返回总目录
Kebenaran Kitab Injil
KEBENARAN KITAB SUCI INJIL
Seperti yang telah saya gambarkan sejak awal dalam pencarian
rohani saya, hakikat pertama yang mengalakkan saya untuk
memberi perhatian kepada kebenaran yang terdapat di dalam Kitab
Injil adalah satu ayat daripada Surah Al-Maidah 68, yang
mengesahkan bahawa Kitab Suci Injil adalah Kitab yang benar untuk
semua orang yang menyembah Tuhan dalam kebenaran, mengikut
kehendak Allah.
Terdapat banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang sering
digunakan oleh orang muslim,seperti saya dahulunya,yang telah
disalah terjemahkan sebagai bukti,bahawa Kitab Suci Injil adalah
palsu dan telah diubah oleh sesetengah pihak daripada orang
jahil.
Selepas saya belajar tentang semua makna yang sebenarnya
daripada ayat Al-Quran yang sebenarnya,saya ingin belajar untuk
memahami perkataan di dalam Kitab Injil dengan sendirinya.
Saya cuba untuk mempercayai dan menguji bagaimana
kebenaran yang terkandung di dalam Al-Quran telah memimpin saya
untuk membuat kesimpulan ini:
1.Surah Al-Baqarah 75
Adakah kamu masih mengharap mereka untuk mempercayai
kamu,padahal sesetengah kumpulan daripada mereka yang
mendengar perkataan Tuhan,kemudian merubah dan selepas mereka
belajar,mereka adalah orang yang bijak.
Di dalam terjemahan Muslim umumnya istilah kumpulan
mereka (fariqun minhum) adalah pakar
Kristian/Yahudi yang mana kononnya telah mengubah ayat-ayat
Tuhan, yang terdapat dalam Taurat dan Injil.
Mengikut penyelidikan saya,makna surah Al-Baqarah 75 ini
adalah tidak begitu.Apa yang dimaksudkan kumpulan
mereka adalah orang Muslim yang daripada Yahudi dan
Kristian yang menolak Islam selepas mereka telah belajar
pengajaran yang sebenarnya daripada Muhammad.Al-Quran juga telah
mendakwa bahawa mereka telah mengubah makna atau terjemahan
ayat-ayat Al-Quran bukannya Injil.
Ini boleh difahami dengan ayat yang berbunyi :
..Adakah kamu (Muhammad) masih mengharap mereka untuk
mempercayai kamu? kamu dalam
ayat ini jelas menunjukkan Muhammad..Tetapi selepas mereka
(Yahudi dan Kristian) telah menerima Muhammad sebagai nabi
mereka, mereka telah menolak Islam pula dan dituduh menukar
makna perkataan dari Tuhan, Al-Quran, dan
mereka juga dituduh adalah orang bodoh, penipu dan jahil.
Ayat Al-Quran ini tidak ditulis bertentangan dengan
'pakar-pakar Kristian atau Yahudi' dan tidak juga mendakwa bahawa
mereka ini telah mengubah Injil, tetapi membincangkan tentang
ayat-ayat di dalam Al-Quran sendiri.
2.Surah Al-Baqarah 106
Yang mana ayat bahawa kami ada menghilangkan atau
membuatkan orang melupakan mereka,kami akan mengubah mereka
dengan lebih baik atau sama taraf antara satu sama
lain
.
Dengan menghilangkan ayat di dalam Surah
Al-Baqarah 106 ini, orang Muslim berpendapat bahawa ayat di
dalam Injil dan Taurat.
Tetapi pada sesetengah terjemahan Al-Quran, kamu boleh
mencarinya bahawa menghilangkan ayat bermakna beberapa
ayat Al-Quran, kerana undang-undang mereka dan hukum-hukum
mereka sudah dimansuhkan. Buku Al-Tajuddin Fil Islam
berkata bahawa terdapat "sekurang-kurangnya 5 hingga 50 ayat
di dalam Al-Quran telah dimansuhkan.
Ramai orang berkata bahawa makna menghilangkan
ayat,adalah kerana kekhuatiran terhadap mukjizat Nabi
Muhammad, kerana Muhammad sebagai nabi yang diturunkan wahyu dari
Allah, tidak mampu untuk melakukan mukjizat seperti Musa dan Isa,
nabi yang datang sebelumnya.Oleh itu ayat surah Al-Baraqah 106
tidak boleh dijadikan bukti untuk menolak kesahihan Injil sebagai
Kitab Suci dari Tuhan yang berdasarkan kebenaran untuk setiap
insan yang ingin mengikut kehendak Tuhan.
3.Surah Al-Maidah 13
.kerana mereka telah melanggar janji
mereka,kami mengutuk mereka,dan membuatkan hati mereka keras
seperti batu.Mereka seronok menukarkan perkataan Allah
daripada tempat mereka dan mereka (bermaksud) untuk melupakan
sesetengahnya yang mereka ingat,dan kamu (Muhammad) akan
sentiasa melihat pengkhianatan daripada mereka,melainkan
beberapa daripada mereka yang tidak menghianati.
Perkataan mereka dalam surah Al-Maidah 13,
biasanya mereka menambah Yahudi/Kristian dalam
tafsiran mereka, dan daripada ayat ini , mereka seronok
mengubah perkataan Allah daripada tempat mereka, mereka
menterjemahkan bahawa kebenaran di dalam Injil dan Taurat yang
ditukar dan dihilangkan.
Sebenarnya ayat ini, perkataan dalam surah Al-Baqarah 75,telah
diamalkan oleh sesetengah orang Muslim semasa kehidupan Nabi
Muhammad, mereka yang benar-benar percaya sejak awal
lagi akan agama Yahudi dan Kristian , berbalik kepada
Islam dan kemudiannya beralih semula kepada agama mereka sendiri
dan menolak Islam.Al-Quran menuduh mereka mengkhianati ayat
Al-Quran dengan mengubahnya kepada perkataan mereka.Mereka
menolak pengajaran Islam, selepas mereka belajar pengajaran yang
sebenarnya daripada Muhammad. Maksud ini boleh dibaca di dalam
ayat surah Al- Maidah 13:7-14.
Jelasnya,ayat di dalam surah Al-Maidah 13 juga tidak boleh
digunakan sebagai asas untuk menolak kebenaran di dalam
Kitab Suci Injil.
PENUTUP
Terdapat banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang sama nadanya
seperti di atas; iaitu yang kononnya sama-sama menolak kesahihan
dan kewibawaan Kitab Suci Injil.Sesudah mengkaji dan menyelidik
secara sungguh-sungguh,saya mengaku bahawa tidak ada satu ayat
pun di dalam Al-Quran yang mana tidak menyatakan pernyataan
bahawa Injil dan Taurat adalah palsu atau diubah daripada
kebenaran yang sebenar.
Akhirnya,saya membuat kesimpulan bahawa apa yang dikatakan di
dalam Al-Quran di dalam Surah Al-Maidah 68,Al-Baqarah
62,Al-Sajadah 23,dan lain-lain yang saya tegaskan daripada
dahulunya lagi,adalah kenyakinan bahawa Kitab Injil dan Taurat
adalah benar-benar untuk setiap orang yang mahu menyembah Tuhan
mengikut kehendakNya.
Indeks Utama