返回总目录
Nada Kemuliaan Ilahi Yang Murni
NADA KEMULIAAN ILAHI YANG MURNI
Saudara-saudari yang dikasihi Tuhan dalam Isa Al-Masih. Dengan
penuh kesyukuran kepada Tuhan dan rendah hati, kami menyajikan lagu-lagu rohani
ini yang bergelar 'Nada Kemuliaan Ilahi', bagi kenikmatan dan
penggunaan semasa kebaktian kalian semua. Diharapkan agar kalian semua akan
digalakkan dan dibangkitkan di dalam iman serta azam untuk mendampingi Allah
Bapa Syurgawi selalu dan mentaati-Nya pada setiap masa sambil menikmati sajian
lagu-lagu kerohanian ini.
Sebenarnya, lagu-lagu ini adalah gubahan asli semuanya oleh
Sdr.Hamzah, beliau sejak muda lagi telah mencari-cari Nur kebenaran dari bangku
sekolah madrasahnya lagi sehingga ke peringkat institusi pengkajian tinggi (IPT)
rasmi, dimana beliau berjaya mencapai kelayakan ijazahnya sebagai guru agama di
kotanya. Walaupun di IPT, guru-guru Sdr. Hamzah ini tidak dapat berikan
jawapan-jawapan yang memuaskan kepada pencariannya, lalu beliau telah menyahut
seruan Kitab Sucinya untuk mengkaji Kitab-kitab yang telah datang lebih awal
lagi, bagi mengesahkan Kebenaran. Sesudah itu, dia telah pun insaf akan
kebenaran dan memeluk utusan Injil yang sebenar di dalam Hazrat 'Isa al-Masih,
yang telah bersabda: "Akulah Jalan, Akulah Kebenaran dan Akulah Kehidupan, tiada
seorang pun yang boleh kembali ke Allah Bapa, kecuali melalui
AKU." Yohanes 14 ayat 6.
Oleh itu, terimalah sajian lagu-lagu ini sebagai penyembahan
Sdr.Hamzah kepada Yang Mahakuasa yang telah menyelamatkannya. Kerana semua
lagu-lagu dalam siri 'Kasih Yang Menyelamatkan' ini adalah
kesaksian beliau kepada kemuliaan dan kasih kurnia Allah Bapa yang telah
menganugerahi beliau dengan pelepasan serta penyelamatannya yang abadi!
Moga-moga berkat serta anugerah kasih kurnia Tuhan akan melimpah kepada
saudara-saudari semua juga!
Perhatian: Sekurang-kurangnya WinAmp diperlukan untuk
menikmati lagu-lagu ini.
KASIH YANG MENYELAMATKAN