返回总目录
Kebebasan Beragama Secara Islam
Kebebasan
Beragama Secara Islam
Menurut Sejarah dan
Sumber-sumber Islam
Para Muslim kerap kali tuntut bahawa Islam adalah satu agama 'Aman
damai'. Tetapi sejauh manakah hakikat ini benar? Soalan
Kebebasan beragama adalah satu amalan yang ada perhubungan
amat rapat dengan tuntutan di atas. Kita seharusnya selidiki
apakah amalan-amalan pengikut-pengikut Islam pada hari ini dan
juga pada zaman dahulu benar-benar mencerminkan lunas-lunas agama
Islam yang sebenar, terutamanya dalam hal-hal
kebebasan beragama. Contoh-contoh yang paling
sesuai untuk dirujuki adalah dari Pemimpin-pemimpin dan
tokoh-tokoh Islam sendiri, jadi kita akan merujuki
sumber-sumber Islam dan sejarah Islam sendiri - dan bukan
daripada sumber-sumber Bukan Islam, supaya gambaran yang
diperolehi adalah benar dan tepat.
Amalan-amalan Nabi
Muhammad, para Sahabat-sahabatnya dan Bakal Pemimpin-pemimpin
Islam yang lain.
Majlis tertinggi dewan perundangan Universiti
Al-Azhar telah menyebut tentang kes seorang muslimah bernama Umm
Mirwan yang telah meninggalkan Islam pada zaman Nabi Islam.
Dalam kes itu, Nabi Muhammad telah mengarahkan supaya wanita ini
bertaubat dan memeluk Islam semula, jika tidak, wanita ini harus
dibunuh! Buku-buku dan rekod sejarah Islam telah mencatat bahawa
apabila Muhammad telah menakluki kota Mekkah, dia telah menghukum
bunuh semua insan yang telah keluar dari Islam dan juga mereka
yang pernah menghinanya, pada satu masa dahulu. Semua ini
disahkan daripada rujukan Riwayat oleh Al-Tabari, Bahagian
II, muka surat 160, juga daripada Riwayat hidup Nabi Muhammad
oleh Ibn Hisham Bahagian 4, ms.15 & 16.
Para Sahabat-sahabat dan
Pemimpin-pemimpin yang lain.
Mu'adhz Ibn Jabal dan Lelaki bangsa
Yahudi
Mu'adhz dianggap sebagai salah satu daripada para Sahabat Nabi
yang terutama di antara 'pembantu-pembantunya' yang lain. Nabi
Muhammad sendiri telah berkata : "Pelajarilah (ambillah)
al-Qur'an daripada empat orang (ini): Mu'adhz bin Jabal ...
(diantara lainnya).(Hadis Sahih Bukhari/HSB bah.9,ms.10).
Peristiwa zalim di bawah ini telahpun dicatat di dalam Hadis
sahih Bukhari (bah.9, ms.19) :
"Mu'adhz ibn Jabal telah pergi menziarah Abu Musa,
Gabenor negeri Yaman zaman itu. Dia telah diberikan sebuah
bantal untuk duduk. Sebelum didudukinya bantal itu, dia
ternampak seorang lelaki yang diikat dengan tali, lalu
Mu'adhz telah bertanya kepada Abu Musa -"Siapakah dia
ini?", dan Abu Musa menjawab:"Dia seorang
Yahudi yang telah memeluk Islam, tetapi lepas itu
dia keluar daripada Islam lalu memeluk agama asalnya
kembali!" Mu'dhaz telah berkata kepada Abu Musa : "Saya
tidak akan duduk atas bantal ini kecuali lelaki ini dibunuh.
Inilah hukuman Allah dan RasulNya!" Seterusnya
Gabenor itu mengarahkan supaya lelaki itu dibunuh. Selepas
itu saja Mu'adhz duduk.
Disini kita diberitahu tentang seorang lelaki Yahudi yang
masuk Islam, tetapi selepas itu dia insaf akan kesilapannya lalu
kembali kepada agama Yahudinya. Akibat ini dia telah diikat
sebagai seekor binatang. Seterusnya apabila Mu'adhz bin Jabal
telah datang, dia enggan duduk dengan Gabenor Yaman selagi lelaki
Yahudi ini tidak dibunuh dengan serta-merta! Sesudah pembunuhan
itu dilakukan sahaja barulah Mu'adhz rela duduk, makan dan minum
dengan Abu Musa, yang juga merasai aman -damai, puas hati dan
lega dengan dirinya oleh sebab telah menjalankan kononnya
perintah Allah dan rasulNya Muhammad. Rasul ini adalah konnonya,
Nabi yang membawa rahmat dan kebebasan, juga telah mengarahkan :"Sesiapa
yang tinggalkan Islam haruslah dibunuh."
Ali bin Abi Talib dan beberapa
Orang Nasrani (Kristian)
Khalifah Islam inilah yang banyak membakar
para 'murtad' - tidak kira mereka masih
hidup atau pun sudah meninggal dunia! Sepupu dengan Nabi Muhammad
dan juga anak mertuanya, Ali juga adalah sahabat kegemaran
Muhammad dan juga di antara sepuluh orang telah dijanjikan
'nikmat-nikmat Firdaus syurgawi' olehnya.Muhammad telah membela
Ali ini sebelum dan juga selepas kematian ayahnya dan dia telah
berkata yang Ali inilah paling layak menghukum menurut
undang-undang Islam!
Marilah kita perhatikan apa yang telah dicatatkan mengenai
Imam Ali ini, Khalifah yang ke-empat, yang disanjung tinggi oleh
kedua-dua kelompok Shia dan juga para Sunni. Dari tulisan Ibn
Hazm 'Al-Muhalla', jilid 8, bahagian sebelas tercatitnya
seperti berikut :
"Ali telah membawa para-para 'murtad' dan membakar
mereka hidup-hidup. Setelah Ibn 'Abas menerima berita zalim
ini dia pula telah berkata:"Jika saya dan
bukannya dia(Ali), saya tidak akan membakar mereka
hidup-hidup, tetapi saya akan membunuh mereka dalam cara yang
lain, kerana rasullullah telah bersuruh :'Sesiapa yang
tinggalkan Islamnya, bunuhlah dia.'" (m.s.189).
Amalan ini juga tercatat dari Hadis sahih Bukhari -Bahagian 9,
ms.19. Ibn Hazam sekali lagi mengesahkan cara-cara zalim Ali bin
Abi Talib seperti berikut:
"Mereka membawa seorang tua kepada Ali. Orang tua ini
pada mula-mulanya seorang Kristian/Nasrani yang menjadi Islam
dan selepas itu memeluk agama Kristian semula. Ali berkata
kepada lelaki ini: 'Mungkin kamu memeluk agama Kristian
bagi mewarisi sesuatu harta pusaka; dan selepas itu kamu akan
kembali ke Islam.' Lelaki tua pula menjawabnya:'Tidak.'
Ali menanyakannya sekali lagi: 'Mungkin kamu masuk
Kristian untuk pikat dan mengahwini seorang gadis Kristian,
lepas itu kamu akan kembali kepada agama Islam?' Lelaki
itu menjawabnya: 'Tidak!' Ali kata kepadanya :'Peluklah
Islam semula...!' Maka lelaki tua ini menjawab:'Tidak,
bukan sebelum saya bersua dengan Rabbana 'Isa al-Masih'.
Ali seterusnya perintahkan supaya lelaki ini
dibunuh, lalu mereka telah pancung kepalanya."
(m.s.190).
Demi Allah, Ali! Apakah kerana insan-insan diatas ini yakin
kepada 'Isa al-Masih dan utusan InjilNya maka kamu cuba paksa
mereka bertukar fikiran mereka!? Dan bila mereka menolak arahan
itu, kamu siksakan dan mendera mereka...atau pun kamu sekaligus
membunuh mereka...atau pun membakar mereka...!?
'Uthman Ibn Affan
Khalifah yang ketiga, Uthman telah mengahwini Rugayah dan juga
Ummi Kalthum, kedua-duanya anak perempuan Muhammad. Dia juga
telah dijanjikan nabi Islam nikmat-nikmat syurgawi. Satu
hari,Uthman telah diberitahu bahawa beberapa orang di Iraq telah
keluar dari Islam. Maka Uthman keluarkan perintah kepada Gabenor
wilayah itu untuk memaksa kumpulan ini untuk 'bertaubat dan
memeluk Islam semula' (apakah pertaubatan itu boleh
dipaksakan)! Jikalau tidak, mereka semua akan dibunuh.
Beberapa orang diantara mereka telah dibunuh manakala yang
lain pula menyerah kepada paksaan itu dan kembali ke Islam kerana
takut kepada arahan Uthman itu.(Al-Muhalla,
Ibn Hazm,Bah.11,ms.190).
Abu Bakar dan Peperangan-peperangan
al-Ridda
Seluruh dunia yang fikiran waras dan bangsa-bangsa yang
bertamaddun menganggap peperangan-peperangan di atas sebagai amat
zalim, berkhianat dan berunsur barbarisma. Perang-perang tersebut
diadakan tanpa apa-apa sebab-sebab yang wajar atau munasabah!
Dunia ini akan sentiasa bertanya-tanya apakah kesalahan atau
jenayah suku-suku kaum Arab yang termalang ini untuk mengharungi
siksaan-siksaan, penderitaan dan peperangan yang sedemikian
ditangan Abu Bakr, khalifah yang pertama. Apakah sebabnya beliau
telah memerangi mereka dengan keganasan tanpa apa-apa
perkemanusiaan dan membunuh berpuluh-puluh ribu jiwa yang tidak
berdosa. Para Muslim akan cepat menjawab bahawa Abu Bakar ini
hanya melaksanakan perintah-perintah Nabi Muhammad -seperti yang
diakui oleh Abu Bakr sendiri! Oleh sebab suku-suku kaum ini telah
semua meninggalkan Islam sebaik saja Muhammad telah wafat, oleh
itu terpakslah dia perangi mereka!
Semua negara membangun dan dunia yang bebas tidak fahami
alasan atau dalih ini, yang secara langsung mengabaikan dan
mengetepikan prinsip-prinsip dasar hak asasi Manusia, yang
menjamin kebebasan kepada setiap individu untuk mempercayai dan
menganuti mana-mana ajaran atau agama yang dipilihkannya. Jika
sesiapa pun membaca mana-mana buku sejarah Islam dan
perkembangannya, dia akan menemukan banyak sekali rekod-rekod
yang mencatatkan tentang keganasan dan kezaliman yang ketara
keatas kumpulan-kumpulan manusia dalam peperangan-peperangan itu.
Kelompok-kelompok manusia dibunuh beramai-ramai dengan zalimnya,
mereka yang berjaya melepaskan diri dari maut, diberkas dan
dipaksa memeluk Islam semula dan membayar cukai kepada Abu Bakr
el-Siddik, bapa Aisha dan isteri Muhammad.
Perang-perang ridda ini diajar di semua sekolah dan
madrasah-madrasah Arab juga di sekolah-sekolah negeri-negeri
Islam. Semua sejarawan,pembabad dan periwayat Islam misalnya
al-Tabari, Ibn Khaldun, Ibn Kathir dan al-Suyuti telah
mencatitkan segala-galanya tentang perang-perang ini. Al-Tabari
di dalam Sejarahnya telah mencatat bahawa Abu Bakar
telah menyuruh askar-askarnya pergi berperang kumpulan-kumpulan
'murtad' itu dan supaya :
"Mereka arahkan semua kelompok2
ini untuk memeluk semula agama Islam. Kalau arahan ini
ditolak, tidak sejiwa pun boleh dilepaskan. Bakar
mereka dan bunuh mereka secara
paksa, dan ambillah wanita-wanita
dan kanak-kanak mereka sebagai tawanan-tawanan
perang."
Umar bin al-Khattab telah memberitahu Abu Bakar bahawa
beberapa suku-suku kaum di tanah Arab telah peluk semula agama
Islam, tetapi mereka enggan bayar cukai kepada khalifah Umar.
Mereka tuntut bahawa hanya nabi Muhammad layak menerima cukai
mereka. Lalu khalifah Uthman b.Affan telah menjawab: "Demi
Tuhan, jika mereka enggan memberi cukai mereka
sepertimana cukai itu diberi kepada nabi Islam, saya
akan berperang dengan mereka oleh sebab keengganan
mereka. (H.S.Muslim,Jilid I(ms.175),Tafsir al-Nawawi)
Universiti Al-Azhar di Mesir telah menerbit sebuah buku yang
penting bernama Al-Khulafa Al-Rashidun (Khalifah-khalifah
yang Terpimpin) pada tahun 1967. Penulisnya, Dr.Abu
Zayd Shalabi, seorang profesor Tamadun Islam di Kuliah
Bahasa Arab. Beliau telah kumpulkan butiran-butiran lengkap
mengenai Perang-perang Ridda ini yang telah merangkumi
20 halaman dalam bukunya(hal.41-60). Dibawah sini adalah beberapa
kutipan daripada buku ini:
"Abu Bakr telah hantar sebelas orang Jenderalnya
memimpin angkatan-angkatan tentera masing-masing menentang
para-para 'murtad' di sebelas buah Kota. Ramai
telah dipaksa memeluk semula agama Islam.
Diantara negeri-negeri yang diserang itu ialah Bahrain,
yang telah diserang oleh al-Ala' Ibn Hadrami, serta Yaman
yang diserang oleh Suwaid bin Maqrin. Khalid b.al Walid telah
pergi berperang bani Tulayha, Bani Asad dan suku-suku
Arab disekelilingnya."
Dr.Abu Zayd ini telah memberi ulasan yang menarik di halaman
60 dalam bukunya:
"Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh para Muslim
dalam Perang Ridda ini ada satu hasil yang amat berkesan: Kejayaan
ini telah menakuti sesiapa pun
yang ingin keluar dari Islam."
Hakikatnya Dr.Shalabi, ialah Islam dari
permulaannya telah cuba menghalang orang
dari meninggalkannya dengan ancaman-ancaman BUNUH yang
ketara. Inilah cara Paksaan namanya!
Sungguh memalukan Dr.Shalabi, bagi kamu mencatatkan dalam buku
kamu itu, HAKIKAT bahawa Islam telah berkembang di seluruh daerah
Timur-tengah dengan cara berperang, pedang, paksa dan kekerasan!
Tidakkah hakikat ini mendorongi kamu untuk mengkaji semula
kesahihan dan keikhlasan agama kamu itu? Semua tindakan ini
adalah langkah-langkah menegah para Muslim yang mahu keluar dari
Islam sebab dia akan menerima ajal yang telah menimpa suku-suku
kaum Arab yang telah diserangi pemimpin-pemimpin diatas! Akan
tetapi hari ini, keadaannya amat berlainan contohnya di
Indonesia, di mana beratus-ratus ribu orang telah memeluk
penyelematan Al-Masih 'Isa secara sukarela, dan bukan dengan
paksaan!
Ibn Hisham
Ibn Hisham, seorang yang berwibawa dalam sejarah awal Islam,
telah mencatat:
"Sebaik sahaja Nabi Muhammad telah wafat, ramai
'penganut-penganut' Islam di kota Mekkah dengan cepatnya
ingin meninggalkan Islam. Maka telah bangunlah Suhayl bin
'Amru, dia berkata: 'Sesiapa yang meninggalkan Islam, kami
akan pancung kepalanya!' Ramai orang pun
menukar fikiran mereka kerana takut dibunuh. "
Al Sira Al-Nabawia, Bahagian 4, ms.180
Inilah situasi dikalangan penduduk kota Mekkah. Tetapi
majoriti dan kebanyakan suku-kaum Arab di tempat lain di tanah
Arab telah benar-benar keluar dari Islam. Abu Bakar telah
menyerangi mereka. Khalid bin al-Walid terutamanya amat zalim dan
tidak berhati perut langsung terhadap mereka. Menurut Dr.Abu
Zayd, Khalid al-Walid telah mencungkil keluar mata
mangsa-mangsanya.
Peristiwa-peristiwa berdarah ini menimbulkan beberapa soalan
yang penting.Yaitu: Kenapakah kumpulan-kumpulan Arab ini keluar
daripada Islam sebaik saja Nabi Muhammad telah mati? Kenapakah
ahli-ahli Kota Mekkah ingin meninggalkan Islam selepas kematian
Muhammad? Jawapannya yang jelas ialah mereka semua telah 'memeluk
Islam' dibawah ancaman pedang kerana Muhammad telah memaksa
mereka pilih di antara Islam atau kematian(dipancung!).
Ada dua soalan yang wajar ditanya oleh kerana ada ramai orang
yang inginkan jawapannya.
Soalan Pertama:
Apakah dalih yang dipakai oleh Islam bagi pembunuhan
para 'Murtad'?
Pembunuhan seorang yang meninggalkan Islam ('murtad') adalah
satu penafian dan penyangkalan kebebasan beragamanya. Manusia ini
tidak bebas untuk mempercayai mana-mana agama yang dipilihnya.
Penafian kebebasan yang asas ini ialah satu penyangkalan
Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia
(Perkara 18), yang herannya telah ditandatangani kebanyakan
negeri Islam. Apakah yang dikatakan oleh kebanyakan ulamak Islam
dalam hal ini?
Ulama-ulama dari Kuwait dan Qatar telah cuba menjawab soalan
ini. Sebuah Majalah mingguan di Kuwait telah membawa ulasan
berikut dalam satu terbitannya:
"Ada orang yang kata: 'Inginkah kamu menafikan
kebebasan beragama kepada rakyat?' Kami
menjawabnya:'Jika kebebasan itu melibatkan ketidakpercayaan
dalam Islam, atau bebas untuk keluar dari Islam atau murtad,
kebebasan itu dinafikan. Kami tidak akan mengakuinya, malah
kami ingin menghapuskannya, dan kami akan cuba menggugatnya.
Dan kami akan umumkannya secara ketara.'" (Dr.Taha
Jabir: Majalah 'Masyarakat Islam',April 17, 1984. ms.26)
Taha Jabir seterusnya menerangkan bahwa Islam tidak benarkan
penganut-penganutnya meninggalkannya. Dari halaman 26 majalah itu
dia cuba mengkritik kerajaan-kerajaan Islam yang dianggapnya
bersikap 'lemah' terhadap mereka yang telah tinggalkan Islam.
Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia
Mari kita cuba fahami tindak-balas dan reaksi Islam kepada Pengisytiharan
ini. Kali ini giliran ulamak dari Qatar memberikan jawapannya.
Qatar adalah sebuah negeri Islam. Seorang ulamaknya Dr.Ahmad
telah menulis sebuah buku berjudul: 'Jaminan jaminan Kepada
Individu di dalam Hukum Islam'(Individual Guarantees in
Islamic Law), pada halaman 15 & 16 buku ini dia berkata:
"Perkara 18 Pengisytiharan Antarabangsa
Hak Asasi Manusia memberi setiap individu
kebebasan penuh untuk bertukar kepercayannya atau
tinggalkan agamanya bagi menjamin kebebasannya beragamanya.
Kami risau jika kebebasan ini akan memudaratkannya dan
keselamatan orang lain. Atau kalau-kalau matlamat menukar
agamanya akan menimbulkan huru-hara dan tersebarnya
kekeliruan dikalangan rakyat?"
Apakah alasan disebalik maksud "jikalau kebebasan ini
akan memudaratkannya" ? Apakah
ini hanya pandangan dan hemat peribadi Dr.Ahmad atau pun hakikat
yang sebenar pada individu atau mereka yang menukar agamanya ?
Kenapakah Dr.Ahmad mencuba paksakan pandangannya keatas orang
lain? Adakah hemat Dr.Ahmad ini munasabah? Hanya beliau sahaja
percayai bahawa meninggalkan Islam akan kononnya
"memudaratkan" seseorang! Jika adanya orang yang
berbeda pendapat dengan Dr.Ahmad ini, dan sebaliknya, mereka ini
yakin bahawa untuk meneruskan hidup mereka sebagai
orang Muslim akan memudaratkan kehidupan mereka -
dan ada ramai pula insan ini! Apakah untuk kesejahteraan diri dan
ahli-ahli keluarganya insan ini memeluk Rabbana 'Isa
Al-Masih dan penebusanNya, supaya mereka dapat menjalani
hidup yang diberkati aman damai, girang, kasih sayang dan
kesucian.Kenapakah kamu kata kepada insan ini "Kami
menegah kamu! Kami tidak membenarkan
kamu kebebasan meninggalkan Islam atau menganuti agama yang lain.
Jika kamu lakukannya, kami akan membunuh kamu semua supaya kamu
tidak memudaratkan diri kamu..!"
Kemungkinan besar juga; diatas dalih dan alasan inilah, Nabi
Muhammad, Hazrat 'Ali dan Uthman telah membunuh mereka
yang meninggalkan Islam. Sementara Abu Bakar juga telah serang
mereka yang telah keluar dari Islam, dan membunuh berpuluh-puluh
jiwa ... supaya kononnya "mereka tidak akan memudaratkan
diri mereka.."!
Berhubung dengan alasannya bahawa sesiapa yang keluar dari
Islam akan "...menyebar kekeliruan di kalangan
rakyat.." pula adalah satu lagi sebab yang tidak munasabah
lagi tidak wajar langsung. Keyakinan orang lain tidak ada kaitan
atau kena-mengena dengan keyakinan individu yang telah keluar
dari Islam itu. Jika ada sekolompok manusia yang bertindak
melakukan sesuatu-itu adalah masalah akidah dan pilihan mereka
sendiri, ini pula tidak ada perkaitan dengan keputusan pribadi
seorang individu yang telah 'murtad' itu! Dia hanya mencari
kesejahteraan akidah dan kedamaian rohani sendirinya dan berputus
untuk memeluk utusan Rabbana Isa al-Masih dan Injilnya.
Di dunia ini ada wujudnya hakikat Hak Asasi
Manusia. Yakni seorang insan bebas dan berhak untuk
memeluk mana-mana satu agama atau mempercayai mana-mana fahaman
yang meyakininya, juga untuk menyembah Tuhan yang dipilihnya
sendiri. Semua negeri-negeri yang bertamaddun dan berdaulat
termasuk kumpulan Bangsa-Bangsa Bersatu mengakui dan
mengaminkan kebebasan peribadi ini - untuk memilih dan meyakini
agama sendiri, kecuali nampaknya Nabi Islam, yang telah perintah:
"Sesiapa yang tukar agamanya - bunuhlah orang itu!"
Dr.Ahmad buat tuduhan, bahawa para 'murtad' itu akan menyebar
kemudaratan di bumi. Apakah seorang yang memeluk ajaran Injil
itu, dengan ajaran dan prinsip-prinsip kerohanian yang tinggi dan
mulia akan mengkorup dan mencemar bumi ini?! Atau sebaliknya,
mereka yang memegang kepada satu ajaran yang membunuh
penganut-penganutnya yang keluar daripada ajaran itu, inilah yang
lebih memudaratkan keadaan di atas muka bumi; serta memusnahkan
kesejahteraan dan aman-damai antara insan di bumi! Injil dan
ajaran-ajarannya sebaliknya tidaklah begitu - ia beri penekenan
pada Kasih-sayang Tuhan dan diantara manusia. Ia menyeru bagi
menyayangi semua insan-termasuk musuh-musuh kami.
Ia berseru untuk hidup bersuci dan beraman-damai sesama semua
manusia.
Soalan Kedua:
Bagaimanakah Umat Islam Dapat Menafikan Amalan-amalan
Pemaksaannya ?
Lazimnya umat Islam cuba menidakkan hakikat pengamalan mereka
yang 'kurang daripada bebas' di atas ini dengan berkata : "Tidak
ada paksaan dalam hal-hal beragama...", tetapi dari
sumber Islam dan sejarah para Muslim sendiri ada bukti-bukti
nyata yang mengesahkan kebenaran hakikat yang terhurai di atas
ini. Sesungguhnya, sehingga hari ini, yakni abad ke-21 T.M.
terdapat dalil-dalil yang ketara bahawa amalan-amalan
pemaksaan ini masih lagi diteruskan!
Syaikh Muhammad Mutawili
al-Sha`rawi
Beliau salah seorang ulamak Mesir semasa yang terkenal sekali.
Berjuta-juta umat Islam menonton rancangan talivisyennya yang
sentiasa saja mengkritik agama Kristian. Dia mengajar bahawa umat
Kristian adalah kafir dan menggalakan para Muslim di Mesir
menceroboh gereja-gereja Nasrani/Kibti, membakar mereka dan
membunuh 'kafir-kafir itu'! Media massa di Mesir sentiasa
menerbit lapuran-lapuran tentang pencerobohan dan
peristiwa-peristiwa ini. Dia telah menulis beberapa buah buku dan
satu daripadanya berjudul : "Kamu Tanya dan Islam
Menjawab", dalam Bahagian 2 buku ini, halaman 52, tercatit:
"Ada yang bertanya:'Bagaimanakah boleh
Islam buat tuntutan tidak ada paksaan beragama tetapi
sebaliknya mengarahkan hukuman mati bagi mereka yang
tinggalkan agama Islam?' Kami jawab:'Kamu bebas untuk percaya
atau sebaliknya apa-apa sahaja.Tetapi setelah memeluk Islam,
KEBEBASAN ITU TIDAK WUJUD LAGI. Kamu sudah terikat
kepada Islam, dan jika mahu keluar daripada Islam, kamu
dikenakan segala penghukuman dan sekatan-sekatan yang
berkenaan, termasuk pembunuhan. Jadi,
mereka ada kebebasan memeluk agama Islam, tetapi sesudah itu
mereka tidak bebas lagi untuk meninggalkan Islam!"
Apa hendak dikata lagi? Sudah terbuktilah tanpa apa-apa
kemusykilan lagi, segala yang dibincang diatas ini! Pernyataan
Al-Sha`rawi menyetujui sepenuhnya dengan pengamalan membunuh para
'murtad' oleh kerajaan-kerajaan Islam. Tafsiran al-Baidawi dan
Ibn Hazem bagi ayat ini juga mengesahkan terjemahan Al-Sha`rawi.
Seorang insan - biarlah Kristian atau Yahudi-adalah bebas
percayai atau tidak percayai (Islam), yakni dia ada pilihan untuk
memeluk Islam atau pun membayar cukai jizya. Jikalau dia
tidak beragama (yakni bukan Nasrani Kristian atau Yahudi),
dia tidak ada kebebasan (tidak ada pilihan lain) untuk memeluk
mana-mana agama yang lain KECUALI ISLAM.
Ibn Hazem mengesahkan hakikat semua ini dengan bukti
kata-katanya:
Sesungguhnya telah dilapurkan kepada kami, bahawa Nabi
Muhammad(saw) seringkali telah MEMAKSAKAN Arab Jahiliyyah
untuk memeluk agama Islam. Dia telah beri mereka hanya dua
pilihan - yaitu : TERIMA ISLAM ATAU MATI DIBUNUH.
Sesungguhnya, ini adalah pemelukan agama Islam
secara pemaksaan Namanya!
(Al-Muhalla,Ibn Hazem, Jilid 8, Bah.11, halaman 196).
Jadi sudah terbuktilah dengan jelas sekali dan tanpa apa-apa
kemusykilan, dan juga disokong oleh ulasan-ulasan Syaikh
Sha`rawi, hakikat bahawa : tidak adanya kebebasan yang
sebenar di dalam amalan agama Islam!
Selain Daripada Itu :
Selain daripada semua hakikat tentang amalan-amalan Islam di
atas yang berciri kekejaman, pemaksaan dan sekatan-sekatan serta
penindasan hak-hak asasi yang lain keatas kedua-dua kumpulan
manusia yang beragama Islam dan juga mereka yang bukan beragama
Islam, terdapat juga bukti-bukti kekerasan, pemaksaan
dan penindasan juga digunakan supaya para
muslimin dan muslimat mendirikan ibadat mereka.
Ibn Taimiyya
Tokoh Islam yang terkemuka ini juga bergelar Syaikh
Al-Islam, arahannya tentang Muslim yang tidak mendirikan
ibadatnya adalah seperti berikut :
"Seorang Muslim yang enggan mendirikan solat harus DI
PAKSA supaya dia bersolat juga. Jika dia menolak
arahan ini, DIA MESTI DIBUNUH, oleh kerana
dia akan menjadi seorang kafir atau murtad. Inilah amalannya
menurut semua Ulamak-ulamak dan Imam-imam; walaupun orang ini
mengakui Muhammad sebagai Rasullullah dan yakin kepada tujuan
doa-doanya. (Ibn Taimiyya, Jilid 35, ms.105-106).
Dalam Jilid 32, ms.276 dan 279, Ibn Taimiyya sekali lagi
mengulas arahan-arahan supaya membunuh seseorang yang
meninggalkan doa-doa solatnya. Selepas itu, dia berikan arahan
sekali lagi kepada suami-suami beragama Islam, supaya:
"Jika seorang daripada isteri kamu mengabaikan
doa-doanya, kamu mestilah mengarahkannya supaya bertaubat. Suami
dibenarkan mendera dan memukul isterinya sehingga dia
bertaubat. Jika isteri itu masih
tidak mahu taubat, maka dia seharusnya dibunuh..."
Tidak boleh dinafikan adanya masa dimana si-isteri itu mungkin
terlalu sibuk dengan tugas-tugas rumah-tangganya sehingga
terbeban untuk mencari masa lapang supaya mengerjakan doa-doa
solatnya. Jika akhirnya, dia tidak berupaya untuk menunaikan
ibadatnya ini, suaminya sebagai orang Muslim yang
bertanggungjawab seharusnya memukul isterinya supaya dia
bersolat, dan jikalau tidak, isterinya boleh dibunuh!
Hukuman ini bukanlah keputusan syaikh Ibn Taimiyya sahaja,
malah juga kata-putus semua para Ulamak dan Imam-imam seperti
yang diakui oleh Ibn Taimiyya sendiri. Setelah pengakuan ini
diselidiki dengan lebih lanjut, kami telah jumpa pengesahan
pengakuan ini juga daripada tulisan-tulisan Ibn Hazem
dalam Al-Muhallanya-Bahagian 11, Jilid 8, halaman 378.
Tokoh-tokoh Islam yang lain yang juga mengesahkan amalan ini
ialah Imam Shafi'i, Imam Malik
-kedua-dua pemimpin Islam ini memberi penekanan kepada amalan
membunuh mana-mana umat Islam yang mengabaikan Solatnya dan tidak
bertobat. Hadis Sahih Muslim
pula menunjukkan ini adalah disetujui juga oleh Khalifah
Ali bin Abi Talib.(HSM, Jilid I, ms.267). Imam
Abu Hanifah, pengasas mazhab Hanafi pula,
mengarahkan supaya Muslim yang enggan itu mesti didera dan
dipukul sampai bertaubat dan jika tidak bertaubat juga mesti
diteruskan deraan itu sehingga akhirnya dia bertobat atau mati
akibat pukulan itu-yang mana-mana satu datang dahulu!
Sebenarnya, Nabi Muhammad sendiri telah membenarkan hukuman
yang amat zalim ini dalam pengumumannya seperti berikut:
"Adalah tidak Halal (Sah) untuk mencurahkan darah
seorang Islam, kecuali dalam
TIGA Perkara berikut, yaitu - Menjadi 'murtad' sesudah dia
memeluk Islam, kedua - Berzina sesudah berkahwin, dan ketiga
- Membunuh seseorang tanpa apa -apa hak atau sebab yang
munasabah."
Sumber-sumber yang mengesahkan pengumuman ini adalah seperti
berikut:
Hadis Sahih Muslim, Jilid I, ms. 267, tafsiran Nawawi
Imam Shafi'i, "Ordinan-ordinan(Undang-undang)
al-Quran" Bah.2, m.s.46
Ibn Hazm, "Al-Muhalla", Bah.11, Jilid
8, halaman 377 dan 400
Syaikh Shaltut(Bekas Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir), "Islam:
Satu Dogma dan Undang-undang", hal.322
Dr.Afifi'Abdul-Fattah, "Semangat Agama
Islam", m.s.408
Jadi, sudah sangat jelaslah bahawa semua kenyataan-kenyataan
diatas bukanlah gubahan 'musuh-musuh Islam' yang diada-adakan
bagi mendustai nama baik dan agama Islam.Sebaliknya,
segala-galanya sudahpun disahkan dari sumber-sumber
Islam SENDIRI yang tulen lagi berwibawa.
Amat jelaslah sekali hakikatnya bahawa amalan diatas ini
semuanya adalah amat kejam,malah ada yang ganas dan zalim sekali
akibat-akibatnya. Semua ini pula diadakan supaya mengancam para
Muslim tidak keluar dari Islam, dan supaya para Muslimin dan juga
Muslimat akan kerjakan ibadat-ibadat solat mereka. Di
negeri-negeri Islam dimana kerajaannya amalkan undang-undang
syariah Islam, semua amalan-amalan di atas seharusnya
dilaksanakan tanpa apa-apa persoalan!
Satu Peristiwa yang Trajik dan
Mengejutkan
Apabila Hazrat Uthman bin Affan, Khalifah yang ketiga dan juga
suami kepada Ruqayya, anak perempuan Nabi Muhammad telah dikepung
oleh pembunuh-pembunuhnya, dia telah merayu kepada pengumuman
Nabi Muhammad di atas. Dimana pengumuman itu mengharamkan
pembunuhan seorang Islam kecuali dalam tiga perkara. Dia telah
berkata:
"Di atas sebab mana-mana satu daripada
tiga sebab itu kamu hendak membunuh saya ...?"
dan khalifah Uthman juga telah berseru:
"Tidakkah aku seorang Putera di antara
mereka yang Beriman...?"
Walaupun begitu bunyi rayuannya, Uthman bin Affan, khalifah
ketiga Dunia Islam telah dibunuh dengan kejamnya! Siapakah
pembunuh-pembunuh beliau, sebenarnya ? Pembunuh-pembunuhnya
adalah tidak lain dan tidak bukan, pembunuh yang SE-IMAN
DENGANNYA! Umat Islamlah sendiri telah tergamak bertanggung jawab
membunuh pemimpin dan khalifah mereka sendiri. Menurut
catatan-catatan serta rekod para Muslim sendiri, pembunuhan kejam
ini telah dilakukan oleh orang Islam sendiri, termasuk nama-nama
seperti Muhammad ibn Abu Bakar Al-Siddik
dan 'Ammar Ibn Yasir, kedua-dua mereka
ini telah berkomplot dan bersubahat bersama-sama dengan orang
Islam yang lain supaya membunuh khalifah mereka. 'Ammar bin
Yasir itu adalah salah seorang daripada Para Sahabat
Nabi yang terkenal; dan Muhammad bin Abu Bakar itu juga
bergelar 'Yang- Benar'.
Apakah jawapan yang diberikan kepada khalifah Uthman oleh
pembunuh-pembunuhnya? Jawabannya berbunyi:
"Kerana kamu telah membuat penukaran
dan pemindaan
kepada Kitab Allah
(Yakni al-Quran)...!"
Itulah sebabnya yang sebenar yang mengakibatkan pembunuhan
Khalifah Uthman b.Affan ditangan umat Islam sendiri. Semuanya
fakta di atas ini terdapat di dalam buku Ibn Kathir -
Al-Bidayah wa An-Nihayah, Bah.7, m.s.185.
Ibn Kathir juga telah sebut bahawa sejumlah besar ahli-ahli Qurra
(pembaca2 al-Quran) telah lazimnya menyumpah dan mengutuk Uthman
bin Affan, serta memberi galakan mereka kepada umat Islam untuk
bangkit dan memberontak menentang Khalifah Uthman -Al-Bidayah
wa An-Nihayah, Bah.7, m.s.166.
Dakwaan pemindaan dan penukaran kepada Kitab Al-Quran
oleh khalifah Uthman ini yang dicatat oleh Hafiz Ismail
Ibn Kathir diatas juga disokong oleh tokoh-tokoh sejarah Islam
yang berikut:
Riwayat oleh Al-Tabari, Bahagian
2, halaman 669, Riwayat Para Khalifah oleh
Al-Suyuti serta banyak rujukan-rujukan sejarah
Islam terawal yang lain.
Dalil-dalil yang Membuktikan Ramai para Sahabat Nabi Mencurigai
Quran Hasil Suntingan Uthman b.Affan
Soalannya ialah: "Kenapakah hampir semua ahli-ahli Qurra
telah melakukan begitu dan juga Ibn Kathir telah bersumpah bahawa
Muhammad Ibn Abu Bakar telah menuduh khalifah Uthman membuat
penukaran kepada kandungan al-Quran?" Siapakah Ibn Kathir
ini? Ismail Ibn Kathir adalah seorang Hafiz yaitu seorang
penghafaz al-Quran dari kota Mekkah dan memiliki Mashafnya
yang, diantara 6 yang lain, dirujuki ramai ulamak-ulamak Islam
sepanjang sejarah Islam. Hasil Karyanya - Al-Bidayah
wa An-Nihayah yang ada empat-belas Bahagian juga
merupakan rujukan asas bagi semua ahli-ahli sejarah Islam dalam
karya-karya mereka. Selain dari itu, terdapat juga sokongan
daripada seorang tokoh Islam: As-Suyuti,
beliau telah mencatat bahawa "ada ramai para umat Islam
menuduh khalifah Uthman membuat pemindaan dan penukaran
kepada Kitab al-Quran", misalnya Hamidah binti Abu
Yunis, yang berkata :
"Khalifa Uthman telah mengadakan
penukaran kepada salinan-salinan
al-Quran."
Al-Itqan fi Ulum al-Quran,
As-Suyuti, Bahagian 3, ms.73.
Ibn Umar al-Khattab juga telah
membuat pengakuan yang ketara bahawa:
"Janganlah sesiapa kata yang dia dapat mengumpul
al-Quran dengan lengkapnya! Bagaimanakah dia dapat tahu
itulah pengumpulan al-Quran yang secukup-cukupnya? Sebahagian
besar al-Quran sudah pun HILANG, jadi biarlah
dia berkata 'Saya hanya dapat kumpulkan kandungan Quran
daripada apa-apa yang ada'"
Al-Itqan fi Ulum al-Quran,
Bahagian 3, ms. 72
Aisya, isteri Nabi Muhammad juga
memberi kenyataannya yang menyokong pengakuan Ibn Umar ini,
katanya :
"Semasa hayat Nabi Muhammad, Surah Ahzab mengandungi
dua-ratus baris ayat bila dibacakan, Tetapi apabila
Uthman mengarahkan suntingannya ke atas salinan-salinan Quran,
hanya tujuh-puluh tiga baris ayat telah dicatit..!"
Al-Itqan fi Ulum al-Quran,
Bahagian 3, ms. 72
Jadi, sebagai kesimpulan yang wajar, Adakah
khalifah Uthman bin Affan pada hakikatnya telah benar-benar
membuat pemindaan-pemindaan dan
perubahan kepada salinan al-Quran yang telah 'diselaraskannya' ?
Sepertimana yang dituduh oleh Hamidah binti Abi Yunis dan juga
terbukti oleh kenyataan-kenyataan Para Sahabat, pemimpin-pemimpin
dan juga tokoh tokoh Islam yang terawal dan amat diyakini;
jawaban wajar lagi munasabahnya ialah : SUDAH TENTU
SEKALI!
Tidak ada sebab lain yang munasabah bagi persubahatan
para pemimpin Islam yang telah berkomplot bersama-sama
untuk membunuh Khalifah Islam yang ketiga ini. Walaupun darah
Uthman bin Affan akan 'dicurahkan secara haram' mengikut
pengumuman Nabi Muhammad, walaupun khalifah Uthman bin Affan
telah merayu-rayu bagi nyawanya dan juga merayu kepada
pengisytiharan Muhammad, saudara-saudara Islam seimannya
telah pun membunuhnya tanpa apa-apa belas kasihan atau
pengampunan! Hanya ada satu alasan yang muktamad sahaja
yang menyebabkan pembunuhan (assasination) ini - iaitu
sebab yang sudah ditampil dengan jelas dan muktamadnya diatas ini
- penukaran-penukaran keatas Kitab Al-Quran oleh
arahan khalifah Uthman.
Oleh itu, tidak berguna bagi para Muslim menuntut bahawa hari
ini, seluruh dunia Islam membaca satu 'Kitab yang sama', kerana
kita sudah pun dapat melihat dengan bukti-bukti yang sah, bahawa "proses
selaraskan Kitab" ini adalah satu peristiwa yang
diselubungi kemusykilan, kecurigaan, persoalan
dan juga tragedi yang menimbulkan syak
bukan sahaja di antara ahli sejarawan bukan Islam, tetapi juga di
kalangan sejarawan dan tokoh-tokoh Islam yang terawal sekali!
Oleh yang demikian, dunia Islam hari ini haruslah mencelikkan
mata kepada hakikat-hakikat yang sebenar tentang Kitab Al-Quran
dan juga amalan 'kebebasan beragama' dalam agama Islam dengan
menyelidiki sumber-sumber mereka dengan sikap dan fikiran yang
lebih terbuka. Semoga Tuhan akan menerangi dan melindungi
insan-insanNya yang cintai akan Kebenaran!
Indeks Utama