返回总目录
Adakah Muhammad diramalkan di dalam Injil?
Terjemahan kepada siri risalah-risalah
Adakah Muhammad
diramalkan di dalam Injil?
(IS THERE A PREDICTION OF MUHAMMAD IN THE INJIL?)

Additional MS 43725,
f.260; John xxi.1-25
c. 1978, The British Library Board; BL/B/MS/X43
Al A'raaf 7:157
"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad
s.a.w.) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan
sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil.... "
Al Saff 61:6
"... Nabi 'Isa ibni Maryam berkata: 'Wahai Bani Isra'il,
sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan
kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat,
dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul
yang akan datang kemudian daripdaku - bernama: Ahmad' "
Terjemahan maksud Al-Qur'an
dipetik daripada Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian
Al-Qur'an
Parakletos atau Periklytos?
Bahasa Yunani mengesahkan 'Parakletos'
Naskhah-naskhah Yunani mengesahkan 'Parakletos'
Oleh itu, Muhammad bukannya 'Parakletos'
Jadi Siapakah Parakletos itu?
Jawapannya adalah Roh Kudus, yang telah tiba 50
Hari Kemudiannya
Apa pula dengan ramalan itu?
Adakah terdapat apa-apa ramalan bagi Nabi Muhammad di luar
daripada Al-Qur'an? Adakah mana-mana Kitab Yahudi mahupun
Kristian(Nasrani) yang mengatakan tentang kedatangannya? Ada umat
Islam yang percaya bahawa di dalam Injil (iaitu Yohanes 16 ayat
7) terdapat rujukan kepada ramalan yang disebut-sebutkan dalam
Surah 7 ayat 157 dan Surah 61 ayat 6.
Tafsiran Hamza, Jilid 1, m.s. 330 berkata bahawa: "Kita
tidak dapat memberi ulasan bagi Ayat ini (Surah 7 ayat 157) yang
dituntutnya jika tidak dihubungkait dengan Perjanjian Lama dan
Perjanjian Baru (di dalam Al-Kitab) misalnya Yohanes 16 ayat 7.
Segala salah faham yang mengasingkan umat-umat Yahudi, Kristian
dan Islam telah berpunca daripada cara perkataan 'parakletos'
disebut atau ditulis. Penterjemah-penterjemah Injil telah
menterjemahkannya sebagai 'Penolong' atau 'Penganjur'. Apakah
seharusnya kita membacakannya sebagai 'Parakletos' atau pun
'Periklytos'?"
Umat Islam yang sedari bahawa Injil pada asalnya ditulis
didalam bahasa Yunani telah memilih ejaan 'periklytos'; yang
boleh diterjemahkan sebagai 'terpuji', mereka tidak
menterjemahkannya sebagai 'parakletos' yang bermaksud 'Penganjur'
atau 'Penolong'. Berdasarkan kepada nas Al-Quran (Surah 61 ayat
6) para Muslim seterusnya menuntut bahawa Yohanes 14 ayat 16 dan
16 ayat 7 (dalam Injil) adalah satu ramalan bagi kedatangan
Muhammad, dan perkataan 'periklytos' pula merujuk kepada 'Ahmad'
satu bentuk nama Muhammad, yang juga bererti 'Yang terpuji'.
Sesetengah umat Islam telah mencuba menggantikan kata-kata
vokal dalam perkataan ini di dalam tempat yang sesuai MENURUT
pandangan mereka (iaitu menggantikan 'a-a-e-o' dalam 'Parakletos'
dengan 'e-i-y-o' dalam 'periklytos'). Dalam bahasa Yahudi
(Hebrew) dan Arab, kata-kata vokal (vowels) tidak terselit
didalam perkataan-perkataan masing-masing dan kata vokalnya yang
digunakan oleh penulis asal boleh dipertikaikan. Tetapi,
sebaliknya dalam bahasa Yunani segala kata-kata vokalnya adalah
di tulis dengan terang dan jelas di dalam semua nashkhah-nashkhah
Yunani.
Kalaulah ada apa-apa yang dicurigai bagaimana perkataan ini
ditulis, adalah mudah sekali bagi merujuk kepada
nashkhah-nashkhah yang sedia ada. Sesiapa pun boleh memeriksa
dokumen-dokumen dan nashkhah-nashkhah (termasuk kedua-dua yang
paling tua, 'Codex Siniaticus' dan 'Codex Alexandrinus' yang
terdapat di British Museum di London). Terdapat lebih daripada 70
buah nashkhah-nashkhah Yunani bagi Kitab Injil yang bertarikh
sebelum kedatangannya Muhammad. Tidak ada satu pun di antara
mereka yang menggunakan perkataan 'periklytos'! Semua
nashkhah-nashkhah ini menggunakan perkataan 'Parakletos'. Pada
hakikatnya perkataan 'periklytos' ini tidak terjumpa sama sekali
di dalam Kitab Injil !
Di tengah-tengah pendebatan ini, umat Islam berhasrat
memperolehi satu ramalan bagi kedatangan Muhammad di luar
daripada Al Qur'an iaitu daripada Taurat mahupun Injil (Surah 7
ayat 157). Tanpanya ramalan itu, kewibawaan kesaksian Muhammad
bergantung kepada Qur'an semata-mata dan kewibawaan Qur'an pula
bergantung kepada Muhammad sahaja. Ini adalah perbincangan secara
berpusing-pusing (circular reasoning) dan bukanlah satu cara
menyokong hujah-hujah dengan sah dan kukuh. Oleh kerana tidak
adanya apa-apa bukti menunjukkan Isa (a.s.) telah meramalkan
kedatangan Muhammad di dalam Injil, maka ini merupakan satu
masalah bagi para Muslim yang terpaksa menunjukkan adanya ramalan
kedatangan Muhammad di luar al-Qur'an bagi menyokong kesahihan
nabi mereka.
Ada satu lagi kerumitan bagi para Muslim apabila dia mengkaji
dengan lebih teliti ayat-ayat yang berkenaan dgn.'parakletos'.
Yohanes 14 ayat 16 berkata: "Aku (Isa) akan memohon kepada
Bapa dan Bapa akan memberi Penolong (Parakletos) lain, yang akan
bersama-sama kamu selama-lamanya". Kebanyakan orang Muslim
memetik hanya ayat ini dan Yohanes 16 ayat 7 dan seterusnya
menutup Kitab Injil. Walhal mereka telah gagal menyedari betapa
pentingnya apabila mengkaji mana-mana bahan kesusasteraan atau
ilmiah, adalah amat bahaya untuk meneliti ungkapan-ungkapan di
luar konteks ungkapan-ungkapan itu. Kalaulah pembaca meneruskan
bacaannya termasuk ayat-ayat berikutnya Yohanes 14:16 dan Yohanes
16:7, dia akan mendapati bahawa Isa Almasih telah membuat ramalan
secara terperinci mengenai kedatangan dan identiti 'parakletos'
itu.
Menurut konteks Yohanes bab 14 dan 16, Isa telah
ramalkan bahawa 'parakletos' itu bukan seorang manusia:
- 14:16-- "yang akan bersama-sama kamu
selama-lamanya" (seorang manusia itu tidak dapat
hidup selama-lamanya.)
- 14:17-- "Dia Roh Allah, yang menunjukkan apa yang
benar" (seorang manusia berbeza daripada roh.)
- 14:17-- "Dunia tidak dapat melihat dia"
(seorang manusia dapat dilihat.)
- 14:17-- "ataupun mengenal dia" (seorang manusia
boleh dikenali orang.)
- 14:17-- "Dia ... bersatu dengan kamu" (seorang
manusia tidak dapat disatukan dengan orang lain.)
Hazrat Isa telah menyatakan bahawa Misi Parakletos itu
ialah untuk menumpukan perhatian orang ramai kepada dia:
- 14:26--"Tetapi Roh Allah, Penolong yang akan diutus
oleh Bapa DEMI NAMA-KU (Isa)"
- 14:26--"(Dia) akan mengingatkan kamu segala yang
telah Aku (Isa) katakan kepada kamu"
- 16:08--"Dia akan buktikan kepada orang dunia bahawa
pendapat mereka tentang dosa ..semuanya salah"
- 16:14--"Roh (parakletos itu) akan memuliakan Aku
(Hazrat 'Isa)"
Hazrat Isa telah menyatakan bahawa Parakletos itu
adalah satu Roh:
- 14:17--"Dia Roh Allah, yang menunjukkan apa yang
benar"
- 14:26--"Tetapi Roh Allah, Penolong yang akan diutus
oleh Bapa demi nama Aku"
Adalah jelas dari konteksnya bahawa bukanlah seorang Nabi
ataupun malaikat yang layak menjadi Parakletos itu. Perhatikan:
Dia akan bersama-sama dengan mereka selama-lamanya, tidak dilihat
atau dikenal tetapi menghuni dan bersatu di dalam mereka, dia
akan mengingatkan orang ramai segala-gala yang telah dilakukan
oleh Hazrat Isa, sambil memuliakan dia. Ada hanya satu yang layak
memenuhi segala-gala ciri-ciri tersebut iaitu Rohul-Kudus di
dalam Injil yang telahpun diakui oleh Hazrat Isa sebagai
'Parakletos'. Dialah yang memenuhi semua kriteria di atas.
Didalam Bab 1 Buku Kisah Rasul-rasul, sebelum saja Isa
Al-Masih dinaikkan ke Syurga dan 40 hari setelah dia menjanjikan
kedatangan Roh Kudus, dia telah menyebut tentang 'hadiah' ini
sekali lagi. Dia berkata :
- ayat 4 "Tunggulah pemberian yang sudah dijanjikan
oleh Bapa-Ku, dan yang sudah aku memberitahukan kamu
dahulu"
- ayat 5 "Beberapa hari lagi kamu akan dibaptis dengan
Roh Allah."
Adalah nyata bahawa Penolong yang disebutkan 'Isa itu tidak
lain dan tidak bukanlah Rohul-Kudus yang telah datang dengan
kuasaNya 10 hari selepas pemergian hazrat Isa, iaitu pada Hari
Pentakosta (hari kelima puluh) dan 570 Tahun sebelum kelahiran
Muhammad.
Surah 7:157 dan 61:6 menyebut tentang seorang nabi,
Ahmad(Muhammad) yang kononnya telah diramalkan sebelumnya di
dalam Taurat dan Injil. Jadi, adalah amat penting bagi
rujukan-rujukan tersebut dijumpai. Tanpanya, Muhammad tidak
mempunyai apa-apa bukti di luar Al-Qur'an bagi mengesahkan
kerasulannya, dan dasar bagi kepercayaan lebih kurang seribu juta
para Muslim bergantung semata-mata kepada kesaksian seorang
manusia yang fana. Tetapi sebaliknya, tidak ada apa-apa rujukan
di dalam Injil yang menyebut tentang kedatangan seorang rasul
yang lain. Orang Islam pula percaya bahawa ayat-ayat dari Yohanes
di atas merujuk kepada Ahmad, akan tetapi, adakah ini benar?
Bolehkah Penolong yang dijanjikan ini merupakan seorang manusia
ataupun nabi, atau adakah dia satu Roh, yakni Rohul Kudus yang
disebutkan didalam Injil?
Sambil kamu membaca ayat-ayat ini dan renungi apa yang telah
dijelaskan, kamu juga mestilah membuat kesimpulan kamu sendiri.
Berdasarkan kepada bukti-bukti yang telah dihuraikan, kamu mesti
memutuskan siapakah yang disebutkan di dalam Injil dari Yohanes
14:16 dan Yohanes 16:7.
![[99 Truth Tracts]](logo-1.gif)
[English]
[Malay]
[Answering Islam Main Site.] [Homepej-homepej
Bahasa Melayu]