返回总目录
Islam dan Kebenaran
Islam dan
Kebenaran
Sifat Talam Dua Muka agama Islam yang Mencurigakan
Terdapat dua ajaran dalam
akidah Islam yang menyumbang sedikit penjelasan kepada umat bukan-Islam, mengapa
nampaknya ada begitu banyak sekali perbedaan dan perselisehan di antara apa yang
dianuti oleh umat Muslim dengan apa yang mereka perkatakan dan apa yang mereka
melakukan. Untuk memahami dua ajaran Islam ini boleh menolong kita
menyelesaikan kecurigaan tentang percanggahan-percanggahan jelas yang ada di dalam
Islam. Kita akan kembali kepada kedua-dua ajaran ini tidak lama nanti - yaitu
ajaran
taqiyya dan pemansuhan (mansuh wa'al nasikh) - tetapi buat
sekarang marilah kita perhatikan apa yang dinyatakan oleh agama Islam mengenai
kebenaran dan pendustaan (penipuan).
Kebenaran dan pendustaan
Salah satu daripada 99
Nama-nama Allah dalam Islam ialah "al-Haqq" yang bererti "kebenaran, realiti
dan hakikat yang teragung". Konsep kebenaran adalah penting dalam Islam, dan
perkataan itu berlaku ratusan kali di dalam al-Qur'an dan hadith (tradisi serta
'sunnah' tentang apa yang telah diajari dan diamalkan oleh Muhammad).
Sebagaimana agama Kristian, Islam adalah agama yang juga menolak pandangan
relativisme dan percayai akidahnyalah 'kebenaran yang mutlak'. Al-Qur'an
berbahasa Arab dikira sebagai firman dan kalam Allah sendiri, mirip sepenuhnya
dengan apa yang tercatat di atas 'papan terjaga' atau lauh mahfuz di
Syurga. Muhammad dianggap sebagai 'nabi terakhir yang maksum' dan kepada dialah
telah diwahyukan al-Quran lewat malaikat Jibril dan kehidupan Muhammad harus
dijadikan contoh tauladan bagi semua orang Islam dalam segala-gala hal.
"Supaya Allah membalasi
orang-orang yang benar, kerana kebenarannya dan menyiksa orang-orang munafiq,
jika dikehendakiNya atau diterimaNya taubat mereka. Sesungguhnya Allah Pengampun
lagi Penyayang." Surah 33/24.
Sebagaimana kebenaran
dinobatkan dan disanjung, pendustaan dan kemunafikan dikutuk.
"Sesungguhnya Allah tiada
menunjuki orang yang berlebih-lebihan lagi pendusta." Surah 40/28.
Walaupun terdapat
ajaran-ajaran yang jelas seperti ini, satu ajaran yang lain juga telah digubah
di dalam Islam yang membenarkan orang Muslim untuk melakukan dan mengamalkan
dusta dan pembohongan pada situasi yang tertentu.
Ajaran taqiyya
Ajaran taqiyya ('disimulasi')
di peringkat awalnya, telah diadakan untuk orang Islam supaya mereka dapat
menghadapi dan menangani keadaan penganiayaan agama di atas mereka yang genting;
dimana mereka boleh menyelamatkan jiwa raga mereka dengan menutupi pegangan
serta anutan mereka yang sebenar. Kemudian ini telah dilanjutkan dengan
mengizinkan 'penutupan' (yakni pendustaan) ini, supaya bukan sekadar nyawa
mereka diselamatkan, tetapi juga supaya maruah dan harta benda mereka akan
terpelihara. Lambat laun, apa yang telah dimaksudkan supaya digunakan hanya pada
keadaan darurat, telah menjadi suatu amalan yang biasa lagi lazim.
Seperti mana Hamid Enayat,
seorang ahli sejarah Muslim dan telah sandang Fellow of St.Antony's College
di Oxford menyatakan:
"Taqiyya sudah pun
menjadi amalan yang lazim di muka umum bagi semua umat Islam - umat Sunni
mahupun umat Syi'ah - bila saja timbulnya percanggahan diantara iman dan
kebermanfaatan (expediency)."
Ahli Syiah, kelompok
minoriti dunia Islam, telah menghadapi penganiayaan dan pengkutukan yang
berpanjangan di tangan umat Islam Sunni kerana akidah mereka (yang sangat
berbeda dan berselisih dengan ajaran ahli Sunni). Merekalah yang sering sekali
telah mengamalkan dan membangunkan ajaran taqiyya ini. Untuk mengelakkan
kecederaan dan untuk melindungi jiwa raga mereka sendiri, ahli-ahli Syiah akan
menyamar sebagai orang Sunni wa'l Jamaah, tetapi pegangan mereka ini
tetap Syiah secara rahsia! Jadi, amalan taqiyya adalah sangat kuat di
kalangan umat Syiah, akan tetapi taqiyya ini juga diamalkan oleh umat
Islam aliran Sunni.
Amalan taqiyya ini
berlandaskan kepada ayat al-Quran, Surah 16/106, yang melindungi
umat Islam daripada ditimpa kemungkaran Allah jika mereka dipaksa mengakui
kekafiran mereka walaupun dalam hati mereka tetap mengimani agama Islam,
"Barangsiapa
yang kafir (ingkar) akan Allah sesudah beriman, kecuali mereka yang dipaksa,
sedang hatinya masih tetap beriman, tetapi orang yang terbuka dadanya kepada
kekafiran, maka atas mereka kemarahan Allah, dan untuk mereka itu seksaan yang
besar."
Satu lagi nas al-Quran yang
sering digunakan untuk membenarkan amalan taqiyya ini ialah :
"Dan janganlah kamu
jatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah.." Surah
2/195
Tafsiran lazimnya ialah
untuk mewajibkan semua umat Muslim supaya menyelamatkan nyawa, maruah serta
harta benda mereka daripada pembinasaan 'yang haram' melalui cara apa pun.
Satu amaran daripada al-Quran
yang melarang persahabatan orang Muslim dengan mereka yang bukan Islam adalah
dikira sebagai mendukung ajaran taqiyya ini oleh kerana ungkapan 'kecuali
jika kamu takut kepada mereka sebenar-benarnya takut' yang dapat ditafsirkan
sebagai persahabatan pura-pura sahaja!
"Janganlah
orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir jadi wali / pemimpin, bukan orang
mukmin. Barang siapa memperbuat demikian, bukanlah dia dari agama Allah
sedikitpun, kecuali jika kamu takut kepada mereka sebenar-benar takut,
dan Allah mempertakuti kamu dengan diriNya.." Surah 3/28.
Terdapat juga beberapa
sumber Hadith yang menjelaskan keadaan-keadaan dan situasi di mana pendustaan
adalah diizinkan. Sebagai contoh:
Rasulullah pernah berkata:
"Pendustaan diizinkan hanya untuk tiga keadaan: Pembohongan yang dicakapkan oleh
seorang suami kepada isterinya untuk memuaskan hati isterinya, pembohongan
semasa peperangan dan pembohongan untuk menyelesaikan persengketaan di antara
orang." Hadith Tirmidhi No.5033:
disampaikan oleh Asma binti Yazid.
Mengecam taqiyya
Apabila kita sedari bahawa
ajaran taqyiyya ini boleh saja diamalkan oleh para pemimpin Islam, atau
Muslim yang cukup ikhlas atau pun oleh Muslim yang bertaqwa, banyak 'perselisehan'
di dalam agama Islam dapat dijelaskan dengan mudah. Demi mempertahankan Islam,
amalan taqiyya ini membenarkan umat Islam membuat pernyataan-pernyataan
yang seolah-olahnya bertentangan satu dengan yang lain, akan tetapi, ini akan
bergantung kepada kumpulan yang ditujukannya pernyataan tersebut.
Kebanyakan yang diperkatakan oleh umat Islam tentang agama Islam kepada orang
bukan-Islam adalah kurang benar, pada hakikatnya. Kadangkala, mereka sendiri
akan mengakui perkara ini.
Sebagai contoh, apa yang
dikatakan dalam Bahasa Inggeris kepada umat Kristian pada suatu hari boleh
dicanggahi sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin Islam yang sama, keesokannya,
apabila mereka berpidato kepada umat Islam mereka sendiri dalam bahasa Urdu atau
bahasa Arab! Contoh yang jelas boleh diambil dari Hamid Ali, pemimpin rohani
masjid al-Madina, Beeston Yokshire Barat di U.K. Dimana beliau secara umum telah
mengutuk pengeboman di London pada Julai 7, 2005. Tetapi dalam satu perbualan
yang dirakamkan secara rahsia oleh seorang wartawan bangsa Bangladesh dari
akhbar Sunday Times, Hamid menyatakan bahawa pengeboman 7/7 itu ialah
satu peristiwa yang bagus dan dia juga memuji pengebom-pengebom Islam itu!
Terdapat juga beberapa
terjemahan-terjemahan Inggeris al-Quran yang khusushya dimaksudkan untuk
pembaca-pembaca Barat, untuk senangkan hati mereka serta menghilangkan
kegelisahan mereka tentang Islam! Satu contohnya ialah terjemahan al-Quran
bahasa Inggeris oleh Yusuf Ali. Terjemahan al-Quran seperti ini cuba 'melembutkan'
ayat-ayat keganasan dan agresif al-Quran, dengan mengabaikan konteks asli,
bahasa Arab yang asli serta tafsiran lazim ulamak-ulamak Islam dahulu.
Pengislaman Ilmu
Beberapa kelompok Islam
telah beriltizam walhal sudah memulakan usaha proses yang mereka istilahkan
sebagai "pengislaman ilmu". Rancangan ini nampaknya bertujuan untuk
memperkembangkan dan mempertingkatkan posisi Islam di dalam segala disiplin
akademik dengan berlandaskan semua ilmu seni (arts) dan sains kepada
ajaran Tauhid Islam yang berakar-umbi daripada al-Quran dan hadith.
Mereka juga cuba mengadakan program publikasi besar-besaran serta membuka
universiti-universiti Islam dan pusat-pusat sumber dan pengkajian Islam. Mereka
juga cuba merevisikan (yakni menulis semula) buku-buku teks di Barat dengan
memperkenalkan Islam serta 'warisan Islam' kepada mereka, dengan harapan dapat
mengagihkan "ilmu yang diislamkan" kepada siswa-siswi, para
ilmuwan dan ahli-ahli intelektual yang lain. Tetapi ada juga cara-cara lain yang
mereka gunakan untuk menyebarkan maklumat seperti ini. Matlamat mereka ialah
untuk mencetusi iman para Muslimin dan juga mendakwahkan ajaran Islam kepada umat
bukan-Islam.
Walau bagaimanapun,
perubahan-perubahan yang mereka adakan bukanlah sekadar memperkenalkan
fakta-fakta yang baru mengenai Islam ke dalam buku-buku teks itu. Mereka juga
telah menokok-nambahkan butir-butir yang palsu dan penyataan-penyataan yang
dibesar-besarkan (exaggerations) untuk menobatkan keindahan agama Islam
dengan sengaja, sebaliknya aspek-aspek yang negatif ajaran
agama Islam serta dalam sejarah Islam dengan sengaja telah disembunyikan.
Salah satu daripada pesanan-ambil-pulang agama Islam adalah : 'segala-gala
yang positif, canggih dan yang bagus dalam budaya Barat hari ini, adalah
terhutang budi kepada budaya Islam'! Kononnya, budaya Islamlah sumber asli bagi
kearifan budaya Barat dan pendidikannya.
Beberapa butiran 'ilmu
yang diislamkan' dewasa ini mudah sekali untuk dicamkan, oleh kerana dakyah-dakyah
seperti ini sangat janggal dan juga tidak dapat masuk akal maupun untuk
kebanyakan umat bukan-Islam! Contohnya:
-
Pemimpin Perancis, Napoleon Bonaparte telah memeluk agama Islam
-
Pengembara-pengembara Islam telah mencapai ke Amerika Utara sebelum Christopher
Columbus
-
Islam telah tiba di Australia pada abad ke-9 Masehi.
-
Raja Offa, seorang raja Anglo-Saxon wilayah Mercia (di British Midlands) memeluk
Islam pada abad ke-8 Masehi.
Terdapat juga contoh-contoh
yang lain yang telah wujud cukup lama, dan ramai orang telah terpedaya dan
mempercayai dakyah tersebut. Di antara mereka adalah:
Untuk beberapa lama, ada
sikap toleransi terhadap umat Kristian dan Yahudi di sana, selagi mereka tunduk
kepada syarat-syarat Islam yang menghinakan.Tetapi pada waktu-waktu yang lain
pula, mereka telah dinista dan dianiaya seteruk-teruknya; sebagai contohnya -
ada yang dibunuh, diusir dan dibuang negeri! Juga telah berlaku pemelukan Islam
beramai-ramai secara paksa ke atas umat Kristian dan Yahudi
Walau pun kebanyakan
bahan-bahan ilmu di zaman tersebut tertulis dalam bahasa Arab, kebanyakan para
ilmuwan dan ahli-ahli cendekiawan zaman pertengahan adalah umat Kristian dan
umat Yahudi. Hakikat ini mungkin kurang jelas, oleh sebab nama-nama para
cendekia ini telah diislamkan, dan segelintir antara mereka memeluk agama Islam.
Buku ilmu perubatan Arab yang pertama telah dituliskan oleh seorang imam
Kristian, dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh seorang doktor/Tabib
bangsa Yahudi pada tahun 683 T.M.
Lebih lagi, kerja-kerja para
ilmuwan ini, hanya sekadar dan tidak melebihi kegiatan menterjemah karya-karya
para ilmuwan bangsa Yunani terdahulu dari mereka. Tanpa menambahi ilmu-ilmu yang
baru atau pun sangat sedikit sahaja. Ini termasuk ilmu-ilmu seperti perubatan,
matematik, astronomi, zooloji, kimia, ilmu alam dan teknoloji. Professor Manfred
Ullman dari Tubingen University menyatakan: "Lintasan rintangan bahasa ini (Yunani
ke Arab) tidak membawa apa-apa perubahan kepada isi dan kandungan bidang-bidang
ilmu itu tersebut." Apa yang telah dilakukan oleh Islam di zaman pertengahan
ialah: untuk meresapkan ilmu-ilmu daripada tamadun-tamadun lain semasa zaman
pertengahan, menukarkan istilah-istilah ilmu-ilmu tersebut kepada bahasa Arab,
kemudian umat Islam itu telah menuntut bahawa semua bidang ilmu itu menjadi 'hakmilik
agama Islam'!
Hospital yang pertama rantau
itu didirikan di Baghdad bila kota ini menjadi ibukota empayar Abbasiyah. Tetapi
ia BUKAN didirikan oleh seorang Islam, tetapi oleh seorang Kristian Assyria/Iraq
yang bernama Jabrail ibn Bakhishu.
Abjad-abjad numerik
1,2,3,4,5 dsbnya telah sampai ke dunia Barat melalui orang-orang Arab. Tetapi
asal-usulnya yang ASLI berpunca daripada bahasa Syria / Syam.
Bangsa Syam/Syria di zaman itu adalah umat beragama Kristian. Abjad numerik yang
digunakan hari ini di dunia Arab telah diperkenalkan dari negeri India yang
beragama Hindu, oleh seorang ahli matematik Syria. Konsep pengunaan simbol sifar
untuk mewakili nilai 'kosong' ('0') juga berasal dari negeri India.
Corak kubah-kubah dan
gerbang-gerbang yang menjadi tanda-tanda lazim masjid-masjid dunia Islam
sebenarnya telah ditiru daripada corak arkitektur gereja-gereja Timur Tengah
semasa! Menara-menara masjid adalah mirip dengan menara-menara berloceng gereja
yang terdapat di banyak gereja-gereja pada zaman itu. Masjid Dome of the Rock di
Jerusalem (Baitulmaqdis) telah dibina oleh karyawan-karyawan Bizantium yang
beragama Kristian.
Sebenarnya, umat Islam telah
menakluki negara-negara bukan-Islam yang berjiran dengan tanah Arab melalui kekerasan, serta mengadakan
kerajaan Islam secara paksa ke atas umat non-muslim dalam keadaan tertawan. Ada
orang bukan-islam yang memeluk Islam dengan rela, tetapi juga terdapat ramai mereka yang boleh terus
mengamalkan agama asal mereka sebagai 'warga negara kelas bawahan' (sebagai umat 'dhimmi'). Ada umat
lain juga yang dipaksa memeluk Islam, atau menghadapi maut di hujung mata pedang jika tidak!
Istilah 'Sama' ini
tidaklah benar menurut tafsiran lazim di Barat. Menurut hukum syariah (hukum
Islam) kaum wanita harus menerima harta warisan yang lebih kecil dan juga
pampasan yang lebih kecil dibandingkan dengan kaum lelaki Islam. Juga, nilai
kesaksian kaum wanita (sebagai saksi di mahkamah) semasa perbicaraan adalah
kurang daripada 'nilai saksi' seorang saksi lelaki! Peraturan untuk proses
penceraian (suami-isteri) cara Islam juga tidak memihak kepada kaum wanita. Di
kebanyakan negara-negara Islam, kaum wanita masih lagi merupakan 'kaum
dibelakangi' terutamanya dalam hal kedudukan 'kelas kedua' mereka,
kebuta-hurufan, penanganan yang tidak adil dalam keputusan penceraian di
mahkamah serta banyak lagi rintangan-rintangan perundangan.
Sesungguhnya, Peperangan
Salib merupakan satu reaksi dunia Kristian yang telah datang lambat, terhadap
angkara jihad awalan orang-orang Islam di abad ketujuh dan kelapan
Tahun Masehi. Jihad ketenteraan umat Islam ini telah merebak seperti api
ditiupkan angin dan menakluki banyak sekali negara-negara dan wilayah-wilayah
Kristian, termasuk wilayah-wilayh seperti : Palestina, Syria/Syam, Mesir, hampir
seluruh Africa Utara dan Sepanyol (Andalus). Dunia Kristian di waktu itu, telah
berkabung dengan sedihnya, kehilangan Tanah Suci Palestina mereka ditakluki oleh
tentera-tentera jihad orang Islam, akan tetapi, dunia Kristian tidak
bertindak-balas terhadap dunia Islam di abad-abad itu. Sebenarnya, umat Kristian
tidak serang atau membalasi angkara tentera-tentera Islam ini selama lebih
daripada 300 tahun!
Selain itu, perang-perang
Salib juga adalah tindakan balas 'defensif' umat Kristian untuk
mempertahankan diri, khususnya empayar Kristian Bizantium yang diserang
bertubi-tubi oleh tentera-tentera Islam selepas serangan jihad Islam yang
pertama di waktu itu. Dua maharaja empayar Bizantium telah merayu kepada
Paus Roma untuk meminta pertolongan dan bantuan pertahahan militari
(1074 dan 1095 T.M.) dan sesudah itu sahaja - lebih daripada 300 tahun kemudian
sejak mulanya serangan-serangan jihad Islam keatas wilayah Kristian, umat
Kristian bangsa Eropah akhirnya telah bangkit memberi pertolongan dan bantuan
pertahanan kepada saudara-saudara Kristian mereka di Timur dan di Timur-tengah!
Islam bererti 'penyerahan'/'penundukan'.
Dalam fahaman agama Islam yang klasik, istilah 'jihad' secara lazimnya
telah merujuk kepada peperangan bersenjata untuk 'mempertahankan dan
mengembangkan' kedaulatan wilayah Islam.
Kata-kata di atas, atau yang
sedemikian rupanya, sering dipetik untuk membuktikan agama Islam adalah hanya
aman-damai, akan tetapi ini adalah satu salah-petikan sebenarnya! Nas ayat al-Quran
ini yang sebenar adalah seperti berikut:
"Barangsiapa membunuh
seorang manusia, yang bukan membunuh orang atau bukan berbuat bencana di muka
bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya." Surah
5/32
Maksudnya ayat ini
bergantung kepada apa yang dimaksudkan oleh bahagian ayat di atas yang biasanya
tidak disebutkan atau dipetikkan, yakni - 'membunuh orang' dan 'berbuat
bencana di muka bumi.' Ada umat Islam yang memahami ungkapan "berbuat
bencana di muka bumi" sebagai perkembangan ideologi Sekularisme,
demokrasi, serta fahaman-fahaman bukan-Islam yang lain. Ada juga Muslim
lain yang tafsirkan 'membunuh' termasuk pembunuhan orang-orang Islam di
Iraq oleh tentera-tentera gabungan dibawah pimpinan Amerika Syarikat. Oleh
sebab itu, ayat ini mereka mengunakan untuk mengizinkan pembunuhan musuh-musuh
Islam sebagai balasan untuk 'pembunuhan yang telah mereka lakukan'. Apabila nas
dan ayat Quran ini dibacakan secara keseluruhannya, ia sesungguhnya mengizinkan
pembunuhan orang-orang tertentu.
Tidak lama dahulu, bila
kajian ke angkasa lepas menjadi tumpuan para ahli saintis dan intelektual, umat
Islam pun tidak mahu ketinggalan. Jadi, dari dunia Islam, telah muncul satu
cerita kononnya ahli angkasawan yang terkenal itu, Neil Armstrong, telah
mendengar bunyi azan di atas bulan, apabila beliau bertapak di atas bulan!
Lebih-lebih lagi, ada juga orang Muslim yang mendakyahkan bahawa Neil Armstrong
juga telah masuk agama Islam akibat dari itu! Cerita dongeng ini telah menjadi
heboh terutamanya di Indonesia, Malaysia, India dan juga di beberapa negeri
Arab. Dalam kisah hidup rasminya (autobiografinya), Dr.Neil
Armstrong telah dengan terus-terang menafikan cerita dongeng ini yang telah
diperhebohkan secara sengaja oleh dunia Islam. Beliau telah menyatakan bahawa
dia tidak pernah "mendengar seruan azan di atas bulan" apabila berada di sana,
dan beliau juga tidak pernah memeluk agama Islam pada waktu apa pun (sumbernya:
First Man: The Life of Neil Armstrong, Simon & Schuster,
Hal.630-632). Itulah
kisah nyata yang sebenar lagi rasmi Neil Armstrong. Ini membuktikan cerita
tersebut hanyalah dakyah kosong yang dipergunakan oleh dunia Islam untuk
memperdayakan orang ramai! Tetapi ia hanyalah mitos dan cerita dongeng yang
sengaja diada-adakan belaka.
Yang menyedihkan lagi, ialah,
apabila umat Islam telah dimaklumkan pernyataan rasmi Dr.Neil Armstrong ini,
terdapat orang Muslim yang masih mahu berdegil! Mereka berkata: "Oh, Neil
Armstrong sesungguhnya telah mendengari bunyi azan di bulan, tetapi dia dengan
sengaja menafikan hal itu untuk melakukan pembohongan kepada dunia Islam!"
Alangkah terdesaknya umat Islam yang menyatakan begitu! Apabila dihadapi dengan
hakikat yang sebenarnya, mereka masih mahu mempercayai dakyah kosong yang palsu
sahaja daripada kebenaran! Begitulah hati manusia yang sudah dikelami oleh kegelapan yang amat
sangat. Kami hanya boleh mendoakan untuk mereka, mengharapkan Tuhan Allah akan
mencelikkan hati dan mata mereka dengan cahaya nur-Nya yang sejati.
[Bahagian Kedua]
Indeks Utama