返回总目录
Mengenal Isa Almasih
CHRISTIAN &
MUSLIM THOUGHTS
This homepage is meant
for exchanging views and providing information to foster better
understanding between those who embrace Islam and those who
embrace Christianity. All comments are welcome.
An article on
"Mengenal Isa Almasih" from the Christian perspective
in Malay language.
Nabi-nabi TUHAN seperti Nabi Nuh
hidup selama 950 tahun; Nabi Adam selama 930 tahun; Nabi Ibrahim
selama 175 tahun dan Nabi Ismail hidup selama 137 tahun! Mereka
semuanya menikmati hidup yang begitu lama dan kehidupan yang
membanggakan. Walaubagaimanapun, purata umur kini hanyalah dalam
lingkungan antara 66 hingga 80 tahun bagi seorang manusia. Jarang
sekali kita mendengar umur seseorang itu menjangkau lebih dari
100 tahun! Apakah yang menyebabkan kemerosotan usia yang mendadak
ini?
Hidup dan mati seseorang itu
kadang-kadang kita kaitkan dengan takdir Tuhan. Setengah orang
hidup sampai umur yang tua, dan setengah orang pula mati dalam
umur yang masih muda lagi. Tua atau muda, seseorang itu pasti
akan menemui ajalnya bila sampai masa nanti. Alkitab, kitab suci
orang Kristian, memberi satu penjelasan mengapa manusia mempunyai
umur yang pendek. Salah satu faktor utama ialah dosa.
Alkitab ada menyatakan:
"Orang yang takut dan
hormat kepada Allah akan hidup lama; orang jahat akan mati
sebelum saatnya." (Kitab Amsal Bab 10 ayat 27)
"Hai anakku, jangan lupa
akan ajaranku. Ingatlah selalu akan perintahku, supaya panjang
umurmu dan makmur hidupmu." (Kitab Amsal Bab 3 ayat 1 &
2)
APAKAH ITU
DOSA?
Seterusnya, Kitab Amsal Bab 5
ayat 21 hingga 23 seterusnya menyatakan:
"Allah nampak segala
perbuatanmu. Ke mana sahaja kamu pergi, kamu diawasi-Nya. Dosa
orang jahat bagaikan perangkap. Orang itu akan terjerat oleh
dosanya sendiri. Dia akan mati kerana tidak dapat menahan nafsu.
Kebodohannya akan membawa dia ke kubur."
Dosa itu perbuatan melawan atau
melanggar kehendak Allah:
"Tetapi orang yang terus
menerus berbuat dosa, melawan Allah; kerana tiap dosa adalah
perbuatan melawan kehendak Allah." (Surat I Yohanes Bab 3
ayat 4)
Dosa itu tidak memenuhi harapan
Allah yang mulia:
"Ya, semua orang telah
berdosa; semuanya tidak memenuhi harapan Allah yang mulia."
(Surat Rom Bab 3 ayat 23)
Dosa itu perbuatan atau hal
memberontak terhadap Allah secara pasif dan aktif:
"Allah berfirman, 'Hai
langit dan bumi, dengarlah firman-Ku! Anak-anak yang Aku besarkan
telah memberontak terhadap Aku'." (Kitab Yesaya Bab 1 ayat
2)
Dosa itu tidak mempunyai
kepercayaan terhadap Allah yakni memanggil Allah sebagai
pembohong atau pendusta:
"Oleh itu, sesiapa yang
percaya kepada Anak Allah(yakni, Kalimah Allah), mempunyai
kesaksian itu di dalam hatinya. Tetapi sesiapa yang tidak percaya
kepada Allah, menjadikan Allah pendusta kerana orang itu tidak
percaya kepada apa yang difirmankan Allah tentang Anak-Nya."
(Surat I Yohanes Bab 5 ayat 10)
Alkitab menyatakan:
"Sebab ada tiga yang
memberi kesaksian di dalam syurga: Bapa(yakni, Pencipta),
Firman(yakni, Isa Almasih) dan Roh Kudus(yakni, Petunjuk); dan
ketiga-tiganya adalah satu." (I Yohanes bab 5 ayat 7)
Dari Injil Yohanes bab 1 ayat
1-3, kita diberitahu yang Firman itu merujuk kepada Isa Almasih:
"Sebelum dunia ini
diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan
Firman itu sama dengan Allah. Sejak permulaan, Firman itu
bersama-sama Allah. Allah menjadikan segala sesuatu melalui Dia.
Tiada sesuatu pun di semesta alam ini yang dijadikan tanpa
Dia."
Injil Yohanes bab 1 ayat 14
seterusnya menyatakan:
"Firman itu sudah menjadi
manusia dan tinggal antara kita."
Dosa itu memilih jalan sendiri
iaitu merancang hidup kita mengikut kehendak kita sendiri tanpa
petunjuk TUHAN.
"Dahulu kita semua seperti
domba yang sesat, masing-masing mengikut jalan sendiri. Tetapi
Allah menjatuhkan hukuman kepadanya, hukuman yang seharusnya
dijatuhkan kepada kita." (Kitab Yesaya bab 53 ayat 6)
Setiap kesalahan merupakan dosa:
"Setiap kesalahan tentu
saja merupakan dosa. Saya tidak membicarakan dosa-dosa yang
biasa;yang saya bicarakan ialah dosa yang berakhir dengan
kematian." (Surat I Yohanes bab 5 ayat 17)
"Jikalau kita berkata
bahawa kita tidak berdosa, kita hanya menipu diri sendiri dan
tidak mau menerima kebenaran." (Surat I Yohanes bab 1 ayat
8)
KEADAAN
MANUSIA - SEORANG PENYELAMAT(ALMUKHALIS) DIPERLUKAN
Manusia berada di dalam keadaan
kebinasaan dan menghadapi hukuman:
"Seperti yang tertulis di
dalam Alkitab, 'Tidak seorang pun yang benar di sisi Allah, tidak
seorang pun yang memahami apa yang benar, dan tidak seorang pun
menyembah Allah. Semua orang sudah menjauhkan diri daripada
Allah; semuanya sudah sesat. Tidak seorang pun berbuat benar;
seorang pun tidak!' " (Surat Rom Bab 3 ayat 10-12)
Secara am, manusia telah memilih
jalan yang tidak bermoral dan menemui jalan yang menyesatkan:
"Kerana manusia tidak mahu
mengakui Allah, Allah membiarkan fikiran mereka menjadi rosak,
sehingga mereka melakukan hal-hal yang tidak senonoh. Hati mereka
penuh dengan kejahatan, kekejaman, ketamakan, kebusukan dan
kedengkian, keinginan untuk membunuh, berkelahi, menipu, dan
mendendam. Mereka suka mengumpat, memburukkan nama orang lain;
mereka sombong dan biadab, yang membenci Allah dan bercakap
besar. Mereka memikirkan cara-cara baru untuk melakukan
kejahatan. Mereka melawan ibu bapa, tidak berakhlak, memungkiri
janji, dan tidak berperikemanusiaan. Mereka tahu bahawa menurut
hukum Allah, orang yang berbuat semua itu harus dihukum mati.
Namun demikian mereka terus menerus melakukan hal-hal itu; bahkan
mereka menyetujui orang lain yang berbuat demikian." (Surat
Rom Bab 1 ayat 28-32)
Manusia ditinggalkan dalam
keadaan dosa jauh dari nikmat dan persahabatan dengan TUHAN.
"Tetapi yang menjadi
penghalang ialah dosa-dosamu. Itulah yang telah memisahkan kamu
dengan TUHAN. Kerana segala dosamu, maka Dia tidak mau melihat
kamu dan tidk mau mendengarkn kamu." (Kitab Yesaya bab 59
ayat 2)
Surat Rom bab 3 ayat 23
menggambarkan keadaan manusia dari analisa Allah Sendiri iaitu
memiliki roh yang tidak bernyawa lagi:
"Ya, semua orang telah
berdosa; semuanya tidak memenuhi harapan Allah yang mulia."
(Surat Rom Bab 3 ayat 23)
Ayat yang disebutkan tadi
ditujukan kepada semua orang. Seorang Penyelamat diperlukan oleh
kerana manusia sudah berdosa. Penyelamat itu akan menebus dosa
manusia.Hanya Allah sajalah yang boleh melaksanakannya.
HUKUMAN
KERANA DOSA - HUKUMAN MATI
TUHAN memberi peringatan kepada
manusia(yakni kepada Adam dan Hawa) semasa menempatkan mereka di
Taman Eden:
"Semua buah di taman ini
boleh kaumakan, kecuali buah Pohon Pengetahuan kerana buah pohon
itu akan membukakan matamu tentang yang baik dan yang jahat.
Kalau engkau makan buah pohon itu, engkau pasti mati."
(Kitab Kejadian Bab 2 ayat 17)
Allah berfirman lagi di dalam
ayat berikut:
"Sebab upah dosa ialah
maut." (Surat Rom Bab 6 ayat 23a)
Adakah Allah mencampakkan kita
begitu saja tanpa memberi jalan keluar? Adakah Allahg membiarkan
kita musnah tanpa apa-apa harapan? Tentunya tidak! Allah yang
Maha Penyayang dan Pengasih membuka satu jalan untuk memberi
harapan kepada umat manusia.
PENAWAR TUHAN
- KORBAN DARAH YANG TIDAK BERDOSA
Allah berfirman: "...tanpa
penumpahan darah tidak ada pengampunan dosa." (Surat Ibrani
Bab 9 ayat 22)
Mari kita ambil Nabi Adam
sebagai contoh. Adam berdosa, tetapi dengan pengorbanan seekor
binatang, TUHAN memberikan satu jalan untuk memperbaharui ikatan
harmoni yang sedia wujud di antara Allah yang Maha Suci dengan
Adam yang berdosa.
Setiap tahun orang yang beragama
Islam meraikan Hari Raya Haji (korban, adha) iaitu hari besar
Islam yang dirayakan pada 10 Zulhijah. Pada hari itu, setiap
keluarga mengorbankan seekor binatang. Mereka mengingat kembali
peristiwa korban yang dibuat oleh Nabi Ibrahim di mana Allah
menggantikan anak Nabi Ibrahim yang dijadikan korban dengan
seekor domba.
"Setelah itu, Nabi Ibrahim
mengangkat pisaunya untuk menyembilih anaknya. Pada saat itu,
malaikat Allah berseru kepadanya dari langit, 'Ibrahim! Ibrahim!
Singkirkn pisau itu, jangan kaubunuh anakmu. Kerana Aku tahu
bahawa engkau mengutamakan Allah dalam hidupmu sehingga engkau
rela menyerahkan bagi-Ku anakmu yang sangat kaukasihi
sekalipun." (Dari Taurat, Kitab Kejadian Bab 22 ayat 10-12)
"Ketika Ibrahim mengangkat
kepalanya dan memandang sekitarnya ia melihat seekor domba jantan
yang tanduknya tersekat di semak-semak. Maka Ibrahim mengambil
itu sebagai pengganti anaknya untuk dipersembahkan menjadi korban
bakaran." (Dari Taurat, Kitab Kejadian bab 22 ayat 13)
Peristiwa tersebut memberi
gambaran kepada kita mengenai penebusan dosa yang disediakan oleh
Allah. Allah memberi petunjuk kepada kita tentang prinsip
pengorbanan dan penggantian di sini.
Menerusi pengorbanan, penumpahan
darah berlaku. Hukuman dosa mesti dibayar. Persoalannya ialah
sama ada kita sendiri yang menanggung dosa melalui hukuman mati
atau melalui penggantian; atau kita membenarkan Allah Sendiri
menanggungnya untuk kita melalui pengorbanan. Pengorbanan yang
macam mana?
Seperti domba yang disediakan
oleh Allah sebagai pengganti anak Nabi Ibrahim, Allah mengutuskan
Isa Almasih ke dunia ini sebagai korban untuk menebus dosa kita
dan untuk umat manusia pada keseluruhannya.
Isa Almasih berfirman:
"Aku ini Gembala yang baik.
Aku mengenal domba-domba-Ku dan mereka mengenal Aku. Aku
mempunyai domba-domba lain di dalam kandang yang lain. Mereka
juga harus Kubawa dan mereka akan mendengar suara-Ku."
(Injil Yohanes Bab 10 ayat 16)
Isa Almasih diutus bukan saja
kepada bani Israel tetapi juga kepada "domba-domba"
yang lain yakni umat manusia yang berada di dunia ini. Isa
Almasih diutus untuk menyelamatkan kita dari ancaman hukuman
mati.
Jika di bawah sistem sembah
korban yang lama, darah lembu jantan dan darah kambing serta abu
lembu muda dapat menyucikan tubuh manusia dari dosa. Bayangkanlah
saja, betapa pastinya darah Isa Almasih boleh mengubah kehidupan
serta hati kita.
Pengorbanan-Nya membebaskan kita
dari kehausan mentaati peraturan lama dan menjadikan kita ingin
melayani Allah yang hidup. Dengan pertolongan Roh Kudus, Isa
Almasih rela mengorbankan nyawa-Nya Sendiri untuk menebus dosa
kita.
Allah membayar suatu harga
tebusan yang tinggi untuk melepaskan kita dari jejak nenek moyang
yang berusaha dengan sia-sia untuk mencapai syurga. Isa Almasih
yang mati di atas kayu salib telah mendamaikan segala sesuatu di
bumi dan di syurga dengan Allah.
Oleh itu, kita sekarang dapat
berdiri di hadirat Allah tanpa cela, tanpa sesuatu yang dapat
menyebabkan kita ditegur oleh Allah.
Satu-satunya syarat ialah kita
harus mempercayai kebenaran serta memegangnya dengan teguh, kuat
di dalam Allah, yakin akan berita kesukaan bahawa Isa Almasih
mati untuk kita, dan tidak ragu-ragu bahawa Isa Almasih ialah
Penyelamat kita.
HIDUP BARU
DAN PENGAMPUNAN
Allah kaya dengan rahmat. Dia
sangat mengasihi kita walaupun secara rohani, kita sudah mati,
dan sudah binasa kerana dosa kita. TUHAN mengembalikan hidup yang
baru kepada kita pada waktu Dia membangkitkan Isa Almasih dari
antara orang mati. Kita diselamatkan kerana kasih kurnia-Nya yang
tidak layak kita terima.
Hidup yang baru ini dikurniakan
oleh kerana kemurahan Allah. Kita tidak perlu bekerja keras atau
membayar sesen pun untuk memperolehinya.
"Siapa pun yang menyebut
nama Tuhan akan diselamatkan." (Surat Rom bab 10 ayat 13).
Ayat ini bermakna sesiapa yang menyebut nama Isa Almasih untuk
menyelamatkannya, Dia akan berbuat demikian.
Berikut ialah panduan untuk
berdoa bagi menebus dosa kita:
" Ya Tuhan yang Maha
Penyayang lagi Pengasih, saya memanggilMu agar Engkau
menyelamatkan saya dari segala dosa yang menjadi jurang antara
kita. Saya menerima Isa Almasih sebagai Penyelamat saya dan
Penebus segala dosa saya. Saya bersyukur atas apa yang telah di
lakukan oleh Isa Almasih yang telah bangkit dari antara orang
mati. Amin."
Kasih Abang Kepada
Seorang Adik
Pernahkah kita bertanya, "Apakah kaitannya
kematian Isa Al-Masih di atas kayu salib itu dengan kita ?"
Persoalan ini mungkin merungsingkan fikiran kita kerana
sesetengah orang tidak percaya bahawa Isa Al-Masih pernah mati.
Tambah lagi, mati untuk menebus dosa manusia ?! Tidak masuk akal
langsung!
Biarlah saya ceritakan satu kejadian yang betul-betul berlaku
beberapa tahun yang lalu. Saya berharap cerita ini dapat memberi
gambaran yang jelas dan munasabah untuk memahami perkaitan kita
dengan kematian Isa Al-Masih.
Beginilah kisahnya.
Di negeri Jerman, lahirlah dua orang anak kembar.
Kembar maknanya rupa kedua-dua anak itu sama. Si
abang rajin belajar dan berkelakuan baik. Setelah lulus
persekolahan rendah, menengah dan atas, ia pergi melanjutkan
pelajarannya dalam bidang kehakiman. Beberapa tahun kemudian, ia
dilantik sebagai seorang hakim makhamah rendah, dan tidak lama
kemudian, naik pangkat lagi untuk menjadi seorang hakim makhamah
tinggi.
Si adik pula malas belajar dan tidak berkelakuan baik. Ia
tidak lulus persekolahan rendah. Setelah besar, ia bergaul dengan
satu kumpulan jahat yang melakukan kegiatan haram. Pada suatu
hari, ia mengikut kumpulan jahat untuk pergi merompak sebuah
bank. Setelah habis melaksanakan rompakan, mereka pun
meninggalkan bank. Semasa hendak keluar, mereka dapati yang
mereka sudah pun dikepung oleh sekumpulan anggota polis dan cuba
melarikan diri. Ahli=ahli kumpulan itu berjaya melarikan diri
tetapi nasib malang menimpa si adik itu. Di dalam cubaannya
hendak melarikan diri, ia melepaskan tembakan dan menembak mati
salah seorang daripada anggota polis yang menghampirinya.
Akhirnya, si adik itu ditangkap oleh pihak polis dan
dihadapkan ke makhamah. Tarikh perbicaraan ditetapkan.
Perbicaraan si adik itu dihakimi oleh abangnya sendiri. Pada
akhir perbicaraan itu, si abang yang menghakimi kes adiknya
menjatuhkan hukuman mati ke atas si adik kerana didapati
bersalah. Sesi pengadilan pun berakhir. Si adik dibawa balik ke
penjara. Orang ramai pula pulang ke rumah masing-masing. Tetapi
si abang yang juga tuan hakim bagi kes perbicaraan adiknya, tidak
dapat tidur pada malam itu. Ia sangat sayangkan adiknya. Keesokan
harinya, ia pergi melawat adiknya di penjara. Apabila mereka
bertemu, si abang mencadangkan agar mereka bertukar tempat. Dia
sanggup berbuat demikian kerana kasihnya kepada si adik sehingga
rela mati untuk menggantikan tempat adiknya. Itulah yang berlaku
pada malam itu. Mereka bertukar pakaian. Si adik memakai pakaian
si abang dan sebaliknya. Hal ini berlaku tanpa diketahui oleh
sesiapa pun.
Si abang tinggal di penjara. Si adik pula keluar meninggalkan
penjara. Bila hari untuk menjalani hukuman sudah tiba, si abang,
yang mati menggantikan tempat adiknya. Demikianlah kisah sebuah
cerita yang menyayat hati.
Kita kembali kepada persoalan tentang
Isa Al-Masih yang mati di atas kayu salib. Apakah kaitannya
dengan kita?
Kita sebagai manusia telah berdosa, dosa yang patut dikenakan
hukuman mati. Selagi kita berdosa, kita tidak dapat bergaul atau
pergi dekat dengan Tuhan, kerana Tuhan itu kudus. Dosa yang telah
kita lakukan mesti dihukum kerana Allah itu adil. Oleh kerana
kasih-Nya yang berkelimpahan itu, Tuhan tidak sanggup membiarkan
kita dihukum, dan dicampak ke dalam neraka selama-lamanya. Oleh
itu, Tuhan Sendiri meninggalkan "makhamah
penghakiman-Nya" dan turun ke penjara, iaitu
dunia kita. Injil Yohanes bab 3 ayat 16 mengatakan, "Kerana Allah begitu mengasihi manusia
di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal supaya
setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan
mendapat hidup sejati dan kekal."
Isa Al-Masih, "abang" kita itu, dihukum mati atas
salib, menggantikan kita, adik-adik-Nya yang
dikasihi. Inji Yohanes seterusnya mengatakan, "Sebab Allah
mengirim Anak-Nya bukan untuk menghakimi dunia tetapi untuk
menyelamatkannya."(ayat 17). Sekarang manusia dapat
bersukacita dalam hubungan mereka yang baru dengan Allah
,semata-mata kerana apa yang dilakukan oleh Isa Al-Masih bagi
kita. Isa telah menyerahkan nyawa-Nya bagi dosa kita, dan dengan
demikian menjadikan kita sahabat Allah.
Ada setengah orang tidak percaya yang Isa Al-Masih benar-benar
mati akibat penyaliban-Nya di atas kayu salib. Pendapat ini tidak
boleh diterima kerana jika Isa Al-Masih tidak mati, kita belum
lagi selamat dan tidak mungkin diselamatkan!
Persoalan yang perlu kita tanya apabila memerhatikan peristiwa
ini ialah, "Bolehkah satu orang mati menggantikan semua umat
manusia?" Jawapannya, "boleh".
Bacalah penjelasan lengkap akan hal ini yang diberi oleh
seorang rasul yang bernama Paul yang dipetik dari Kitab Rom bab 5
:
"Ketika Nabi Adam jatuh ke dalam dosa maka dosa
menjangkiti seluruh umat manusia. Dosanya menyebarkan kematian ke
seluruh dunia; dan kerana itu, segala sesuatu menjadi tua dan
mati, sebab semua telah berdosa. Tetapi Isa Al-Masih membawa
pengampunan kepada banyak orang kerana kemurahan Allah. Dosa Nabi
Adam yang satu itu mengakibatkan kematian bagi banyak orang,
sedangkan Isa dengan cuma-cuma menghapuskan banyak dosa dan
memberikan hidup yang penuh dengan kemuliaan."
Memang dengan dosa satu orang, maut mulai bermaharajalela.
Tetapi alangkah lebih manfaatnya hasil perbuatan seorang lagi
iaitu Isa Al-Masih! Tiap-tiap orang yang menerima rahmat Tuhan
yang berkelimpahan dan pemberian kebenaran-Nya, akan hidup dan
memerintah bersama-sama Dia. Inilah sebabnya orang Kristian
berani mengatakan bahawa iman Kristian itulah satu-satunya jalan
keselamatan dan jalan kepada kehidupan yang kekal di syurga.
Tidak ada jalan lain bagi si abang itu untuk menyelamatkan
adiknya. Tuhan juga tidak mempunyai jalan lain. Isa Al-Masih
menjadi pengganti kita. Demikian juga tidak ada jalan lain bagi
si adik itu untuk diselamatkan kecuali melalui kerelaannya
menerima pengorbanan abangnya. Demikian juga kita tidak ada jalan
lain untuk selamat kecuali menerima pengorbanan Isa bagi kita.
Brief Understanding of Islam
Understanding Christianity
- The
Audio Bible
- As you read the Bible, it is also narrated based
on King James Version.
- The Radio Network
- Bible messages from Chuck Swindoll, Josh
McDowell, Chuck Colson, others
|
© 1998 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar
ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan
dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain.
Sebarang pertanyaan atau komen boleh ditujukan ke alamat emel
yang berikut: pertanyaan@yahoo.com
Pertemuan Minda
Homepej-homepej Bahasa Melayu dan Indonesia