Mashaf-mashaf,
Suhuf-suhuf, serta Pembacaan-pembacaan al-Quran yang Bervariasi dan
Berbeda-beda
yang Berleluasa Pada Zaman Awalan Islam
Koleksi
al-Quran pada zaman awalannya sebenarnya mempunyai beberapa versi-versi dan hakikat
ini diserlahkan dengan jelas ketara dalam beberapa cara. Selain dari (i)
berbeda-beda sesama sendiri, mereka juga (ii) berbeda dengan ketara dari suhuf
kalifah Uthman. Terdapat juga (iii) perbedaan-perbedaan dalam bacaan ayat-ayat
tertentu, (iv) dalam jumlah dan nama-nama Surah dan juga (v) dari segi susunan
fasal-fasal al-Quran. Satu perkara yang cukup ketara ialah, (vi) tiadanya surat
al-Fatihah di dalam koleksi Quran Ibn Masud. Sudah ada ENAM perkara yang
cukup mencurigakan kesahihan al-Quran dalam sejarah awalnya!
Hakikatnya, sejak awal-awalan lagi,
sifat dan ciri-ciri Al-Fatihah sebagai satu Doa, menyebabkan beberapa pujangga
menganggapkan surah ini sebagai suatu tambahan kemudian kepada suhuf Quran
asli. Ada juga mashaf-mashaf al-Quran yang lain yang tidak mengandungi
surah-surah 113 dan 114 di dalam mashaf kalifah Uthman bin Affan. Mashaf dan
suhuf yang lain-seperti milik Ubai bin Kabb, mempunyai surah-surah yang tidak ada di
dalam koleksi kalifah Uthman itu!
Pada hari ini pula, ada dua ilmuwan
British, John Wansbrough dan John Burton yang mempersoalkan
segala cerita Hadith yang bersabit dengan koleksi al-Quran yang asal, sebagai
cerita-cerita sokongan yang diada-adakan sahaja. Burton
mendapati bahawa Muhammad sendiri telah menyiapkan sebuah Quran bertulis,
sebagai satu bahan peninggalan untuk diikuti dan diimani. Dia mendapati bahawa
ahli-ahli fiqah (para fuqaha’) Islam amat tersekat dengan
bergantung hanya kepada mashaf Quran tersebut, jadi mereka telah merekakan
suhuf-suhuf Quran yang berbeda-beda serta cerita cerita kalifah Uthman dan
penyelarasan al-Quran oleh beliau.
John Wansbrough pula,
sebaliknya telah mendapati bahawa kandungan mashaf-mashaf berbeda al-Quran amat
longgar (“fluid”)pada zaman awalannya. Dia mendapati bahawa Quran mencapai
rupa bentuk muktamadnya hanya pada KURUN YANG KETIGA zaman Islam. Sebabnya
ialah pada kurun-kurun sebelum itu, keadaan antara para Muslim dan
wilayah-wilayah Islam yang berlainan terlalu longgar lagi bervariasi bagi
menghasilkan satu Quran yang harus ditaati oleh semua umat Muslim pada
waktu itu. Wansbrough telah mendapati bahwa semua hadith-hadith Islam
telah direka dan dicipta untuk mengalihkan Quran kepada zaman yang lebih awal
supaya ia menampakkan kewibawaan yang lebih sahih!
Bacaan-bacaan Quran yang
Berbeda-beda. Dalam suhuf-suhuf yang berlainan serta versi-versi yang
berbeda-beda, ada jumlah yang besar ayat-ayat yang berbeda antara satu dengan
yang lain, yakni pada ayat-ayat Quran yang tertentu. Walau pun suhuf-suhuf atau
mashaf-mashaf Quran yang asal dan asli itu semua telah dihapuskan, kita dapat
memperolehi cukup banyak maklumat mengenai perkara ini melalui para mufassir
Quran seperti at-Tabari atau sumber-sumber sejarah yang lain. Beberapa
perbedaan ini tidak bawa kesan ke atas maksud kepada ayat-ayat itu. Ada
kes yang hanya bersabit dengan ortografinya, walau pun hal ini cukup janggal di
dalam mashaf versi kalifah Uthman. Perbedaan yang lain pula menyentuh cara-cara
menyebut ayat yang berbeza-beza, dan ada juga yang bersabit dengan penggantian
sinonim bagi perkataan-perkataan tertentu dalam teks versi itu.
Sebagai satu Contoh, jika satu ayat
Quran dibacakan dengan penghujungnya bentuk akusatif berbeda dengan
penghujung yang genitif , ini akan bawa akibat merubah cara dan maksud
orang berwudu (sebagai contoh) sebelum solat dengan ketaranya – kes yang
jelas ialah surah 5 ayat 6! Sepertimana
yang telah dibuktikan oleh ilmuwan Ignaz Goldhizer, di dalam kajian
beliau Richtungen der Islamischen Koranauslegung, beberapa bahan
berbeza-beza itu adalah hasil daripada pilihan-pilihan dan kecenderungan
teologi dan ahli-ahli tafsir serta kelompok-kelompok Islam yang tertentu.
Haruslah diperhatikan bahawa, dari
zaman penyelarasan mashaf Uthman bin Affan, BERIBU-RIBU BACAAN-BACAAN YANG
BERBEDA-BEDA TELAH WUJUD secara harfiah
DAN DIKENALI SEKITAR UMAT ISLAM DI ZAMAN 100-300 HIJRI. Perbedaan-perbedaan ini
juga telah mempengaruhi mashaf kalifah Uthman, AKIBATNYA IA TELAH MENJADI
SANGAT RUMIT DAN PERKARA SULIT UNTUK MEMBEZAKAN APAKAH BACAAN ASLINYA! Bukanlah hal yang tidak adil atau ‘berat
sebelah’ untuk membuat kesimpulan bahawa keadaan yang cukup keliru tentang
al-Quran telah wujud pada tahun 300 Hijriah! Keadaan ini disebabkan oleh kerana
jumlah bacaan-bacaan berbeda-beda al-Quran yang berleluasa, serta pilihan dan
kecenderungan kelompok-kelompok Muslim tertentu bagi mashaf-mashaf al-Quran
SELAIN DARIPADA koleksi Uthman bin Affan.
Ilmuwan dan pakar
kajipurba/arkeologi Eropah Dr.Arthur Jeffery telah menghasilkan sebuah
karya berjudul: “Materials for the History of the Text of the Qur'an”
yaitu “Bahan-bahan Bagi Sejarah Suhuf al-Quran”. Karya ini telah
mendokumentasikan banyak bacaan-bacaan berbeda diantara koleksi-koleksi dan
mashaf-mashaf yang bersaing pada zaman SEBELUM proses
penyelarasan al-Quran yang telah diperintahkan oleh kalifah ketiga, Uthman
bin Affan.
Dr.Jeffery menyatakan bahawa
: “Apabila kita meninjau dan mengkaji cerita-cerita penyelarasan mashaf Uthman
b.Affan, amatlah jelas sekali kerja beliau tidaklah hanya sekadar
menghapuskan kejanggalan bacaan (seperti dipercayai oleh orang Islam),
tetapi merupakan satu tindakan polisi bagi menegakkan satu ‘teks/mashaf
piawai/standar’ untuk seluruh dunia Islam.”
Dr.Jeffery meneruskan ulasannya :
“Terdapat perbedaan-perbedaan
yang jauh sangat di antara mashaf-mashaf dan suhuf-suhuf yang telah
wujud yang telah dicantumkan ke dalam mashaf /suhuf kota-kota besar
Madinah, Mekkah, Basra,
Kufa dan Damsyik.
Akibatnya,
“Cara penyelesaian Uthman b.Affan ialah untuk beliau
menegakkan Suhuf Madinah, dan perintahkan supaya semua suhuf-suhuf yang
lainnya UNTUK DIMUSNAHKAN!”
Dr. Arthur Jeffery menyatakan bahawa:
“Tidak ada sedikit pun kekhuatiran dan kecurigaan bahwa suhuf
yang telah dipiawaikan (ditegakkan) dan dipilih oleh Uthman b.Affan ialah HANYA
SATU DI ANTARA BEBERAPA BANYAK MASHAF/ SUHUF-SUHUF YANG TELAH WUJUD
PADA ZAMAN BELIAU.”
Kesimpulan Dr.A.Jeffery ialah :
“Adalah jelas ketara bahawa Suhuf yang telah dipilih dan
diselaraskan oleh kalifah Uthman itu adalah HANYA SATU KOLEKSI ANTARA BANYAK
SUHUF-SUHUF YANG BERSAINGAN…dan juga terdapat banyak syak
wasangka yang cukup berat bahawa Uthman
juga telah merubah dan sunting suhuf pilihan beliau itu.
“Materials for the History
of the Text of the Qur'an” (“Bahan-bahan Bagi Sejarah Mashaf/Suhuf
al-Quran”) (Ibid. halaman ix-x; penekanan kami)
Cendekiawan yang cukup terkenal, W. Montgomery Watt,
mengulas perkara bacaan-bacaan yang berbeda-beda di antara suhuf-suhuf Abdullah
Ibn Masud dan Ubai Ibn Kabb, dan dia telah menulis :
“Tidak ada salinan-salinan mana-mana suhuf atau
mashaf-mashaf (al-Quran) terawal yang wujud pada hari ini. Tetapi
Senarai Bacaan-bacaan berbeda-beda kedua-dua suhuf-suhuf yang disebutkan di atas
itu ADALAH CUKUP PANJANG lagi ekstensif, senarai itu berjumlah sebanyak
SERIBU LEBIH BACAAN DALAM KEDUA-DUA Suhuf tersebut!”
(W.M.Watt, Bell's
Introduction to the Qur'an (Pengantar Kajian al-Quran) [Edinburgh:
Edinburgh University Press, 1970], hal.45; penekanan kami)
Cendekia dan tokoh British Sir Norman Anderson telah
menyatakan bahawa :
“Jadi walaupun suhuf Kufa milik Hafsah diterima secara umumnya
dalam dunia Islam, kepercayaan umat Islam yang lazim bahawa mereka hari ini
mempunyai ipsissima verba atau kata-kata sahih dari Muhammad,
tanpa apa-apa penyelewengan, hanya adalah satu kejahilan dan suatu hemat
yang berlandaskan kepada kebutaan sejarah, sebenarnya.
(Sir Norman Anderson, Islam
in the Modern World (Islam Di Dunia Moden) [Leicester: Apollos, 1990],
hal. 47; penekanan kami)
Tokoh Islamis Alfred Guillaume telah
memperhatikan bahawa :
“Kedua-dua Al-Kitab dan Al-Quran telah tidak dipeliharakan
dengan sempurnanya. Mereka masing-masing memiliki kecacatan dan
kesilapan-kesilapan tekstual dan kecelaan suhuf. Terdapat juga
pembacaan-pembacaan yang berbeda-beda di dalam suhuf-suhuf terawal…para
Kristian dan Muslim yang jujur akan mengakui hakikat ini.”
Guillaume bersambung ulasannya :
“Perbedaan jelas di antara al-Quran dan Al-Kitab hari ini,
ialah Gereja Kristian telah menyimpan dan memelihara secara rapi, semua
bacaan-bacaan (dan suhuf-suhuf) yang wujud…Sebaliknya, para Muslim zaman Uthman
b.Affan memutuskan bahwa adalah lebih sesuai sahaja untuk menghapuskan
sebanyak-banyaknya suhuf-suhuf serta dalil bacaan-bacaan yang berbeda-beda itu.
Ini dilakukan supaya satu dunia Islam akan membaca hanya satu suhuf al-Quran
yang telah diselaraskan oleh kalifah Uthman itu.”
“Fakta-fakta ini senantiasa harus dititik-beratkan
bersama-sama latar belakang dalil-dalil dari Hadith-hadith yang menyerlahkan
bahawa al-Quran yang ada pada hari ini masih lagi TIDAK LENGKAP.”
(Dipetik oleh Sir Norman Anderson, hal. 20-21; penekanan kami)
L. Bevan Jones menggulungkan dengan kesimpulan :
“...adalah satu hakikat [yang cukup benar] bahawa tidak ada
mashaf atau suhuf yang telah mengalami penghapusan dan pemusnahan yang cukup
luas dan ketara selain daripada koleksi al-Quran [semasa penyelarasannya].”
(Jones, The People of the Mosque [London:
SCM Press, 1932]
Adakah ini semua helah dan
konspirasi orang Kristian untuk memperkecilkan al-Quran? Jauh sekali! Jika
benar-benar begitu, tidak terdapat ilmuwan-ilmuwan Islam sendiri yang akan
mengulas dan membentangkan masalah awalan al-Quran ini. Tetapi, hujah-hujah para
ilmuwan Barat di atas juga menerima sokongan dari tokoh-tokoh dan ilmuwan Islam
sendiri.
Seorang tokoh Islam agung dan
pujangga terkenal, Ibni Khaldun, juga bersetuju bahawa sememangnya ada
korupsi di dalam al-Quran disebabkan pencatat-pencatatnya, mahupun hasil
daripada kesilapan-kesilapan sengaja atau sebaliknya :
“Tulisan Bahasa Arab pada zaman permulaan Islam bukanlah
sesuatu yang bermutu tinggi atau pun sempurna dari segi ketepatan atau
keunggulan. Ia juga bukan bermutu sederhana pun! Oleh
sebab orang-orang Arab pada waktu itu bersifat kasar dan keganasan padang gurun
dan tidak mahir atau arif tentang kesenian. Hakikat ini boleh dibandingkan
dengan apa yang telah terjadi kepada ortografi al-Quran oleh kerana keadaan
tersebut di atas. Orang-orang disekeliling Muhammad (termasuk para
sahabatnya) telah mencatit al-Quran di dalam gaya tulisan yang masih belum lagi
siap sempurna. KEBANYAKAN HURUF-HURUFNYA BERCANGGAH DAN BERTENTANGAN
DENGAN CARA ORTOGRAFI YANG WAJIB BAGI PENULIS-PENULIS YANG ARIF DALAM SENI
PENULISAN…Akibatnya, gaya ortografik orang-orang di sekitar Muhammad
diguna-pakai dan diikuti, dan para ilmuwan yang arif tentang gaya ini telah
memerhatikan ayat-ayat tersebut dimana gaya itu telah menonjol.”
“Dalam hal ini, janganlah hiraukan diri dengan
‘pujangga-pujangga’ yang tidak bertanggung jawab yang berkata bahawa
orang-orang disekeliling Muhammad adalah arif dengan seni menulis dan kononnya
tidak ada percanggahan-percanggahan di antara karya-karya mereka dengan gaya
dan tatacara ortografik yang betul. Contohnya, mereka cuba memberi penjelasan
bahawa tambahan huruf alif di dalam “la 'adhbahannahU”- ‘Saya akan
sungguh-sungguh sembelihnya’, bahawa sembelihan itu tidak berlaku ( lA 'adhbahannahU ). Tambahan huruf ya
dalam bi-ayydin ‘dengan tangan (kuasa),’ mereka cuba jelaskan
bahawa kuasa ilahi itu adalah sempurna. Ada banyak lagi bahan-bahan yang
tidak berasas seperti di atas, yang berlandaskan kepada andaian-andaian yang
wewenang dan ngawur semata-mata!
“Mereka ini percaya bahawa penjelasan-penjelasan seperti di
atas akan membebaskan orang-orang di sekitar Muhammad daripada tuduhan yang mereka
ini bukanlah penulis dan pencatat yang arif atau sempurna. Jadi, mereka
tidak mahu mengakui bahawa pencatit-pencatit ini sebenarnya tidak arif dan
tidak pandai dalam cara penulisan.”
(Al-Muqaddima, Ibn
Khaldun, Jilid. 2, hal. 382)
Petikan dan kutipan-kutipan di atas
membuktikan bahawa ahli-ahli ilmuwan dan para cendekiawan Islam sedar akan
kewujudan ratusan – malah ribuan, catatan-catatan al-Quran yang bertentangan.
Amatlah naïf untuk umat Islam mengandaikan bahawa suhuf-suhuf dan koleksi
tekstual Kitab Suci Injil yang berjumlah besar itu mencurigakan kesahihannya,
jika begitu tanggapan mereka, mereka juga terpaksa membuat kesimpulan bahawa
bacaan-bacaan berbeda-beda bagi al-Quran juga membuktikan bahwa al-Quran
sendiri adalah tidak berwibawa.
Sudah disenaraikan lapan orang para
ilmuwan yang pakar dalam bidang sejarah, sejarah mashaf dan suhuf serta
ortografi di atas, dan mereka semua mendapati bahawa memang ada asas bagi
sangsi-sangsi dan mencurigai kesahihan suhuf atau teks al-Quran yang wujud pada
hari ini. Hakikat ini pula dikonfirmasi oleh tulisan Ibni Khaldun, seorang
pujangga dan ulamak Islam yang terkemuka.
Sebagai penutupnya, sesungguhnya
Kitab Suci Injil adalah jauh lebih bermutu tinggi daripada al-Quran atau
mana-mana kitab kuno. Ini adalah kerana Al-Kitab umat Kristian mempunyai jauh
lebih banyak jumlah dalil-dalil dan bukti suhuf dan mashaf dan juga bukti-bukti
bersejarah yang mendukung dan menyokong kesahihannya.
Index Utama