetapi itu pun hanya jika ianya membawa kelebihan
kepada pihak Islam. Perjanjian seperti itu seharusnya tidak melebihi sepuluh
tahun. Apabila keadaan telah berubah dan situasi akan memihak kepada puak Islam
pula apabila mereka memungkiri perjanjian itu, maka mereka haruslah
memungkiri perjanjian tersebut (tetapi mereka mesti memberitahu pihak yang lain
itu terlebih dahulu tentang keputusan mereka).
Terdapat umat Islam moden
yang lebih 'liberal' yang ingin melihat perubahani dalam akidah klasik Islam,
misalnya kemungkinan mengadakan perjanjian damai yang tetap dengan pihak
yang bukan Islam. Ada juga orang Islam yang berkata (mereka) haruslah
mensyaratkan bahawa pihak bukan-Islam itu akan harus menunduk dan berserah
kepada naungan kedaulatan wilayah Islam (an Islamic state), dan ini
sebenarnya tidak berbeza daripada tuntutan Islam klasik. Yang lain pula menuntut
syarat bahawa agama Islam dapat dikembangkan tanpa halangan di wilayah bukan-Islam
itu. Sepertimana ajaran taqiyya, ajaran memungkiri perjanjian-perjanjian
telah dipelopori dan dikembang walau pun terdapat ayat-ayat al-Quran yang
mendukung menegakkan dan menghormati perjanjian-perjanjian dan persetujuan.
"Kecuali orang-orang yang
telah berjanji kamu dengan mereka di antara orang-orang musyrik, kemudian mereka
tiada melanggar janjinya dengan kamu sedikit pun dan tiada pula memolong seorang
pun musuhmu, sebab itu kamu sempurnakanlah janji mereka itu, hingga sampai
waktunya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa."
Surah 9/4
"...janganlah
kamu rosakkan (mungkirkan) sumpah sesudah kukuhnya.."
Surah 16/91
Memanjangkan Konflik di Timur-tengah
Menurut Syaikh Abdul Rahman
Abdul Khaliq, seorang ulamak Salafi Arab, perjanjian-perjanjian damai dengan
umat Yahudi dibuat untuk dimungkirkan. Apabila dia telah ditanyakan mengenai
tanggung jawab seorang Muslim bersabit dengan perjanjian-perjanjian damai dengan
umat Yahudi, dia menjawab:
"Tugas (kita)
yang utama ialah untuk yakin dengan tegasnya, betapa tidak sahnya
perjanjian-perjanjian tersebut, kerana mereka mengandungi syarat-syarat yang
tidak sah, mereka dilahirkan dalam keadaan 'mati' pada hari kelahiran mereka.....
Tugas umat Islam yang kedua ialah adalah untuk percaya bahawa
perjanjian-perjanjian seperti ini adalah tidak wajib ke atas mana-mana Muslim
dan mereka tidak terikat kepada mana-mana kandungannya, kecuali apabila dia
terpaksa atau terdesak (untuk melakukannya)
Tugas kita yang ketiga ialah untuk kita semua bekerja dan berusaha supaya
perjanjian-perjanjian seperti ini ditumpaskan (dimansuhkan)..!"
Mufti Besar Arab Saudi,
Syaikh Abdul Aziz Ibn Baz, juga telah memberi penjelasannya bahawa mana-mana 'gencatan
senjata' dengan Israel adalah hanya untuk sementara waktu sahaja, bergantung
kepada saat dan waktu apabila umat Islam menjadi cukup kuat sehingga mampu
merampas seluruh Tanah Suci (di Palestina) untuk umat Islam sendiri!
"Keamanan
di antara para pemimpin Muslim di tanah Palestin dan orang Yahudi tidak bererti
bahawa umat Yahudi akan memiliki tanah mereka yang sekarang berada di dalam
tangan mereka, secara tetap. Sebaliknya, ia hanya bererti bahawa mereka akan
menjadi pemiliknya untuk sebeberapa waktu sahaja sehingga gencatan senjata itu
sudah tamat, atau
umat Islam menjadi cukup kuat untuk mengusir mereka keluar daripada
wilayah-wilayah Islam - di dalam kes 'keamanan yang tidak bersyarat'.
Dengan ajaran seperti di
atas ini dipelopori dan disarankan, adalah mudah untuk memahami mengapa keamanan
di Timur-tengah sangat susah dan rumit untuk dicapai.
Kesimpulan
Walau pun kebanyakan orang
Muslim adalah ikhlas dan terbuka dalam tanggapan mereka terhadap orang bukan
Islam, kemungkinan amalan taqiyya itu sentiasa wujud. Ini pula sangat
merumitkan umat bukan Islam untuk menguji keberkeyakinan dan kesahihan
pernyataan-pernyataan umat Islam kepada mereka. Adalah jauh lebih mudah untuk
menilai apa yang didalam minda umat Islam dengan memerhatikan apa mereka
menyatakan sesama sendiri dan apa yang mereka lakukan.
Sabda Allah:
"Dia yang sudah ada
dari asal-mulanya, yang telah kami dengar dan sesuatu yang telah kami lihat
dengan mata kita sendiri, sesuatu yang telah kami perhatikan dan yang telah kami
sentuh dengan tangan kami, yaitu Kalam Hayat - itulah yang kami
khabarkan. Hayat itu sudah dinyatakan dan kami sudah melihatnya. Lalu kami
memberi kesaksian serta mengkhabarkan kepadamu tentang hayat yang kekal abadi,
yang sudah ada bersama-sama dengan Allah Bapa dan kemudian dinyatakan kepada
kita.
"Sesuatu yang sudah kami
lihat dan yang sudah kami dengar itu kami khabarkan kepada kamu juga,
supaya anda bersama-sama dengan kami, kamu pula akrab dengan Allah Bapa dan
dengan Sayidina Isa al-Masih, Kalimat-Nya yang hidup. Hal itu telah kami
catatkan, supaya sempurnalah kegembiraan kita bersama.
"Inilah khabar yang sudah
kami dengar dari Dia dan yang kemudian kami khabarkan kepada anda, yaitu bahawa
Allah itu terang adanya dan sekali-kali pun tidak ada kegelapan di dalamnya.
Jikalau kita mengatakan bahawa kita hidup akrab dengan Allah, padahal kita masih
hidup dalam kegelapan, maka sesungguhnya kita berdusta dan tidak melakukan
kebenaran.
"Tetapi jikalau kita hidup
di dalam terang Allah, seperti Dia juga berada di dalam terang, maka kita dapat
menjalin persatuan antara seorang dengan yang lain, dan darah Sayidina Isa -
Putera-Nya Sendiri, menyucikan kita dari segala kejahatan (dosa angkara)!
Jikalau kita katakan bahawa tidak ada apa-apa dosa pada diri kita, maka
sesungguhnya kita membohongi diri DAN KEBENARAN ITU TIDAK ADA PADA DIRI KITA!
"Jikalau kita mengakui
dosa-dosa kita, maka Allah, yang dapat dipercayai dan yang BENAR itu, akan
mengampuni dosa-dosa kita serta menyucikan kita dari segala kejahatan.
Jikalau kita katakan kita tidak berdosa, maka sesungguhnya kita menganggap Tuhan
Allah itu sebagai pendusta, dan hal itu memperlihatkan bahawa Firman-Nya
tidak mendapat tempat di hati kita."
Kitab Suci Injil,
1 Yahya 1, ayat 1 - 9.
"Ke tempat yang Aku akan pergi,
kamu pun sudah tahu jalannya (sabda Sayidina Isa). Lalu katalah Tomas kepada
Baginda : 'Ya Junjungan, kami tidak tahu ke mana Engkau pergi. Bagaimanakah
kami tahu akan jalannya?'
"Sabda Sayidina Isa kepadanya,
: 'Akulah Jalan, KEBENARAN dan Hidup.Tidak seorang pun datang kepada Allah
Bapa kecuali melalui AKU. Jika kamu semua sudah mengenal Aku, maka kamu pun
mengenal Bapa-Ku. Saat ini pun kamu mengenal Dia, bahkan sudah melihat Dia!'"
Kitab Suci Injil, Yahya
14, ayat 4 - 7.
Indeks Utama