返回总目录
Kewafatan dan Kebangkitan Hazrat Isa
ADAKAH HAZRAT ISA MATI DI KAYU SALIB
DAN BANGKIT DARI KEMATIAN ?
- Apakah Kepercayaan Umat Kristian yang sebenarnya ?
Alkitab merupakan rekod sejarah yang unggul mengenai kehidupan
dan ajaran Isa Al-Masih.
Dalam 1 Korintus 15:3, 4 ada tercatat:
'Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku
terima. Inilah perkara terpenting: AlMasih (AlMasih) mati kerana dosa kita, sesuai dengan
yang tertulis di dalam AlKitab. Hal ini juga tertulis di dalam AlKitab: Dia dikuburkan dan
pada hari ketiga Dia dihidupkan semula.'
Juga di Matius 28:5-7 firman Tuhan menyatakan :
'Akan tetapi malaikat itu berkata kepada perempuan-perempuan itu :
"Janganlah kamu takut: sebab aku tahu kamu mencari Isa yang disalibkan itu. Dia tidak
berada di sini, sebab Dia telah bangkit sama seprti yang telah dikatakannya. Mari,
lihatlah tempat Dia telah baring. Dan segeralah pergi dan katakanlah kepada murid-muridNya
bahawa Dia telah bangkit dari kalangan orang mati.'
Umat Kristian sejagat telah dengan sebulat suara mencapai
persetujuan mengenai akidah mereka dalam perkara ini melalui pengakuan "Syahadat Para
Rasul" (Apostle's Creed) dipetik seperti berikut :
"(Isa) Yang disalibkan oleh Pontius Pilate dan dikuburkan, dan
pada hari Ketiga, telah bangkit dari maut, yang terangkat ke Syurga, dan duduk di sebelah
tangan kanan Allah, apabila Dia akan datang untuk menghakimi mereka yang hidup dan yang
mati."
Akidah umat Kristian pun adalah berlandaskan kepada dasar-dasar
dalil-dalil sejarah yang kukuh, seperti manuskrip-manuskrip lama Perjanjian Baru yang
mengandungi Kitab Injil yang telah dicatat di antara 30 hingga 200 Tahun Masehi, penulisan
dan catatan-catatan terawal pemimpin-pemimpin Kristian yang terkenal (church fathers) dan
juga tulisan-tulisan sumber bukan Kristian.
Misalnya terdapat lebih dari 5,000 naskhah manuskrip lama Perjanjian
Baru berbanding dengan lebih kurang 10 naskhah sahaja bagi tulisan-tulisan sejarah lama
yang lain seperti karya-karya Herodotus, Caesar dan Tacitus.
- Rujukan dan ramalan-ramalan di dalam Firman Allah yang
bernubuat tentang kematian al-Masih.
Cerita-cerita mengenai kematian Hazrat Isa di kayu salib itu
terdapat di dalam keempat-empat tulisan Injil yang masing-masing telah ditulis oleh
Matius, Markus, Lukas dan Yahya (Yohanes), mereka ini ialah hawariyun dan sahabat kepada
al-Masih yang karib. Mereka ini juga merupakan saksi-saksi utama kehidupan Isa-al-Masih
dan segala peristiwa-peristiwa yang dilaluinya. Kesaksian dari keempat-empat penulis Injil
ini merupakan kesaksian dengan mata kepala mereka sendiri, di mana mereka sendiri telah
menyaksikan segala-sesuatu yang kena-mengena dengan kehidupan Hazrat Isa. Menurut Hukum
Taurat, kesaksian dua atau tiga orang yang telah melihat dengan mata mereka sendiri
sesuatu peristiwa adalah mencukupi bagi mengesahkan hakikat peristiwa itu (Ulangan
17:6-7). Sebab itulah kesaksian dari keempat-empat penulis Injil ini bahawa Hazrat Isa
telah disalib dan meninggal dunia merupakan satu kesaksian yang sahih menurut hukum
Taurat.
Terdapat bukti kukuh dari kesaksian Yahya, seorang lagi pengikut
Hazrat Isa dari rujukan Yahya 19:24-25. Yahya telah mencatit kesaksiannya iaitu selepas
Isa telah disalibkan "Seorang parajurit menikam lambungNya dengan tombaknya, dan
seterusnya darah dan air telah mengalir keluar."
Hal ini sungguh menghairankan bagi Yahya sehingga dia terdorong
untuk mencatit bahawa "Orang yang melihat hal itu sendiri yang memberikan kesaksian
ini dan kesaksiannya benar, ia tahu, bahawa dia mengatakan kebenaran(nya)."
Hari ini, para ahli sains dan doktor telahpun mendapati bahawa hal
pengaliran darah dan air dari tubuh adalah akibat dari penyaliban dan kehancuran jantung
orang yang disalib. Apabila Yahya telah mencatit darihal pengaliran keluar darah bercampur
dengan air dari tubuh Hazrat Isa, dia tidak mungkin memahami implikasi dan maksudnya
kejadian itu, akan tetapi pada hari ini, melalui kajian sains dan perubatan moden kita
dapat mengesahkan bahawa peristiwa itu merupakan dalil yang kukuh bahawa hazrat Isa telah
benar-benar mati di atas kayu salib.
Bukti yang lain pula ialah bahawa jika sekiranya orang yang disalib
itu bukanlah Hazrat Isa, maka tidaklah mungkin bagi dia mengeluarkan kata-kata yang penuh
kasih seperti sifat yang tabii kepada Isa Al-Masih, misalnya:
"Bapa, ampunilah mereka sebab tidak diketahuinya apa yang
diperbuatnya." Dan kalimatnya : " Sudah digenapi..!" Semua ini menunjukkan
dengan sungguhnya bahawa yang mati tersalib itu tidak lain dan tidak bukan hazrat Isa
sendiri.
Kesaksian yang lain dapat juga ditambahkan, bahawa waktu Hazrat Isa
dinyatakan mati oleh kepala pasukan, maka Yusuf dari Arimatea datang kepada Pontius
Pilatus untuk meminta mayat tersebut untuk dikuburkan. Permintaan itu dikabulkan
(Markus 15:24-26). Seandainya yang diturunkan dari Salib itu bukan Hazrat Isa, pastilah
Yusuf Arimatea menolaknya atau memberikan keterangan ketidakbenarannya itu.
Bukti lain lagi, adalah orang Yahudi meminta kepada Pontius
Pilatus agar kuburan Hazrat Isa dijaga. Permintaan ini pun dibenarkan. Seandainya yang
dikuburkan itu bukanlah Hazrat Isa, tidak mungkin orang Yahudi itu menjagai kuburnya itu.
Hal ini berlaku kerana Isa pernah mengatakan bahawa pada hari ketiga dia akan bangkit
hidup kembali dari kalangan orang mati.
Penyaliban AlMasih telah dinubuatkan oleh para Allah
beratus-ratus tahun sebelum berlakunya. Ini menjadikan persitiwa itu satu-satunya
dalam sejarah manusia. Umpamanya:-
Raja Daud dalam Mazmur 22 telah bernubuat tentang:
- Seruan Hazrat Isa kepada Allah (ayat 2 berbanding dengan Matius
27:46)
- Ejekan para penonton (ayat 9 berbanding dengan Matius 27:43)
- Pakaian Hazrat Isa (ayat 19 berbanding dengan Yohanes 19:24)
Nabi Yesaya bukan sahaja bernubuat tentang penyaliban Hazrat
Isa tetapi juga memberi sebab-sebab berlakunya; Hazrat Isa sendiri mengesahkan
nubuatan Nabi Yesaya dalam ucapanNya di Lukas 22:37 (dan Lukas 23:34). Bandingkan dengan
Yesaya 53:12.
- Bukit-Bukti Alkitabiah Untuk Kebangkitan Al-Masih
- Kubur yang kosong (Matius 28:6; Lukas 24:3)
Tubuh Hazrat Isa telah dibalut dengan 100-paun lebih minyak dan
rempah-ratus. Sebuah batu besar seberat 1 1/2 - 2 tan menutup pintu kubur dan satu pasukan
pengawal keselamatan menjaga kuburNya. Tetapi sesuatu telah berlaku. Selepas 3 hari kubur
itu menjadi kosong. Ini satu kenyataan sejarah. Hanya kebangkitan Hazrat Isa dapat
menjelaskan kejadian ini.
- Hazrat Isa telah menampakkan diri kepada orang selepas
kebangkitanNya
- Mariam dari Magdalena (Markus 16:9)
- Perempuan-perempuan lain (Matius 28:9)
- Murid-muridNya (Yohanas 20 19:26,21:1)
- 500 dari pengikutNya (1 Korintus 15:6)
- Paulus semasa ia diselamatkan (Kisah Rasul 9:5, 1 Korintus 15:8)
Dia telah bercakap dengan mereka, makan dan minum dengan mereka,
menunjukkan luka-lukaNya dan dengan banyak tanda-tanda yang lain membuktikan bahawa Dia
hidup kembali. Pengalaman semua orang ini tidak mungkin suatu hasil khayalan.
- Pengikut-pengikut Hazrat Isa yang pertama berkumpul pada
hari pertama setiap minggu untuk berbakti kepada Allah dan sembahyang (Kisah 20:7).
Pasti ada sebab yang baik mengapa para hawariyun dan rasul-rasul Isa-sebagai kaum Yahudi
yang alim dan setia, rela menggantikan Hari Ibadat Sabat mereka, yang jatuh pada hari
Sabtu ("Sabat", Sabtu) dengan hari minggu yang ketujuh (Ahad) untuk beribadat. Sebab
gentingnya mestilah berlandaskan kepada peristiwa Kebangkitan Isa AlMasih pada pagi hari
Ahad. (Markus 16:1-2). Hari ini menandakan kemenangan Hazrat Isa keatas kematian, dosa
dan iblis. Dan rancangan Allah bagi penebusan manusia telahpun selesai. Penebusan ini ini
memberi aman dan keselamatan yang sempurna kepada setiap mereka yang beriman.
- Akhirnya, kita boleh percaya akan kebangkitan Hazrat Isa
bila kita lihat perkembangan sidang jemaah Tuhan. Orang Kristian yang pertama itu
tidak ragu-ragu dalam kepercayaan mereka kepada Hazrat Isa meskipun dianiayai, malah ada
yang telah dibunuh. Sidang jemaah gereja telah berkembang dengan pesatnya bukan kerana
paksaan sosial, habuan dan ganjaran-ganjaran tertentu seperti wang dan kekayaan atau
kepentingan politik. Apakah yang begitu menyakinkan Iman umat Kristian yang pertama ini
jika bukan hakikat kebangkitan hazrat Isa dari maut, kenampakanNya kepada saksi-saksi yang
boleh dipercayai dan hadirat Roh Kudus bersama dengan mereka yang melakukan mukjizat
dan perkara-perkara yang luar biasa?
- Bukti-Bukti dari sumber-sumber
bukan Kristian mengenai Kematian dan Kebangkitan Hazrat Isa AlMasih
- Seorang ahli sejarah Yahudi berwibawa yang bernama Josephus
dalam bukunya "Jewish Antiquities' (Buku Purba orang-orang Yahudi) yang
ditulis di antara 90 - 95 T.M. mencatatkan tentang penyaliban AlMasih dan kebangkitan
AlMasih.
-
- Juga Tacitus, seorang ahli sejarah Romawi yang menulis
dalam tahun 115 T.M. mengatakan nama Kristian ini berasal daripada AlMasih
(B.Yunani="Kristus") yang telah disalibkan semasa pemerintahan Tiberius oleh
wakil berkuasanya Pontius Pilatus di wilayahnya.
- Apakah kepercayaan orang Islam mengenai
Kematian dan Kebangkitan Hazrat Isa AlMasih.
- Kebanyakan orang Islam meragui bahwa Hazrat Isa
AlMasih telah disalibkan. Mereka menggunakan nas Quran S. An Nisa a.157 yang
mengatakan:
-
- "Dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah
membunuh Almasih Isa anak Maryam seorang Rasul Allah, padahal mereka tidak membunuh
dan tidak menyalibnya, melainkan orang yang diserupakan dengan dia. Sesungguhnya
orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa itu benar-benar dalam keragu-raguan
tentang yang dibunuh itu."
-
- Tetapi kebenaran ayat ini boleh dipertikai dan dipersoalkan. Nabi
Muhammad di sini cuba menjawab pengakuan orang Yahudi bahawa mereka telah membunuh Isa
Almasih, Putera Maryam.
-
- Tetapi terdapat beberapa tafsiran yang salah dalam ayat ini. Pertama,
orang Yahudi tidak mengakui Hazrat Isa sebagai Almasih (Mesias). Dan kedua, bukan orang
Yahudi yang telah menyalibkannya tetapi askar-askar Romawi.
-
- Namun ada petikan-petikan dalam Quran yang mengatakan sebaliknya:
Menurut Quran, Muhammad menerima wahyu tentang ucapan Hazrat Isa seperti yang demikian:
-
- "Selamatlah diriku ketika dilahirkan dan ketika mati
dan ketika berbangkit kembali hidup" (Q. Maryam 33)
-
- Nas asalnya : "Wassalaamu'ala yauma wulidtu wa yauma amutu wa
yauma ub'asyu hayya."
- Dengan kata "ub'asyu hayya" (bangkit hidup kembali) adalah
merupakan kehidupan yang nyata sesudah mengalami kematian (amutu) yang nyata pula.
-
- Di Surat All Imran 55:
- "(Ingatlah) ketika Allah berfirman: 'Ya, 'Isa, sesungguhnya Aku
membuat engkau mati ('inni mutawaffiika') dan meninggikan (darjat) engkau
kepadaKu
"
-
- Berdasarkan ayat-ayat Quran ini jelaslah bahawa Hazrat Isa memang
telah mengalami kematian yang nyata (a real death) walaupun kematiannya di kayu salib
diragui oleh majoriti orang Islam.
- Ada beberapa teori yang dikemukakan oleh orang islam untuk
menjelaskan bahawa tidak wajar bagi Hazrat Isa mati di kayu salib.
- Teori Penggantian
Teori penggantian (substitution) ini mengatakan Yudas
Iskariot yang dijadikan merupai Hazrat Isa, disalibkan mengganti tempatnya. Teori ini
terdapat dalam Injil Barnabas "Injil" ini adalah satu kepalsuan (menurut
umat Islam mahupun Kristian). Teori ini tidak ada di dalam Quran. Maka ia satu
tekaan dan rekaan sahaja. Ada pihak yang mengatakan seorang lain yang mati
mengganti tempat Hazrat Isa. Teori ini juga bertentangan dengan bukti-bukti yang ada. Ia
tidak mengambil kira hal kubur yang kosong (apa yang telah terjadi kepada mayat
pengganti itu?) dan kenampakan Hazrat Isa yang disaksikan oleh beratus-ratus orang
(siapakah yang dilihat oleh saksi-saksi itu?). Teori ini juga membawa implikasi bahawa
Allah rela dengan sengajanya mengelirukan orang ramai dengan penipuan ini.
- Teori Pengsan