返回总目录
BAHAYA DAN RISIKO PERKAHWINAN DI ANTARA UMAT BUKAN-ISLAM DAN ISLAM
BEBERAPA
BAHAYA DAN RISIKO PERKAHWINAN DI ANTARA
UMAT BUKAN-ISLAM DAN ISLAM HARI INI - APAKAH YANG HARUS KITA LAKUKAN?
Selama ini terdapat begitu banyak jumlah wanita-wanita yang telah saya
dimaklumkan berkahwin dengan lelaki-lelaki Muslim (dan juga lelaki bukan-Islam
menikah dengan wanita Islam), dan saya juga mengetahui banyak kes-kes
menyedihkan dengan terjadinya
peristiwa-peristiwa tragis yang telah menyusul di dalam kehidupan pasangan
seperti ini.
Itulah sebabnya saya mengkaryakan makalah ini. Saya berharap ia dapat dibaca dan
ditelaah sedalam-dalamnya oleh para wanita (dan juga lelaki) bukan-Islam yang sedang
mempertimbangkan pernikahan dengan seorang
Muslim atau untuk memeluk agama Islam atau kedua-duanya sekali, agar makalah ini
dapat menimbulkan kesangsian dan kemusykilan di dalam diri mereka dan menyebabkan
mereka memikirkan
kembali hasrat tersebut, berdasarkan kepada fakta-fakta yang penting.
Bagaimanapun,
sejak kebelakangan ini saya telah juga banyak berbincang dengan gadis-gadis yang
telah menikah dengan orang-orang Muslim dan saya tanyakan mereka
apakah tindakan wajar yang harus kita lakukan atau yang mungkin
boleh menghentikan tindakan mereka atau mengubah fikiran mereka. Setiap seorang
dari mereka
telah memberitahu saya, kononnya 'tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan' oleh sesiapa
pun kerana mereka sudah begitu dilanda dan dilamun
kegilaan jatuh cinta sehingga mereka sudah menjadi buta kepada apa juga risiko
dan tanda-tanda
amaran bahaya yang akan menyusul kemudiannya! Mereka telah terjerumus ke dalam
perangkap ini yang telah
mejeratkan mereka secara perlahan-lahan! Begitu malang sekali!
Jadi
apakah ibubapa, sanak-saudara, sahabat handai dan pemimpin-pemimpin atau ahli-ahli gereja boleh
dan harus lakukan untuk membantu seorang wanita
(atau lelaki) Kristian yang sedang merancang untuk berkahwin
dengan seorang Muslim?
1. Yang
pertama boleh dilakukan ialah untuk menjalin hubungan yang rapat dengan orang
yang dalam keadaan itu dan menjadi pendengar yang baik.
Untuk
ibubapa ini adalah sangat penting, terutama sekali jika anda tidak senang dengan
hubungan atau tindakan-tindakan puteri atau putera anda. Apa yang anda harus lakukan
ialah untuk berdiri di samping mereka dan menyayangi serta mengambil berat
terhadap mereka. Apa juga tanda-tanda penentangan atau kritikan dari anda ada
potensi
membuat mereka lebih keras hati untuk meneruskan rancangan dan perhubungan mereka. Ambillah
sikap terbuka dan mintalah mereka meluahkan perasaan-perasaan mereka yang sebenar
tentang keadaan itu, kerana biasanya mesti terdapat beberapa keraguan di dalam
hati mereka. Jemputlah teman lelaki (atau perempuan) atau tunang mereka ke rumah anda untuk
beramah-mesra seperti makan
bersama-sama, jadilah teman kepadanya dan cuba untuk
mempengaruhinya. Jangan menahan diri dari bercakap mengenai kepercayaan agama
anda.
2. Ramai
wanita dan lelaki bukan-Islam memeluk Islam dalam keadaan jahil tentang Islam. Bantulah mereka memahami
Islam dan budaya Islam, agar mereka boleh menjadi orang yang bermaklumat dan
berhemah
sebanyak mungkin apabila mereka perlu membuat keputusan nanti.
Para pemimpin gereja, panatua-panatua (elders) dan ketua-ketua
gereja yang lain hendaklah mendidik jemaat-jemaat mereka tentang bagaimana
memahami Islam dan implikasi-implikasi keseluruhan yang timbul akibat memeluk agama itu,
termasuk bagaimana untuk menangani implikasi-implikasi tersebut.
3. Berilah
galakan kepada pasangan itu untuk memanjangkan proses pertunangan mereka untuk
masa yang lebih lama lagi daripada mengurangkan masa pertunangan itu atau berkahwin
dengan secepat-cepatnya.
4. Untuk
wanita-wanita bukan-Islam yang mengahwini lelaki-lelaki Muslim, adalah lebih
bermanfaat bagi mereka (wanita-wanita ini) untuk menandatangani perjanjian
pra-pernikahan terlebih dahulu. Ini akan membolehkan seorang wanita itu mendapat
bahagiannya dan syer dari aset-aset (harta-benda dan warisan) sekiranya berlaku perceraian.
Kita telah melihat bahawa walau di Barat pun ramai wanita mengahwini orang-orang
Muslim hanya dengan upacara agama di masjid (tanpa mendaftar perkahwinan itu
mengikut undang-undang sivil) maka apabila terjadi penceraian wanita itu akan
tertakluk kepada hukum Syariah dan perkahwinan itu akan dianggap hanya sebagai
satu kes bersekedudukan. Para peguam juga sering mengeluarkan wasiat mengikut
hukum syariah untuk lelaki-lelaki Muslim di mana pihak wanita mendapat hanya
sebahagian kecil daripada aset-ase atau hartat suami-isteri. Bagi wanita-wanita yang berada
di luar negara-negara Barat, adalah juga perlu menandatangani perjanjian
pra-perkahwinan untuk memastikan hak mengambil anak jika berlaku perceraian.
Perjanjian-perjanjian pra-pernikahan (pre-nuptial agreement) kini sudah menjadi amalan yang biasa di
banyak negara di dunia.
5. Lebih daripada
segala-galanya; “berdoalah tanpa berhenti” dan dapatkan sahabat handai untuk
sama-sama berdoa. Serahkanlah keadaan itu kepada doa syafaat. Doakan Kuasa Tuhan
akan bekerja di dalam keadaan seperti itu.
Menimbulkan Isu-isu Kerohanian Setelah Seseorang Menjadi
Muslim
Di dunia barat, kita sering keraguan untuk bercakap secara terbuka mengenai
kepercayaan agama kita. Dan sudah menjadi “peraturan kesopanan” agar orang
jangan sekali-kali menimbulkan dua perkara, iaitu agama dan politik. Keadaan ini
tidak berlaku di luar dunia barat, lebih-lebih lagi di dalam budaya Islam. Di
dunia Islam adalah menjadi kebiasaan untuk berbincang mengenai perkara-perkara
kerohanian, malah adalah dianggap tidak normal jika perkara seperti ini
tidak ditimbulkan. Kehidupan harian dan agama begitu berkait rapat sehingga bagi
seorang Muslim pemisahan antara dua perkara ini tidak mungkin berlaku. Oleh itu
seorang Muslim akan tanpa segan bercakap mengenai kepercayaannya secara terbuka
dan dia juga menyangka kita umat Kristian mempunyai keterbukaan yang sama.
Sebagai orang Kristian, janganlah segan untuk berbual-bual atau berbincang
mengenai kepercayaan Kristian dengan saudara-saudara Islam kita; tetapi kita
hendaklah sentiasa berbuat demikian dengan kearifan dan sedar akan reaksi mereka
mengenai beberapa ajaran-ajaran yang mungkin mereka kurang faham atau sudah
salah-faham, selama ini.
Bolehkah
kita bertanya orang Islam tentang kepercayaan mereka? Tentu sekali boleh! Kita
boleh menanyakan soalan-soalan mengenai kepercayaan mereka dan lain-lain aspek
agama Islam. Selalunya adalah lebih bermanfaat bagi kedua-dua pihak untuk menghindarkan daripada berdebat
mengenai teologi dan akidah kerana ini boleh membawa kepada kekusutan; contohnya
boleh timbul pertelagahan untuk mendebatkan hal-hal Tritunggal atau kerasulan
Muhammad. Perkara yang boleh berbicara
dengan hati orang ialah perkongsian kesaksian peribadi kita atau jawapan-jawapan
doa yang telah dikabulkan Tuhan kepada doa-doa kita. Hadiahkanlah kepada mereka
senashkah Perjanjian Baru (PB) (kerana ramai sekali umat Islam hari ini tidak
pernah membaca mahu pun menelaah kandungan Kitab Suci Injil atau PB itu!)) dan
doakan agar Tuhan akan mencelikkan hati dan minda mereka.
Wajah
Islam yang Tersembunyi
Terdapat banyak
wajah agama Islam. Terdapat Islam tradisional yang menjelaskan
persoalan-persoalan mengenai kehidupan, kematian, neraka, alam abadi, orang
percaya dan orang tidak percaya. Inilah Islam yang kita sudah sedia kenali. Di
samping ini terdapat satu Islam yang popular, atau pun penampilan Islam yang
menjadi cara hidup, yang sering dipanggil “Islam rakyat desa” (folk Islam).
Ia juga boleh diandaikan sebagai 'Islam kehidupan harian untuk orang-orang biasa'.
Islam
mungkin adalah sesuatu agama yang aneh dan rumit untuk difahami orang-orang
barat, kerana ia melibatkan suatu alam yang penuh dengan makhluk-makhluk dan
kuasa-kuasa jin-jin, roh dsbnya. Ia juga melibatkan para dukun/bomoh (orang-orang
'berilmu'), tangkal-tangkal dan azimat, sumpahan dan kutukan-kutukan, jin-jin
(yang 'baik' dan yang 'jahat'), malaikat-malaikat dan kuasa-kuasa roh yang
menjadi sebahagian dari kehidupan sehari-hari umat Islam. Terdapat amalan sejak
zaman lampau, sehingga ke hari ini pun di mana sembahyang-sembahyang Jumaat di
beberapa masjid menyelitkan doa-doa untuk mengutuk dan menghujat umat Yahudi
dan Kristian. Jika seorang isteri Muslim tidak mahu suaminya mengahwini seorang
isteri yang kedua dia akan pergi berjumpa dengan seorang pir/alim untuk memintanya
agar membacakan kutukan untuk menghalang hasrat suaminya itu. Di Timur kota London
terdapat iklan-iklan di akhbar-akhbar dan juga risalah-risalah yang dimasukkan
ke dalam kotak-kotak surat yang
menawarkan untuk menyelesaikan masalah-masalah harian dengan cara meletakkan
kutukan dan sumpahan terhadap seseorang, dengan bayaran upah.
Dunia Islam
adalah dunia yang berbeza, satu dunia di mana kuasa-kuasa jahat adalah satu
realiti. Satu dari kuasa ini ialah mata jahat ('the evil eye of Fatima'), kuasa yang orang-orang Muslim
percayai boleh menghancurkan kehidupan orang. Konsep asas mata jahat ini datang
dari kepercayaan bahawa setiap sesuatu yang berharga itu, sama ada ia orang atau
benda, adalah sentiasa dapat dilukai atau dirosakkan oleh perasaan irihati orang
lain. Rasa irihati ini dipancarkan dengan memandang kepada orang atau benda
tersebut, maka sebab itu ia dipanggil mata jahat. Ini adalah kuasa yang membawa
kesan yang berat terhadap kehidupan orang.
Dalam satu
acara perjumpaan kami, seorang wanita bernama Joan telah memohon
kebenaran dari saya untuk menceritakan kisah luarbiasa mengenai sahabatnya
yang bernama Barbara. Sahabatnya itu adalah seorang Kristian yang kuat imannya dan
mempunyai pegangan akidah yang mantap, dan pernah menjadi seorang pemimpin
di dalam Persekutuan Kristian (Christian Union) sewaktu dia di universiti. Selepas universiti dia
telah
bertemu dengan seorang lelaki Muslim yang pernah menjadi pelajar sekelas
dengannya di sekolah. Selepas tempoh percintaan yang singkat, mereka telah berkahwin.
Barbara telah mendirikan rumahtangga hanya lapan bulan apabila di satu pagi dia
terjaga dengan tiba-tiba, terkejut bangun oleh fikiran yang dipenuhi ketakutan,
“Apakah yang telah kulakukan?” Katanya dia merasa seolah-olah sesuatu telah
jatuh dari atas tubuhnya dan ketika itu dia kembali kepada dirinya yang asal, orang
yang menjadi dirinya sebelum ia berkahwin. Dia percaya bahawa terdapat satu
kuasa iblis atau kongkongan sihir yang menghambat hidupnya. Kuasa ini telah
tiba-tiba terpecah dan fikirannya ketika itu sudah terang dan satu belenggu
telah jatuh dari dirinya. Hari itu juga dia mengemas barang-barangnya ke dalam
beg, meninggalkan suami Muslimnya dan bercerai daripadanya.
Satu
daripada tindakan-tindakan yang pertama dilakukan oleh Muhammad ialah
memecahkan salib-salib. Di beberapa negara Islam hari ini salib tidak
dibenarkan di gereja-gereja dan kita sering mendengar bagaimana salib
menyebabkan rasa tersinggung dan marah di kalangan orang Islam. Orang-orang
Muslim percaya bahawa Isa (Yesus) akan datang kali yang kedua, tetapi mereka percaya
Dia akan datang sebagai seorang Muslim dan satu daripada tindakan-tindakan
pertama-Nya nanti ialah untuk membinasakan semua salib. Islam menafikan ajaran
akidah yang sangat central dan penting kepada keimanan Kristian termasuk
kewafatan Isa. di kayu salib, kebangkitan-Nya semula, keilahian-Nya, dan bahawa
Dia adalah Putera Allah, yang semuanya dianggap sebagai kufur oleh Islam.
Bagaimanakah
Kita Mendoakan?
Mengenai doa,
kita harus menyedari bahawa kita berada dalam satu pertembungan rohaniah yang
cukup hebat, dan perlu dalam doa selalu
menurut keperluan keadaan ini. Dalam Efesus 6:12 kita membaca “Kerana
pergumulan kita bukanlah menentang darah dan daging tetapi menentang
pemerintah-pemerintah, menentang pihak-pihak berkuasa, menentang kuasa-kuasa
duniawi yang gelap ini dan menentang kuasa-kuasa roh jahat di dalam alam roh.”
Kita perlu
mengasihi dan mengambil berat tentang orang-orang
Islam
dan menyampaikan
utusan Injil
dengan mereka. Tetapi kita juga perlu menyedari pelbagai implikasi yang
mungkin sekali akan menyusul apabila
kita mempunyai hubungan yang rapat dengan agama Islam. Kita boleh menjadi
terikat kepada Islam bila kita memasukinya dan lepas itu kita tidak lagi
berupaya melihat Kristus. Mata mereka menjadi tertutup kepada isu-isu
kerohanian. Islam adalah satu agama yang teratur,
tetapi terdapat kuasa-kuasa roh yang bekerja di
sebaliknya,
dan kuasa-kuasa ini bukanlah kuasa-kuasa yang neutral (berkecuali) tetapi
mereka berusaha
secara
aktif untuk menentang dan menghancurkan agama Kristian
dan perkembangannya. Kita
boleh
lihat ini berlaku dalam penindasan-penindasan terhadap gereja di dunia Islam.
Apabila seorang Kristian tampil menentang kuasa-kuasa
kegelapan ini,
itu tidak lain dan tidak bukan satu
pertembungan
rohaniah di
antara Al-Masih
dan Syaitan.