返回总目录
Firman Siapakah ini?
FIRMAN SIAPAKAH INI ?
Pada sejarah awal Islam, Sahabat Nabi Muhammad, iaitu Abdullah
bin Mas'ud telah pantang menerima beberapa Surah-surah yang ada
di dalam al-Quran hari ini. Adalah wajar bagi kita meneliti
ayat-ayat tersebut dan sebab-sebabnya ayat-ayat tersebut ditolak
oleh salah seorang sahabat karib dan pembantu Nabi sendiri.
Satu Contoh yang sungguh menarik sekali ialah kandungan Surah
Pembukaan yakni Surah al-Fatihah. Ia mengandungi tujuh baris ayat
dan diletak di permulaan al-Quran. Ayat-ayat ini juga penting
bagi doa-doa Islam. Satu terjemahan dalam Bahasa Inggeris adalah
seperti tersebut:
"In the name of God, the Compassionate, the Merciful!
Praise be to God, the Lord of the Worlds, the Compassionate,
the Merciful, the Master of the judgement Day!
You (alone) we worship and from You (alone) we seek help.
Guide us to the straight path,
the path of those on whom You have bestowed bounty,
not of those with whom You are angry
and who have gone astray!"
Dalam bahasa serantau pula inilah terjemahannya:
"Dengan nama Allah yang Mahapengasih, Penyayang!
Segala puji bagi Allah, Tuhan (yang mendidik) semesta alam,
Yang Mahapengasih, Penyayang,
lagi mempunyai penguasa hari pembalasan
Hanya Engkaulah (ya Allah) yang kami sembah
dan hanya kepada Engkaulah kamu minta pertolongan.
Tunjukilah kami kejalan yang lurus,
yaitu jalan orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada
mereka,
sedang mereka itu bukan orang2
yang dimurkai dan bukan pula orang yang sesat."
Apakah kata-kata ini sebenarnya firman Tuhan? Mungkin jauh
sekali! Daripada kandungan ayat-ayat di atas sudah cukup jelas
bahawa mereka adalah daripada kata-kata Nabi Muhammad sendiri.
Kerana nas tersebut merupakan pujaan dan pujian kepada Tuhan,
perghormatan kepada-Nya dan permintaan doa bagi pertolongan
daripada-Nya. Adakah Allah sendiri mengucap:"Segala puji
bagi Allah, Tuhan semesta alam, Yang Mahapengasih, Penyayang,
lagi mempunyai penguasa hari pembalasan..." kepada diri-Nya
? Jawapannya "Tidak"!
Masalah ini tidak akan timbul jika Surah al-Fatihah ini
dimulakan dengan perkataan Arab "Qul" yang
bermaksud "Kata" seperti yang terdapat pada ayat-ayat
al-Quran yang lain contohnya
surah 112 ayat 1: "Katakanlah: Dialah Allah
yang Maha Esa...", atau
surah 109 ayat 1: "Katakanlah: Hai orang-orang
yang kafir...", atau
surah 18 ayat 110: "Katakanlah: Sesungguhnya
aku seorang manusia seumpama kamu..." dsb-nya.
Adalah tidak logik lagi tidak masuk akal bagi Allah mengucap:
"Tunjukilah kami kejalan yang lurus, yaitu jalan
orang-orang Yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka,
sedang mereka itu bukan orang2 yang dimurkai dan bukan pula
orang-orang yang sesat."
Jadi sudah mustahillah bagi Surah al-Fatihah ini merupai
firman Allah kerana segala kandungannya adalah pujaan serta
permintaan perlindungan daripada Tuhan, tetapi sebaliknya, nas
ini ialah sebenarnya kata-kata Nabi Muhammad sendiri dan satu doa
yang telah digubah olehnya.
Inilah sebabnya-diantara lain, mengapa Abdullah bin Mas'ud
telah menolak bukan sahaja Surah-surah seperti surah
al-Fatihah, tetapi juga Surah al-Falaq dan surah an-Nas sebagai
sebahagian daripada al-Quran. Kedua-dua surah tersebut
mengandungi ungkapan-ungkapan "Aku berlindung kepada
Tuhan..." Abdullah Mas'ud adalah seorang Sahabat
yang akrab kepada Nabi Muhammad dan juga seorang penghafaz dan
juga pencatit kandungan al-Quran.
Di dalam al-Quran terdapat banyak contoh kekeliruan dan juga
percanggahan-percanggahan diantara dua sumber ucapan. Satu
adalah Tuhan Allah, dan satu lagi Muhammad sendiri, di dalam
ayat-ayat yang sama !
Contohnya di dalam surah al-Israak ayat 1 dimana terdapat
satu-satunya cerita mengenai perjalanan malam Nabi Muhammad.
"Mahasuci Tuhan yang memperjalankan hambaNya pada
malam hari, dari masjid il-Haram ke masjid yang amat jauh
(Baitul-Makkdis), yang telah Kami berkati sekelilingnya,
supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat Kami.
Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha melihat."
Ungkapan "Mahasuci Tuhan yang memperjalankan..." itu
tidaklah diucapkan oleh Allah sendiri oleh kerana Allah tidak
memuliakan diri-Nya sendiri! Apakah Allah itu perlu
membesar-besarkan diri-Nya? Atau Dia perlu menonjol-nonjol
kemuliaanNya dengan sendiriNya? Sebaliknya itu adalah kata-kata
Nabi Islam sendiri, diucapkan sebagai ucapan terimakasih kepada
Tuhan kerana berkat anugerah-Nya. Ungkapan selepasnya itu yang
menceritakan tentang masjid il-Haram ke masjid yang amat jauh
(Baitul-Makkdis), yang "telah Kami berkati
sekelilingnya..." adalah ucapan daripada Allah. Juga
sama seperti ungkapan seterusnya "supaya Kami perlihatkan
kepadanya sebahagian ayat-ayat Kami.." Akan tetapi
kata-kata penutupnya "Sesungguhnya Allah maha mendengar
lagi maha melihat" mungkin sekali adalah kata-kata Nabi
Muhammad dan bukan kata-kata Allah.
Ada pun ayat-ayat seperti di atas yang dengan mudah dapat
diterangkan. Tetapi ada pula nas-nas lain yang membawa
kemusykilan yang tersendirinya. Salah satu diantara yang lain
adalah Surah 33 (al-Ahzaab) ayat 21-24. Ayat 21 berbunyi:
"Sesungguhnya pada rasul Allah(Muhammad) ada ikutan
yang baik bagimu. Yaitu bagi orang yang mengharapkan pahala Allah
dan hari yang Kemudian, serta ia banyak mengingat Allah."
Sudah tentu jika Allah yang mengucapkannya, ragam ayatnya akan
berbedza dan akan berbunyi seperti berikut : "Mereka yang
mencari-cari dan mengharapkan Aku (Tuhan) haruslah mengambil
rasul-Ku sebagai ikutan (teladan) mereka."
Dalam ayat-ayat 22 dan 23 pula, pengikut-pengikut Nabi dipuji
kerana bersetia teguh semasa peperangan parit disekeliling kota
Madinah tetapi ayat 24 pula menambahkan satu syarat "Supaya
Allah membalasi orang-orang yang benar kerana kebenarannya dan
menyiksa orang-orang munafiq, jikalau dikehendakiNya atau
diterima-Nya taubat mereka. Sesungguhnya Allah Pengampun lagi
Penyayang." Disini, sekali lagi, bukanlah Allah tetapi Nabi
Muhammad yang mengucap kata-kata itu. Jika Allah sendiri yang
menyatakannya, sudah tentu ia akan berbunyi seperti: "Supaya
Kami membalasi orang-orang benar kerana
kebenarannya.."
Satu catatan melapurkan bahawa Nabi Allah, sambil beliau
sedang menyiapkan ekspidisinya menyerang umat Roma di negeri Syam
pada 8 AH.Beliau telah menanyakan sebabnya mengapa Al-Jadd bin
Qais, ketua satu suku kelompok Madinah, tidak peri berperang
bersama-sama rombongan mereka tahun itu. Dalam jawabannya,
al-Jadd bin Qais berkata kepada Nabi Muhammad, "Ampunilah
saya dan selamatkanlah saya daripada godaan! Saya amat berminat
kepada para wanita, dan amat risau jika melihat wanita-wanita
Bizantium itu, saya tidak dapat menahan godaan saya itu."
Ini pula telah membawa kepada turunnya ayat 49 surah 9
at-Tauba yang berkata: "Diantara mereka ada yang berkata :
Izinkanlah saya tiada pergi berjuang dan janganlah saya
difitnahkan. Ingatlah, sungguh mereka telah jatuh dalam fitnah
itu. Sesungguhnya neraka jahannam meliputi orang-orang yang
kafir." Sudah jelas sekali kata-kata ini adalah dari mulut
Nabi, bukan daripada Allah, kerana al-Jadd bin Qais telah memohon
keizinan daripada Muhammad, dan bukan daripada Allah, supaya dia
dikecualikan dari peperangan itu! Jadi Muhammadlah yang telah
memberi jawabannya kepada beliau.
Kewujudan kemusykilan dan kekeliruan di antara kata-kata Allah
dan kata-kata rasullulah sudah pun disahkan dan tidak dapat
dinafikan sama sekali.
Adakala ragam ayat dan strukturnya membuktikan bahwa Nabi
Muhammad yang berucap dengan meluahkan kata-kata kusyuk dan
kesyukurannya kepada Tuhan Allahnya. Pada masa yang lain pula
Tuhan sendiri yang berbicara firman-Nya dengan memulakan nas
ayat-ayat-Nya dengan ungkapan 'Qul' - Katakan.
Kekeliruan diantara firman Allah dan kata-kata Muhammad jelas
lagi terbukti dari ayat-ayat Surah Yunos ayat 99 dan 100.
"Jika Tuhanmu mengkehendaki, nescaya beriman
sekalian orang yang dibumi semuanya. Adakah engkau memaksa
manusia, supaya mereka beriman?"
"Tiadalah seseorang, melainkan dengan izin Allah.
Dia menjadikan siksaan atas orang yang tiada berfikir."
Ayat 99 adalah firman Allah kepada Muhammad, tetapi sebaliknya
ayat 100 ungkapannya merupakan kata-kata Muhammad sebagai satu
penglipur bagi dirinya, supaya perasaan keciwa, putus asa serta
kemarahan Nabi terhadap para pendengar beliau yang tidak
menerima utusannya, dapat dihilangkan. Bagi Tuhan Allah sendiri,
yang telah mentakdirkan segelintir manusia supaya menjadi kafir,
ketidak-percayaan kelompok manusia ini sememangnya tidak akan
mengejutkan-Nya atau pun menyebabkan Tuhan berasa marah!
Juga, kita sudah pun meneliti kata-kata dari Surah 33 ayat 24
yang jelas berasal daripada Nabi Muhammad (dan bukan Tuhan) yang
berbunyi : "Supaya Allah membalasi orang-orang yang benar
kerana kebenarannya dan menyiksa orang-orang munafiq, jikalau
dikehendakiNya atau diterima-Nya taubat mereka. Sesungguhnya
Allah Pengampun lagi Penyayang."
Para umat Arab zaman jahiliyyah yang hidup sezaman dengan Nabi
Muhammad amatlah tidak stabil pegangan mereka dan senang
sahaja terbawa-bawa oleh tiupan angin dari mana-mana haluan.
Jadi, tidaklah mengherankan apabila sekumpulan Muslim daripada
Mekah telah menganggotai angkatan perang Abu Jahal lalu menentang
Nabi Muhammad di Badr. Ketidakstabilan serta ketidaksetiaan
golongan ini yang juga amat miskin, telah menimbulkan kemarahan
Allah sehingga turunnya surah an-Nisaak ayat-ayat 97-99.
"Sesungguhnya orang yang diwafatkan malaikat, sedang
mereka menganiaya dirinya, malaikat berkata: 'Dalam apakah kamu
berada?' Mereka menjawab: Kami adalah orang lemah di tanah air
kami. Berkata malaikat,'Tiadakah Bumi Allah itu lapang, lalu kamu
berhijrah kepadanya?' Maka tempat mereka itu neraka jahannam dan
itulah sejahat-jahat tempat tinggal'(ayat 97).
"Kecuali umat yang lemah diantara lelaki-lelaki dan
perempuan dan kanak-kanak, mereka tiada berdaya dan tiada
mendapat suatu jalan. Mudah-mudahan Allah akan memaafkan mereka,
dan Allah Pemaaf lagi Pengampun"(ayat 98-99).
Di kota Mekah sebelumnya peristiwa Hijrah, Tuhan
telah turunkan kepada Muhammad perintah yang sopan dan tertib
seperti berikut:
"Serulah manusia ke jalan
agama Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik,
dan berdebatlah dengan mereka dengan jalan yang terbaik.
Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui mereka yang sesat dari
jalanNya dan Dia lebih mengetahui umat yang mendapat
petunjuk." Surah an-Nahl ayat 126.
Sebaliknya, beberapa tahun sesudah itu,
apabila Islam telah dibangkitnya Muhammad sebagai satu kuasa
politik, dia telah berjaya memasuki kota Makkah dengan mengetuai seangkatan
perang. Sebaik sahaja pencapaian ini, nada perintah-perintah
Allah telah berubah menjadi lebih keras, memaksa dan mendesak.
Seperti berikut:
"Maka apabila telah habis bulan suci,
hendaklah kamu memerangi umat-umat musyrik di mana-mana kamu
jumpai (mereka) dan hendaklah ambil mereka itu menjadi
tawanan dan kepunglah mereka dan duduklah mengintip mereka
pada tiap-tiap jalan yang dilalui mereka." Surah
at-Taubah ayat 5.
Sebagai manusia fana yang memiliki belenggu-belenggu dan
ciri-ciri kelemahan yang menghadkan seseorang itu, sudah menjadi
satu sifat lazim bagi seorang menunjukkan reaksi atau
tindak-balas yang berbedza apabila menghadapi situasi-situasi
rumit lagi mencabar daripada situasi sebaliknya; seperti kejayaan
dan penaklukan. Tetapi apabila kita mengambil-kira sifat-sifat
ilahi Tuhan seperti mahakuasa-Nya serta mahamengetahui-Nya,
adalah mustahil bagi Tuhan Allah sama-sama mengalami
reaksi-reaksi insaniah seperti diatas ini!
Walau bagaimanapun, syor bahawa "Tidak ada paksaan
dalam agama..."(surah 2/257), yang telah diturun pada tahun
1 selepas Hijrah (AH), telah diikuti satu tahun selepas itu oleh
perintah untuk "Perangilah kamu pada jalan
Allah..." (surah 2, 190 & 244). Dan juga diikuti oleh
amaran bahawa "Tidak sama para Mukmin yang
duduk berdiam diri dengan mereka (para Mukmin) yang
berjuang pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya, kecuali
mereka yang ditimpa kemelaratan." Surah 4 ayat 95.
Para Muslimin ini diwajibkan berperang bagi perjuangan Allah,
di mana sebaliknya setahun sebelumnya mereka ini kononnya tidak
boleh dipaksa menganuti agama Islam (QS 2/257), jika mereka
enggan berbuat demikian! Juga, ayat-ayat diatas memberitahu
pengikut-pengikut Islam bahawa 'persamaan' diantara mereka
bukanlah sama rata semuanya. Pengikut-pengikut yang hanya
mengakui syahadat Islam tidaklah setanding dengan
mereka yang juga menderma harta-benda atau wang mereka bagi
perjuangan Islam atau dengan mereka yang menghunus pedang-pedang
mereka di medan peperangan dalam perkembangannya.
Di kota Mekah sebelum peristiwa Hijrah Allah telah mengwahyu
kepada Muhammad bahawa :
"Tidak sama perbuatan yang baik
dengan perbuatan yang jahat. Tolaklah kejahatan orang dengan
jalan yang terbaik, lalu sekonyong-konyong (tidak
disangka-sangka) mereka yang ada permusuhan antara kamu
dengan dia menjadi sahabat yang karib." Surah
as-Sajdah ay.34.
Di Madinah pula, Allah telah menurun perintah-perintah yang
bertentangan kepada Rasul-Nya iaitu:
"Maka janganlah kamu lemah dan
menyeru kepada pendamaian sedang kamu orang tertinggi dan
akan menang! Surah Muhammad ay.35
Pertentangan-pertentangan yang ketara seperti di atas jarang
melepasi perhatian para pengkaji al-Quran. Ada juga contoh-contoh
yang lain seperti persoalan yang Tuhan mahakuasa telah menuju
kepada.umat Arab di Hijaz. Satu daripadanya ialah persoalan
mengenai Air dalam surah al-Waaqi'ah ayat 68-69 : "Adakah
kamu lihat air yang kamu minum ? Kamukah yang menurunkannya
dari awan atau Kamikah menurunkannya ?"
Sebaliknya, di nas-nas al-Quran yang lain, Pencipta semesta
alam dinampakkan sebagai serba memerlukan, sama seperti
insan-insan ciptaan-Nya. Satu petikan adalah daripada surah
al-Hadid ayat 25:
"Dan Kami turunkan besi, untuk
mendapat kekuatan yang sangat dan beberapa menafa'at bagi
manusia, dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong-Nya
(dan agamaNya) serta rasul-rasul-Nya." Surah
al-Hadiid ay.25
Ayat ini membawa maksud yang merupakan bahawa hanya manusia
yang mengunakan pedang di medan perang merupakan umat yang
benar-benar menolong Allah dan menyokongNya serta Rasul-Nya.
Kewujudan ayat-ayat yang dimansukhkan dan yang memansuhkan
juga membawa masalah bagi al-Quran. Para pentafsir al-Quran dan
juga ahli-ahli Ulamak Islam telah cuba mengumpul dan menjelaskan
ayat-ayat mansukh dan nasikh ini. Ayat-ayat yang diwahyukan telah
dimansuhkan oleh ayat-ayat lain yang diturunkan selepasnya atau
yang mempunyai maksud yang bertentangan dengan ayat yang lebih
awal itu.
Bertukar fikiran dan membatalkan sesuatu keputusan itu adalah
satu amalan yang lazim dipraktik oleh manusia yang fana. Kerana
mana-mana insan yang fana tidak mampu mengetahui segala-sesuatu
fakta-fakta atau faktor-faktor berkenaan yang membawa kesan
keatas keputusan dan pilihan yang dibuatnya. Pemikiran, minda dan
pancaindera setiap insan adalah terhad daya upayanya dan
seringkali terpedaya oleh samaran-samaran yang diada-adakan dan
juga oleh tipu muslihat. Walaupun begitu manusia berupaya belajar
dari kesilapan-kesilapannya dan mengelak daripada melakukan
kesilapan itu di masa depan.
Jadi, tidaklah mengherankan apabila manusia mengubah fikiran
serta membuat pindaan kepada rancangan-rancangan mereka.
Sebaliknya pula, adalah amat tidak memasuki akal bagi Allah yang
mahakuasa lagi mahamengetahui, untuk 'memansuhkan
perintah-perintah-Nya' dengan sewenang-wenangnya.Ini menyebabkan
musuh-musuh Muhammad tertawakannya dan mengejeknya kerana
Muhammad telah memberi satu arahan dan membatalkannya pada hari
keesokannya! Ejekan-ejekan mereka telah dijawab oleh surah
al-Baqarah ayat 100 :
"Apa-apa ayat yang Kami ubah atau
Kami lupakan kepadamu, Kami datangkan gantinya dengan yang
lebih baik daripadaNya atau yang seumpamanya. Tidakkah kamu
tahu, bahawa Allah itu mahakuasa..?" Surah
al-Baqarah ay.106.
Pada hakikinyalah kerana Allah itu mahakuasa lagi
mahamengetahui; Dia tidak akan mengwahyukan suatu ayat lalu
memansuhkannya! Ciri-ciri-Nya diatas adalah zat dan sifat-sifat
ilahi-Nya yang abadi, demi itulah Allah tidak terikat kepada
kelemahan-kelemahan manusia dan Dia berupaya memberikan
arahan-arahan-Nya yang tidak perlu dimansuhkan. Setiap
manusia yang menggunakan fikiran harus menanyakan 'Kenapakah
arahan-arahan dan perintah Tuhan mahakuasa itu harus
ditarik balik dan dimansuhkanNya?' Apakah tidak ada percanggahan
dan pertentangan dalam ayat surah al-baqarah diatas?
Kerana Tuhan itu mahakuasa lagi serba mengetahui
segala-galanya, dari pangkal ke hujung jalan dan sebaliknya,
apakah Dia tidak berdaya memberikan wahyu yang sempurna itu
TERLEBIH DAHULU ?? Mengapa tidak?
Jika al-Quran itu benar-benar firman daripada Tuhan, ia
seharusnya tidak dicemari apa-apa kelemahan-kelemahan dan
kecacatan yang terdapat dikalangan umat manusia. Tetapi,
pertentangan dalam ayat-ayat diatas amat jelas sekali. Sudah
tentu Tuhan mengetahui apa-apa wahyu yang diturunkanNya,
lebih-lebih lagi sebagai Yang Mahakuasa itu, kenapakah
Tuhan tidak berdaya memberikan wahyuNya yang sempurna terlebih
dahulu supaya tidak payah ditarik balik lagi? Kenapa Tidak?
Sehingga hari ini, Soalan-soalan diatas masih lagi tidak terjawab
dengan waras dan memuaskan oleh mana-mana ulamak - ulamak Islam.
Index Utama