返回总目录
HAZRAT 'ISA YANG DISEBUT SEBAGAI TUHAN DAN JUGA
Versi Indon
HAZRAT 'ISA YANG DISEBUT SEBAGAI TUHAN DAN JUGA ALLAH
Hazrat 'Isa adalah satu keperibadian yang sangat unik, kerana sejak Dia dilahirkan sehingga kewafatanNya menjadi bahan topik yang tidak pernah berkesudahan. Sesetengah orang binggung disebabkan oleh nama 'Isa ,ada juga yang terhibur dan mempunyai harapan di dalam nama 'Isa dan ada pula yang marah dan sangat benci dengan nama 'Isa .
Nama yang unik ini sangat menarik perhatian untuk kita bincangkan.'Isa sememangnya manusia seratus peratus,dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki Dia adalah seorang manusia.Dia dilahirkan daripada seorang ibu yang juga merupakan seorang manusia,sehingga Dia juga dipanggil seorang Anak Manusia.'Isa juga dipanggil seorang Yahudi,kerana bapa bagi asal keturunannya adalah Daud,oleh sebab itu Dia juga dipanggil Anak Daud.
Dia yang makan kerana lapar,yang minum kerana dahaga,yang berehat ketika keletihan,yang berdoa di waktu kegelisahan dan yang memanggil Eloi Eloi lama sabakhtani serta yang mati di kayu salib itu adalah manusia 'Isa .
Untuk memahaminya dengan lebih jelas kita harus mengetahui prinsip atau dasar tentang kewujudan Allah sepertimana yang telah tertulis di atas,dan juga berdasarkan ayat-ayat Al-kitab juga menjelaskan:
- Tuhan itu Roh
"Sebab Tuhan adalah Roh dan dimana ada Roh Allah, di situ ada kemerdekaan"
(2 Korintus 3:17)
- Tuhan itu Allah
"Dengarlah hai orang Israel:TUHAN itu Allah kita,TUHAN itu esa"
(Ulangan 6:4)
- Allah itu Roh-hakikat ini diajari oleh Hazrat 'Isa sendiri :
"Allah itu Roh dan barangsiapa yang menyembah Dia harus menyembahNya dalam Roh dan kebenaran"
(Yohanes 4:24)
Jadi dimanakah Roh Tuhan itu berada?
Roh Tuhan itu berada di dalam diri 'Isa al-Masih, berfirman dan melakukan pekerjaan Tuhan,seperti yang dinyatakan oleh 'Isa :
"Percayalah kepada-Ku bahawa bapa ada di dalam Aku.Apa yang Aku katakan bukanlah datang daripada diriku sendiri tetapi bapa yang diam di dalam Aku.Dialah yang melakukan pekerjaanNya."
(Yohanes 14:10)
Berdasarkan ayat tersebut jelas bahawa 'Isa dipanggil Tuhan kerana Roh Tuhan itu yang diam di dalam diri Hazrat 'Isa al-Masih, berfirman dan juga melakukan pekerjaanNya. Ayat lain juga mengatakan:
"Kamu memanggil Aku guru dan Tuhan,katamu tepat sebab Akulah guru dan Tuhan"
(Yohanes 13:13)