返回总目录
Hazrat Isa di dalam Al-Qu'ran
Hazrat Isa yang di dalam
Al-Qur'an
Pendahuluan
Al-Qur'an menganggap Hazrat Isa sebagai tokoh yang sangat
penting. Al-Qur'an mengurniainya dengan banyak gelaran-gelaran
kehormatan sekali berbanding dengan mana-mana tokoh yang lalu.
Hazrat Isa telah dipanggil satu 'tanda bagi manusia' (QS Maryam
19:21), 'rahmat dari (Allah)' (QS Maryam 19:21), 'saksi' (QS
An-Nisaa' 4:159), 'salih' (QS Ali-'Imran 3:46) dan 'didekatkan
(kepada Allah)' (QS. Ali-'Imran 3:45). Al-Qur'an memberinya
gelaran 'Al-Masih (sebanyak 11 kali)', 'Ibn Maryam', 'Utusan
Allah', 'Nabi', 'Kalimat Allah' dan 'Roh dari Allah' (QS
An-Nisaa' 4:171). Dialah hanya satu-satunya nabi yang telah
dilahirkan kepada seorang gadis dara dan telah mengerjakan antara
mukjizat-mukjizat yang terunggul di kalangan nabi-nabi. Lebih
kurang sembilan puluh ayat daripada 15 buah surah di dalam
Al-Qur'an mempunyai rujukan kepada Hazrat Isa walaupun
kebanyakannya adalah ringkas and hanya pada namanya sahaja dalam
satu senarai nabi-nabi. Sungguhpun kehormatan-kehormatan ini
dikurnia ke atasnya, Al-Qur'an menolak peranan Kristus sebagai
Penyelamat dan Rabb seluruh umat manusia.
Keadaan ini adalah kerana Al-Qur'an mempunyai satu definisi
kenabian yang amat seluruh yang dikenakan terhadap Hazrat Isa dan
sebilangan besar tokoh-tokoh penting dalam Perjanjian Lama.
Tanggapan kenabian inilah pada sebahagian besarnya sesuai sekali
dengan Muhammad, dan telah dibacakan kembali ke atas peranan
semua nabi-nabi penting yang lalu.
Kenabian di dalam Al-Qur'an
Nabi-nabi di dalam Al-Qur'an boleh dikelaskan sebagai Nabi dan
Rasul. Seorang nabi ialah sesiapa yang diilhamkan secara terus
oleh Allah. Seorang rasul ialah orang yang telah diamanahkan
Allah dengan misi yang khas. Biasanya rasul juga memainkan
peranan seorang nabi dan membawa bersamanya kitab wahyu Allah.
Perkhabaran asas yang dikhutbahkan para rasul dan para nabi
adalah sama: memberi amaran kepada manusia supaya bertaubat
daripada dosa (terutamanya kemusyrikan) dan memenuhi kewajipan
mereka kepada Allah. Perkhabaran ini bersesuaian dengan ajaran
asas Islam mengenai penyelamatan bahawa apa yang perlu dilakukan
sahaja ialah bertaubat dari dosa, beriman kepada Allah, dan
mengerjakan perkara-perkara baik. Nabi/rasul memperingatkan
manusia mengenai buruknya padah yang bakal menimpa sekiranya kita
meninggalkan tanggungjawab kita kepada Allah. Andainya manusia
bertaubat, nabi/rasul menjanjikan keberkatan dari Allah. Peranan
ini amat mudah difahami dan Al-Qur'an menyarankan di dalam QS
Yuunus 10:47 bahawa tiap-tiap umat telah didatangi rasul pada
satu masa ketika. Orang Islam percaya bahawa semua nabi-nabi
Perjanjian Lama mempunyai peranan yang sebegini. Namun tidak ada
di dalam konsep kenabian ini sebarang rujukan kepada
nubuat-nubuat Perjanjian Lama mengenai Al-Masih yang akan tiba.
Tiada seruan juga kepada Bani Israel supaya kembali kepada
perjanjian mereka bersama Allah yang berpusatkan sistem
pengorbanan di dalam Bait Allah, dan tiada sebarang pelanjutan
dalam wahyu mengenai rancangan Allah untuk manusia mahu pun dalam
bentuk perjanjian-perjanjian lain seperti perjanjian Daud mahu
pun perjanjian Baru. Tanggapan kenabian Islam pada tegasnya
adalah secara linear tanpa perkembangan, yang menyeru kepada
manusia supaya kembali kepada pangkal jalan agama asas yang sama.
Beberapa orang rasul dikatakan telah menerima kitab daripada
Allah. Gambaran di sini ialah mereka telah menerima kitab-kitab
itu dalam cara yang sama dengan cara bagaimana Muhammad dikatakan
telah menerima Al-Qur'an -- iaitu secara imlak daripada yang asal
di syurga. Menurut Al-Qur'an, Nabi Musa (as) telah menerima kitab
Taurat, Nabi Daud (as) menerima kitab Zabur dan Hazrat Isa pula
menerima kitab Injil. Orang Islam diajar supaya beriman kepada
semua nabi-nabi dan kitab-kitab mereka. Walau bagaimanapun,
adalah menjadi kepercayaan orang Islam bahawa Al-Qur'an hanyalah
satu-satunya kitab yang tidak diubahsuai dan boleh dipercayai,
yang telah diturunkan untuk membetulkan kesalahan-kesalahan dan
mengekalkan mana-mana ajaran-ajaran betul yang terkandung di
dalam kitab-kitab sebelumnya. Hasilnya, seorang yang beragama
Islam hanya mempercayai Al-Qur'an walaupun dia berkata bahawa dia
mempercayai semua kitab-kitab.
Hazrat Isa
Nama Hazrat Isa di dalam Al-Qur'an ialah Isa. Asal bagaimana
dia diberi nama ini masih belum selesai dan pelbagai teori telah
dikemukakan. Tiga teori penting ialah ianya mungkin korupsi
perkataan Syria iaitu "Yeshu", atau satu korupsi
perkataan "Esau" yang dijadikan nama perli orang Yahudi
terhadap Hazrat Isa, atau ia telah digunakan untuk berirama
dengan nama Nabi Musa (as) di dalam beberapa ayat-ayat Al-Qur'an.
Walau bagaimanapun, untuk tujuan kita, adalah memadai bagi kita
menyebut nama Yesus kepada sahabat Islam kita yang akan terus
tahu siapakah yang dimaksudkan kita. Dia akan faham dan tidak
tersinggung kerana dia telah akan menjangkakan perkara ini
memandangkan kita beragama Kristian.
Harus kita sarankan mengenai satu perkara yang menarik di
dalam Al-Qur'an mengenai Hazrat Isa. Hazrat Isa dikatakan telah
menyatakan apakah peranan pelayanannya semasa di bumi dan
siapakah dia di dalam Al-Qur'an. Oleh yang demikian, satu kajian
ke atas peristiwa-peristiwa di mana dia telah melakukan ini akan
memberikan kepada kita satu gambaran jelas mengenai Hazrat Isa
yang di dalam Al-Qur'an.
Perbicaraan Hazrat Isa semasa dalam buaian
Hazrat Isa berbicara buat pertama kalinya di dalam Al-Qur'an
semasa dia masih bayi lagi. Di dalam Surah Maryam 19, selepas
konsepsi dan kelahirannya, Maryam telah membawanya kepada
kaumnya. Akan tetapi Maryam dituduh pula sebagai melakukan
sesuatu yang amat mungkar dan pada saat itulah Hazrat Isa telah
mempertahankannya dengan berbicara dari buaian:
- Berkata Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia
memberiku Al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang
nabi. Dan Dia menjadikan aku seorang yang berbakti di
mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku
(mendirikan) shalat dan (menunaikan) zakat selama aku
hidup, dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak
menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan
kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku
dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku
dibangkitkan hidup kembali"". (QS. Maryam
19:30-33)
Terdapat banyak istilah-istilah dan tanggapan-tanggapan
penting di sini. Pertama-tama sekali, Hazrat Isa menyatakan
dirinya sebagai hamba Allah. Istilah bahasa Arab yang digunakan
di sini ialah 'abd', yang bererti dia hanyalah seorang manusia
biasa dalam hubungannya dengan Allah. Penggunaan kata ini adalah
penyangkalan terbuka kepasa sifat Hazrat Isa yang ilahi. Kedua,
perhatikan ayat yang menyatakan bahawa dia telah menerima sebuah
kitab dan dijadikan seorang nabi. Perkara ini adalah mengikut
tanggapan Al-Qur'an mengenai wahyu dan kenabian seperti yang
telah diperkatakan awal tadi. Kata Hazrat Isa bahawa dia telah
menerima kitab, dipercayai orang Islam sebagai dalam gaya yang
sama seperti Nabi Musa (as), Nabi Daud (as) dan Muhammad. Rujukan
kepada solat dan zakat dianggap orang Islam sebagai merujuk
kepada dua daripada lima rukun Islam penting, iaitu ibadat solat
dan zakat. Dalam kata lain, Hazrat Isa telah dipanggil untuk
menjadi seorang Muslim yang baik. Pernyataan terakhir yang
merujuk kepada kematian dan kebangkitannya telah diambil orang
Islam bukan menurut turutan, tetapi di dalam susunan terbalik.
Orang Islam percaya Hazrat Isa telah diangkat ke syurga dahulu
dan akan datang semula ke bumi ini untuk menyambung kehidupannya
sebagai manusia biasa. Walaupun ini bukan susunannya di dalam
Al-Qur'an tetapi inilah kepercayaan kaum Muslim.
Mukjizat-mukjizat Hazrat Isa
Surah Al-Maaidah menyenaraikan mukjizat-mukjizat yang
dikatakan telah dilakukan Hazrat Isa di dalam Al-Qur'an:
- (Ingatlah), ketika Allah mengatakan:"Hai 'Isa putera
Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada Ibumu
diwaktu Aku menguatkan kamu dengan ruhul qudus. Kamu
dapat berbicara dengan manusia diwaktu masih dalam buaian
dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) diwaktu Aku mengajar
kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah
pula) diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk)
yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian kamu meniup
padanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya)
dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) diwaktu Aku menghalangi
Bani Israil (dari keinginan mereka membunuh kamu) dikala
kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan
yang nyata, lalu orang-orang kafir diantara mereka
berkata:"Ini tidak lain sihir yang nyata". (QS.
Al-Maaidah 5:110)
Perhatikan bahagian yang selalu diulangi iaitu
"seizin-Ku". Kaum Muslim menyarankan bahawa kerana
ungkapan ini, semua mukjizat-mukjizat yang diperlakukan Hazrat
Isa adalah hanya melalui kuasa Allah dan bukan kuasanya kerana
dia tidak mempunyai sebarang kuasa sebagai manusia.
Terdapat juga dua mukjizat-mukjizat yang tidak disenaraikan di
sini tetapi boleh ditemui di dalam Al-Qur'an. Mukjizat-mukjizat
ini ialah hal menurunkan suatu hidangan dari langit untuk
pengikut-pengikutnya (QS. Al-Maaidah 5:112-115), dan kebolehan
mengetahui apa yang disimpan di dalam rumah orang (QS. Ali-'Imran
3:49)
Kita harus berkata di sini bahawa perbicaraannya dalam buaian
dan penghasilan seekor burung dari tanah merupakan cerita-cerita
yang boleh dijumpai dalam buku-buku apocryphal Kristian
yang ditulis sebelum tibanya masa Muhammad.
- (Arabic Infancy Gospel)
- Kita temui apa yang mengikut di dalam kitab Yusuf, imam
besar, yang hidup semasa zaman Kristus. Ada yang
mengatakan bahawa dialah Kayafas. Dia telah berkata
bahawa Yesus telah berbicara dan memang, ketika dia
berada di dalam buaian dia telah berkata kepada
Maryam ibunya:...
-
- (Bahasa asal: We find what follows in
the book of Joseph the high priest, who lived in the time
of Christ. Some say that he is Caiaphas. He has said that
Jesus spoke, and, indeed, when He was lying
in His cradle said to Mary His
mother:...)
- (The Infancy Gospel of Thomas)
- Dan setelah dia telah membuat tanah lembut, dia
membentukkan dua belas ekor burung pipit dari tanah
tersebut. Dan adalah Hari Sabat ketika dia melakukan
semua ini (atau menciptakan semua ini).
-
- (Bahasa asal: Chapter II verse 2 And
having made soft clay, he fashioned
thereof twelve sparrows. And it was the
Sabbath when he did these things (or made them).
Kedua-dua cerita-cerita ini hanyalah di antara cerita-cerita
Al-Qur'an lain yang dipinjam daripada agama-agama lain.
Konsep Triniti di dalam Al-Qur'an
Al-Qur'an menolak sebarang tanggapan yang membayangkan sifat
Allah sebagai satu Triniti. Konsep Triniti yang dibidas di dalam
Al-Qur'an seakan-akan terdiri daripada Allah, Maryam, dan Hazrat
Isa. Kebanyakan orang Islam pada hari ini sedar bahawa inilah
bukan yang dimaksudkan orang Kristian apabila kita menyebut
mengenai Triniti yang Kudus. Tetapi mereka dengan cepatnya
mendakwa bahawa sebarang bayangan ketigaan adalah salah dan akan
menggunakan Al-Qur'an untuk mempertahankan hujah mereka. Hazrat
Isa yang di dalam Al-Qur'an menentang Triniti dengan kuat:
- Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman:"Hai 'Isa
putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada
manusia:"Jadikanlah aku dan ibuku dua orang
Ilah selain Allah". 'Isa
menjawab:"Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku
mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku
pernah mengatakannya maka tentulah Engkau telah
mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak
mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya
Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib".
Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa
yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakannya)
yaitu:"Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu",
dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka. Maka
setelah Engkau wafatkan (angkat) aku, Engkau-lah yang
mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas
segala sesuatu. (QS. Al-Maaidah 5:116-117)
Al-Qur'an mengukuhkan kata-kata Hazrat Isa dengan
pernyataan-pernyataan yang seperti berikut:
- Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam
agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah
kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa putera
Maryam itu, adalah utusan Allah dan kalimat-Nya yang
disampaikan-Nya kepada Maryam, dan roh dari-Nya. Maka
berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah
kamu mengatakan: "(Ilah itu) tiga",
berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu.
Sesungguhnya Allah Ilah Yang Maha Esa, Maha Suci Allah
dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi
adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara.
(QS. An-Nisaa' 4:171)
-
- Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang
berkata:"Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih
putera Maryam", padahal Al-Masih (sendiri)
berkata:"Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku
dan Tuhanmu". Sesungguhnya orang yang
mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah
mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka,
tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang
penolongpun. Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang
mengatakan:"Bahwanya Allah salah satu dari yang
tiga", padahal sekali-kali tidak ada Ilah (yang
kelak berhak disembah) selain Ilah Yang Esa. Jika mereka
tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti
orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa
siksaan yang pedih. (QS. Al-Maaidah 5:72-73)
Al-Qur'an tidak pernah berinteraksi secara serius dengan
ajaran asas Al-Kitab dan kefahaman Kristian ortodoks mengenai
konsep Triniti. Kita mendakwa ini kerana konsep Triniti itu
menggambarkan apa yang telah diwahyukan Allah mengenai
keesaan-Nya. Konsep Triniti itu tidak bererti mengganda-gandakan
tuhan-tuhan seperti yang tampaknya dikatakan mengenai Triniti di
dalam Al-Qur'an.
Penentangan terhadap kedudukan Hazrat Isa
sebagai Anak Allah
Al-Qur'an mengandungi ayat-ayat yang menentang pernyataan
bahawa Allah telah beranak. Kita akan membaca di dalam Al-Qur'an,
"Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia.
Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka hanya berkata
kepadanya: "'Jadilah', maka jadilah ia."(QS. Maryam
19:35). Tambahan pula di dalam QS. Yuunus 10:68 adalah tertulis,
"Mereka (orang-orang Yahudi dan Nasrani) berkata:"Allah
mempunyai anak". Maha Suci Allah; Dia-lah Yang Maha Kaya;
kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan apa yang di bumi. Kamu
tidak mempunyai hujjah tentang ini. Pantaskah kamu mengatakan
terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?". Di tempat lain
pula kita diberitahu dengan spesifik bahawa penciptaan Hazrat Isa
adalah serupa dengan Nabi Adam, kerana mereka berdua terjadi
melalui firman Allah yang berbunyi "Jadilah!" (QS
Ali-'Imran 3:59). Tambahan pula "Dia tidak beranak dan tiada
pula diperanakkan" (QS. Al-Ikhlaash 112:3)
Tidak kita lupakan juga tuduhan Al-Qur'an bahawa idea Tuhan
beranak adalah bertentangan dengan kebesaran dan kemuliaannya.
Rupa-rupanya orang Islam dan Al-Qur'an pada umumnya memandang
idea anak Tuhan itu secara harfiah (jasmaniah) dalam
pengertiannya. QS. Al-Jin 72:3 mencatat "dan bahwasannya
Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami, Dia tidak beristeri dan tidak
(pula) beranak." Dalam ulasannya mengenai ayat ini (nota
#1625 dalam terjemahan dan ulasannya ke atas makna Al-Qur'an)
Allahyarham Yusuf Ali memerhatikan bahawa Islam menolak adanya
"ajaran anak yang dilahirkan Allah, yang membawa (kita
kepada) implikasi bahawa Dia mempunyai isteri melalui siapa anak
itu dilahirkan"!
Penulis Kristian iaitu Lactantius yang menulis sekitar tahun
306 selepas Masihi telah berkata, "Barangkali sesiapa yang
mendengar ungkapan "Anak Allah" tidak harus memikirkan
perkara yang begitu keji dan terkutuk, dan berkhayal bahawa Allah
telah membiak melalui perkahwinan dan persetubuhan dengan seorang
wanita,---ini hanya satu perkara yang dilakukan binatang yang
bertubuh dan mana kematiannya memang pasti."
Di sini, kita harus bertanya adakah terletak pada pemikiran
pengarang Al-Qur'an perkara yang begitu terkutuk dan keji seperti
ini? Sungguh malangnya kerana pemahaman pengarang Al-Qur'an yang
salah ini, telah dipercayai beratus ribu kaum Muslim sebagai apa
yang sebenarnya dipercayai orang Kristian.
Hazrat Isa dikatakan telah meramalkan
kedatangan Muhammad
Terdapat satu ayat di dalam Al-Qur'an yang menyebabkan
rakan-rakan Islam kami tercari-cari di dalam Al-Kitab untuk
kemungkinan adanya sebarang nubuat mengenai kedatangan Muhammad:
- Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata:"Hai
bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah
kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu
Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya)
seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya
Ahmad (Muhammad)...." (QS. Ash-Shaaff 61:6)
Mereka akan menghala kepada petikan-petikan di dalam kitab
Yohanes 14-16 mengenai Paraclete dalam percubaan mereka
membuktikan bahawa Paraclete itu ialah Muhammad, dan bukanlah Roh
Kudus. Walaupun begitu, apa yang penting bagi kita di sini ialah
mengenal pasti bahawa orang Islam percaya sebahagian besar
pelayanan Hazrat Isa ialah menubuat mengenai kedatangan Muhammad.
Penyaliban
Hazrat Isa yang di dalam Al-Qur'an tidak mati di atas kayu
salib. Surah An-Nisaa' 4:157,158 menyatakan:
- dan karena ucapan mereka:"Sesungguhnya kami telah
membunuh Al-Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah",
padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula)
menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang
diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya
orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan)
Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh
itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang
dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka
tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah
Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa
kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana. (QS. An-Nisaa' 4:157-158)
Alasan umum yang diberi ialah Allah telah meletakkan orang
lain di atas kayu salib dan mengangkat Hazrat Isa ke syurga.
Yudas Pengkhianatlah yang paling kerap dicadangkan sebagai orang
yang telah mati di tempat Hazrat Isa. Tetapi tidak ada sebarang
bukti sejarah yang diberikan untuk menyokong dakwaan ini. Perkara
ini dipercayai kerana Al-Qur'an menyatakannya sebagai perkara
benar.
Kepulangan Hazrat Isa ke bumi
Al-Qur'an tidak menyatakan secara eksplisit bahawa Hazrat Isa
akan kembali ke bumi. Ini adalah ajaran yang telah dikembangkan
di dalam tradisi-tradisi Islam (Al-Hadith). Berikut adalah dua
ayat Al-Qur'an yang digunakan untuk menyokong ajaran mengenai
kepulangannya:
- Tidak ada seorangpun dari Ahli Kitab, kecuali akan
beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya. Dan di hari
kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka.
(QS. An-Nisaa' 4:159)
-
- Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan
pengetahuan tentang hari kiamat. Karena itu janganlah kamu
ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah Aku. Inilah
jalan yang lurus. (QS. 43:61)
Daripada ayat-ayat ini dan tradisi-tradisi lain, pandangan
Islam mengenai kepulangan Hazrat Isa adalah begini: Setelah
diangkat ke syurga untuk melepasi penyaliban, Hazrat Isa akan
muncul semasa hari kiamat sebagai tanda bahawa sudah tibanya masa
dunia berakhir. Dia akan turun ke bumi, dua tangannya berehat di
atas sayap-sayap dua orang malaikat. Dia akan turun ke atas
menara putih yang terletak di bahagian timur kota Damascus.
Seterusnya, dia akan mengajak seluruh dunia termasuk juga orang
Kristian dan Yahudi untuk mengislamkan diri mereka, membunuh
al-Dajjal, memecahkan kayu salib, menghapuskan semua babi,
mengakhirkan semua peperangan, dan menjadi seorang hakim. Dia
akan berkahwin, mempunyai anak, mengerjakan ibadat haji ke kota
Mekah, mati selepas 40 tahun dan dikebumikan di sisi Muhammad di
kota Medina. Masanya di bumi akan menandakan tempoh kemewahan
yang berlimpah-limpah dan semua agama akan berakhir kecuali agama
Islam.
Perasaan orang Islam mengenai Hazrat Isa
Daripada gambaran-gambaran di atas kita dapat meneka bagaimana
kaum Muslim mempunyai satu tahap penghormatan dan kekaguman
kepada Hazrat Isa. Ada di kalangan mereka yang berpaling
kepadanya untuk syafaatnya kerana dia tokoh yang hebat di dalam
Islam. Malangnya, Al-Qur'an telah mengalihkan penghormatan mereka
ini dan tidak mengakuinya sebagai satu-satunya Penyelamat dari
dosa dan Rabb. Al-Qur'an telah juga menjadikan Hazrat Isa
menyangkal identitinya sebagai Allah yang datang sebagai daging
manusia, dan membantah pelayanannya di bumi sebagai puncak
rancangan Allah.
Sepertimana gaya Al-Qur'an, orang Islam cenderung mengetepikan
kepentingan bukti-bukti sejarah sebenar yang wujud mengenai
Hazrat Isa. Mereka hanya percaya kepada Al-Qur'an mengenai
identiti dan pelayanan Hazrat Isa tanpa mengkaji asas untuk
kepercayaan mereka itu.
Tambahan pula, orang Islam mempunyai perasaan kuat tentang
Al-Qur'an sebagai wahyu yang lebih superior kepada Al-Kitab. Oleh
itu, mereka percaya bahawa kita sebagai orang Kristian telah
menghina, mencerca and melakukan syirik dalam
pernyataan-pernyataan kita tentang Hazrat Isa. Mereka berpendapat
bahawa orang Kristianlah yang telah mendewa-dewakan Hazrat Isa
sehingga dia dijadikan Allah. Semangat yang ditunjukkan kaum
Muslim dalam membicarakan perkara-perkara ini timbulnya dari
kepercayaan ikhlas bahawa kita salah dan telah melakukan
syirik. Mereka tidak sedar akan kesalahan dan salah faham mereka.
Mereka tidak sedar bahawa kita hanya mengambil Hazrat Isa pada
kata-katanya dan juga kata-katanya pengikut-pengikutnya
(Hawariyyin) seperti yang terdapat di dalam Perjanjian Baru.
Maka jadilah tanggungjawab kita memberitakan hakikat Hazrat
Isa yang sebenar kepada rakan-rakan Islam kita dengan penuh
kesabaran dan kasih sayang. Pelawaan Hazrat Isa kepada mereka dua
ribu tahun dahulu dengan tangan yang terbuka di atas salib masih
sah hari ini. Sudikah kita memberanikan diri dan memaklumkan
rakan-rakan Islam kita?
Homepej-homepej Bahasa Melayu dan Indonesia
Answering Islam Main Site (English)