返回总目录
Dosa_mengasingkan
PRINSIP KETIGA: Manusia Kini Terkandas
- Kita
Tidak Dapat Menyelamatkan Diri Kita Sendiri
Apabila kita memberi perhatian kepada apa yang boleh dilakukan
tentang masalah dosa kita, kita akan dapati bahawa usaha manusia
tidak berguna. Kita akhirnya perlu mencari Allah untuk jalan
penyelesaian-Nya. Dengan itu kita sekarang beroleh ke Prinsip
ketiga : Kita tidak berupaya untuk
selamatkan diri kita daripada cengkaman dosa dan maut ini.
Mari kita sekarang perhatikan beberapa perkara yang
berhubung-kait dengan hakikat ini yang boleh dijadikan bahan
dialog bersama-sama.
Hakikat yang pertama yang harus kita sedari ialah kita
tidak dapat menyelamatkan diri kita sendiri dari segala
akibah-akibah dosa dengan beramal salih mahupun dengan
melakukan perbuatan-perbuatan baik atau beramal ibadah, seperti
mana kita tidak dapat menghasilkan air masin daripada mata air
yang pahit. Ramai orang percayakan perbuatan baik, kehidupan yang
salih dan beramal ibadah boleh menyelamatkan kita kerana
terkumpulnya pahala yang banyak-banyak. Akan tetapi ada banyak
petikan dalam Alkitab (yakni Taurat, Zabur dan Injil) dan
Al-Quran yang menidakkan konsep penyelamatan jiwa kita melalui
pengumpulan pahala-pahala sebanyak-banyaknya :
Taurat
Ada jalan yang disangka orang lurus, tetapi hujungnya
menuju maut.
(Amsal 14:12)
Zabur
... tetapi orang yang menyimpang ke jalan yang
berbelit-belit, kiranya TUHAN mengenyahkan mereka bersama-sama
orang yang melakukan kejahatan.
(Mazmur 125:5)
Injil
Tetapi ketika nyata kemurahan Allah, Penyelamat kita, dan
kasih-Nya kepada manusia, pada waktu itu Dia menyelamatkan
kita, bukan kerana perbuatan baik
yang telah kita lakukan, tetapi kerana rahmat-Nya.
(Titus 3:4-5)
Al-Quran
Biarkanlah orang yang mengambil agamanya menjadi permainan
dan pergurauan, dan mereka terpedaya oleh (kesenangan) hidup di
dunia dan berilah mereka peringatan dengan Quran supaya jangan
dijatuhkan diri mereka ke lembah kebinasaan kerana
usahanya. Tidak adalah baginya wali dan tiada pula pembantu, selain
dari pada Allah. Jika dia tebus dengan bermacam-macam tebusan,
tiadalah diterima dari padanya. Mereka itulah orang
yang akan dijatuhkan ke lembah kebinasaan kerana
usahanya.
(Surah Al-Anaam 6:70)
Apa yang dimaksudkan oleh surah ini dalam kata-kata lain,
ialah, "Awaslah supaya kamu tidak menerima kemusnahan yang
sepatutnya jiwa kamu yang berdosa terima kerana apa yang telah
kamu lakukan. Selain Allah, kamu tidak mempunyai harapan untuk
keselamatan tidak ada wali dan pembantu yang boleh
menolong kamu. Walaupun jiwa anda cuba menawarkan sesuatu yang
besar (bermacam-macam tebusan), tidak
ada pahala yang mencukupi untuk menyelamatkan kamu. Tidak
ada apa-apa yang boleh menyelamatkan kamu kecuali Allah."
Manusia mencuba menyingkirkan akibat-akibat dosanya dengan
melakukan kebaikan . Dia cuba memperbanyakkan pahala-pahalanya
baiknya (berbanding dengan ganjaran-ganjaran jahat) dengan
melakukan perbuatan-perbuatan baik seperti aktiviti-aktiviti
keagamaan, kerja-kerja kebajikan serta aktiviti-aktiviti politik.
Tetapi malangnya manusia lupa bahawa kesalihan yang dicarikannya
itu bersumberkan satu kehidupan yang tercemar, kerana setiap
insan di dunia, termasuk Nabi-nabi dan rasul-rasul; sudah pun
dicemari oleh dosa (KECUALI 'Isa al-Masih). Jadi,
kesalihan yang dihasilkannya itu juga tercemar oleh kesan -kesan
dosa dan tercela! Seperti yang dikatakan Taurat dalam Yesaya
64:6, "Demikianlah kami sekalian seperti seorang najis
dan segala kesolehan kami seperti kain kotor."
Letih dan sedih kerana kehidupannya yang berdosa, seorang
lelaki membuat keputusan untuk berjalan jauh mencari nasihat dari
seorang sahabat yang salih. Apabila dia sampai kedestinasinya,
dia terus menceritakan kepada sahabatnya bagaimana perasaan serba
salah dan kerisauannya serta rasa dukacita menyiksakannya siang
dan malam. Dia bertanya kepada kawannya, "Apakah yang boleh
saya lakukan untuk menghilangkan perasaan-perasaan negatif ini
dan memperolehi aman damai dan kegembiraan?"
Sebelum menjawab soalan itu, sahabatnya menyuruh hambanya
untuk membawa minuman sejuk untuk pelawat yang letih itu. Hamba
itu pun kembali dengan cepat bersama minuman itu. Tetapi sebelum
memberi peluang kepada tetamunya yang haus itu melegakan
kehausannya, orang salih itu menitiskan setitik besar dakwat yang
menghitamkan minuman itu. Tetamunya terkejut dan terus bertanya, "Apakah
yang kamu lakukan?"
"Menjawab soalan kamu," jawabnya. "Kamu
tidak akan menerima minuman ini kerana saya telah merosakkannya
dengan satu titik dakwat. Tetapi kamu mahu Allah yang maha suci
menerima pahala-pahala 'baik' kamu walaupun kamu telah
mencemari perbuatan-perbuatan itu dengan kesan-kesan berdosa dari
hati, fikiran dan minda kamu!"
Lelaki itu memahami pengajaran yang baru sahaja diberikannya.
Pada saat itu juga dia meminta pengampunan dan penyucian daripada
Allah. Memahami hakikat ini tentang dosa-dosanya membolehkannya
menerima khabar baik tentang Allah yang sudah pun membereskan
masalah dosa manusia untuk selama-lamanya.
Dosa-dosa kita secara lazimnya dapat mengatasi pahala-pahala
kita kerana perbuatan-perbuatan baik orang -orang yang
dicemari dosa tidak akan diterima oleh Allah. Oleh itu, kerana
daya-upaya manusia tidak dapat diperkenankan Allah, umat manusia
seharusnya menerima hakikat-hakikat keadaannya yang terkandung
didalam firman Tuhan. Manusia, kini, perlu mengambil satu langkah
beriman, bersikap rendah hati dan berserah diri kepada kaedah
penyelesaian Allah. Perhatikan apa yang dikatakan AlKitab dan
Al-Quran tentang jawapan ini:
Taurat :
Lalu percayalah Abram kepada TUHAN maka TUHAN memperhitungkan
hal itu kepadanya sebagai kebenaran.
(Kejadian 15:6)
... tetapi orang yang benar itu akan hidup oleh percayanya.
(Habakuk 2:4)
Zabur :
... kepada kasih setia-Mu aku percaya, hatiku bersorak-sorak
kerana penyelamatan-Mu.
(Mazmur 13:6)
Perlihatkanlah kepada kami kasih setia-Mu, ya Tuhan, dan
berikanlah kepada kami keselamatan daripada-Mu! Sesungguhnya
keselamatan daripada-Nya dekat pada orang yang takut akan Dia.
(Mazmur 85:8,10)
Injil
Sebab kerana kasih kurnia kamu diselamatkan oleh iman; itu
bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah, itu bukan hasil
pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri.
(Efesus2:8-9)
Al-Quran
Sesungguhnya segolongan di antara hamba-hambaKu yang berkata:
Ya Tuhan kami, kami telah beriman, sebab itu ampunilah (dosa)
kami dan kasihanilah kami dan Engkau sebaik-baik yang
mengasihani.
(Surah Al-Mukminuun 23:109)
Surah ini menyatakan bahawa ada orang yang faham bahawa mereka
mesti bergantung kepada belas kasihan Allah kerana
perbuatan-perbuatan mereka tidak memadai atau mencukupi. Itulah
juga sebabnya mengapa Al-Quran ada mengatakan ini:
Tuhanmu telah menetapkan atas diriNya akan memberi rahmat.
Sesungguhnya siapa mengerjakan kejahatan di antaramu, sebab
kejahilannya (tiada berilmu), kemudian ia bertaubat sesudah itu
dan memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Pengampun,
lagi Penyayang.
(Surah Al-Anaam 6:54)
Beriman kepada Allah serta memohon belas kasihan-Nya akan
membawa pengampunan, seperti yang jelas dinyatakan dalam surah
berikut :
Maka ketahuilah (ya Muhammad) bahawa sesungguhnya tidak ada
Tuhan, melainkan Allah dan minta ampunlah (kepadanya) untuk dosa
engkau dan untuk orang beriman laki-laki dan orang beriman
perempuan.
(Surah Muhammad 47:19)
Adalah jelas dari ayat ini bahawa tidak ada orang yang boleh
lepas dari perlunya pengampunan. Muhammad pun telah
dilanda masalah dosa dalam dirinya.
Tidak ada paksaan dalam agama, sesungguhnya sudah nyata
petunjuk dari pada kesesatan. Barang siapa yang tidak percaya
kepada berhala dan beriman kepada Allah, sesungguhnya ia telah
berpegang kepada tali yang teguh yang tidak akan putus. Allah
Mahamendengar, lagi Mahamengetahui. Allah wali (memimpin) orang
yang beriman, dikeluarkannya mereka dari gelap gulita ke dalam
nur (terang benderang).
(Surah Al-Baqarah 2:256-257)
Dalam ayat ini Allah sedang memberitahu kita bahawa manusia
tidak boleh dipaksa menerima agama yang mereka tidak rela
memeluki. Mereka sendiri yang mesti memilih untuk meninggalkan
berhala-berhala mereka dan beriman dalam Allah, serta menerima
berkat-berkatNya dengan keazaman yang bersungguh-sungguh. Allah
sendiri adalah penebus kita, bukanlah pengumpulan pahala-pahala
kita. Allah sahajalah adalah Penyelamat kita. Dialah yang
mengalihkan jiwa-jiwa manusia daripada kegelapan ke dalam
terang-Nya yang agung.
Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendengar orang berseru
yang menyeru kepada keimanan (seraya berkata): Berimanlah kamu
kepada Tuhanmu, lalu kami beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa
kami dan tutuplah kesalahan kami dan matikanlah kami bersama-sama
orang yang baik.
(Surah Ali Imran 3:193)
Utusan ayat diatas ini jelas: Beriman dan terima pengampunan
untuk dosa-dosa lampau dan kini. Berapa kalikah telah anda
berusaha untuk membetulkan kehidupan anda yang berdosa, atau
untuk mengatasi satu tabiat yang buruk?
Kita semua adalah orang yang telah dicemari dosa
termasuk manusia seluruh dunia. Walaupun begitu, ada ramai insan
yang telah berjaya mencapai kebebasan daripada ikatan dosa dan
mengalami perubahan dalam hidup mereka dengan keredhaan
Roh Allah. Mahukah anda juga menjadi salah seorang daripada
mereka?
Bagaimanakah ini boleh dicapai? Jawapannya di dalam langkah
seterusnya. Bersama-samalah dengan saya meneliti Prinsip
seterusnya.
Laman-Laman Web
Answering Islam Main Site (English)