Mengapa Agama Islam Menafikan Kebebasan Beragama
yang Sejati
"Pemurtadan" di dalam al-Quran dan Sunnah
Pada tahun 2006, di Pakistan, beberapa orang Kristian telah
ditangkap polis kerana 'bertukar agama' mereka daripada Islam kepada agama
Kristian.
Pada tahun 2006 juga, di Afghanistan, saudara Abdul Rahman, seorang beragama
Islam, telah
dianiaya
kerana
menganut
agama Kristian dari Islam, suatu 'jenayah' yang membawa hukuman mati. Setelah
banyak kerajaan-kerajaan di seluruh Dunia membantah hukuman itu, perbicaraannya
dibatalkan dan Abdul Rahman telah dibenarkan meninggalkan negerinya.
Kita akan bersua dengan lebih banyak lagi kisah-kisah sebegini apabila dunia
Timur bertemu dengan Barat terutamanya dalam dunia maya 'worldwide web' dan kita
akan menempuhi terutamanya dengan lebih banyak lagi, kisah-kisah benar dan nyata para syahid umat
Kristian.
Para murtad adalah mereka yang meninggalkan sesuatu agama, dalam kes ini
Islam, tidak kira jika mereka menjadi ateis atau pun menganut agama yang lain.
Apakah yang harus dilakukan kepada mereka menurut al-Quran, Hadith dan syariah?
Adakah para ulamak Islam moden dan kadi-kadi itu sudah menyimpang daripada Islam
yang asli?
Marilah kita meneliti sumber-sumber anti-kebebasan beragama (di dalam al-Quran)
yang wujud dalam agama Islam hari ini.
Al Quran
Adalah diakui bahawa hukuman mati yang otomatik untuk 'pemurtadan' bukan
merupakan satu tema utama dalam al-Quran. Contohnya, ayat-ayat ini
mengutukkannya, tetapi penghukumannya pula dibiarkan untuk dilakukan oleh Allah pada
Hari Penghakiman (Qiyamat); atau hukuman baginya di atas Bumi adalah kurang
jelas : lihatlah Surah-surah 2/217; 3/72, 86-87, 90; 4/137;
5/54; 16/106; 33/14; 47/25-27; 73/11; and 74/11.
Lagi pun, menurut konteks Surah 5/33, yang mewajibkan pemenggalan dan penyaliban
untuk mereka yang menolak agama Allah dan Muhammad; pada waktu itu beberapa suku
Arab telah meninggalkan Islam tetapi mereka juga telah membunuh seorang gembala dan
mencuri ternakan. Oleh itu, lebih daripada permurtadan terlibat di sini.
Tetapi Hadith telah menggunakan konteks ini untuk membenarkan hukuman maut untuk
mereka yang 'murtad' seperti mana diteliti di dalam
rencana ini.
Ada atau tidak ayat-ayat jelas mengenai penghukuman di atas Bumi hari ini hanya
untuk 'pemurtadan' sahaja? Tiga nas al-Quran di bawah adalah mencukupi untuk
membuktikan ini, semasa pembentukan agama Islam yang terawal dan dalam kalangan komuniti yang cuba
diasaskan oleh Muhammad nabi Islam.
(1) Surah 4 telah dikirimkan di Madinah dan merangkumi waktu sepanjang
tiga tahun (625-627 TM). Pada waktu ini bukan semua orang Islam telah berhijrah
ke Madinah apabila mereka telah diundang para ansari. Satu kumpulan yang digelarkan para 'munafiqun',
memeluk Islam tetapi pada waktu yang sama masih telahi meragukan tentangnya.
Kadangkala, mereka sokong Muhammad dari jauh (secara geografik dan agama);
contohnya mengucap solat secara Islam, dan pada waktu lain mereka seolah-olah
membantu musuh-musuh Islam (lihat Abul Ala Maududi, The
Meaning of the Quran, Jilid. 1, hal. 361-62, nota-nota 116-117).
Di
Surah 4:88-89 Allah mengarahkan Muhammad bagaimana untuk 'menangani para
munafiqun ini'.
4:88-89 "Mengapakah kamu menjadi dua golongan terhadap orang-orang munafik?
Padahal Allah telah menolak mereka kerana usahaNya. Adakah kamu hendak menunjuki
(jalan kepada) orang yang telah disesatkan Allah? Barang siapa yang disesatkan
Allah, maka engkau tiada memperoleh jalan untuk menunjukinya. Mereka
bercita-cita, supaya kamu menjadi kafir, seperti mereka, sehingga kamu bersamaan
dengan mereka. Sebab itu janganlah angkat mereka menjadi wali, kecuali mereka
telah berhijrah pada jalan Allah. Jika mereka berpaling, tawanlah dan bunuhlah
[q-t-l] mereka di mana kamu memperoleh mereka...(Tafsir Quran Karim,
Prof.Dr.Mahmud Yunus).
Kita memerhatikan dua fakta dari ayat-ayat ini. Pertama, Allah sendiri telah
menyebabkan para munafik ini untuk menyimpang dan menyeleweng, tetapi Dia juga
yang telah perintahkan untuk penghukuman bunuh mereka! Kedua, kata kerja bahasa
Arab
qatala digunakan (huruf dasar q-t-l), dan perkataan ini bermakna secara
khusus untuk: berlawan, membunuh, berperang, bertempur atau menyembelih.
Kemudian, ayat 90 berkata jikalau umat Muslim yang 'acuh tak acuh' ini tidak
berlawan atau bergumul dengan Muhammad, Allah tidak membuka satu jalan baginya
untuk berperang dengan mereka. Tetapi menurut ayat 89, jika mereka membalikkan
Islam dan enggan berhijrah, maka mereka harus diperang. Jadi, tidak ada apa yang
kabur tentang polisi hukuman bunuh Muhammad bagi para murtad.
Bagi kedua nas yang terakhir pula, marilah kita perhatikan tafsir Sayyid Abul
Ala Maududi (m. 1979), seorang pentafsir al-Quran yang terkenal dan dikagumi.
untuk mengulas bagi kita polisi Islam mengenai isu pemurtadan seperti mana dianjurkan di dalam al-Quran. (The Meaning of the Quran,
jilid. 2 of 6).
(2) Surah 9 merupakan surah yang terakhir sekali dikirimkan secara keseluruhan.
Pada waktu itu, Muhammad sudah pun membentuk suatu kuasa ketenteraan yang kuat,
dan beliau sanggup 'menangani' musuh-musuhnya secara muktamad. Di dalam surah
ini terdapat tiga ayat yang perintahkan pergumulan jihad dan kemudian
perperangan qital menentang orang-orang munafiqun dan kafirun (ayat-ayat 73-74 dan 123).
Menurut Sayyid Maududi, para munafik dan kafir dalam two ayat ini bukanlah
orang murtad yang penuh.
Al
Quran berkata:
9/73-74 Hai Nabi, berjihadlah (berjuanglah) [j-h-d] terhadap orang-orang kafir
dan orang-orang munafik dan keraslah terhadap mereka..sesungguhnya mereka
mengatakan perkataan kufur dan mereka menjadi kafir sesudah Islam...Jika mereka
taubat, itulah lebih baik bagi mereka, tetapi jika mereka berpaling, nescaya
Allah menyeksa mereka dengan seksaan yang pedih di dunia dan di akhirat . . (Maududi,
jil. 2, hal. 213)
Kedua-dua ayat ini menyatakan tiga perkara mengenai mereka yang 'hampir murtad'
ini.
Pertama, orang-orang munafik menjauhi diri daripada Islam, tetapi kadang-kala
mereka berkata-kata sokongan mereka bagi Islam. Ada waktu di mana mereka
menentang Muhammad juga, terutamanya semasa pertempuran Tabuk yang rumit
berperang menentang umat Kristian Bizantium di penghujung tahun 630 Tahun Masihi.
Mereka enggan pergi berperang. Muhammad pula tidak dapat menerima perangai
seperti ini. Yang penting sekali, Muhammad tidak tidak dapat terima pertentangan
mereka pada peringkat ini.
Kedua, ungkapan yang lebih kabur, jihad digunakan. Implikasinya ialah
hukuman mati bagi para munafiqun dan kafirun belum lagi dikeluarkan secara
muktamad. Akan tetapi, mereka dijanjikan "hukuman yang pedih dalam dunia
ini". Bagaimana? Masyarakat Islam ada cara-cara 'berjihad' yang lain, selain
daripada membunuh mereka; seperti penganiayaan, penyisihan, penafian kesaksian mereka dalam
mahkamah undang-undang, dipecat daripada pekerjaan dan jabatan mereka serta penghinaan di muka umum (Maududi,
jil.
2, hal. 219, nota 82).
Ketiga, para munafiqun masih diberikan peluang untuk bertaubat. "Jika mereka
bertaubat sekarang daripada 'tindakan-tindakan buruk' mereka, ini adalah baik
untuk mereka." ..Ini bermaksud menurut Maududi, bahawa mereka bukanlah 'murtad
penuh', walau pun mereka telah mengucap kata-kata ketidak-percayaan. Akan tetapi,
peluang tersebut adalah singkat sahaja, seperti mana dijelaskan dalam ayat yang
berikut.
(3) Dalam Surah 9:123 para munafiqun digabungkan dengan orang-orang kafirun,
jadi mereka sekaligus dikira sebagai 'pemurtad'.
Al Quran berkata:
9:123 Hai orang yang beriman, perangilah [q-t-l] orang-orang yang dikeliling
kamu di antara orang-orang kafir dan hendaklah mereka mendapati kekerasan
pada dirimu. (Maududi, jil. 2, hal. 249)
Maududi mendapati dua perbezaan di antara ayat 73 dan ayat 123. Pertamanya, jihad (j-h-d)
dan qital (q-t-l) digunakan pada kedua-duanya. Kedua, hanya satu
perkataan digunakan untuk musuh-musuh Islam dalam ayat 123, tetapi dua perkataan
itu digunakan dalam ayat 73.
Perbezaan tunggal di antara dua perintah tersebut adalah, dalam ayat 73 orang
Muslim disuruh berjihad menentang mereka, tetapi dalam ayat 123 kata-kata yang
lebih keras "perangilah orang-orang yang dikeliling kamu", telah digunakan, yang
membawa implikasi kepada mereka untuk harus menghapuskan orang-orang munafik dan
kafir itu sekaligus. Satu lagi perbezaan dalam ungkapannya terdapat pada ayat
73, dua perkataan yang berlainan telah dipakai, yaitu "kafirun dan
munafiqun," tetapi dalam ayat 123, hanya satu perkataan telah digunakan-"kafirun".
Jadi, semua para 'munafiqun' sekarang, sudah terlepas daripada apa-apa
kelonggaran dalam al-Quran bagi mereka, kerana dulunya, terdapat alasan untuk
kelonggaran tersebut dalam ungkapan itu. (Jil. 2, hal. 253, nota 121).
Maududi mengulas bahawa perkataan 'munafiq' membawa erti satu penangguhan
hukuman, tetapi ungkapan itu telah dibatalkan, dan digantikan dengan perkataan 'kafirun',
jadi penangguhan itu juga telah dimansuhkan. Ingat bahawa Surah 9/73-74 berkata
bahwa
para munafiq telah mengucap kata-kata ketidak-percayaan setelah mereka 'masuk
Islam'. Jadi, implikasinya yang jelas dari ayat 123, bila digabungkan
dengan ayat-ayat 73-74 adalah: para munafiqun-yang-telah-digelar-kafirun ini
harus diperangi dan dihapuskan sekaligus (walau pun Maududi dan ayat 123 tidak
mengunakan perkataan 'kafirun' itu).
Bagi kami
(bekas orang-orang beragama Islam), agama Islam
bukanlah agama yang benar-benar menghormati kebebasan beragama, atau pun
adalah 'Jalan yang Lurus' (Surah al-Fatihah 1/6) itu. Kami tidak
dapat menerimanya lagi sebagai suatu 'rahmat kepada dunia'. Sebagai
insan yang
berasal dari agama Islam dan telah mengalami sistemnya sejak kecil lagi,
tetapi semakin lama telah kami mendalaminya, semakin banyak dan ketara lagi
kecurigaan, keraguan dan kemusykilan telah kami temui dan mengharungi di dalamnya!
Misalnya, Surah 9 ayat
5 mengarahkan umat Islam bertindak kejam dan zalim seperti berikut: