返回总目录
INJIL YAHYA
INJIL
YAHYA
Firman
& Kalimat Allah telah Nuzul (Turun) ke dunia dan
menjadi insan
1
1Pada
permulaan sudah wujud Firman (Logos), dan Firman itu
bersama Allah dan Firman itu adalah Allah.
2Dia
bersama dengan Allah pada permulaan.
3Segala-galanya
diciptakan melalui Dia. Dari segala yang wujud, tiada suatu pun yang dicipta
tanpa-Nya.
4Hidup
ada di dalam-Nya, dan hidup itu cahaya manusia.
5Dan
Cahaya itu bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak menguasainya.
6Allah
mengutus seorang bernama Yahya.
7Dia
datang untuk memberi kesaksian tentang Cahaya itu, supaya semua orang akan
percaya melalui Dia.
8Dia
sendiri bukanlah Cahaya itu, dia datang untuk memberi kesaksian tentang-Nya.
9Itulah
Cahaya yang benar, Cahaya yang menerangi setiap manusia di dunia.
10Dia
berada di dunia, dan dunia telah dicipta melalui-Nya, namun manusia di dunia
tidak mengenal-Nya.
11Dia
datang kepada milik-Nya sendiri, tetapi milik-Nya tidak menerima-Nya.
12Namun demikian, Dia memberi hak menjadi anak
anak Allah kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya dalam nama-Nya.
13Mereka menjadi anak Allah bukan melalui darah
keturunan, atau kehendak tabii manusia, atau kemahuan seorang lelaki, tetapi
kerana perbuatan Allah.
14Firman
itu menjadi manusia dan hidup di kalangan kita. Kita melihat kemuliaan-Nya
sebagai Putera tunggal yang datang daripada Allah Bapa, penuh dengan kasih
kurnia dan kebenaran.
15Yahya
memberi kesaksian tentang-Nya. Dia berseru, ‘Inilah Dia yang kukatakan akan
datang selepasku, tetapi Dia lebih besar daripadaku, kerana Dia sudah ada
sebelum aku.’
16Daripada
limpah kesempurnaan-Nya kita semua telah menerima kasih kurnia dan berkat.
17Ini
kerana hukum Taurat disampaikan melalui Musa, tetapi kasih kurnia dan kebenaran
dinyatakan melalui Isa al-Masih.
18Tiada
siapa pernah melihat Allah; Putera satu-satunya daripada Allah yang ada di
pangkuan Bapa, telah menunjukkan-Nya.
Kesaksian Yahya
19Inilah
kesaksian Yahya, apabila orang Yahudi di Baitulmaqdis mengutus para imam dan
orang Lewi untuk bertanya kepadanya, ‘Siapakah kamu?’
20Yahya mengaku, ‘Aku bukanlah al-Masih’.
21Mereka
bertanya, ‘Jadi, kamu ini siapa? Ilyas?’
‘Bukan,’ jawabnya.
‘Adakah kamu nabi?’
Dia menjawab, ‘Bukan.’
22Kemudian
mereka berkata, ‘Siapakah kamu? Katakanlah, supaya kami dapat menyampaikan
jawapan kepada orang yang mengutus kami. Menurut katamu sendiri, kau ini siapa?’
23Yahya
menjawab, ‘Aku ini satu suara yang berseru di gurun, “Luruskanlah jalan untuk
Tuhan,” sebagaimana kata Nabi Yasyaya.’
24Di
antara orang yang diutus itu ada beberapa orang Farisi.
25Mereka terus menyoal, ‘Mengapakah kamu
mengimadkan orang, kiranya kamu bukan al-Masih, bukan Ilyas dan bukan pula
nabi?’
26Yahya
menjawab, ‘Aku mengimadkan dengan air, tetapi di kalanganmu ada seorang yang
tidak kamu kenali,
27iaitu
Dia yang datang selepasku. Aku tidak layak mengurai tali kasut-Nya pun.’
28Semua
ini terjadi di Baitani, di seberang Sungai Yordan; di situlah Yahya mengimadkan
orang.
Isa al-Masih, Sebagai 'Anak
Domba'
Allah
29Pada
keesokan harinya, Nabi Yahya bin Zakaria telah
melihat Isa berjalan ke arahnya lalu berseru, ‘Lihatlah Anak Domba Allah yang
menghapuskan dosa umat manusia!
30Dialah
yang kukatakan akan datang selepasku tetapi lebih besar daripadaku kerana Dia
telah ada sebelumku.
31Dahulu
aku tidak mengenal Dia. Tetapi untuk itulah aku datang dan mengimadkan orang
dengan air, supaya Dia dinyatakan kepada Israel.’
32Yahya
memberi kesaksian: ‘Aku melihat Roh seperti burung merpati turun dari langit
lalu hinggap di atas-Nya.
33Dahulu
aku sendiri pun tidak mengenal-Nya, tetapi Dia yang mengutusku untuk mengimadkan
orang dengan air telah berfirman kepadaku, “Engkau akan melihat Roh turun lalu
hinggap di atas seorang. Dialah yang akan mengimadkan orang dengan Roh Suci.”
34Hal
itu telah kulihat sendiri, maka aku berkata kepadamu, Dialah Putera Allah.’
Pengikut-pengikut Sayidina Rabbani
Isa yang pertama
35Pada
hari yang berikut, Yahya berada di situ lagi bersama dua orang pengikutnya.
36Dia
melihat lagi Isa lalu di tempat itu dan dia berseru, ‘Lihatlah Anak Domba
Allah!’
37Apabila
dua orang pengikut Yahya itu mendengar kata-kata demikian, mereka pun mengikut
Isa.
38Isa
menoleh dan melihat mereka mengikut-Nya lalu bertanya,
‘Apa hajatmu?’
Mereka menjawab, ‘Rabbi (ertinya Guru), di
manakah Engkau tinggal?’
39‘Marilah
lihat,’ kata Isa.
Mereka terus mengikut-Nya dan melihat tempat
tinggal-Nya. Waktu itu kira-kira pukul empat. Mereka pun tinggal bersama Isa
pada hari itu.
40Seorang
daripada mereka ialah Andreas, saudara Simon Petrus.
41Andreas segera mencari Simon dan berkata, ‘Kami
telah bertemu dengan al-Masih!’
42Selepas
itu, Andreas membawa Simon berjumpa dengan Isa.
Isa memandang Simon lalu berkata,
‘Kamu Simon anak Yahya, tetapi kamu akan digelar
Kefas.’ (Kefas sama ertinya dengan Petrus, yakni batu pejal.)
43Pada
keesokan harinya, Isa membuat keputusan hendak pergi ke Galilea. Dia berjumpa
dengan Filipus dan berkata, ‘Ikutlah Aku.’
44Seperti
Andreas dan Petrus, Filipus juga warga kota Baitsaida.
45Filipus pula mendapatkan
Natanael dan berkata, ‘Kami telah bertemu dengan orang yang disebut oleh
Musa dalam kitab Taurat dan oleh nabi-nabi. Orang itu ialah Isa anak Yusuf dari
Nasaret.’
46Tetapi
Natanael berkata, ‘Mungkinkah sesuatu yang baik datang dari Nasaret?’
‘Marilah lihat,’ balas Filipus.
47Ketika
Isa melihat Natanael berjalan ke arah-Nya, Dia berkata,
‘Inilah seorang Israel sejati, tiada yang palsu
pada dirinya.’
48Natanael
bertanya, ‘Bagaimana Engkau mengenal aku?’
Isa menjawab,
‘Sebelum Filipus memanggilmu,
Aku telah melihatmu di bawah pokok ara itu.’
49Natanael
berseru, ‘Tuan Guru, Engkau Putera Allah ! Engkau Raja bangsa Israel!’
50Isa
berkata, ‘Adakah kamu beriman kepada-Ku kerana Aku
berkata Aku nampak kamu di bawah pokok ara itu? Kamu akan melihat hal-hal yang
jauh lebih hebat daripada ini!’
51Isa
berkata kepada mereka semua, ‘Percayalah, kamu akan melihat langit terbuka dan
malaikat-malaikat Allah turun naik menemui Putera Insan.’
Perkahwinan di Kana
2
1Pada
hari yang ketiga, suatu majlis perkahwinan diadakan di kota Kana di negeri
Galilea. Ibu Isa turut hadir.
2Isa
dan pengikut-pengikut-Nya juga dijemput ke majlis itu.
3Apabila
air anggur yang ada habis diminum, ibu Isa berkata kepada-Nya, ‘Mereka kehabisan
air anggur.’
4Isa
menjawab, ‘Puan, usahlah suruh Aku. Saat-Ku belum
tiba.’
5Namun,
ibu Isa berkata kepada pelayan-pelayan di majlis itu, ‘Buatlah apa saja yang
disuruh-Nya.’
6Di
situ ada enam buah tempayan yang digunakan untuk istiadat penyucian orang
Yahudi. Tiap-tiap tempayan dapat memuat kira-kira seratus liter air.
7Isa
berkata kepada pelayan-pelayan, ‘Isilah
tempayan-tempayan ini dengan air.’ Mereka pun mengisi penuh keenam-enam
tempayan itu.
8Setelah
itu Isa berkata pula, ‘Sekarang ambillah sedikit
air itu, bawakan kepada ketua majlis.’ Mereka pun menghidangkan air itu
kepada ketua majlis.
9Setelah
ketua majlis merasa air yang telah menjadi air anggur itu, dia pun memanggil
pengantin lelaki. Dia tidak tahu dari mana datangnya air anggur itu, tetapi para
pelayan yang mengambil dan membawa air itu mengetahuinya.
10Dia berkata kepada pengantin lelaki, ‘Selalunya
orang menghidangkan air anggur yang terbaik di awal majlis. Setelah tetamu
banyak minum, dihidangkan pula air anggur yang biasa saja. Tetapi kamu menyimpan
dulu air anggur yang terbaik, sekarang baru dihidangkan!’
11Itulah
mukjizat Isa yang pertama, dilakukan di Kana, Galilea. Dia menyatakan
kemuliaan-Nya, maka para pengikut-Nya percaya kepada-Nya.
Sayidina Rabbani Isa
menyucikan rumah ibadat
12Setelah
itu Isa bersama ibu-Nya, saudara-saudara-Nya dan pengikut-pengikut-Nya pergi ke
Kapernaum lalu tinggal di situ beberapa hari.
13Ketika
perayaan Paska orang Yahudi hampir tiba, Isa pergi ke Baitulmaqdis.
14Di dalam rumah ibadat Dia mendapati orang
berjual-beli lembu, domba dan burung merpati, serta pengurup-pengurup wang duduk
di situ.
15Isa
membuat cemeti daripada tali lalu mengusir kesemua orang, domba dan lembu dari
rumah ibadat. Dia juga menghamburkan wang para pengurup wang itu dan
menterbalikkan meja mereka.
16Dia
berkata kepada penjual burung merpati, ‘Bawa keluar
semuanya. Jangan jadikan Rumah Bapa-Ku tempat berniaga!’
17Para
pengikut-Nya teringat bahawa telah tersurat: ‘Kasih-Ku terhadap Rumah-Mu
membakar hati-Ku!’’
18Orang
Yahudi menyoal Isa, ‘Apakah mukjizat yang dapat Kamu lakukan sebagai bukti
bahawa Kamu berhak bertindak begini?’
19Isa
menjawab, ‘Robohkanlah rumah ibadat ini, akan
Kubina semula dalam tiga hari.’
20‘Pembinaannya
mengambil masa empat puluh enam tahun! Akan Kaubina semula dalam tiga hari?’
tanya mereka.
21Sebenarnya,
rumah ibadat yang dimaksudkan oleh Isa itu ialah tubuh-Nya sendiri.
22Apabila Isa bangkit daripada kematian, para
pengikut-Nya teringat kata-kata-Nya itu. Dengan demikian percayalah mereka akan
Kitab Suci dan kata-kata Isa.
23Sewaktu
Isa di Baitulmaqdis pada masa perayaan Paska, ramai orang yang percaya
kepada-Nya disebabkan mukjizat-mukjizat yang dilakukan-Nya.
24Namun demikian, Isa tidaklah mempercayakan
diri-Nya kepada mereka, kerana Dia mengetahui isi hati manusia.
25Dia tidak memerlukan kesaksian sesiapa tentang
manusia kerana Dia mengetahui niat dan perasaan setiap orang.
Isa mengajar Nikodemus, Guru Kitab
Taurat
3
1Pada
masa itu ada seorang pemimpin Yahudi dari golongan Farisi bernama Nikodemus.
2Dia
mengunjungi Isa pada suatu malam lalu berkata, ‘Tuan Guru, kami tahu bahawa
Engkau guru yang datang daripada Allah. Tidak mungkin seseorang melakukan
mukjizat seperti yang Kaulakukan kecuali Allah menyertai-Nya.’
3Isa
menjawab, ‘Sesungguhnya-Aku berkata kepadamu,
kecuali seseorang dilahirkan semula, dia tidak dapat melihat kerajaan Allah.’
4Nikodemus
bertanya, ‘Bagaimana seorang dewasa mungkin dilahirkan semula? Tidak mungkin dia
masuk semula ke rahim ibunya lalu dilahirkan sekali lagi!’
5Isa
menjawab, ‘Apa yang Kukatakan ini benar. Tidak
mungkin seseorang masuk ke dalam kerajaan Allah kecuali dia dilahirkan daripada
air dan Roh Suci.
6Yang
dilahirkan manusia adalah manusia, dan yang dilahirkan Roh adalah roh.
7Janganlah
hairan akan kata-kata-Ku bahawa kamu semua perlu dilahirkan semula.
8Angin
bertiup semahunya. Kita mendengar bunyinya, tetapi tidak tahu dari mana
datangnya dan ke mana perginya. Demikianlah juga dengan orang yang dilahirkan
oleh Roh Suci.’
9Nikodemus
bertanya, ‘Bagaimana hal itu boleh berlaku?’
10Isa
menjawab, ‘Kamu pengajar bangsa Israel dan kamu
tidak mengetahui hal ini?
11Sesungguhnya
Aku berkata kepadamu, apa yang kami ketahui, itulah yang kami katakan, dan apa
yang telah kami lihat, itulah yang kami saksikan, tetapi kamu tidak mahu
menerimanya.
12Jika
kamu tidak percaya ketika Aku bercakap tentang hal-hal dunia, bagaimana mungkin
kamu percaya sekiranya Aku bercakap tentang hal-hal syurga?
13Tiada
seorang pun pernah naik ke syurga, kecuali Putera Insan yang
telah
turun dari syurga.
14Sebagaimana
ular diangkat oleh Musa di gurun, begitulah Putera Insan akan diangkat
15supaya
semua yang percaya kepada-Nya mendapat hidup yang kekal.
16
'Allah
begitu mengasihi umat manusia sehingga menganugerahkan Putera-Nya yang tunggal
supaya orang yang percaya kepada Putera itu tidak binasa tetapi mendapat hidup
kekal.
17Allah
mengutus Putera-Nya ke dunia bukan untuk menghakimi dunia tetapi supaya melalui
Dia, dunia ini diselamatkan.
18Sesiapa
yang percaya kepada-Nya tidak dijatuhi hukum. Sebaliknya, sesiapa yang tidak
percaya sudahpun dijatuhi hukum, kerana dia tidak percaya kepada yang tunggal.
19Penghakiman
berdasarkan hal ini: Cahaya sudah datang ke dunia, tetapi manusia lebih suka
akan kegelapan kerana mereka berbuat jahat.
20Orang
yang berbuat jahat benci akan cahaya dan tidak mahu mendekatinya kerana takut
perbuatan jahatnya terdedah.
21Tetapi
orang yang berbuat benar merapati cahaya, supaya jelas bahawa perbuatannya
dilakukan melalui Allah.’
Kesaksian Nabi
Yahya yang terakhir
22Selepas
itu, Isa dan para pengikut-Nya pergi ke wilayah Yudea. Isa tinggal bersama
mereka di sana dan mengimadkan orang.
23Yahya
pula mengimadkan di Ainon, tidak berapa jauh dari Salim, kerana di situ ada
banyak air. Orang datang kepadanya dan dia mengimadkan mereka.
24Pada masa itu, Yahya belum lagi dimasukkan ke
dalam penjara.
25Pada
suatu hari tercetus pertengkaran antara sebilangan pengikut Yahya dan seorang
Yahudi tentang istiadat penyucian.
26Mereka
pergi kepada Yahya dan berkata, ‘Tuan Guru, seorang yang bersama Tuan Guru di
seberang Sungai Yordan dulu, orang yang Tuan Guru tunjukkan kepada kami, Dia
mengimadkan orang dan semua orang pergi kepada-Nya.’
27Yahya
menjawab, ‘Seseorang tidak mungkin menerima sesuatu kecuali diberi kepadanya
dari syurga.
28Kamu
semua menjadi saksiku bahawa aku telah berkata, “Aku bukanlah al-Masih, tetapi
aku diutus sebelum-Nya.”
29Yang
mendapatkan pengantin perempuan adalah pengantin lelaki. Sahabat pengantin
lelaki yang cuma menanti dan mendengarkan ketibaan pengantin lelaki, berasa
bahagia ketika mendengar suara pengantin lelaki. Demikian juga aku. Sekarang
sempurnalah kebahagiaanku.
30Memang
sewajarnya Dia semakin utama dan aku semakin kecil.
31‘Dia
yang datang dari atas adalah di atas segala-galanya. Orang yang berasal dari
dunia datang dari dunia dan bercakap tentang hal-hal dunia. Tetapi Dia yang
datang dari syurga adalah di atas segala-galanya,
32Dia menyampaikan apa yang dilihat dan
didengar-Nya, tetapi tidak ada seorang pun yang menerima kesaksian-Nya.
33Namun begitu, mereka yang menerima kesaksian-Nya
mengaku bahawa Allah itu benar.
34Dia
yang diutus oleh Allah menyampaikan firman Allah, kerana Allah mengurniakan-Nya
Roh Suci sepenuhnya.
35Bapa
kasih akan Putera-Nya dan telah meletakkan segala-galanya di bawah kuasa
Putera-Nya.
36Sesiapa
yang percaya kepada Putera itu mendapat hidup yang kekal. Sesiapa yang tidak
taat kepada-Nya tidak akan mendapat hidup yang kekal itu dan kemurkaan Allah
kekal ke atasnya.’
Isa berbicara
dengan seorang
perempuan
dari
Samaria
4
1Ketika
Isa mengetahui orang Farisi telah mendengar berita bahawa Dia mendapat dan
mengimadkan (membaptiskan) lebih ramai pengikut berbanding Yahya,
2(sebenarnya
para pengikut Isa yang mengimadkan, bukan Isa),
3Dia
pun meninggalkan Yudea lalu pulang ke Galilea semula.
4Dalam
perjalanan-Nya itu, Isa semestinya melalui Samaria.
5Di
Samaria, Isa sampai di bandar Sikhar, berdekatan dengan sebidang tanah yang
dahulu diberikan oleh Yakub kepada anaknya Yusuf.
6Di
situ ada sebuah perigi Yakub. Oleh sebab berasa letih setelah berjalan jauh, Isa
duduk berehat di tepi perigi itu. Waktu itu kira-kira jam yang keenam.
7Kemudian
datanglah seorang perempuan Samaria untuk menimba air. Lalu Isa berkata
kepadanya, ‘Berilah Aku minum.’
8Pengikut-pengikut
Isa telah pergi ke bandar untuk membeli makanan.
9Perempuan
Samaria itu menjawab, ‘Bagaimana Tuan seorang Yahudi meminta minum daripadaku,
seorang perempuan Samaria?’ (Orang Yahudi tidak berurusan dengan orang Samaria.)
10Isa
menjawab, ‘Kalaulah kamu mengetahui pemberian
Allah, dan siapakah Dia yang berkata kepadamu, “Berilah Aku minum,” tentulah
kamu pula akan meminta daripada-Nya dan Dia akan mengurniaimu air hidup.’
11Perempuan
itu berkata, “Tuan tidak ada timba. Perigi ini sangat dalam. Bagaimana mungkin
Tuan mendapatkan air hidup itu?
12Adakah
Tuan lebih besar daripada moyang kami, Yakub, yang mewariskan perigi ini kepada
kami? Dia, anak-anaknya dan binatang ternakannya minum air dari perigi ini.’
13Isa
berkata, ‘Sesiapa yang minum air dari perigi ini
akan dahaga semula;
14tetapi
sesiapa minum air yang Kuberikan kepadanya nanti tidak akan dahaga lagi
selama-lamanya. Air yang akan Kuberikan itu akan menjadi mata air di dalam
dirinya dan memberinya hidup yang kekal.’
15Perempuan
itu berkata, ‘Tuan, berikanlah air itu kepadaku, supaya aku tidak dahaga lagi
dan tidak perlu lagi datang ke perigi ini mengambil air.’
16Isa
menjawab, ‘Pergilah dulu, bawa suamimu ke mari.’
17Perempuan
itu berkata, ‘Aku tidak ada suami.’
Isa pun berkata,
‘Memang benar engkau tidak ada suami sekarang.
18Kamu
telah berkahwin lima kali. Lelaki yang tinggal denganmu sekarang bukan suamimu.
Benarlah katamu itu.’
19Perempuan
itu berkata, ‘Tahulah aku sekarang, Tuan ini seorang nabi.
20Nenek moyang kami menyembah Allah di gunung ini,
tetapi bangsa tuan berkata tempat orang menyembah Allah hanya di Baitulmaqdis.’
21Isa
berkata, ‘Hai perempuan, percayalah, akan sampai
saatnya kamu menyembah Bapa bukan lagi di gunung ini atau di Baitulmaqdis.
22Kamu
menyembah apa yang tidak kamu kenal; sebaliknya, kami menyembah apa yang kami
kenal kerana penyelamatan datang daripada orang Yahudi.
23Akan
sampai saatnya, malah sudahpun sampai, penyembah sejati akan menyembah Bapa
dalam roh dan kebenaran; kerana Bapa menghendaki penyembah yang sedemikian.
24Allah
itu Roh, maka orang yang menyembah Dia harus menyembah-Nya dalam roh dan
kebenaran.’
25Perempuan
itu berkata, ‘Aku tahu Mesias yang disebut al-Masih akan datang. Apabila Dia
datang, Dia akan memberitahu kami segala-galanya.’
26Isa
berkata kepada perempuan itu, ‘Akulah Dia yang
sekarang bercakap denganmu.’
27Pada
ketika itu para pengikut Isa pulang ke situ. Mereka hairan melihat Isa bercakap
dengan seorang perempuan tetapi seorang pun tidak bertanya kepada perempuan itu,
‘Apa hajatmu?’ atau kepada Isa, ‘Mengapa Engkau bercakap dengan perempuan ini?’
28Perempuan
itu pun meninggalkan bekas airnya di situ lalu pergi ke bandar memberitahu orang
di sana apa yang telah berlaku.
29Perempuan
itu berkata, ‘Marilah lihat seorang yang menyebutkan kepadaku segala yang telah
kulakukan. Mungkinkah orang itu al-Masih?’
30Dengan
demikian, orang di bandar pun pergi mendapatkan Isa.
31Sementara
itu, para pengikut Isa berkata kepada-Nya, ‘Tuan Guru, silalah makan.’
32Isa
menjawab, ‘Aku ada makanan yang tidak kamu ketahui.’
33Lalu
para pengikut Isa tertanya-tanya sesama sendiri, ‘Adakah sesiapa datang
membawakan-Nya makanan tadi?’
34Isa
berkata, ‘Makanan-Ku itu melaksanakan kehendak Dia
yang mengutus-Ku dan menyelesaikan pekerjaan-Nya.
35Bukankah
kamu berkata, “Empat bulan lagi barulah tiba musim menuai?” Tetapi Aku berkata
kepadamu, lihatlah ladang yang sudah menguning, sedia untuk dituai.
36Orang
yang menuai akan menerima upah dan mendapat hasil untuk hidup kekal. Dengan
demikian, penyemai benih dan penuai akan bergembira bersama-sama.
37Dalam
hal ini benarlah pepatah, “Ada yang menyemai, ada pula yang menuai.”
38Aku
menyuruhmu menuai ladang yang bukan hasil usahamu. Orang lain yang
mengerjakannya, kamu yang mendapat hasilnya.’
39Pada
masa itu ramai orang Samaria percaya kepada Isa setelah mendengar perempuan itu
berkata, ‘Dia menyebutkan kepadaku segala yang telah kulakukan.’
40Oleh yang demikian, ketika mereka datang menemui
Isa, mereka mengajak-Nya tinggal bersama mereka. Isa pun tinggal di situ selama
dua hari.
41Lebih
ramai lagi orang yang percaya kepada Isa kerana kata-kata-Nya.
42Mereka
berkata kepada perempuan itu, ‘Sekarang kami percaya bukanlah kerana kata-katamu
tetapi kerana kami telah mendengar kata-kata-Nya sendiri dan kami tahu Dialah
al-Masih, Penyelamat umat manusia di dunia.’
43Selepas
tinggal dua hari di Samaria, Isa ke Galilea pula,
44kerana Isa sendiri bersaksi bahawa seorang nabi
tidak mendapat penghormatan di negerinya sendiri.
45Setiba-Nya di Galilea, orang di situ
menyambut-Nya. Mereka telah melihat segala yang dilakukan-Nya di Baitulmaqdis
pada masa perayaan Paska dahulu. Pada ketika itu, mereka juga berada di sana.
Isa menyembuhkan anak pegawai kerajaan
46Selepas
itu Isa pulang ke Kana di Galilea, iaitu tempat Dia mengubah air menjadi air
anggur. Seorang pegawai kerajaan di situ mempunyai anak lelaki yang sedang sakit
di Kapernaum.
47Apabila
pegawai itu mendengar tentang kedatangan Isa ke Galilea dari Yudea, dia pun
pergi berjumpa Isa. Dia meminta Isa ke Kapernaum untuk menyembuhkan anaknya yang
sakit tenat dan hampir maut.
48Tetapi
Isa berkata, ‘Kalau kamu semua tidak melihat
mukjizat dan hal-hal luar biasa, tidaklah kamu percaya.’
49Pegawai
itu merayu, ‘Tuan, datanglah segera sebelum anakku mati.’
50Isa
pun berkata, ‘Pergilah, anakmu akan sembuh.’
Pegawai itu percaya akan kata-kata Isa lalu
pergi.
51Dalam
perjalanannya ke rumah, hambanya datang memberitahu bahawa anaknya itu telah
sembuh.
52Apabila
pegawai itu bertanya bila anaknya mula pulih, mereka menjawab, ‘Kelmarin, pada
jam yang ketujuh, dia tidak demam lagi.’
53Bapa
anak itu teringat bahawa pada waktu itulah Isa telah berkata, ‘Anakmu
akan sembuh.’ Dengan demikian, pegawai itu dan seluruh keluarganya
percaya kepada Isa.
54Itulah
mukjizat Isa yang kedua dilakukan-Nya di Galilea setelah tiba di situ dari
Yudea.
Penyembuhan di Baithasda
5
1Setelah
itu Isa pergi ke Baitulmaqdis pada masa suatu perayaan Yahudi.
2Di
sana, berdekatan Pintu Domba, ada sebuah kolam yang dipanggil Baithasda dalam
bahasa Ibrani. Kolam ini dikelilingi lima buah serambi.
3Di
setiap serambi itu ramai orang sakit dan cacat berbaring – ada yang buta, ada
yang tempang dan ada yang lumpuh – menunggu air kolam itu berkocak.
4Sekali-sekala
malaikat Tuhan akan turun mengocak air kolam itu. Sesiapa yang pertama masuk ke
dalam kolam itu ketika airnya berkocak akan sembuh daripada penyakitnya.
5Di
kalangan mereka ada seorang lelaki yang telah sakit selama tiga puluh lapan
tahun.
6Isa
melihatnya terbaring di situ dan mengetahui bahawa dia telah sakit demikian
lamanya. Isa bertanya kepadanya, ‘Inginkah
kamu sembuh?’
7Orang
sakit itu menjawab, ‘Tuan, tiada siapapun di sini yang dapat memasukkan aku ke
dalam kolam itu ketika airnya berkocak. Setiap kali aku cuba masuk, orang lain
telah masuk dulu.’
8Isa
berkata kepadanya, ‘Bangun, angkat tikarmu, dan
berjalanlah.’
9Serta-merta
orang itu sembuh lalu mengangkat tikarnya dan berjalan. Perkara itu terjadi pada
hari Sabat.
10Oleh
yang demikian, orang Yahudi berkata kepada orang itu, ‘Ini hari Sabat. Kamu
melanggar hukum kerana mengangkat tikar.’
11Orang
itu menjawab, ‘Orang yang menyembuhkanku tadi menyuruh aku mengangkat tikar dan
berjalan.’
12Mereka
pun bertanya, ‘Siapakah Dia yang menyuruhmu mengangkat tikar dan berjalan itu?’
13Akan
tetapi orang yang baru disembuhkan itu tidak dapat menunjukkan yang mana
orangnya, kerana Isa telah menghilang di antara orang ramai di situ.
14Tidak
lama selepas itu, Isa bertemu dengan orang itu di dalam rumah ibadat dan berkata
kepadanya, ‘Sekarang kamu sudah sembuh. Jangan
berbuat dosa lagi, supaya kamu tidak menerima padah yang lebih teruk.’
15Orang
itu kemudiannya memberitahu orang Yahudi bahawa Isalah yang telah
menyembuhkannya.
16Dengan
demikian, mereka mula memusuhi Isa kerana menyembuhkan orang pada hari Sabat.
17Namun,
Isa berkata kepada mereka, ‘Bapa-Ku masih bekerja
hingga sekarang, maka begitulah juga Aku.’
18Kata-kata-Nya ini mengukuhkan lagi niat orang
Yahudi hendak membunuh-Nya. Bukan sahaja Dia melanggar hukum hari Sabat, malah
juga mengatakan Allah itu Bapa-Nya, iaitu menyamakan diri-Nya dengan Allah.
Kesaksian Isa tentang diri-Nya
19Isa
menjawab kata-kata mereka, ‘Sesungguhnya, aku
berkata kepadamu, Putera tidak dapat melakukan sesuatu oleh diri-Nya sendiri.
Dia hanya melakukan apa yang dilihat-Nya dilakukan oleh Bapa-Nya. Apa yang
dilakukan oleh Bapa, itulah yang dilakukan oleh Putera,
20kerana
Bapa kasih akan Putera dan menunjukkan segala yang dilakukan-Nya kepada
Putera-Nya. Bapa akan menyatakan hal-hal yang lebih besar lagi kepada Putera,
sehingga kamu semua menjadi hairan.
21Bapa
membangkitkan manusia daripada kematian dan memberi hidup, maka demikian jugalah
Putera-Nya memberi hidup kepada mereka yang dikehendaki-Nya.
22Bapa
tidak menghakimi sesiapa. Dia telah menyerahkan kuasa menghakimi kepada
Putera-Nya.
23Dengan
demikian, semua orang menghormati Putera sebagaimana mereka menghormati Bapa.
Jika sesiapa tidak menghormati Putera, ertinya dia tidak menghormati Bapa yang
mengutus-Nya.
24‘Sesungguhnya
aku berkata kepadamu, sesiapa yang mendengar kata-kata-Ku dan percaya kepada Dia
yang mengutus-Ku akan mendapat hidup yang kekal dan tidak akan dihukum. Dia
telah terlepas daripada kematian dan mendapat hidup sebenar.
Dua jenis kebangkitan
25‘Sesungguhnya
Aku berkata kepadamu, akan tiba saatnya, malah sudahpun sampai, ketika orang
mati mendengar suara Putera Allah , dan orang yang mendengar suara-Nya akan
hidup.
26Bapa
sumber hidup, maka Dia menjadikan Putera-Nya juga sumber hidup.
27Bapa
telah memberikan kuasa menghakimi kepada Putera-Nya, kerana Dia itu Putera
Insan.
28‘Janganlah
hairan mendengar hal ini kerana akan sampai saatnya bagi semua orang mati
mendengar suara-Nya.
29Mereka
akan terus bangkit dari kubur. Orang yang berbuat baik akan bangkit untuk
mendapat hidup kekal dan orang yang berbuat jahat akan bangkit untuk dihukum.
30Aku
tidak dapat melakukan sesuatu pun atas usaha-Ku sendiri. Aku menghakimi manusia
menurut perintah Allah. Penghakiman-Ku adil, kerana Aku tidak mengikut
kehendak-Ku sendiri tetapi kehendak Dia yang mengutus-Ku.
31‘Jika
Aku memberi kesaksian tentang diri-Ku sendiri, itu tidaklah wajar diterima
sebagai bukti yang sah.
32Ada
lain yang memberi kesaksian tentang diri-Ku, dan Aku tahu kesaksian yang
disampaikan-Nya tentang-Ku itu benar.
Kesaksian Yahya
33‘Kamu
telah mengutus orang untuk berjumpa dengan Yahya, dan dia telah memberikan
kesaksian yang benar.
34Sebenarnya
Aku tidak memerlukan kesaksian manusia. Aku menyebutnya supaya kamu percaya dan
dapat diselamatkan.
35Yahya
ibarat pelita yang menyala dan bercahaya. Bagi seketika lamanya, kamu memilih
untuk menikmati cahayanya.
36‘Tetapi
kesaksian-Ku lebih besar daripada kesaksian Yahya. Aku melakukan apa yang
ditugaskan oleh Bapa-Ku, dan hal ini membuktikan bahawa Bapa telah mengutus-Ku.
37Bapa
yang mengutus-Ku dan memberikan kesakian tentang diri-Ku ini belum pernah kamu
dengar suara-Nya atau lihat wajah-Nya.
38Firman
Tuhan tidak menetap dalam dirimu kerana kamu tidak percaya kepada Dia yang
diutus Bapa.
Kesaksian Kitab Suci
39‘Kamu
mengkaji Kitab Suci dengan tekun kerana kamu percaya dalamnya kamu mendapat
hidup kekal. Sebenarnya Kitab Suci memberikan kesaksian tentang diri-Ku.
40Tetapi
kamu tidak mahu datang kepada-Ku untuk mendapatkan hidup kekal.
41‘Aku
tidak mengharapkan pujian daripada manusia.
42Aku
mengenalmu. Aku tahu kamu sebenarnya tidak mengasihi Allah.
43Aku
datang atas nama Bapa-Ku, tetapi kamu tidak menyambut-Ku. Namun, ketika orang
lain datang atas namanya sendiri, kamu menyambutnya.
44Bagaimana
kamu mungkin percaya kepada-Ku, sedangkan kamu mencari pujian sesama sendiri?
Kamu tidak berusaha mendapatkan pujian daripada Allah Yang Esa.
45‘Jangan
sangka Aku akan menuduhmu di hadapan Bapa. Musa yang kamu harapkan itulah yang
akan menuduhmu.
46Sekiranya
benar kamu percaya kepada Musa, tentulah kamu percaya kepada-Ku, kerana Musa
telah menulis tentang diri-Ku.
47Kamu
tidak percaya akan apa yang ditulis oleh Musa, maka bagaimana kamu mungkin
percaya akan apa yang Kukatakan?’
Isa memberi lima ribu orang makanan
6
1Setelah
itu Isa pergi ke seberang Laut Galilea yang juga dipanggil Tiberias.
2Ramai
orang mengikut-Nya setelah melihat mukjizat-Nya menyembuhkan orang sakit.
3Isa
mendaki sebuah bukit lalu duduk di situ bersama para pengikut-Nya.
4Pada
masa itu perayaan Paska orang Yahudi hampir tiba.
5Apabila
Isa memandang sekeliling dan melihat ramai orang datang ke arah-Nya, Dia berkata
kepada Filipus, ‘Dari manakah dapat kita beli
makanan untuk semua mereka ini?’
6(Sebenarnya
Isa bertanya itu untuk menduga Filipus sahaja kerana Dia tahu apa yang akan
dilakukan-Nya.)
7Filipus
menjawab, ‘Roti yang berharga dua ratus keping wang perak pun tidak cukup,
meskipun jika dibahagi secebis seorang.’
8Seorang
lagi pengikut Isa bernama Andreas, saudara Simon Petrus, berkata kepada-Nya,
9‘Ada
seorang budak di sini yang mempunyai lima buku roti barli dan dua ekor ikan.
Tetapi tidak mungkin akan cukup untuk orang seramai ini!’
10Isa
berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Ajaklah mereka
duduk.’ (Di situ ada banyak rumput.) Mereka itu pun duduk, kira-kira lima
ribu orang lelaki semuanya.
11Isa
mengambil roti itu lalu mengucap syukur kepada Allah. Selepas itu Dia
memecah-mecahkan roti itu antara orang ramai itu. Kemudian Dia
membahagi-bahagikan ikan itu pula. Semuanya makan sepuas-puasnya.
12Setelah
kenyang semuanya, Isa berkata kepada para pengikut-Nya,
‘Kumpulkanlah baki makanan, jangan ada yang
terbuang.’
13Lalu
mereka mengumpulkannya dan mengisi dua belas bakul baki makanan daripada lima
buku roti barli yang dimakan oleh orang ramai itu.
14Apabila
mereka melihat mukjizat yang dilakukan oleh Isa itu, mereka pun berkata, ‘Memang
Dialah Nabi yang dinanti-nantikan datang ke dunia!’
15Isa tahu bahawa mereka hendak datang dan
memaksa-Nya menjadi raja. Oleh itu Dia beredar sekali lagi ke bukit seorang
diri.
|
Sayidina Isa
al-Masih
berjalan di atas air
16Setelah
senja hari, para pengikut Isa turun ke tasik.
17Mereka
menaiki perahu menyeberangi tasik itu ke Kapernaum. Hari sudah gelap namun Isa
belum pulang mendapatkan mereka.
18Ketika
itu tasik mulai bergelombang kerana angin bertiup kencang.
19Setelah para pengikut Isa berkayuh tiga atau
tiga setengah batu, mereka terpandang Dia berjalan di atas air ke arah perahu
mereka, lalu mereka pun ketakutan.
20Tetapi
Isa berkata kepada mereka, ‘Jangan takut, Akulah
Isa!’
21Barulah
mereka mahu menyambut-Nya naik ke perahu. Pada saat itu juga tibalah perahu itu
ke tempat yang dituju.
22Pada
keesokan harinya, orang ramai yang berada di seberang tasik sedar bahawa di situ
hanya ada sebuah perahu dan Isa tidak menaiki perahu itu. Mereka tahu bahawa
para pengikut Isa telah bertolak menaiki perahu itu tanpa-Nya.
23Kemudian, beberapa buah perahu dari Tiberias
berlabuh dekat tempat orang ramai makan roti selepas Junjungan mengucap syukur.
24Apabila
mereka tidak melihat Isa atau para pengikut-Nya, mereka pun menaiki
perahu-perahu itu menuju ke Kapernaum untuk mencari Isa.
Roti yang
Hidup
25Ketika
mereka bertemu dengan Isa di seberang tasik, mereka bertanya kepada-Nya, ‘Tuan
Guru, bilakah Engkau sampai ke mari?’
26Isa
menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kamu mencari-Ku bukan kerana kamu
telah melihat tanda-tanda mukjizat, tetapi kerana kamu telah dapat makan
sehingga kenyang.
27Janganlah
berusaha mendapatkan makanan yang boleh basi. Berusahalah mendapatkan makanan
yang dapat bertahan sampai hidup kekal. Itulah makanan yang akan diberikan
kepada-Mu oleh Putera Insan, kerana Allah Bapa telah melantik-Nya.’
28Mereka
bertanya kepada-Nya, ‘Apakah yang mesti kami buat untuk melaksanakan pekerjaan
yang dikehendaki Allah?’
29Isa
berkata, ‘Inilah pekerjaan yang dikehendaki Allah
iaitu supaya kamu percaya kepada Dia yang diutus-Nya.’
30Mereka
bertanya kepada-Nya, ‘Apakah tanda ajaib yang dapat Kautunjukkan supaya kami
melihatnya lalu percaya kepada-Mu? Apakah yang dapat Kaulakukan?
31Nenek moyang kami makan manna di gurun,
sebagaimana tersurat di dalam Kitab Suci: “Dia memberikan roti dari syurga untuk
dimakan oleh mereka.” ’
32Lalu
Isa berkata, ‘Sesungguhnya Aku berkata kepadamu,
bukanlah Musa yang memberimu roti dari syurga tetapi Bapa-Ku yang memberimu roti
sebenar dari syurga.
33Roti
yang diberikan oleh Allah ialah Dia yang turun dari syurga dan memberi hidup
kepada manusia di dunia.’
34Kemudian
mereka berkata, ‘Junjungan, berilah kami roti itu selalu.’
35Isa
berkata kepada mereka, ‘Akulah Roti Hidup itu.
Sesiapa yang datang kepada-Ku tidak akan lapar lagi, dan sesiapa yang percaya
kepada-Ku tidak akan dahaga lagi.
36Telah
Kukatakan kepadamu, bahawa kamu telah melihat-Ku, namun tidak percaya kepada-Ku.
37Semua
yang diberikan kepada-Ku oleh Bapa akan datang kepada-Ku. Aku tidak akan menolak
seorang pun yang datang kepada-Ku.
38Aku
turun dari syurga bukanlah
untuk melakukan kehendak-Ku sendiri tetapi kehendak Dia yang mengutus-Ku.
39Inilah
kehendak Dia yang mengutus-Ku: Daripada semua yang diberi kepada-Ku, tiada
seorang pun yang keciciran tetapi akan Kubangkitkan kesemuanya pada hari akhir.
40Demikianlah
kehendak Bapa-Ku iaitu setiap orang yang melihat Putera-Nya dan percaya
kepada-Nya akan mendapat hidup yang kekal, dan Aku akan membangkitkannya pada
hari akhir.’
41Orang
Yahudi di situ mula merungut sesama sendiri menentang Isa kerana kata-katanya,
‘Akulah roti yang turun dari syurga.’
42Mereka
berkata, ‘Bukankah Dia Isa, anak Yusuf, dan ibu bapa-Nya kita kenal? Bagaimana
Dia boleh mengaku, “Aku turun dari syurga”?’
43Lalu
Isa berkata kepada mereka, ‘Janganlah merungut
sesama sendiri.
44Tiada
seorang pun yang dapat datang kepada-Ku kecuali didorongkan oleh Bapa yang
mengutus-Ku dan Aku akan membangkitkannya pada hari akhir.
45Ada
tersurat di dalam tulisan para nabi: “Semua manusia akan diajar oleh Allah.”
Dengan demikian, seorang yang mendengar dan belajar daripada Bapa akan datang
kepada-Ku.’
46Tidak
seorang pun pernah melihat Bapa. Hanya Dia yang datang daripada Allah telah
melihat Bapa.
47Sesungguhnya
Aku berkata kepadamu, orang yang percaya mendapat hidup yang kekal.
48Akulah
roti hidup.
49Nenek
moyangmu makan manna di gurun, tetapi mereka mati juga.
50Inilah
roti yang turun dari syurga.
Orang yang makan roti ini tidak akan mati.
51Akulah
Roti Hidup yang turun dari syurga. Orang yang makan roti ini akan hidup kekal.
Roti yang akan Kuberikan untuk hidup manusia di dunia ini adalah tubuh-Ku.’
52Orang
Yahudi yang mendengar kata-kata ini mula bertengkar sesama sendiri
‘Bagaimanakah mungkin orang ini memberikan
tubuh-Nya untuk kita makan?’
53Isa
berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya Aku berkata
kepadamu, jika kamu tidak makan tubuh Putera Insan dan minum darah-Nya, kamu
tidak mempunyai hidup dalam dirimu.
54Sesiapa
yang makan tubuh-Ku dan minum darah-Ku mendapat hidup yang kekal, maka Aku akan
membangkitkannya pada hari akhir.
55Tubuh-Ku
inilah makanan yang sebenar. Darah-Ku inilah minuman yang sebenar.
56Apabila
seorang makan tubuh-Ku dan minum darah-Ku, maka dia tetap di dalam-Ku dan Aku di
dalamnya.
57Seperti
Bapa yang hidup mengutus Aku, dan Aku hidup kerana Bapa hidup. Demikianlah juga,
orang yang makan tubuh-Ku akan hidup kerana Aku hidup.
58Inilah
roti yang turun dari syurga, bukan seperti roti yang dimakan oleh nenek
moyangmu, yang kemudiannya mati juga walaupun telah memakannya. Sebaliknya,
sesiapa yang makan roti ini akan hidup kekal.’
59Demikianlah kata-kata Isa ketika mengajar di
saumaah di Kapernaum.
Kata-kata untuk pengikut Isa
60Antara
para pengikut yang mendengar kata-kata-Nya itu, ramai yang berkata, ‘Ajaran ini
terlalu susah difahami. Siapakah yang dapat menerimanya?’
61Isa
tahu tanpa diberitahu akan rungutan para pengikut-Nya. Lalu Dia berkata kepada
mereka, ‘Adakah perkara ini menyebabkan kamu enggan
percaya?’
62Bagaimana
nanti kalau kamu melihat Putera Insan naik semula ke tempat asal-Nya?
63Hanya
Roh Suci memberi hidup. Jasad
semata-mata tidak ada faedahnya. Apa yang Kukatakan kepadamu ini datang daripada
Roh Suci dan memberi hidup.
64Sungguhpun
begitu, sebilangan daripadamu tidak percaya.’ (Isa
mengetahui dari mulanya siapa yang enggan percaya dan siapa yang akan
mengkhianati-Nya.)
65Isa
berkata lagi, ‘Maka itulah sebabnya Aku berkata
kepadamu, tiada seorang pun dapat datang kepada-Ku kecuali dengan keredaan
Allah.’
Pengakuan Petrus
66Selepas
itu, ramai pengikut Isa menjauhkan diri dan tidak lagi mengikut-Nya.
67Oleh
yang demikian, Isa bertanya kepada pengikut-Nya yang dua belas itu,
‘Adakah kamu juga akan meninggalkan-Ku?’
68Simon
Petrus berkata kepada Isa, ‘Junjungan, kepada siapa lagi akan kami pergi?
Kata-kata Tuhan memberi hidup yang kekal.
69Kami
percaya sepenuh hati bahawa Engkaulah Yang Suci daripada Allah.’
70Isa
berkata, ‘Tidakkah kamu dua belas orang ini
Kupilih, tetapi seorang daripadamu adalah iblis?’
71Yang dimaksudkan oleh Isa ialah Yudas anak Simon
Iskariot. Meskipun Yudas salah seorang pengikut Isa yang dua belas itu, dia akan
mengkhianati-Nya.
Isa mengajar di Perayaan Pondok Daun (Tabernakel)
7
1Selepas
itu, Isa pergi berjalan di Galilea. Dia tidak pergi ke daerah Yudea kerana orang
Yahudi di situ berniat hendak membunuh-Nya.
2Ketika
itu Perayaan Tabernakel orang Yahudi hampir tiba.
3Oleh
itu, saudara-saudara Isa berkata kepada-Nya, ‘Beredarlah dari sini ke Yudea,
supaya pengikut-pengikut-Mu dapat melihat perbuatan-Mu.
4Orang
tidak menyembunyikan perbuatannya kalau ingin menjadi ternama. Kerana Kamu sudah
melakukan perkara-perkara ini, biarlah diri-Mu dikenal orang di dunia.’
5(Saudara-saudara
Isa sendiri tidak percaya kepada-Nya.)
6Lalu
Isa berkata kepada mereka, ‘Saat-Ku belum sampai
lagi. Saatmu bila-bila sahaja.
7Dunia
ini tiada sebab untuk membencimu. Tetapi dunia membenci-Ku, kerana Aku
memberikan kesaksian tentangnya bahawa kerjanya durjana.
8Pergilah
menyambut perayaan itu. Aku tidak pergi kerana saat-Ku belum sampai sepenuhnya.’
9Setelah
berkata demikian, Isa tetap tinggal di Galilea.
10Apabila
saudara-saudara-Nya telah bertolak untuk menghadiri perayaan itu, Isa pun pergi
juga secara diam-diam.
11Pada
masa perayaan itu orang Yahudi mencari Isa. Mereka bertanya, ‘Di manakah Dia?’
12Orang
ramai berbisik-bisik tentang-Nya. Ada yang berkata, ‘Dia seorang yang baik.’
Ada pula yang berkata, ‘Tidak! Dia membawa
ajaran sesat!’
13Tetapi
semuanya tidak berani bercakap secara terbuka tentang Isa, kerana takut akan
orang Yahudi.
Kesaksian Isa tentang diri-Nya
14Pada
pertengahan masa perayaan itu, Isa masuk ke rumah ibadat lalu mengajar.
15Orang Yahudi tercengang mendengar kata-kata-Nya
lalu berkata, ‘Bagaimanakah orang ini begitu berpengetahuan walaupun tidak
dididik?’
16Lalu
Isa menjawab, ‘Apa Kuajarkan bukanlah ajaran-Ku,
tetapi ajaran Dia yang mengutus-Ku.
17Orang
yang mahu melaksanakan kehendak Allah akan tahu sama ada ajaran ini datang
daripada diri-Ku atau daripada Allah.
18Seseorang
yang bercakap atas namanya sendiri mencari kemuliaan bagi dirinya. Sebaliknya,
seseorang yang mencari kemuliaan bagi Dia yang mengutusnya, adalah jujur dan
bersih daripada sebarang kepalsuan.
19Tidakkah
Musa menyampaikan hukum Taurat kepadamu? Tetapi tidak seorang pun di antara kamu
yang melaksanakan hukum Taurat itu. Mengapakah kamu hendak membunuh-Ku?’
20Orang
ramai menjawab, ‘Kamu dirasuk roh iblis! Siapa pula yang hendak membunuh-Mu?’
21Isa
berkata kepada mereka, ‘Aku melakukan satu
mukjizat, lalu kamu semua berasa takjub.
22Musa
telah memberimu peraturan bersunat. Oleh itu, pada hari Sabat
(Sabtu) pun kamu hendak
menyunatkan anak lelakimu. (Sebenarnya peraturan bersunat itu bukanlah bermula
daripada Musa, tetapi daripada nenek moyangmu sebelumnya.)
23Kiranya
seorang anak lelaki boleh disunatkan pada hari Sabat kerana tidak mahu melanggar
hukum Musa, mengapakah kamu marah kepada-Ku kerana menyembuhkan seluruh tubuh
seseorang pada hari Sabat?
24Janganlah
hakimi seseorang berdasarkan apa yang dilihat. Hakimilah dengan adil.’
25Sebilangan
penduduk Baitulmaqdis berkata, ‘Bukankah orang ini yang dicari oleh mereka untuk
dibunuh?’
26Lihatlah,
Dia bercakap di hadapan orang ramai, tetapi mereka diam sahaja. Adakah para
pemerintah itu benar-benar tahu bahawa Dia al-Masih?
27Orang ini, kita tahu tempat asal-Nya.’ Tetapi,
apabila al-Masih datang, tiada siapa yang tahu akan tempat asal-Nya.’
28Ketika
Isa mengajar di rumah ibadat, Dia berseru dengan suara lantang,
‘Kamu tentu mengenal siapa Aku dan di mana tempat
asal-Ku. Aku datang bukanlah dengan kehendak-Ku sendiri. Dia yang mengutus-Ku
dapat dipercayai, tetapi kamu tidak mengenal-Nya.
29Aku
mengenal-Nya kerana Dialah yang mengutus-Ku dan Aku datang daripada-Nya.’
30Selepas
itu, mereka cuba menangkap Isa. Tetapi tiada seorang pun memegang-Nya kerana
saat-Nya belum sampai.
31Sebilangan
besar orang ramai itu percaya kepada Isa. Mereka berkata, ‘Apabila al-Masih
datang, adakah dia akan melakukan lebih banyak mukjizat daripada orang ini?’
32Apabila
bisikan orang ramai didengar oleh orang Farisi, mereka dan para ketua imam pun
menyuruh beberapa orang pengawal rumah ibadat menangkap Isa.
33Namun,
Isa berkata, ‘Aku akan bersamamu sebentar sahaja.
Selepas itu Aku akan pulang kepada Dia yang mengutus-Ku.
34Kamu
akan mencari-Ku, tetapi tidak dapat menemui-Ku, kerana kamu tidak boleh datang
ke tempat Aku berada.’
35Orang
Yahudi berkata sesama sendiri, ‘Ke manakah Dia hendak pergi sehingga kita tidak
dapat menemui-Nya? Adakah Dia hendak pergi kepada orang Yahudi yang tinggal di
perantauan di kalangan orang Yunani untuk mengajar orang Yunani?’
36Apakah maksud kata-kata-Nya, “Kita akan
mencari-Nya tetapi tidak dapat menemui-Nya kerana kita tidak boleh pergi ke
tempat Dia berada”?’
37Pada
hari terakhir perayaan itu, iaitu hari yang terutama, Isa berdiri lalu berkata
dengan suara lantang, ‘Sesiapa yang dahaga,
datanglah kepada-Ku untuk minum.’
38Sebagaimana
tersurat di dalam Kitab Suci, “Sesiapa yang percaya kepada-Ku, dalam hatinya
akan terpancar mata air yang memberi hidup.” ’
39(Yang dimaksudkan oleh Isa ialah Roh Suci yang
akan diterima kelak oleh orang yang percaya kepada-Nya. Pada masa itu Roh Suci
belum dikurniakan, kerana Isa belum dimuliakan.)
Perbalahan tentang siapa Sayidina
Isa
al-Masih
40Sebilangan
orang yang mendengar kata-kata Isa berkata, ‘Sudah tentu orang inilah Nabi itu!’
41Ada
pula yang berkata, ‘Dialah al-Masih yang diutus oleh Allah.’
Sebaliknya, ada yang berkata, ‘Al-Masih yang
diutus oleh Allah bukan dari Galilea.
42Menurut
Kitab Suci, al-Masih yang diutus Allah itu keturunan Raja Daud dan akan
dilahirkan di kota Baitlahim, tempat asal Raja Daud.’
43Demikianlah mereka berbalah lalu berpihak-pihak
kerana Isa.
44Beberapa
orang ingin menangkap-Nya, namun tiada siapapun menyentuh-Nya.
45Kemudian
para pengawal rumah ibadat datang kepada para ketua imam dan orang Farisi. Lalu
mereka bertanya kepada para pengawal rumah ibadat itu, ‘Mengapakah kamu tidak
membawa Dia ke sini?’
46Para
pengawal itu menjawab, ‘Belum pernah seseorang bercakap seperti-Nya!”
47Orang
Farisi berkata, ‘Adakah kamu disesatkan juga?
48Adakah
mana-mana pemerintah atau orang Farisi percaya kepada-Nya?
49Tetapi hanya orang ramai ini tidak mengenal
hukum Taurat – terlaknatlah mereka ini!’
50Nikodemus,
seorang Farisi yang pernah pergi menemui Isa, berkata,
51‘Bukankah mengikut hukum Taurat, kita tidak
boleh menghukum seseorang tanpa perbicaraan dan penyiasatan terlebih dahulu?’
52Mereka
berkata, ‘Adakah kamu juga berasal dari Galilea? Kajilah, dan kamu akan tahu
tiada nabi yang datang dari Galilea.’
53Selepas
itu semua orang pulang ke rumah.
Perempuan yang berzina
8
1Akan
tetapi Isa pergi ke Bukit Zaitun.
2Pada
keesokan harinya, pagi-pagi lagi Dia masuk ke rumah ibadat. Semua orang di situ
datang kepada-Nya. Dia duduk lalu mengajar mereka.
3Guru
Taurat dan orang Farisi membawa kepada Isa seorang perempuan yang didapati
berzina. Mereka membuat perempuan itu berdiri di hadapan semua orang di situ.
4Mereka
berkata kepada Isa, ‘Tuan Guru, perempuan ini ditangkap ketika berzina.’
5Di
dalam hukum Taurat, Musa memberi perintah supaya perempuan demikian direjam
sampai mati. Bagaimanakah pendapat-Mu?’
6Mereka
bertanya demikian untuk menduga Isa supaya mempunyai alasan untuk menuduh-Nya.
Tetapi Isa tunduk menulis di tanah dengan
jari-Nya.
7Mereka
tetap mengulangi pertanyaan itu. Oleh yang demikian, Isa meluruskan badan-Nya
lalu berkata kepada mereka, ‘Sesiapa di antaramu
yang tidak berdosa, hendaklah dia yang pertama merejam batu kepadanya.’
8Kemudian
Isa tunduk menulis semula di tanah.
9Setelah
mendengar kata-kata Isa, seorang demi seorang, bermula dengan yang tertua,
beredar dari situ. Akhirnya hanya Isa dan perempuan itu yang tinggal.
10Isa meluruskan badannya lalu berkata kepada
perempuan itu, ‘Di manakah mereka? Tidak adakah orang yang mengutukmu?’
11Perempuan
itu menjawab, ‘Tidak ada, Junjungan.’
Isa berkata,
‘Pergilah, jangan berbuat dosa lagi.’
Isa al-Masih adalah Cahaya
seluruh
dunia
12Isa
berkata lagi kepada mereka, ‘Akulah cahaya dunia. Orang yang mengikut-Ku tidak
akan berjalan dalam kegelapan tetapi akan mempunyai cahaya hidup.’
13Lalu
orang Farisi yang hadir berkata kepada Isa, ‘Kamu memberikan kesaksian tentang
diri-Mu sendiri. Kesaksian-Mu tidak sah.’
14Isa
menjawab, ‘Walaupun Aku memberi kesaksian tentang
diri-Ku sendiri, kesakian-Ku benar, kerana Aku tahu dari mana Aku datang dan ke
mana Aku pergi, sedangkan kamu tidak tahu dari mana Aku datang dan ke mana Aku
pergi.
15Kamu
menghakimi orang mengikut ukuran manusia. Aku tidak menghakimi sesiapapun.
16Tetapi
sekiranya Aku menghakimi, penghakiman-Ku adil, kerana Aku tidak menghakimi
sendirian. Bapa yang mengutus-Ku menghakimi bersama-sama.
17Ada
tersurat di dalam hukum Taurat kamu: Kesaksian dua orang adalah sah.
18Aku
memberi kesaksian tentang diri-Ku. Bapa yang mengutus-Ku juga memberi kesaksian
tentang diri-Ku.’
19Oleh
itu mereka bertanya, ‘Di manakah Bapa-Mu itu?’
Isa menjawab,
‘Kamu tidak mengenal-Ku atau Bapa-Ku. Kalaulah kamu mengenal-Ku, tentu kamu
mengenal Bapa-Ku juga.’
20Isa
mengatakan segala ini di perbendaharaan ketika mengajar di rumah ibadat. Tetapi
tiada seorang pun menangkap-Nya, kerana saat-Nya belum sampai.
21Isa
berkata lagi kepada mereka, ‘Aku akan pergi dan
kamu akan mencari-Ku, tetapi kamu akan mati dalam dosamu. Kamu tidak boleh pergi
ke tempat Aku pergi.’
22Lalu
orang Yahudi berkata, ‘Adakah Dia hendak membunuh diri?’ Kerana Dia berkata,
‘Kamu tidak boleh pergi ke tempat Aku pergi.’
23Isa
berkata, ‘Kamu datang dari bawah; Aku datang
dari atas. Kamu berasal dari dunia; Aku tidak berasal dari dunia.
24Itulah
maka Kukatakan kepadamu, kamu akan mati dalam dosamu. Memanglah kamu akan mati
dalam dosamu jika kamu tidak percaya bahawa Akulah Dia yang Kukatakan.’
25‘Siapa
Kamu ini?’ tanya mereka.
Isa menjawab,
‘Akulah Dia yang telah Kukatakan kepadamu dari mula lagi.
26Ada
banyak lagi yang perlu Kukatakan dan Kuadili tentangmu. Tetapi Dia yang
mengutus-Ku dapat dipercayai. Aku menyampaikan kepada dunia apa yang Kudengar
daripada-Nya.’
27Mereka
tidak faham bahawa selama ini Isa bercakap tentang Bapa.
28Lalu Isa berkata kepada mereka,
‘Apabila kamu meninggikan Putera Insan, barulah
kamu tahu bahawa Akulah Dia yang Kukatakan, dan Aku tidak pernah melakukan
sesuatu menurut kehendak-Ku. Aku hanya mengatakan apa yang diajarkan oleh Bapa.
29Dia
yang mengutus-Ku ada di sisi-Ku. Dia tidak pernah membiarkan Aku keseorangan,
kerana Aku sentiasa melakukan apa yang diredai-Nya.’
30Setelah mendengar kata-kata Isa, ramai orang
percaya kepada-Nya.
Kebenaran yang membebaskanmu
31Isa
berkata kepada orang Yahudi yang percaya kepada-Nya,
‘Kalau kamu mengikut ajaran-Ku, kamu pengikut-Ku
yang sejati.
32Maka
kamu akan mengenal kebenaran dan kebenaran akan membebaskanmu.’
33Mereka
berkata, ‘Kami keturunan Ibrahim. Kami belum pernah diperhambakan. Apakah maksud
kata-kata-Mu, “Kamu akan dibebaskan”?’
34Isa
berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya, Aku berkata
kepadamu, sesiapa yang melakukan dosa menjadi hamba kepada dosa.
35Seorang
hamba tidak mempunyai kedudukan kekal dalam sebuah keluarga, tidak seperti
seorang anak yang selama-lamanya anggota keluarga itu.
36Dengan
demikian, jika Putera membebaskanmu, kamu akan bebas sepenuhnya.
37Aku
tahu kamu keturunan Ibrahim, tetapi kamu ingin membunuh-Ku kerana kata-kata-Ku
tidak mendapat tempat dalam dirimu.
38Aku
menyampaikan apa yang dinyatakan oleh Bapa-Ku. Demikian juga kamu melakukan apa
yang disampaikan oleh bapamu.’
39Mereka
menjawab, ‘Bapa kami Ibrahim.’
Tetapi Isa berkata,
‘Sekiranya kamu benar-benar anak Ibrahim, tentu
kamu lakukan apa yang telah dilakukan oleh Ibrahim.
40Aku
hanya memberitahumu apa yang difirmankan Allah kepada-Ku, tetapi kamu hendak
membunuh-Ku. Ini bukanlah perlakuan Ibrahim!
41Kamu
melakukan apa yang dilakukan oleh bapamu.’
Mereka menjawab, ‘Kami bukan anak luar nikah.
Bapa kami satu, iaitu Allah.’
42Isa
berkata kepada mereka, ‘Kalaulah benar Allah
Bapamu, tentu kamu mengasihi-Ku, kerana Aku datang daripada-Nya, bukan dengan
kehendak-Ku sendiri, tetapi diutus-Nya.
43Mengapa
kamu tidak mengerti kata-kata-Ku? Kerana kamu enggan mendengar kata-kata-Ku.
44Bapamu
Iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih cenderung menurut kehendak bapamu. Dari
mulanya lagi, Iblis pembunuh. Dia tidak menyokong kebenaran, kerana dalam
dirinya tidak ada kebenaran. Apabila dia berdusta, dia bercakap dari sifat
tabiinya sendiri, kerana dia pendusta dan bapa segala dusta.
45Sebaliknya
aku menyampaikan kebenaran, maka itulah kamu tidak mahu percaya kepada-Ku.
46‘Siapakah
antaramu yang dapat membuktikan Aku berdosa? Jika Aku berkata benar, mengapa
kamu tidak mempercayai-Ku?
47Orang
yang daripada Allah mendengar firman Allah. Kamu tidak mendengarnya, kerana kamu
bukan daripada Allah.’
48Mereka
berkata, ‘Tidakkah benar kami katakan, Kamu ini orang Samaria dan dirasuk roh
iblis?’
49Isa
menjawab, ‘Aku tidak dirasuk roh iblis. Aku
memuliakan Bapa-Ku, tetapi kamu menghina-Ku.
50Aku
tidak mencari kemuliaan untuk diri-Ku, tetapi Dia yang mencarinya untuk-Ku, dan
Dia akan menghakimi.
51Sesungguhnya
Aku berkata kepadamu, sesiapa yang menurut kata-Ku tidak akan mati.’
52Mereka
berkata kepada-Nya, ‘Sekarang tahulah kami bahawa Kamu dirasuk roh iblis!
Ibrahim sudah mati, begitu juga nabi-nabi. Tetapi Kamu berkata, “Sesiapa yang
menurut kata-Ku tidak akan mati.”
53Adakah
Kamu lebih besar daripada bapa kami Ibrahim yang sudah mati? Nabi-nabi juga
sudah mati. Kamu sangka Kamu ini siapa?’
54Isa
menjawab, ‘Sekiranya Aku memuliakan diri-Ku,
kemuliaan itu tidak bererti. Bapa-Ku yang memuliakan Aku. Kamu mengatakan Dia
itu Tuhanmu.
55Namun,
kamu tidak mengenal-Nya, tetapi Aku mengenal-Nya. Sekiranya Kukatakan Aku tidak
mengenal-Nya, jadilah Aku pendusta sepertimu. Aku mengenal-Nya dan taat akan
firman-Nya.
56Bapamu
Ibrahim bersukacita melihat hari-Ku. Dia melihatnya dan bergembira.’
57Mereka
berkata kepada-Nya, ‘Usia-Mu belum sampai lima puluh tahun. Bagaimana Kamu
mungkin berjumpa dengan Ibrahim?’
58Isa
berkata kepada mereka, ‘Apa yang Kukatakan
ini benar, sebelum Ibrahim dilahirkan Aku sudah ada.’
59Setelah itu semua orang Yahudi itu memungut batu
untuk merejam Isa, tetapi Isa menyembunyikan diri-Nya lalu meninggalkan rumah
ibadat.
Penyembuhan seorang lelaki yang buta sejak lahir
9
1Ketika
Isa sedang lalu di suatu tempat, Dia terpandang seorang lelaki yang buta sejak
lahir.
2Para
pengikut-Nya bertanya, ‘Tuan Guru, siapakah yang berdosa, orang itu atau ibu
bapanya, maka dia dilahirkan buta?’
3Isa
menjawab, ‘Bukan dia dan bukan juga ibu bapanya.
Dia begitu supaya kuasa Allah dapat dinyatakan melaluinya.
4Selagi
siang, kita mesti melakukan tugas Dia yang telah mengutus-Ku. Malam akan tiba
apabila seorang tidak dapat melakukan apa-apa lagi.
5Selama
Aku di dunia, Akulah cahaya dunia.’
6Selepas
itu, Isa berludah ke tanah untuk membuat tanah liat lalu menyapukannya pada mata
orang itu.
7Isa
berkata kepadanya, ‘Pergilah basuh mukamu di Kolam
Siloam’ (Siloam bererti ‘diutus’ dalam bahasa Ibrani). Orang itu pun
pergi membasuh muka. Apabila dia kembali, dia sudah dapat melihat.
8Jiran
tetangga dan semua orang yang tahu dia buta bertanya, ‘Bukankah orang ini yang
selalu duduk meminta sedekah?’
9Ada
yang berkata, ‘Ya, dialah.’ Ada pula yang berkata, ‘Bukan, hanya serupa
dengannya.’
Tetapi orang itu sendiri mengaku, ‘Akulah
orang itu.’
10Mereka
bertanya kepadanya, ‘Bagaimanakah sekarang kamu dapat melihat?’
11Dia
menjawab, ‘Orang yang bernama Isa telah membuat secebis tanah liat,
disapukan-Nya ke mataku lalu berkata, “Pergilah basuh mukamu di Kolam Siloam.”
Sebaik-baik sahaja aku membasuh muka di kolam itu, aku pun dapat melihat.’
12Mereka
bertanya, ‘Di manakah orang itu?’
Dia menjawab, ‘Aku tidak tahu.’
Perselisihan pendapat tentang
Isa
13Orang
yang dahulunya buta itu dibawa mereka kepada orang Farisi.
14Isa telah membuat tanah liat dan menyembuhkan
mata orang itu pada hari Sabat.
15Orang
Farisi menanya orang itu bagaimana dia dapat melihat. Jawabnya, ‘Dia menyapukan
tanah liat pada mataku, lalu aku membasuh muka, dan kemudian aku dapat melihat.’
16Sebilangan
orang Farisi itu berkata, ‘Dia bukan daripada Allah, kerana Dia melanggar
peraturan hari Sabat.’ Tetapi ada pula yang berkata, ‘Kalau Dia orang berdosa,
bagaimana Dia dapat melakukan mukjizat begini?’ Dengan demikian timbullah
perselisihan pendapat di kalangan mereka.
17Orang
Farisi bertanya lagi kepada orang yang dahulunya buta itu, ‘Kamu berkata Dia
menyembuhkan matamu. Bagaimana pendapatmu tentang Dia?’
Orang itu menjawab, ‘Dia seorang nabi.’
18Orang
Yahudi enggan percaya bahawa orang itu dahulu buta matanya. Oleh itu mereka
memanggil ibu bapanya.
19Mereka
bertanya, ‘Benarkah dia anak kamu yang buta sejak lahir? Bagaimana pula dia
boleh celik?’
20Ibu
bapa orang itu menjawab, ‘Ya, benar dia anak kami yang buta sejak lahir.
21Tetapi kami tidak tahu bagaimana dia dapat
melihat sekarang dan siapa yang menyembuhkan matanya. Dia sudah dewasa, tanyalah
dia. Dia dapat menjawab sendiri.’
22Ibu
bapa orang itu berkata demikian kerana takut akan orang Yahudi itu yang telah
bersetuju bahawa sesiapa yang mengakui Isa itu al-Masih akan disingkirkan dari
saumaah.
23Maka
itulah ibu bapanya berkata, ‘Dia sudah dewasa, tanyalah dia.’
24Mereka
pun memanggil orang itu lagi dan berkata, ‘Akuilah kemuliaan Allah! Kamu tahu
Dia itu orang berdosa.’
25Dia
menjawab, ‘Sama ada Dia orang berdosa atau tidak, aku tidak tahu. Yang kutahu,
dulu aku buta, sekarang aku dapat melihat.’
26Mereka
bertanya lagi, ‘Apa yang dibuat-Nya kepadamu? Bagaimana Dia mencelikkan matamu?’
27Dia
menjawab, ‘Aku telah pun memberitahumu, tetapi kamu tidak mendengar. Mengapakah
kamu hendak mendengarnya lagi? Adakah kamu ingin menjadi pengikut-Nya juga?’
28Mereka
mencacinya dan berkata, ‘Kamulah pengikut-Nya. Kami pengikut Musa.
29Kami tahu Allah berfirman kepada Musa. Orang
itu, tiada siapa yang tahu dari mana Dia datang.’
30‘Hairan
sekali,’ kata orang yang dahulunya buta itu. ‘Kamu tidak tahu dari mana Dia
datang, tetapi Dia telah mencelikkan mataku!
31Kita
tahu bahawa Allah tidak mendengar permintaan orang berdosa. Tetapi jika
seseorang takut akan Allah dan melakukan kehendak-Nya, Allah akan mendengar
permintaan-Nya.
32Sejak
permulaan dunia, belum pernah kedengaran kisah orang yang dapat mencelikkan mata
orang yang buta sejak lahir.
33Jika
orang itu bukan daripada Allah, tidaklah dapat Dia melakukannya.’
34Mereka
berkata kepadanya, ‘Kamu orang berdosa sejak lahir. Kamu hendak cuba mengajar
kami?’ Mereka pun menghalaunya keluar.
Kebutaan rohani
35Isa
mendengar bahawa mereka telah menghalaunya keluar, dan selepas menemuinya, Dia
bertanya, ‘Adakah kamu percaya kepada Putera Insan?
36Orang
itu menjawab, ‘Siapakah Dia, Junjungan? Katakanlah kepadaku, supaya aku dapat
percaya kepada-Nya.’
37Isa
berkata, ‘Kamu sudahpun melihat-Nya. Dialah yang
sedang bercakap denganmu sekarang.’
38Orang
itu berkata, ‘Junjungan, aku percaya.’ Dia pun sujud menyembah Isa.
39Isa
berkata, ‘Aku datang ke dunia ini untuk menghakimi
manusia; supaya orang buta dapat melihat, manakala orang yang dapat melihat pula
buta.’
40Ketika
orang Farisi di situ mendengar kata-kata Isa, mereka bertanya kepada-Nya,
‘Adakah Kaumaksudkan kami juga buta?’
41Isa
menjawab, ‘Kalaulah kamu buta, tidaklah kamu
berdosa. Tetapi kamu berkata kamu dapat melihat, maka kamu tetap berdosa.’
Ibarat tentang seorang
gembala yang baik
10
1‘Sesungguhnya
Aku berkata kepadamu, jika seseorang memasuki kandang domba dengan cara lain,
bukan melalui pintu, orang itu pencuri dan perompak.
2Orang
yang masuk melalui pintu ialah gembala domba.
3Penjaga
kandang membuka pintu untuknya, dan kawanan domba itu mendengar suaranya. Dia
memanggil nama setiap dombanya. Gembala itu pun memimpin domba-domba itu keluar.
4Setelah
semua domba keluar, gembala itu berjalan di hadapan dan domba-domba mengikutnya
kerana mengenal suaranya.
5Kawanan
domba itu tidak akan mengikut orang lain, malah akan lari daripadanya, kerana
tidak mengenal suaranya.’
6Isa
bercerita secara kiasan, tetapi mereka tidak faham akan maksud-Nya.
7Oleh
yang demikian, Isa berkata, ‘Sesungguhnya, Aku
berkata kepadamu, Akulah pintu bagi kawanan domba itu.
8Orang
yang datang sebelumku adalah pencuri dan perompak, tetapi kawanan domba tidak
mengikut suara mereka.
9Akulah
pintu. Sesiapa yang masuk melalui-Ku akan diselamatkan. Dia boleh keluar masuk,
dan dia akan dapat mencari padang rumput.
10Pencuri
datang untuk mencuri, membunuh dan membinasakan. Tetapi Aku datang supaya
manusia mempunyai hidup yang berlimpah-limpah.
11‘Akulah
gembala yang baik, yang mengorbankan nyawa untuk kawanan dombanya.
12Orang
upahan yang bukan gembala atau pemilik kawanan domba itu akan lari apabila
melihat serigala datang. Maka serigala menerkam domba itu dan menyebabkannya
lari bertempiaran.
13Orang
upahan itu lari kerana dia bekerja semata-mata untuk mendapat upah. Dia tidak
peduli akan kawanan domba itu.
14‘Akulah
gembala yang baik. Aku mengenal domba-domba-Ku dan domba-domba-Ku mengenal-Ku,
15sebagaimana
Bapa mengenal-Ku, dan Aku mengenal-Nya. Aku mengorbankan nyawa-Ku untuk
domba-domba-Ku.
16Ada
domba-domba lain yang Kumiliki. Mereka juga mesti Kupimpin, dan mereka akan
mengikut suara-Ku. Kesemuanya akan menjadi satu kawanan dengan satu gembala.
17Bapa
mengasihi-Ku kerana Aku sanggup menyerahkan nyawa-Ku agar dapat mengambilnya
semula nanti.
18Sesiapapun
tidak dapat meragut nyawa-Ku. Aku menyerahkannya dengan rela. Aku berkuasa
menyerahkan nyawa-Ku dan berkuasa mengambilnya semula.
Inilah tugas yang Kuterima daripada Bapa-Ku.’
19Setelah
mendengar kata-kata Isa, orang Yahudi berselisih pendapat lagi.
20Sebilangan besar berkata, ‘Dia dirasuk roh
iblis! Dia tidak siuman! Mengapa kamu mendengar katanya?’
21Namun,
ada yang berkata, ‘Orang yang dirasuk roh iblis tidak akan dapat bercakap
begini. Dan bagaimanakah roh iblis dapat mencelikkan orang buta?’
Isa ditolak orang Israel
22Di
Baitulmaqdis, Perayaan Pentahbisan sedang disambut.
23Ketika itu musim sejuk, dan Isa sedang berjalan
di serambi Sulaiman di dalam rumah ibadat.
24Orang
Yahudi pun berkumpul di sekeliling-Nya lalu berkata, ‘Sampai bilakah Engkau
membiarkan kami bertanya-tanya? Katakanlah dengan jelas: Adakah Engkau ini
al-Masih?’
25Isa
menjawab, ‘Aku sudahpun mengatakannya kepada kamu,
tetapi kamu tidak mahu percaya. Segala yang Kulakukan dengan kuasa Bapa-Ku
memberi kesaksian tentang diri-Ku.
26Kamu
tidak percaya kerana kamu bukan kawanan domba-Ku.
27Domba-domba-Ku
mendengar suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut-Ku.
28Aku
memberi mereka hidup yang kekal. Mereka tidak akan binasa. Tiada siapa dapat
merampas mereka daripada-Ku.
29Bapa-Ku
yang mengurniakan mereka kepada-Ku lebih besar daripada siapapun. Tiada siapa
dapat merampas mereka daripada Bapa.
30Bapa
dan Aku satu.’
31Selepas
itu orang Yahudi yang hadir pun memungut batu sekali lagi untuk merejam Isa.
32Tetapi
Isa berkata kepada mereka, ‘Aku telah banyak
melakukan perbuatan baik untukmu. Perbuatan manakah yang mendorong kamu
merejam-Ku?’
33Orang
Yahudi itu menjawab, ‘Kami hendak merejam Kamu bukan kerana perbuatan-Mu yang
baik, tetapi kerana Kamu mengkufuri Allah. Kamu hanyalah seorang manusia, tetapi
Kamu menganggap diri-Mu Allah!’
34Isa
berkata kepada mereka, ‘Tidakkah tersurat di dalam
hukum Taurat kamu: Allah berfirman, “Kamu ilahi”?
35Jika
Allah menyebut orang sebagai “ilahi” kerana firman Allah ditujukan kepada
mereka, (apa yang tersurat di dalam kitab itu tidak dapat dibatalkan)
36bagaimana
dengan Dia yang telah disucikan dan diutus ke dunia oleh Bapa? Wajarkah kamu
katakan Aku mengkufuri Allah kerana Aku berkata, “Aku Putera Allah ”?
37Andainya
Aku tidak melakukan kehendak Bapa, janganlah percaya kepada-Ku.
38Tetapi
jika Aku melakukannya, percayalah kepada apa yang Kulakukan, kalaupun kamu tidak
percaya kepada-Ku. Dengan demikian akan fahamlah kamu bahawa Bapa di dalam Aku
dan Aku di dalam Bapa.’
39Mereka
mencuba lagi menangkap Isa, tetapi Isa dapat melepaskan diri dari tangan mereka.
40Isa
kembali ke seberang Sungai Yordan lalu tinggal di tempat Yahya mengimadkan orang
dahulu.
41Ramai
orang datang kepada Isa. Mereka berkata, ‘Yahya tidak melakukan mukjizat, namun
kata-katanya tentang orang ini semuanya benar.’
42Ramai orang di kawasan itu percaya kepada Isa.
Kematian dan kebangkitan Lazarus
11
1Pada
suatu ketika, seorang lelaki bernama Lazarus jatuh sakit. Dia tinggal di Baitani
bersama dua orang saudara perempuannya bernama Maryam dan Marta.
2Maryamlah
perempuan yang dahulu pernah menuangkan minyak wangi ke kaki Junjungan dan
menyapunya dengan rambutnya.
3Kedua-dua
beradik perempuan itu mengirim khabar kepada Isa, ‘Junjungan, dia yang Kaukasihi
itu sakit.’
4Apabila
menerima berita itu, Isa berkata, ‘Sakit Lazarus
tidak akan membawa maut. Hal ini berlaku untuk memuliakan Allah. Disebabkan
kejadian ini Putera Allah akan dimuliakan.’
5Isa
mengasihi Marta, Maryam dan Lazarus.
6Tetapi
apabila Dia mendapat berita Lazarus sakit, Dia sengaja tinggal di tempat itu dua
hari lagi.
7Kemudian
Dia berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Marilah kita
pulang ke Yudea.’
8Para
pengikut-Nya menjawab, ‘Junjungan, bukankah
orang Yahudi di situ baru saja hendak merejam-Mu? Sekarang Engkau hendak pulang
ke situ?’
9Isa
berkata, ‘Bukankah waktu siang dua belas jam
lamanya? Orang yang berjalan pada waktu siang tidak akan tersandung kakinya,
kerana masih ada cahaya di dunia ini.
10Tetapi
jika dia berjalan pada waktu malam, kakinya akan tersandung kerana sudah tiada
cahaya lagi.’
11Kemudian
Isa menambah, ‘Sahabat kita Lazarus sedang
tidur. Aku akan pergi membangunkannya.’
12Para
pengikut Isa berkata, ‘Junjungan, sekiranya Lazarus tidur, dia akan sembuh.’
13Yang
dimaksudkan oleh Isa ialah Lazarus sudah meninggal dunia, tetapi para
pengikut-Nya mengambil erti tidur yang biasa.
14Oleh
itu, Isa berkata kepada mereka dengan jelas,
‘Lazarus sudah meninggal.
15Tetapi,
untuk kebaikanmu, Aku bersyukur Aku tidak bersamanya ketika itu. Dengan demikian
kamu akan percaya kepada-Ku. Marilah kita pergi kepadanya.’
16Tomas
yang disebut Didimus berkata kepada pengikut Isa yang lain. ‘Ya, marilah kita
pergi juga supaya kita mati bersama-Nya!’
17Ketika
Isa sampai, Dia mendapati Lazarus sudah empat hari di dalam makam.
18Baitani terletak kira-kira dua batu daripada
Baitulmaqdis.
19Oleh
itu ramai orang Yahudi datang melawat Maryam dan Marta untuk melipurkan hati
mereka yang duka kerana kematian Lazarus.
20Apabila
Marta mendengar Isa datang, dia terus pergi untuk menyambut-Nya, manakala Maryam
tinggal di rumah.
21Marta
berkata kepada Isa, ‘Ya Junjungan, kalaulah Junjungan ada di sini pada waktu
itu, tentu saudaraku masih hidup!
22Aku
tahu, sekarang pun apa saja permintaan Junjungan akan dikabulkan Allah.’
23Isa
berkata kepada Marta, ‘Saudaramu akan hidup
kembali.’
24Marta
menjawab, ‘Aku tahu Lazarus akan hidup kembali pada hari akhir.’
25Isa
berkata kepada Marta, ‘Akulah kebangkitan dan
hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati.
26Orang
hidup yang percaya kepada-Ku tidak akan mati selama-lamanya.
Percayakah kamu?’
27Marta
menjawab, ‘Ya Junjungan, aku percaya bahawa Junjunganlah al-Masih, Putera Allah
, yang diutus oleh Allah, dan yang akan datang ke dunia ini.’
28Setelah
itu, Marta pergi memanggil saudaranya Maryam dan berbisik kepadanya, ‘Guru ada
di sini. Dia memanggilmu.’
29Maryam
pun segera bangun lalu pergi untuk berjumpa Isa.
30(Pada waktu itu Isa belum sampai di kampung
mereka. Dia masih di tempat Marta menyambut-Nya.)
31Apabila orang Yahudi yang ada di rumah Maryam
untuk melipurkan hatinya itu melihat dia segera bangun lalu keluar, mereka pun
mengikutnya kerana menyangka dia hendak ke kubur Lazarus untuk menangisinya.
32Setelah
Maryam melihat Isa, dia berlutut di kaki-Nya lalu berkata, ‘Junjungan, kalaulah
Tuhan ada di sini pada waktu itu, tentu saudaraku masih hidup!’
33Ketika
melihat Maryam menangis dan semua orang Yahudi yang bersamanya, turut
mengalirkan air mata, Isa sungguh hiba dan terharu.
34Dia bertanya kepada mereka,
‘Di manakah kamu kuburkan dia?’
Mereka menjawab, ‘Marilah lihat, Ya
Junjungan.’
35Isa
menangis.
36Semua
orang Yahudi yang hadir berkata, ‘Lihatlah! Dia sungguh kasih akan Lazarus.’
37Namun,
ada yang berkata, ‘Dia dapat mencelikkan orang buta. Tidakkah Dia dapat
mengelakkan kematian Lazarus?’
38Isa
yang masih terharu pergi ke kubur Lazarus, iaitu sebuah gua yang ditutup dengan
batu besar.
39Isa
berkata, ‘Alihkan batu itu.’
Tetapi Marta berkata, ‘Junjungan, sudah empat
hari dia dikuburkan, tentu berbau.’
40Isa
berkata kepada Marta, ‘Bukankah sudah Kukatakan
kepadamu, kalau kamu percaya, kamu dapat melihat kemuliaan Allah?’
41Mereka
mengalihkan batu itu. Isa menengadah ke langit lalu berkata,
‘Ya Bapa, Aku bersyukur kepada-Mu kerana Engkau
mendengar permintaan-Ku.
42Aku
tahu Engkau memang sentiasa mendengar permintaan-Ku. Aku menyebutnya untuk
kebaikan semua orang di sini, supaya mereka percaya Engkau mengutus-Ku.’
43Selepas
itu, Isa berseru lantang, ‘Lazarus, keluar!’
44Lazarus
pun keluar. Tangan dan kakinya masih berbalut kain kafan, mukanya masih dilitupi
kain penutup muka.
Isa berkata kepada orang ramai di situ,
‘Lucutkan kain kafannya dan lepaskan dia.’
45Sebilangan
besar orang yang datang melawat Maryam dan melihat apa yang dilakukan oleh Isa
terus percaya kepada-Nya.
46Namun,
ada yang pulang mendapatkan orang Farisi dan melaporkan hal itu.
Pakatan untuk membunuh
Sayidina
Isa
al-Masih
47Oleh
yang demikian, orang Farisi dan ketua imam mengadakan mesyuarat Majlis Agama.
Mereka berkata, ‘Apakah yang patut kita buat?
Lihatlah, orang itu banyak melakukan mukjizat!
48Jika
kita biarkan Dia terus melakukannya, semua orang akan percaya kepada-Nya. Nanti
orang Rom akan datang memusnahkan kedudukan dan bangsa kita!’
49Salah
seorang daripada mereka bernama Kayafas, seorang imam besar pada tahun itu,
berkata pula, ‘Kamu semua tidak tahu suatu apapun.
50Kamu tidak faham bahawa lebih baik satu orang
mati untuk bangsa kita, daripada seluruh bangsa kita dimusnahkan?’
51Kayafas
bukanlah melahirkan pendapatnya sendiri. Sebagai imam besar tahun itu, dia
bernubuat bahawa Isa akan mati untuk bangsa Yahudi.
52Sebenarnya Isa mati bukan untuk bangsa Yahudi
sahaja, tetapi untuk menyatukan seluruh Putera Allah yang berselerak di
merata-rata tempat.
53Sejak
hari itu, orang Yahudi berpakat hendak membunuh Isa.
54Isa
tidak lagi pergi ke sana ke mari secara terbuka di antara orang Yahudi. Dia
pergi ke bandar bernama Efraim dekat gurun, dan menetap di sana bersama para
pengikut-Nya.
55Menjelang
perayaan Paska, ramai orang Yahudi dari kampung pergi ke Baitulmaqdis untuk
menjalani upacara bersuci sebelum perayaan itu.
56Mereka mencari Isa. Ketika di rumah ibadat,
mereka bertanya sesama sendiri, ‘Bagaimana fikiranmu? Datangkah Dia ke perayaan
ini?’
57Ketua
imam dan orang Farisi telah mengeluarkan perintah bahawa sesiapa yang tahu di
mana Isa berada mesti melaporkannya supaya Dia dapat ditangkap.
Isa diurapi
12
1Enam
hari sebelum perayaan Paska, Isa pergi ke Baitani, tempat tinggal Lazarus yang
telah dibangkitkan-Nya daripada kematian.
2Di
situ Dia diperjamu. Marta menghidangkan makanan, dan Lazarus serta tetamu lain
bertelekan di meja bersama Isa.
3Kemudian
Maria membawa sepaun minyak narwastu murni yang mahal, dan menuangkannya ke kaki
Isa, lalu menyapu kaki Isa dengan rambutnya. Semerbaklah keharuman minyak itu di
seluruh rumah.
4Yudas
Iskariot, salah seorang pengikut Isa yang mengkhianati-Nya kelak berkata,
5‘Mengapakah
minyak wangi ini tidak dijual dengan harga tiga ratus keping wang perak, supaya
wangnya dapat disedekahkan kepada orang miskin?’
6Yudas
berkata demikian bukanlah kerana dia prihatin terhadap orang miskin, tetapi
kerana dia yang diamanahkan menyimpan wang bagi mereka sering mencuri sedikit
untuk keperluannya.
7Isa
berkata, ‘Jangan bantah perbuatan perempuan ini.
Apa yang dilakukannya dimaksudkan untuk hari penguburan-Ku.
8Orang
miskin sentiasa ada di sekitarmu, tetapi Aku tidaklah sentiasa bersamamu.’
9Apabila
orang Yahudi mendengar Isa ada di Baitani, ramai yang ke situ bukan hanya untuk
melihat-Nya tetapi juga Lazarus yang telah dibangkitkan-Nya daripada kematian.
10Ketua
imam merancang hendak membunuh Lazarus juga.
11Ini
disebabkan ramai orang Yahudi telah berpaling daripada mereka dan percaya kepada
Isa.
Sayidina
Isa memasuki
Kota
Baitulmaqdis
12Pada
keesokan harinya, orang ramai yang datang menyambut perayaan Paska mendengar
bahawa Isa sedang dalam perjalanan ke Baitulmaqdis.
13Mereka mengambil dahan-dahan pohon palma lalu
pergi mengalu-alukan Isa sambil berseru,
‘Hosana!’
‘Diberkatilah Dia yang datang
dengan nama Tuhan, Raja Israel!’
14Isa
mendapatkan seekor keldai muda lalu menunggangnya. Maka berlakulah apa yang
tersurat di dalam Kitab Suci,
15‘Janganlah
takut. Wahai puteri Sion;
lihatlah Rajamu datang
menunggang seekor keldai muda!’
16Sewaktu
itu para pengikut Isa tidak memahami erti segala ini. Setelah Isa dimuliakan
melalui kematian dan kebangkitan-Nya, barulah mereka sedar bahawa segala yang
dilakukan oleh orang ramai terhadap-Nya telah tersurat di dalam Kitab Suci.
17Orang
yang mendengar Isa memanggil Lazarus keluar dari kubur dan melihat Dia
membangkitkannya daripada kematian terus memberi kesaksian tentang kejadian itu.
18Dengan
demikian, ramai orang datang berjumpa Isa kerana mendengar tentang mukjizat-Nya
itu.
19Orang
Farisi berkata sesama sendiri, ‘Lihatlah, sia-sia segala usaha kita. Seluruh
dunia telah mengikut-Nya.’
Isa memberitahu tentang
kematian-Nya
20Di
antara orang ramai yang pergi ke Baitulmaqdis untuk beribadat pada waktu
perayaan itu ada sebilangan orang Yunani.
21Mereka
mendapatkan Filipus, yang berasal dari Betsaida di Galilea, lalu berkata, ‘Tuan,
kami ingin bertemu dengan Isa.’
22Filipus
pun memberitahu Andreas lalu mereka berdua pergi menyampaikan hal itu kepada
Isa.
23Isa
berkata kepada mereka, ‘Sudah sampai masanya
Putera Insan dimuliakan.
24Sesungguhnya
Aku berkata kepadamu: Jika benih gandum tidak jatuh di tanah lalu mati, benih
gandum itu hanyalah benih. Tetapi sekiranya benih itu mati, benih itu akan
banyak menghasilkan buah.
25Orang
yang sayangkan hidupnya akan kehilangan hidup itu. Tetapi orang yang tidak
sayangkan hidupnya di dunia ini akan mendapat hidup yang kekal.
26Sesiapa
yang ingin mengabdi kepada-Ku mesti mengikut-Ku, dan di mana Aku berada, di
situlah juga abdi-Ku. Orang yang mengabdi kepada-Ku akan dihormati oleh Bapa.
27‘Hati-Ku
resah. Apa yang akan Kukatakan? Patutkah Aku berkata, “Bapa, jauhkanlah aku
daripada saat penderitaan ini?”
28Bapa,
tunjukkanlah kemuliaan-Mu!’
Ketika itu kedengaran suara dari langit
berkata, ‘Aku sudah menunjukkan kemuliaan-Ku dan Aku akan menunjukkannya
lagi.’
29Antara
orang ramai yang mendengar suara itu, ada yang berkata, ‘Guruh.’ Tetapi ada pula
yang berkata, ‘Bukan. Malaikat bercakap kepada-Nya.’
30Isa
berkata kepada mereka, ‘Suara itu kedengaran bukan demi kepentingan-Ku tetapi
demi kepentinganmu.
31Sudah
sampailah masanya dunia ini dihakimi. Kini pemerintah dunia ini akan
digulingkan.
32Apabila
Aku diangkat tinggi di atas bumi, Aku akan menarik semua manusia kepada-Ku.’
33Kata-kata
Isa ini membayangkan cara kematian-Nya kelak.
34Orang
ramai berkata kepada Isa, ‘Di dalam hukum Taurat ada tersurat bahawa al-Masih
yang diutus Allah akan hidup selama-lamanya. Bagaimana kamu pula mengatakan
bahawa Putera Insan akan diangkat tinggi di atas bumi? Siapakah Putera Insan
itu?’
35Isa
menjawab, ‘Cahaya itu akan menyertaimu sebentar
sahaja lagi. Teruslah berjalan selagi ada cahaya itu sebelum kegelapan
menyelubungimu. Seseorang yang berjalan dalam kegelapan tidak tahu ke mana arah
tujuannya.
36Selagi
ada cahaya itu menyertaimu, percayalah kepadanya, supaya kamu menjadi anak anak
cahaya.’ Setelah berkata-kata demikian, Isa meninggalkan
tempat itu lalu bersembunyi daripada mereka.
37Mereka
tetap tidak percaya kepada-Nya walaupun telah banyak melihat mukjizat-Nya.
38Dengan
demikian berlakulah nubuat Nabi Yasyaya:
‘Ya Tuhan, siapakah yang percaya akan
perkhabaran kami?
Kepada siapakah tangan Tuhan
ditunjukkan?’
39Itulah
maka mereka tidak percaya, sebagaimana kata Yasyaya lagi:
40‘Dia
telah membutakan mata mereka
dan menjadikan mereka keras hati,
supaya mata mereka tidak dapat melihat,
dan hati mereka tidak dapat mengerti,
lalu mereka tidak berpaling kepada-Ku
untuk Kusembuhkan.’
41Yasyaya
berkata demikian kerana dia telah melihat kemuliaan-Nya.
42Sebenarnya
banyak juga pemerintah yang percaya kepada Isa. Namun, disebabkan orang Farisi
itu, mereka tidak berani mengakui-Nya secara terbuka kerana takut disingkirkan
daripada saumaah.
43Mereka
lebih mencintai pujian manusia daripada pujian Allah.
44Isa
berseru, ‘Sesiapa yang percaya kepada-Ku, juga
percaya kepada Dia yang mengutus-Ku.
45Sesiapa
yang melihat-Ku, juga melihat Dia yang mengutus-Ku.
46Aku
datang ke dunia ini sebagai cahaya, supaya manusia yang percaya kepada-Ku tidak
akan terus tinggal dalam kegelapan.
47‘Sekiranya
seseorang mendengar kata-kata-Ku tetapi tidak mematuhinya, Aku tidak akan
menghukumnya. Aku datang bukan untuk menghukum dunia ini tetapi untuk
menyelamatkannya.
48Ada
hakim bagi sesiapa yang tidak menerima-Ku dan kata-kata-Ku. Kata-kata yang
Kusampaikan itulah yang akan menghakiminya pada hari ahkir.
49Aku
bercakap bukan mengikut kehendak-Ku sendiri. Bapa yang mengutus-Ku memerintahkan
Aku tentang apa yang harus Kukatakan dan bagaimana menyampaikannya.
50Aku
tahu bahawa perintah-Nya itu membawa hidup kekal. Oleh itu apa yang Kukatakan,
Kusampaikan sebagaimana disuruh oleh Bapa-Ku.’
Isa
membasuh kaki pengikut-pengikut-Nya
13
1Sebelum
perayaan Paska, Isa tahu bahawa telah sampai masanya Dia meninggalkan dunia ini
dan pulang kepada Bapa. Setelah mengasihi sekalian orang yang menjadi milik-Nya
di dunia ini, Isa mengasihi mereka hingga ke saat akhir.
2Semasa
Isa dan pengikut-pengikut-Nya sedang makan malam, Iblis sudahpun menimbulkan
niat di hati Yudas anak Simon Iskariot untuk mengkhianati Isa.
3Isa
tahu bahawa Bapa telah menyerahkan segala perkara kepada-Nya; bahawa Dia datang
daripada Allah dan akan pulang kepada-Nya.
4Dengan
demikian, Isa berdiri lalu melucutkan jubah-Nya dan mengikat sehelai tuala di
pinggang-Nya.
5Kemudian
Dia menuang air ke dalam sebuah besen lalu membasuh kaki para pengikut-Nya dan
mengeringkannya dengan tuala di pinggang-Nya.
6Ketika
Dia sampai kepada Simon Petrus, bertanyalah Simon kepada-Nya, ‘Junjungan,
wajarkah Junjungan membasuh kakiku?’
7Isa
menjawab, ‘Sekarang kamu tidak mengerti
perbuatan-Ku ini tetapi pada kemudian hari kamu akan mengerti.’
8Petrus
berkata kepada Isa, ‘Tidak! Junjungan sekali-kali tidak boleh membasuh kakiku!’
Namun, Isa menjawab,
‘Jika Aku tidak membasuhmu, kamu tidaklah lagi
mempunyai bahagian dalam apa yang Kulakukan.’
9Simon
Petrus berkata, ‘Junjungan, kalau begitu janganlah basuh kakiku sahaja, basuhlah
tangan dan kepalaku juga!’
10Isa
berkata kepadanya, ‘Orang yang sudah mandi telah
bersih seluruh tubuhnya, cuma kakinya yang perlu dibasuh. Kamu memang bersih
tetapi bukan semua kamu.’
11(Isa
tahu siapa yang akan mengkhianati-Nya. Itulah sebabnya Dia berkata, ‘Bukan semua
yang bersih.’)
12Setelah
membasuh kaki para pengikut-Nya, Isa memakai semula jubah-Nya lalu bertelekan di
meja dan berkata kepada mereka, ‘Fahamkah kamu apa
yang Kulakukan untukmu?
13Kamu
memanggil-Ku Guru dan Junjungan. Tepatlah panggilanmu itu, kerana Aku memang
Guru dan Junjungan.
14Jika
Aku sebagai Junjungan dan Gurumu sanggup membasuh kaki kamu, maka haruslah kamu
saling membasuh kaki sesama sendiri.
15Aku
telah memberi teladan kepada kamu semua. Lakukanlah apa yang telah Kulakukan
untukmu.
16Sesungguhnya
Aku berkata kepadamu. seorang hamba tidak mungkin lebih besar daripada tuannya.
Begitu jugalah, seorang yang diutus tidak mungkin lebih besar daripada orang
yang mengutusnya.
17Sekiranya
kamu mengerti hal ini dan melakukannya, diberkatilah kamu.
18‘Apa
yang Kukatakan itu bukanlah tentang kesemua kamu. Aku mengenal setiap orang yang
telah Kupilih. Tetapi apa yang tersurat di dalam Kitab Suci pasti terjadi,
“Orang yang makan bersama-Ku akan berpaling menentang-Ku.”
19‘Aku
memberitahumu hal ini sebelum berlaku supaya setelah terjadi nanti, kamu akan
percaya bahawa Akulah Dia.
20Sesungguhnya
Aku berkata kepadamu, sesiapa yang menyambut orang yang Kuutus, menyambut Aku.
Sesiapa yang menyambut-Ku, menyambut Dia yang mengutus-Ku.’
Isa mengatakan tentang
pengkhianatan-Nya
21Setelah
melafazkan kata-kata itu, Isa berasa gundah. Dia pun berkata dengan
terus-terang, ‘Sesungguhnya Aku berkata kepadamu,
salah seorang daripadamu akan mengkhianati-Ku.’
22Para
pengikut Isa berpandangan, tertanya-tanya dalam hati siapa agaknya yang
dimaksudkan oleh Isa.
23Salah
seorang pengikut yang dikasihi oleh Isa bertelekan di sisi-Nya.
24Simon Petrus pun memberi isyarat kepadanya,
‘Tanyalah, siapa yang dimaksudkan-Nya itu.’
25Pengikut
itu melayah dekat kepada Isa lalu bertanya, ‘Siapakah dia, ya Junjungan?’
26Isa
menjawab, ‘Orang yang Kuberi roti yang telah
Kucelupkan ke dalam mangkuk, dialah orangnya.’ Isa pun mengambil secebis
roti, dicelupkannya lalu diberikannya kepada Yudas anak Simon Iskariot.
27Sebaik-baik
Yudas menerima roti itu, masuklah Iblis ke dalam hatinya.
Isa pun berkata kepadanya,
‘Apa yang hendak kaulakukan, segeralah lakukan.’
28Tidak
seorang pun yang makan di situ tahu apa maksudnya Isa berkata demikian kepada
Yudas.
29Beberapa
orang pengikut Isa menyangka Isa menyuruh Yudas membeli bekalan yang diperlukan
untuk perayaan Paska, atau memberi sedekah kepada orang miskin kerana Yudas yang
bertanggungjawab atas wang mereka.
30Yudas
menyambut roti yang dihulurkan oleh Isa lalu segera pergi. Ketika itu hari sudah
malam.
31Setelah
Yudas pergi, Isa berkata, ‘Sekarang Putera Insan
dimuliakan, dan Allah dimuliakan melalui-Nya.
32Jika
Allah dimuliakan melalui Dia, Allah pun akan memuliakan Dia di dalam diri-Nya
segera.
33‘Anak-anak-Ku,
Aku tidak akan lama lagi bersamamu. Kamu akan mencari-Ku, tetapi apa yang telah
Kukatakan kepada orang Yahudi kini Kukatakan kepadamu juga, “Ke mana Aku pergi,
kamu tidak dapat ikut.”
34‘Inilah
perintah baru yang Kuberikan kepadamu: Kasihilah satu sama lain. Sebagaimana Aku
telah mengasihimu, kasihilah sesama sendiri.
35Daripada
sikapmu yang saling mengasihi itu, semua orang akan tahu bahawa kamu
pengikut-Ku.’
Isa memperingatkan Petrus
36Simon
Petrus bertanya kepada Isa, ‘Ke mana Junjungan hendak pergi?’
Isa menjawab, ‘Ke
mana Aku pergi, kamu tidak dapat mengikut-Ku sekarang, tetapi satu hari nanti
kamu akan mengikut-Ku ke situ.’
37Petrus
bertanya lagi, ‘Junjungan, mengapa aku tidak dapat mengikut Tuhan sekarang? Aku
rela mati untuk-Mu, Junjungan!’
38Isa
menjawab, ‘Benarkah kamu rela mati untuk-Ku?
Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, sebelum ayam berkokok, kamu akan menyangkal
Aku tiga kali.
Isa menghiburkan hati para
pengikut
14
1‘Janganlah
kamu bimbang. Percayalah kepada Allah dan percayalah juga kepada-Ku.
2Di
dalam rumah Bapa-Ku ada banyak tempat tinggal. Jika hal ini tidak benar,
tidaklah Kukatakan kepadamu. Aku akan pergi menyediakan tempat untukmu.
3Jika
Aku pergi dan menyediakan tempat untukmu, Aku akan pulang dan membawamu ke
tempat-Ku, supaya di tempat Aku berada di situ juga kamu berada.
4Kamu
tahu jalan ke tempat Aku pergi.’
5Tomas
berkata kepada Isa, ‘Junjungan, kami tidak tahu ke mana Tuhan pergi, bagaimana
kami mungkin tahu jalan ke sana?’
6Isa
menjawab, ‘Akulah jalan, kebenaran dan hidup.
Tidak seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui-Ku.
7Dengan
mengenal-Ku, kamu mengenal Bapa-Ku juga. Mulai sekarang kamu mengenal-Nya, malah
sudahpun melihat-Nya.’
Keesaan dengan Bapa
8Filipus
berkata kepada Isa, ‘Junjungan, tunjukkanlah Bapa kepada kami, supaya puaslah
hati kami.’
9Isa
menjawab, ‘Sekian lama aku bersama kamu semua,
belum lagi kau kenal Aku, Filipus? Sesiapa yang telah melihat-Ku, telah
melihat Bapa. Mengapa kamu berkata, “Tunjukkanlah Bapa kepada kami?”
10Filipus,
tidakkah kamu percaya bahawa Aku di dalam Bapa, dan Bapa di dalam-Ku?
Segala yang Kukatakan kepadamu bukanlah daripada-Ku, tetapi daripada Bapa yang
tinggal di dalam-Ku yang melakukan semua pekerjaan itu.
11Percayalah
kepada-Ku, bahawa Aku di dalam Bapa, dan Bapa di dalam-Ku.
Kalaupun kamu tidak percaya akan apa yang Kukatakan, percayalah kepada-Ku kerana
apa yang telah Kulakukan.
12Sesungguhnya
Aku berkata kepadamu, sesiapa yang percaya kepada-Ku akan melakukan apa yang
Kulakukan, malah pekerjaan lebih besar lagi, kerana Aku pergi kepada Bapa.
13Apa
sahaja yang kamu minta dengan nama-Ku, Aku akan melakukannya supaya kemuliaan
Bapa ternyata melalui Putera-Nya.
14Apa
sahaja yang kamu minta daripada-Ku dengan nama-Ku akan Kulakukan.
Saydina Rabbani
Isa menjanjikan Roh Kebenaran
15‘Jika
kamu mengasihi-Ku, kamu akan mematuhi perintah-perintah-Ku.
16Aku
akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan mengurniaimu Penolong yang akan
menyertaimu selama-lamanya.
17Penolong
itu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima-Nya kerana tidak dapat melihat
atau mengenal-Nya. Tetapi kamu mengenal-Nya kerana Dia tetap dalammu dan akan
ada dalam dirimu.
18Aku
tidak akan meninggalkanmu seperti anak yatim piatu. Aku akan datang lagi
mendapatkanmu.
19Tidak
lama lagi, dunia tidak akan melihat-Ku lagi, tetapi kamu akan melihat-Ku. Oleh
sebab aku hidup, kamu juga akan hidup.
20Setelah
tiba hari itu, kamu akan tahu bahawa Aku di dalam Bapa, kamu di dalam-Ku, dan
Aku juga di dalammu.
21Sesiapa
yang menerima dan mematuhi perintah-perintah-Ku, mengasihi-Ku. Sesiapa yang
mengasihi-Ku akan dikasihi oleh Bapa-Ku, dan Aku juga akan mengasihinya serta
memperlihatkan diri-Ku kepadanya.’
22Yudas
(bukan Yudas Iskariot) berkata kepada Isa, ‘Junjungan, mengapa Engkau
memperlihatkan diri kepada kami tetapi tidak kepada dunia?’
23Isa
menjawab, ‘Sesiapa yang mengasihi-Ku akan menurut
ajaran-Ku. Bapa-Ku akan mengasihinya. Dan Kami akan datang kepadanya serta
tinggal bersamanya.
24Orang
yang tidak mengasihi-Ku tidak menurut ajaran-Ku, pada hal ajaran itu bukan
daripada-Ku, tetapi daripada Bapa yang mengutus-Ku.
25‘Aku
memberitahumu semua ini ketika Aku masih tinggal bersamamu.
26Namun,
Penolong, iaitu Roh Suci yang akan diutus Allah dalam nama-Ku, akan mengajarmu
segala-galanya dan mengingatkanmu tentang apa yang telah Kukatakan kepadamu.
27Sejahtera
Kutinggalkan bagimu. Sejahtera-Ku sendiri Kuberikan kepadamu. Apa yang Kuberikan
kepadamu bukan seperti yang disogokkan oleh dunia. Usah risau dan janganlah
takut.
28‘Kamu
telah mendengar Aku berkata, “Aku akan pergi, tetapi
Aku akan datang lagi mendapatkanmu.” Sekiranya kamu mengasihi-Ku, kamu akan
gembira bahawa Aku pergi kepada Bapa kerana Bapa lebih besar daripada-Ku.
29Semua
ini Kukatakan kepadamu sebelum terjadi, supaya ketika berlaku nanti, kamu akan
percaya kepada-Ku.
30Aku
tidak dapat bercakap lama lagi denganmu, kerana sudah tiba waktunya pemerintah
dunia ini datang. Sebenarnya dia tidak berkuasa ke atas diri-Ku.
31Namun,
Aku menjalankan semua perintah Bapa, supaya dunia tahu bahawa Aku mengasihi
Bapa.
‘Bangkitlah, marilah
kita beredar dari sini.
Pokok anggur yang benar
15
1‘Aku
ini pokok anggur yang benar, dan Bapa-Ku peladang anggur.
2Dia
mengerat setiap ranting-Ku yang tidak berbuah, dan mencantas setiap ranting-Ku
yang berbuah supaya bersih dan berbuah lebih lebat lagi.
3Kamu
sudah dibersihkan dengan ajaran yang Kusampaikan kepadamu.
4Tetaplah
dalam-Ku seperti Aku dalammu. Ranting tidak dapat berbuah jika terpisah dari
pokok. Demikian jugalah kamu: Kamu dapat berbuah hanya jika kamu tetap dalam-Ku.
5‘Aku
pokok anggur dan kamu ranting-rantingnya. Jika kamu tetap dalam-Ku dan Aku
dalam-Mu, kamu akan berbuah lebat. Tanpa-Ku, kamu tidak dapat menghasilkan
apa-apa.
6Sesiapa
yang tidak tetap dalam-Ku adalah seperti ranting yang dikerat lalu dibiarkan
kering, kemudian dikumpulkan, dan dibuang ke dalam api lalu dibakar.
7Sekiranya
kamu tetap dalam-Ku, dan kata-kata-Ku tetap dalammu, mintalah apa sahaja yang
kamu kehendaki, permohonan itu akan dikabulkan.
8Kemuliaan
Bapa ternyata apabila kamu berbuah lebat. Itulah tanda kamu benar-benar
pengikut-Ku.
Perintah supaya saling mengasihi
9‘Sebagaimana
Bapa mengasihi-Ku, demikianlah juga Aku mengasihimu. Tetaplah dalam kasih-Ku.
10Jika
kamu menurut perintah-Ku, kamu akan tetap dalam kasih-Ku; sebagaimana Aku
menurut perintah Bapa dan tetap dalam kasih-Nya.
11Aku
berkata demikian kepadamu supaya kebahagiaan-Ku ada dalam dirimu dan sempurnalah
kebahagiaanmu.
12Inilah
perintah-Ku: Kasihilah sesama sendiri, seperti Aku mengasihimu.
13Tiada
kasih yang lebih besar daripada kasih seorang yang mengorbankan nyawanya untuk
sahabatnya.
14Kamu
sahabat-sahabat-Ku jika kamu melaksanakan perintah yang telah Kuberikan.
15Aku
tidak lagi memanggilmu hamba, kerana hamba tidak tahu apa yang dilakukan oleh
tuannya. Aku memanggilmu sahabat-sahabat-Ku, kerana segala perkara yang Kudengar
daripada Bapa-Ku telah Kuberitahu kepadamu.
16Bukan
kamu yang memilih-Ku tetapi Aku yang memilihmu dan menyuruhmu berbuah lebat, dan
buahmu itu haruslah kekal, maka Bapa akan mengabulkan apa sahaja permohonanmu
dalam nama-Ku.
17Inilah
perintah-Ku kepadamu: Kasihilah sesama sendiri.
Dunia membenci Isa dan
pengikut-Nya
18‘Jika
dunia membencimu, ketahuilah, dunia telah membenci-Ku terlebih dahulu.
19Andainya
kamu milik dunia, dunia akan mengasihimu seperti anak-anaknya sendiri. Tetapi
aku telah memilihmu dan kamu bukan lagi milik dunia. Maka itulah dunia
membencimu.
20Ingatlah
apa yang telah Kukatakan kepadamu, “Seorang hamba tidaklah lebih besar daripada
tuannya.” Jika mereka menganiaya-Ku, mereka akan menganiayamu juga. Jika mereka
menurut kata-kata-Ku, mereka akan menurut kata-katamu juga.
21Semua
itu akan dilakukan mereka terhadapmu, kerana nama-Ku, dan mereka tidak mengenal
Dia yang mengutus-Ku.
22Kalaulah
Aku tidak datang dan bercakap kepada mereka, tidaklah mereka berdosa. Tetapi
sekarang mereka tidak mempunyai alasan bagi dosa mereka.
23Sesiapa
yang membenci-Ku, membenci Bapa-Ku juga.
24Sekiranya
Aku tidak melakukan perkara-perkara yang belum pernah dilakukan orang di hadapan
mata mereka, mereka tidaklah berdosa. Tetapi mereka telah melihat sendiri apa
yang Kulakukan dan mereka tetap membenci-Ku dan Bapa-Ku.
25Hal
ini semestinya begitu, supaya berlaku apa yang tersurat di dalam Taurat mereka:
“Mereka membenci-Ku tanpa alasan.”
26‘Apabila
Penolong, Roh Kebenaran daripada Bapa, yang Kuutus kepadamu datang, Dia akan
bersaksi tentang-Ku.
27Kamu
juga akan bersaksi tentang-Ku, kerana kamu semua bersama-Ku dari mula lagi.
Peringatan
Sayidina
Isa
16
1 ‘Semua
ini Kukatakan kepadamu supaya kamu tidak sesat.
2Mereka
akan menyingkirkanmu daripada saumaah. Masanya akan tiba ketika semua orang yang
membunuhmu menganggap bahawa dengan berbuat demikian dia mengabdi kepada Allah.
3Perkara
ini akan dilakukan oleh mereka, kerana mereka belum mengenal Bapa mahupun Aku.
4Semua
ini Kukatakan kepadamu supaya ketika berlaku nanti, kamu akan ingat bahawa Aku
sudahpun memberitahumu. Aku tidak memberitahumu dari mulanya lagi kerana Aku
masih bersamamu.
Pekerjaan Roh Suci
5‘Tetapi
sekarang Aku akan pergi kepada Dia yang mengutus-Ku. Tidak seorang pun antaramu
bertanya, “Ke mana Aku hendak pergi?”
6Sekarang
kamu bersedih, kerana Aku telah memberitahu perkara ini kepadamu.
7Apa
yang Kukatakan kepadamu ini benar; untuk kepentinganmu, baiklah Aku pergi.
Selagi Aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepadamu. Jika Aku pergi,
Aku akan mengutus-Nya kepadamu.
8Setelah
Dia datang nanti, Dia akan menginsafkan dunia tentang dosa, kebenaran, dan
penghakiman;
9tentang
dosa kerana mereka tidak percaya kepada-Ku;
10tentang
kebenaran kerana Aku akan pergi kepada Bapa dan kamu tidak akan melihat-Ku lagi;
11dan
tentang penghakiman kerana pemerintah dunia ini telah dihakimi.
12‘Ada
banyak lagi yang ingin Kukatakan kepadamu, tetapi kamu belum berupaya
menerimanya.
13Tetapi
apabila Dia, iaitu Roh Kebenaran, datang Dia akan membimbingmu ke arah segala
kebenaran. Roh itu tidak akan mengatakan sesuatu menurut kehendak-Nya sendiri.
Dia akan menyampaikan apa yang didengar-Nya dan memberitahumu apa yang akan
terjadi.
14Roh
itu akan memuliakan-Ku, kerana Dia akan menerima apa yang berasal daripada-Ku
dan menyatakannya kepadamu.
15Segala
milik Bapa-Ku milik-Ku juga. Maka itulah Kukatakan bahawa Dia akan menerima apa
yang berasal daripada-Ku dan menyatakannya kepadamu.’
16Isa
berkata, ‘Tidak lama lagi, kamu tidak akan melihat-Ku dan tidak lama kemudian,
kamu akan melihat-Ku.’
Kedukaan dan kegembiraan
17Sebilangan
pengikut Isa tertanya-tanya sesama sendiri, ‘Apakah maksud kata-Nya,
“Tidak lama lagi kamu tidak akan melihat-Ku, dan tidak lama kemudian kamu akan
melihat-Ku”? Dia juga berkata, “Aku akan
pergi kepada Bapa.” ’
18Mereka
berkata, ‘Apakah maksud “tidak lama lagi”?
Kami tidak faham erti kata-kata-Nya!’
19Isa
tahu bahawa mereka ingin bertanya kepada-Nya. Lalu kata-Nya kepada mereka,
‘Tadi Aku berkata, “Tidak lama lagi kamu tidak akan
melihat-Ku, dan tidak lama kemudian kamu akan melihat-Ku.” Adakah kamu
mempersoalkan kata-Ku itu?
20Sesungguhnya
Aku berkata kepadamu, kamu akan menangis dan meratap, tetapi dunia akan bersuka
ria. Kamu akan bersedih, namun kesedihanmu akan berubah menjadi kegembiraan.
21Apabila
seorang perempuan hendak melahirkan anak, dia menderita kesakitan kerana masanya
sudah tiba. Tetapi sebaik sahaja anak itu lahir, dia lupa akan penderitaannya.
Dia bersukacita kerana seorang anak telah lahir ke dunia.
22Begitulah
juga kamu bersedih sekarang, tetapi Aku akan menemui kamu lagi. Hatimu akan
dipenuhi kegembiraan, yang tidak dapat diragut oleh sesiapapun.
23Pada
ketika itu, kamu tidak akan bertanya apa-apa lagi kepada-Ku. Sesungguhnya Aku
berkata kepadamu, apa sahaja yang kamu minta dalam nama-Ku, Bapa akan
mengurniakannya kepadamu.
24Hingga
saat ini belum pernah kamu minta sesuatu dalam nama-Ku. Mintalah, kamu akan
menerimanya dan sempurnalah kegembiraanmu.
25‘Aku
telah mengatakan semua ini kepadamu secara kiasan. Tetapi akan sampai ketikanya
Aku tidak lagi menggunakan kiasan; Aku akan berterus-terang kepadamu tentang
Bapa.
26Pada
hari itu, kamu akan meminta dalam nama-Ku. Aku tidak berkata Aku akan meminta
kepada Bapa bagi pihakmu.
27Bapa
sendiri mengasihimu, kerana kamu mengasihi-Ku dan percaya Aku datang daripada
Bapa.
28Aku
memang berasal daripada Bapa dan datang ke dunia. Tetapi sekarang Aku
meninggalkan dunia ini dan pulang semula kepada Bapa.’
29Para
pengikut-Nya berkata, ‘Sekarang barulah Junjungan bercakap terus-terang, tanpa
menggunakan kiasan.
30Sekarang
kami faham bahawa Junjungan mengetahui segala-galanya dan sesiapapun tidak perlu
lagi bertanya apa-apa kepada-Mu. Oleh itu kami percaya bahawa Junjungan datang
daripada Allah.’
31Isa
berkata kepada mereka, ‘Percayakah kamu sekarang?
32Saatnya
akan datang, malah sudahpun sampai, ketika kamu akan bertempiaran. Kamu akan
menjaga diri masing-masing, dan meninggalkan Aku keseorangan. Tetapi sebenarnya
Aku tidaklah keseorangan, kerana Bapa bersama-Ku.
33‘Segala
ini Kukatakan kepadamu supaya kamu beroleh sejahtera di dalam Aku. Di dalam
dunia kamu akan menghadapi pancaroba; tetapi tabahkanlah hatimu, kerana Aku
telah menewaskan dunia.’
Doa Sayidina
Isa untuk pengikut-Nya
17
1
Setelah itu, Isa menengadah ke langit lalu berkata,
‘Bapa, sudah sampailah
saatnya. Muliakanlah Putera-Mu, supaya Putera-Mu dapat memuliakan Bapa.
2Engkau
telah memberi Putera-Mu kekuasaan ke atas umat manusia, supaya Dia pun
memberikan hidup kekal kepada setiap orang yang telah Kauserahkan kepada-Nya.
3Inilah
hidup kekal, iaitu mereka mengenal-Mu sebagai satu-satunya Tuhan Yang Benar, dan
mengenal Isa al-Masih yang Kauutus.
4Aku
telah memuliakan-Mu di bumi ini dengan menyempurnakan kerja yang Kauamanahkan
kepada-Ku.
5Bapa,
muliakanlah Aku sekarang dengan kemuliaan yang Kumiliki bersamamu sebelum dunia
ini diwujudkan.
6‘Aku
telah menyatakan nama-Mu kepada semua orang di dunia ini yang telah Kauserahkan
kepada-Ku. Mereka semua milik-Mu. Engkau telah mengamanahkan mereka kepada-Ku.
Kini mereka taat akan firman-Mu.
7Sekarang
mereka tahu bahawa segala yang Kauberikan kepada-Ku itu sebenarnya berasal
daripada-Mu.
8Firman
yang Kauberikan kepada-Ku telah Kusampaikan kepada mereka dan mereka
menerimanya. Mereka benar-benar tahu bahawa Aku sesungguhnya berasal
daripada-Mu, dan percaya bahawa Engkau telah mengutus-Ku.
9Aku
berdoa untuk mereka. Aku tidak berdoa untuk dunia. Aku berdoa untuk orang yang
telah Kauserahkan kepada-Ku, kerana mereka milik-Mu.
10Semua
milik-Ku, milik-Mu juga. Semua milik-Mu, milik-Ku juga. Aku dimuliakan melalui
mereka.
11Aku
tidak lagi tinggal di dunia, sedangkan mereka masih di dunia. Aku datang
kepada-Mu. Bapa Yang Maha Suci, peliharalah mereka dengan nama-Mu, nama yang
telah Kauberikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu sebagaimana Engkau dan
Aku adalah satu.
12Sepanjang
waktu Aku bersama mereka, Aku memelihara mereka dengan nama-Mu, nama yang
Kauberikan kepada-Ku. Aku melindungi mereka dan tiada seorang pun binasa,
kecuali anak kebinasaan itu supaya berlaku apa yang tersurat di dalam Kitab
Suci.
13‘Sekarang
Aku akan datang kepada-Mu. Semua ini Kukatakan ketika Aku masih di dunia, supaya
kebahagiaan-Ku dapat dialami mereka sepenuhnya.
14Setelah
Kusampaikan firman-Mu kepada mereka, dunia membenci mereka kerana mereka bukan
dari dunia ini, seperti Aku juga bukan daripada dunia ini.
15Aku
tidak memohon-Mu untuk mengeluarkan mereka dari dunia ini. Aku memohon semoga
Engkau melindungi mereka daripada Si Durjana.
16Sebagaimana
Aku bukan dari dunia ini, begitu jugalah mereka.
17Sucikanlah
mereka dengan kebenaran-Mu; firman-Mu adalah kebenaran.
18Aku
mengutus mereka ke dunia sebagaimana Engkau mengutus-Ku ke dunia.
19Demi
kebaikan mereka Aku menyucikan diri-Ku supaya mereka juga disucikan dalam
kebenaran.
20‘Aku
bukan berdoa untuk mereka saja tetapi juga untuk semua orang yang percaya
kepada-Ku melalui kata-kata mereka.
21Bapa,
Aku berdoa supaya mereka semua menjadi satu sebagaimana Engkau di dalam-Ku dan
Aku di dalam-Mu dan supaya mereka juga ada di dalam Kita. Dengan demikian dunia
dapat percaya bahawa Engkaulah yang telah mengutus-Ku.
22Aku
memberi mereka kemuliaan yang Kauberikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu
sebagaimana Kita adalah satu.
23Aku
di dalam mereka dan Engkau di dalam-Ku, supaya mereka bersatu sepenuhnya. Dengan
demikian dunia akan tahu bahawa Engkau sebenarnya telah mengutus-Ku, dan Engkau
mengasihi mereka sebagaimana Engkau mengasihi-Ku.
24‘Bapa,
Aku menghendaki mereka yang Kauserahkan kepada-Ku ada bersama-Ku di mana Aku
berada, supaya mereka dapat melihat kemuliaan yang Kauberikan kepada-Ku, kerana
Engkau mengasihi-Ku ketika dunia ini belum diwujudkan lagi.
25‘Bapa
Yang Maha Benar! Dunia tidak mengenal-Mu, namun Aku mengenal-Mu, dan kesemua
mereka ini tahu bahawa Engkaulah yang telah mengutus-Ku.
26Aku
telah menyatakan nama-Mu kepada mereka. Aku akan terus berbuat demikian, supaya
kasih-Mu kepada-Ku bertapak kukuh di hati mereka dan supaya Aku di dalam mereka.
Yudas mengkhianati Isa
18
1Setelah
berdoa demikian, Sayidina Isa pergi diiringi para
pengikut-Nya ke seberang Sungai Kidron. Di sana ada sebuah taman. Isa dan para
pengikut-Nya masuk ke taman itu.
2Yudas,
yang mengkhianati Isa, mengetahui tempat itu juga kerana Isa kerap ke situ
dengan para pengikut-Nya.
3Dengan
demikian, Yudas pergi ke situ membawa sepasukan askar dan sebilangan pegawai,
ketua imam serta orang Farisi. Mereka membawa senjata, lentera, dan suluh.
4Isa
mengetahui segala yang akan terjadi ke atas-Nya. Dia pun mendekati mereka lalu
bertanya, ‘Siapakah yang kamu cari?’
5Mereka
menjawab, ‘Isa orang Nasaret.’
Isa berkata kepada mereka,
‘Akulah Dia.’ Yudas, yang mengkhianati Isa,
berdiri bersama mereka di situ.
6Apabila
Isa berkata kepada mereka, ‘Akulah Dia,’
mereka semua undur lalu rebah ke tanah.
7Isa
bertanya lagi kepada mereka, ‘Siapakah yang kamu
cari?’
Mereka menjawab, ‘Isa orang Nasaret.’
8Isa
berkata, ‘Aku sudah berkata bahawa Akulah Dia.
Kalau Aku yang kamu cari, biarkanlah mereka ini pergi.’
9(Dengan
demikian berlakulah apa yang pernah dikatakan-Nya,
‘Tidak seorang pun yang Kauserahkan pada-Ku sesat.’)
10Simon
Petrus yang memiliki sebilah pedang menghunusnya lalu menetak telinga kanan
hamba imam besar itu sehingga putus. Nama hamba itu Malkus.
11Isa
berkata kepada Petrus, ‘Sarungkan semula
pedangmu! Bukankah Aku mesti minum dari cawan penderitaan yang diberikan
kepada-Ku oleh Bapa?’
Isa di hadapan imam besar
12Setelah
itu, askar-askar dengan ketua mereka dan pegawai-pegawai Yahudi menangkap dan
mengikat Isa.
13Mula-mula
mereka membawa-Nya ke hadapan Hanas, bapa mertua Kayafas, Imam Besar pada tahun
itu.
14Kayafaslah
yang dahulunya berkata kepada orang Yahudi bahawa lebih baik satu orang mati
demi seluruh bangsa.
15Simon
Petrus dan seorang pengikut lain ikut serta apabila Isa dibawa pergi. Oleh sebab
pengikut lain ini dikenali oleh imam besar, dia masuk bersama Isa ke halaman
rumah imam besar.
16Petrus
menanti di luar, di hadapan pintu. Sejurus kemudian, pengikut lain itu keluar
semula, bercakap dengan hamba perempuan yang menjaga pintu, lalu membawa Petrus
masuk.
17Kemudian
hamba perempuan itu berkata kepada Petrus, ‘Bukankah kamu seorang daripada
pengikut orang itu?’
Petrus menjawab, ‘Bukan.’
18Hamba
dan pegawai berdiri di situ setelah menyalakan api kerana pada masa itu hawa
sejuk. Mereka sedang berdiang di situ. Petrus pun berdiri disitu dan berdiang
bersama mereka.
19Imam
besar menyoal Isa tentang pengikut-pengikut-Nya dan
ajaran-Nya.
20Isa
menjawab, ‘Aku sentiasa bercakap terang-terangan di
hadapan orang ramai. Aku sering mengajar di saumaah dan di rumah ibadat, tempat
semua orang Yahudi berhimpun. Tidak pernah Kukatakan apa-apa secara rahsia.
21Mengapakah
kamu menyoal-Ku? Tanyalah mereka yang pernah mendengar apa yang Kukatakan kepada
mereka. Mereka tahu apa yang Kukatakan itu.’
22Seorang
pegawai di situ menampar Isa sambil berkata, ‘Begitukah kamu bercakap kepada
seorang imam besar?’
23Isa
berkata kepadanya, ‘Sekiranya yang Kukatakan itu
salah, tunjukkanlah kepada semua orang di sini apa kesalahan itu. Tetapi kalau
kata-kata-Ku benar, mengapa kamu menampar-Ku?’
24Selepas itu Hanas menyuruh orang membawa Isa
yang masih dalam keadaan terikat ke hadapan Imam Besar Kayafas.
Petrus menyangkal Isa
25Simon
Petrus masih berdiri berdiang. Maka orang di situ bertanya kepadanya, ‘Bukankah
kamu seorang daripada pengikut orang itu?’
Petrus menjawab, ‘Bukan!’
26Seorang
daripada hamba imam besar ada di situ. Dia saudara kepada hamba yang ditetak
putus telinganya oleh Petrus. Dia berkata kepada Petrus, ‘Bukankah kamu yang
kulihat di taman itu bersama-Nya?’
27Petrus
menyangkal-Nya lagi, dan sejurus selepas itu ayam berkokok.
Isa di hadapan Pilatus
28Kemudian
mereka membawa Isa dari rumah Kayafas ke istana pemerintah Rom. Tetapi orang
Yahudi tidak turut masuk ke dalam istana itu kerana pagi masih awal. Mereka
tidak mahu terkena najis, kerana mereka hendak menyertai jamuan Paska.
29Oleh yang demikian, Pilatus keluar menemui
mereka. Dia bertanya, ‘Apakah tuduhanmu terhadap orang ini?’
30Mereka
menjawab, ‘Jika orang ini tidak melakukan perbuatan jahat, sudah tentu kami
tidak akan membawa-Nya ke hadapanmu.’
31Kemudian
Pilatus berkata kepada mereka, ‘Ambillah Dia, adili mengikut undang-undangmu.’
Orang Yahudi menjawab, ‘Kami tidak mempunyai
kuasa undang-undang untuk menjatuhkan hukum mati ke atas seseorang.’
32Dengan demikian akan terjadilah apa yang telah
dikatakan oleh Isa tentang cara kematian-Nya.
33Selepas
itu Pilatus masuk semula ke istana dan memanggil Isa lalu bertanya, ‘Adakah kamu
Raja orang Yahudi?’
34Isa
menjawab, ‘Adakah kata-kata ini daripada dirimu
sendiri, atau adakah orang lain mengatakannya kepadamu tentang diri-Ku?’
35Pilatus
menjawab, ‘Adakah aku seorang Yahudi? Bangsa-Mu sendiri dan ketua-ketua imam
telah membawa-Mu kepadaku. Apakah yang telah Kaulakukan?’
36Isa
menjawab, ‘Kerajaan-Ku bukanlah di dunia ini.
Kiranya kerajaan-Ku di dunia ini, tentulah para pengikut-Ku berjuang
mempertahan-Ku daripada diserahkan kepada orang Yahudi. Tetapi kerajaan-Ku
bukanlah di sini.’
37Dengan
demikian Pilatus pun berkata kepada-Nya, ‘Jadi, adakah kamu seorang raja?’ Isa
menjawab, ‘Betul katamu. Aku seorang raja.
Aku dilahirkan ke dunia untuk memberi kesaksian tentang kebenaran. Setiap orang
yang memihak kepada kebenaran mendengar suara-Ku.’
38Pilatus
berkata kepada-Nya, ‘Apakah itu kebenaran?’ Kemudian dia keluar mendapatkan
orang Yahudi lalu berkata, ‘Aku mendapatinya tidak bersalah sama sekali.
39Tetapi kamu ada satu adat, iaitu aku harus
membebaskan seorang daripada bangsamu pada perayaan Paska. Mahukah kamu
kubebaskan Raja orang Yahudi?’
40Mereka
semua berteriak lagi, ‘Jangan bebaskan orang itu. Bebaskan Barabas.’ Barabas itu
seorang perompak.
19
1Setelah
itu, Pilatus pun membawa Isa dan mengarahkan supaya Isa disesah.
2Askar-askar
menganyam mahkota daripada duri, dan mengenakannya pada kepala Isa. Kemudian
mereka menyarungkan jubah berwarna ungu ke tubuh-Nya.
3Mereka
datang kepada-Nya dan berkata, ‘Daulat Raja orang Yahudi!’ lalu menampar-Nya.
4Pilatus
keluar lagi dan berkata kepada mereka, ‘Lihat, aku bawakan Dia kepadamu, supaya
kamu tahu aku mendapati Dia tidak bersalah sama sekali.’
5Isa
pun keluar dengan memakai mahkota duri dan jubah ungu itu. Pilatus berkata
kepada mereka, ‘Lihatlah orang ini!’
6Apabila
ketua-ketua imam dan pegawai-pegawai melihat-Nya, mereka berteriak, ‘Salib
Dia! Salib Dia!’
Pilatus berkata kepada mereka, ‘Kamu ambil dan
saliblah Dia; kerana aku mendapati-Nya tidak bersalah sama sekali.’
7Orang
Yahudi itu menjawab, ‘Kami ada undang-undang, dan menurut undang-undang itu Dia
patut dihukum mati, kerana Dia mengaku diri-Nya Putera Allah .’
8Apabila
mendengar kata-kata itu, Pilatus semakin takut.
9Dia
masuk semula ke istana dan bertanya kepada Isa, ‘Dari manakah Kamu ini?’ Tetapi
Isa tidak menjawab.
10Kemudian
Pilatus berkata kepada-Nya, ‘Kamu tidak menjawab soalanku? Tidakkah kamu tahu
aku berkuasa untuk menyalib-Mu atau membebaskan-Mu?’
11Isa
menjawab, ‘Kamu tidak mungkin mempunyai kuasa
langsung ke atas-Ku kecuali diberikan kepadamu dari atas; maka yang
menyerahkan-Ku kepadamu itu lebih besar dosanya.’
12Selepas
itu Pilatus cuba membebaskan-Nya, tetapi orang Yahudi berseru, ‘Jika kamu
membebaskan orang ini, kamu bukanlah penyokong Kaisar; kerana sesiapa yang
mengaku dirinya raja bercakap menentang Kaisar.’
13Ketika
Pilatus mendengar kata-kata demikian, dia pun membawa Isa, lalu duduk di kerusi
pengadilan di tempat yang disebut ‘Laman Batu’, dalam bahasa Ibrani Gabbatha.
14Pada
waktu itu persediaan sedang dibuat untuk perayaan Paska, kira-kira jam keenam.
Pilatus berkata kepada orang Yahudi, ‘Lihatlah
Raja kamu!’
15Tetapi
mereka berseru, ‘Bawa Dia pergi! Bawa Dia pergi! Salib Dia!’
Pilatus berkata kepada mereka, ‘Adakah kamu
mahu aku salib Rajamu?’
Ketua-ketua imam menjawab, ‘Kami tidak ada
raja selain Kaisar.’
Isa disalib
16Oleh
itu Pilatus pun menyerahkan Isa kepada mereka untuk disalib.
17Lalu mereka mengambil-Nya dan membawa-Nya pergi.
Isa pun mengangkat salib-Nya dan pergi ke suatu tempat yang dipanggil Tempat
Tengkorak, dalam bahasa Ibrani Golgota.
18Di
situ mereka menyalib-Nya, bersama dua orang lain di kiri kanan-Nya.
19Pilatus
memerintahkan supaya satu catatan ditulis dan diletakkannya di atas salib itu.
Tulisan itu berbunyi: Isa Orang
Nasaret, Raja Orang Yahudi.
20Ramai
orang Yahudi membaca tulisan itu, kerana tempat Isa disalib itu dekat dengan
kota, dan tulisan itu dalam bahasa Ibrani, Yunani dan Latin.
21Ketua-ketua imam Yahudi pun berkata kepada
Pilatus, ‘Janganlah tulis: “”Raja orang Yahudi.”
Tetapi, tulislah: “Dia berkata Dia Raja orang Yahudi.”
22Pilatus
menjawab, ‘Apa yang sudah kutulis itu sudah kutulis.’
23Setelah
menyalib Isa, askar-askar mengambil pakaian-Nya, dibahagi empat, sebahagian
untuk setiap askar. Mereka mengambil jubah-Nya juga. Jubah itu tidak berkelim,
seluruhnya dianyam dari atas.
24Oleh
itu mereka berkata-kata sesama sendiri, ‘Janganlah kita koyakkan. Kita buang
undi untuk menentukan siapa yang dapat.’
Dengan demikian berlakulah apa yang tersurat
di dalam Kitab Suci:
‘Mereka membahagikan pakaian-Ku antara mereka,
dan untuk mendapat jubah-Ku mereka
membuang undi.’
Begitulah yang dilakukan oleh askar-askar
itu.
25Di
tepi salib Isa berdiri ibu-Nya, dan saudara perempuan ibu-Nya, Maryam isteri
Klopas, dan Maryam Magdalena.
26Apabila
Isa melihat ibu-Nya dan pengikut-Nya yang dikasihi berdiri di situ, Dia pun
berkata kepada ibu-Nya, ‘Lihat, itulah anakmu.’
27Kepada pengikut-Nya Dia berkata, ‘Lihatlah
ibumu.’ Sejak itu pengikut tersebut mengambil ibu Isa sebagai ibunya dan
membawanya tinggal di rumahnya.
Kewafatan
Isa al-Masih
28Selepas
itu, Isa yang mengetahui bahawa segala-galanya telah berlaku sebagaimana
tersurat di dalam Kitab Suci, lalu berkata, ‘Aku
dahaga.’
29Di
situ ada sebuah bekas berisi air anggur masam. Lalu mereka memenuhkan sebuah
sepan dengan air anggur masam itu, meletakkannya di atas sebuah batang zufa dan
mencecahkannya ke mulut Isa.
30Setelah
Isa menerima air anggur masam itu, Dia berkata,
‘Sudah selesai’. Dia menundukkan kepala lalu menyerahkan nyawa-Nya.
Jasad
Isa ditikam
31Oleh
sebab hari itu hari persediaan dan mayat-mayat itu tidak sewajarnya masih ada di
atas salib pada hari Sabat (kerana hari Sabat itu hari mulia), orang Yahudi
meminta kepada Pilatus agar mayat-mayat itu dipatahkan kakinya dan dibawa pergi.
32Askar-askar
pun datang mematahkan kaki orang yang disalib bersama Isa itu, seorang demi
seorang.
33Tetapi
apabila mereka sampai kepada Isa dan melihat Dia sudah tidak bernyawa lagi,
mereka pun tidak mematahkan kaki-Nya.
34Tetapi
seorang askar itu menikam rusuk-Nya dengan lembing, lalu keluarlah darah dan
air.
35Maka
dia yang melihatnya merakamkan sebagai kesaksian, dan rakamannya itu benar. Dia
tahu bahawa dia bercakap benar, supaya kamu percaya.
36Semua ini dilakukan supaya berlakulah yang
tersurat di dalam Kitab Suci, ‘Tidak satu pun tulang-Nya akan dipatahkan’.
37Juga
tersurat di dalam Kitab Suci, ‘Mereka akan memandang Dia yang telah ditikam oleh
mereka.’
Isa dikuburkan
38Selepas
itu, Yusuf yang berasal dari Arimatea meminta izin daripada Pilatus untuk
mengambil jenazah Isa. Yusuf ialah seorang pengikut Isa secara diam-diam kerana
takut akan ketua orang Yahudi.
39Nikodemus,
yang pernah mendapatkan Isa pada suatu malam dahulu, pergi bersama Yusuf membawa
ramuan mur dan gaharu sebanyak kira-kira seratus paun.
40Mereka mengambil jenazah Isa lalu membalut-Nya
dengan kain kafan dan ramuan mengikut adat pengebumian orang Yahudi.
41Di sebuah taman di tempat Isa disalib terdapat
sebuah kubur yang belum pernah digunakan.
42Oleh
sebab kubur itu dekat dan hari itu hari persediaan orang Yahudi, mereka pun
memasukkan jenazah Isa ke dalamnya.
Kebangkitan Rabbani Isa
al-Masih
20
1Pada
awal pagi hari pertama minggu itu, ketika masih gelap lagi, Maryam Magdalena
pergi ke kubur itu. Dia mendapati batu penutup telah digulingkan dari lubang
kubur itu.
2Dia
pun berlari mencari Simon Petrus dan pengikut lain yang dikasihi oleh Isa lalu
berkata, ‘Jenazah Junjungan telah diambil dari kubur, entah ke mana dialihkan.’
3Petrus
dan pengikut lain itu pun pergi ke kubur.
4Kedua-duanya
berlari, tetapi pengikut lain itu berlari mendahului Petrus dan tiba di kubur
itu lebih dahulu.
5Dia
menjenguk ke dalam dan melihat kain linen di situ tetapi tidak masuk ke kubur
itu.
6Apabila
Simon Petrus yang menyusul pengikut lain itu tiba, dia terus masuk ke dalam
kubur itu dan nampak kain linen terletak di situ.
7Dia
juga melihat kain yang diikatkan pada kepala Isa, terlipat berasingan.
8Kemudian,
pengikut lain yang sampai dahulu itu pun masuk. Dia melihat segala-galanya lalu
percaya.
9Setakat
itu mereka belum memahami apa yang tersurat di dalam Kitab Suci, iaitu Dia harus
bangkit daripada kematian.
10Selepas
itu, pengikut-pengikut Isa itu pun pulang ke rumah mereka. Isa menampakkan diri
kepada Maryam.
11Tetapi
Maryam berdiri di hadapan kubur itu sambil menangis. Kemudian sambil menangis
dia menjenguk ke dalam.
12Dia
melihat dua malaikat berpakaian putih duduk di tempat jenazah Isa dibaringkan
dahulu, satu malaikat di sebelah kepala dan satu di sebelah kaki.
13Malaikat-malaikat
itu bertanya kepada Maryam, ‘Puan, mengapa engkau
menangis?’
Maryam menyahut, ‘Jenazah Junjunganku telah
diambil, entah ke mana dialihkan!’
14Kemudian
Maryam menoleh lalu melihat Isa berdiri di situ, tetapi Maryam tidak
mengenal-Nya.
15Isa
berkata kepada Maryam, ‘Puan, mengapa menangis?
Siapakah yang kamu cari?’
Pada sangkaan Maryam, Dia tukang kebun di
taman itu. Dengan demikian Maryam berkata, ‘Tuan, jika kamu telah mengalihkan
jenazah Isa, beritahulah aku di mana kamu letakkan-Nya, supaya dapat kuambil
jenazah-Nya.’
16Isa
berkata kepadanya, ‘Maryam!’
Maryam berpaling kepada Isa lalu berseru dalam
bahasa Ibrani, ‘Rabboni!’ (ertinya ‘Guru’).
17Isa
berkata kepadanya, ‘Jangan berpaut pada-Ku, kerana
Aku belum lagi kembali kepada Bapa. Pergilah kepada pengikut-pengikut-Ku,
katakan kepada mereka bahawa sekarang Aku akan kembali kepada Bapa-Ku dan
Bapamu, Allah Tuhan-Ku dan Allah Tuhanmu.’
18Maryam
pun pergi mendapatkan para pengikut Isa lalu memberitahu bahawa Dia telah
melihat Junjungan dan Dia telah menuturkan kata-kata itu kepadanya.
Isa menampakkan diri kepada
pengikut-Nya
19Pada
hari minggu itu, setelah petang, para pengikut Isa berhimpun di sebuah rumah
dengan pintu terkunci kerana takut akan orang Yahudi. Isa muncul di kalangan
mereka lalu berkata, ‘Sejahtera ke atas kamu!’
20Selepas
itu Dia menunjukkan tangan dan rusuk-Nya kepada mereka, maka mereka pun
bersukacita melihat Junjungan.
21Isa
berkata lagi kepada mereka, ‘Salam sejahtera
kepadamu! Sebagaimana Bapa mengutus-Ku, begitulah Aku mengutusmu.’
22Kemudian
Dia menghembuskan nafas-Nya ke atas mereka lalu berkata,
‘Terimalah Roh Suci.
23Sesiapa
yang kamu ampunkan dosanya, dosanya diampunkan. Sesiapa yang tidak kamu ampunkan
dosanya, dosanya tidak akan diampunkan.’
Isa menampakkan diri kepada
hawariyun
Tomas
24Tomas
yang digelar Didimus, seorang daripada pengikut Isa yang dua belas itu, tidak
ada bersama mereka apabila Isa datang.
25Oleh
itu, pengikut-pengikut lain memberitahu Tomas, ‘Kami telah melihat Junjungan!’
Tetapi Tomas berkata, ‘Selagi aku tidak
melihat sendiri bekas paku di tangan-Nya, dan memasukkan jariku ke dalam bekas
luka itu, juga memasukkan tanganku ke dalam rusuk-Nya, aku tidak mahu percaya.’
26Seminggu
selepas itu, para pengikut Isa termasuk Tomas berhimpun lagi di situ. Sungguhpun
pintu terkunci seperti dahulu, Isa muncul di kalangan mereka lalu berkata,
‘Salam sejahtera kepadamu!’
27Setelah itu Dia berkata kepada Tomas,
‘Hulurkan jarimu di sini, dan lihatlah tangan-Ku.
Hulurkan tanganmu dan masukkannya ke dalam rusuk-Ku. Jangan ragu-ragu lagi.
Percayalah.’
28Tomas
pun berkata kepada Isa, ‘Ya Junjunganku! Ya Allah Tuhanku!’
29Isa
berkata kepadanya, ‘Tomas, oleh sebab kamu telah
melihat-Ku maka kamu percaya. Diberkatilah orang yang percaya walaupun tidak
melihat-Ku!’
Tujuan kitab ini ditulis
30Isa
telah melakukan banyak lagi mukjizat di hadapan para pengikut-Nya, tetapi tidak
dituliskan di dalam kitab ini.
31Tetapi
segala yang telah dituliskan di sini bertujuan supaya kamu percaya bahawa Isa
Putera Allah , Penyelamat yang diutus Allah, dan kerana kamu percaya kepada-Nya,
kamu akan hidup kekal dalam nama-Nya.
Sayidina Rabbani
Isa
al-Masih
menampakkan diri di Tasik Tiberias
21
1Setelah
itu, Isa menampakkan diri sekali lagi kepada para pengikut-Nya, di Tasik
Tiberias. Demikianlah kejadian itu berlaku:
2Simon
Petrus, Tomas yang disebut Didimus, Natanael (yang berasal dari Kana di
Galilea), anak-anak Zebedeus, dan dua orang pengikut Isa yang lain, sedang
berhimpun di situ.
3Simon
Petrus berkata kepada mereka, ‘Aku hendak pergi menangkap ikan.’ Mereka berkata
kepadanya, ‘Kami hendak pergi bersama-sama.’ Mereka pun pergi menaiki perahu.
Tetapi semalaman tiada seekor ikan pun dapat ditangkap oleh mereka.
4Ketika
matahari terbit, Isa berdiri di pantai, tetapi mereka tidak mengenal-Nya.
5Isa
bertanya kepada mereka, ‘Anak-anak, kamu ada
ikan?’
‘Tidak, kami tidak mendapat seekor ikan pun,’
jawab mereka.
6Isa
berkata kepada mereka ‘Tebarkanlah jalamu di
sebelah kanan perahu, kamu akan mendapat ikan.’ Mereka pun berbuat
demikian, maka begitu sarat jala mereka dengan ikan sehingga tidak terdaya
mereka menariknya kembali.
7Oleh
itu pengikut yang dikasihi oleh Isa berkata kepada Petrus, ‘Itu Junjungan!’
Setelah mendengar bahawa Junjungan yang berdiri di situ, Petrus terus memakai
baju luarnya (yang telah ditanggalkannya untuk bekerja) lalu terjun ke dalam
air.
8Para
pengikut lain menuju ke pantai dengan perahu sambil menarik jala yang sarat
dengan ikan. Mereka tidak berapa jauh dari darat, hanya kira-kira seratus meter
(dua ratus ‘cubits’).
9Setelah
sampai di pantai, mereka melihat ikan dibakar di atas bara api, dan roti pun
ada.
10Isa
berkata kepada mereka, ‘Bawalah sedikit ikan yang baru kamu tangkap itu.’
11Simon
Petrus pergi ke perahu lalu menyeret jala ke darat. Walaupun sarat dengan ikan
yang besar-besar, 153 ekor semuanya, namun jala itu tidak koyak.
12Isa berkata kepada mereka,
‘Marilah bersarapan.’ Tiada seorang pun
yang berani bertanya, ‘Siapakah Tuan?’ kerana mereka tahu bahawa Dia ialah
Junjungan.
13Isa
pun merapati mereka, mengambil roti lalu memberikannya kepada mereka. Begitu
juga dilakukan-Nya dengan ikan.
14Itulah
kali ketiga Isa menampakkan diri kepada para pengikut-Nya setelah Dia
dibangkitkan daripada kematian.
Sayidina
Isa meneguhkan hati Petrus
15Selepas
sarapan bersama-sama, Isa bertanya kepada Simon Petrus,
‘Simon anak Yahya, adakah kamu benar-benar
mengasihi-Ku lebih daripada mereka ini?’
Petrus menjawab, ‘Ya Junjungan, Engkau tahu
bahawa aku mengasihi-Mu.’
Isa berkata kepadanya,
‘Berilah anak-anak domba-Ku makan.’
16Bagi
kali kedua Isa bertanya, ‘Simon anak Yahya,
adakah kamu benar-benar mengasihi-Ku?’
Petrus menjawab, ‘Ya Junjungan, Engkau tahu
bahawa aku mengasihi-Mu.’
Isa berkata kepadanya,
‘Peliharalah domba-domba-Ku.’
17Bagi
kali ketiga Isa bertanya kepadanya, ‘Simon anak
Yahya, adakah kamu mengasihi-Ku?’
Petrus sedih kerana Isa bertanya kepadanya
bagi kali ketiga, lalu dia menjawab, ‘Junjungan, Engkau mengetahui
segala-galanya. Engkau tahu bahawa aku mengasihi-Mu!’
Isa berkata kepadanya,
‘Berilah domba-domba-Ku makan.
18Sesungguhnya,
Aku berkata kepadamu, sewaktu muda kamu mengikat tali pinggangmu lalu pergi ke
mana-mana yang kamu mahu. Tetapi semasa tua nanti, kamu akan menghulurkan tangan
dan orang akan mengikat lalu membawamu ke tempat yang kamu tidak mahu pergi.’
19Kata-kata
Isa ini membayangkan bagaimana Petrus akan mati untuk memuliakan Allah. Isa pun
berkata kepada Petrus, ‘Ikutlah Aku!’
Pengikut yang dikasihi Isa
20Petrus
menoleh lalu melihat pengikut yang dikasihi oleh Isa sedang mengikut mereka.
Pengikut itulah yang duduk dekat dengan Isa ketika makan malam dahulu dan
bertanya kepada-Nya, ‘Junjungan, siapakah yang akan mengkhianati-Mu?’
21Ketika melihatnya, Petrus bertanya kepada Isa,
‘Junjungan, bagaimana dengan orang ini?’
22Isa
menjawab, ‘Sekiranya Aku mahu dia tetap ada
hingga Aku datang kembali, apa kena-mengenanya denganmu? Kamu ikutlah Aku.’
23Oleh
itu tersebarlah di kalangan pengikut Isa bahawa pengikut tersebut tidak akan
mati. Tetapi Isa tidak berkata bahawa pengikut itu tidak akan mati. Isa berkata,
‘Sekiranya Aku mahu dia tetap ada hingga Aku
datang kembali, apa kena-mengenanya denganmu?’
Kata penutup
24Pengikut
itulah yang memberikan kesaksian tentang hal-hal ini. Dialah yang menuliskan
semua ini dan kita tahu kesaksiannya itu benar.
25Ada
banyak lagi perkara lain yang dilakukan oleh Isa. Andainya dituliskan
segala-galanya, aku rasa seluruh dunia ini pun tidak cukup untuk memuatkan semua
kitab itu.
Indeks Utama