返回总目录
Kesaksian & Kisah Benar Saudari Solehah
Kesaksian Solehah
Assalamualaikum, saudara dan saudari yang dikasihi Tuhan!
Nama saya Solehah, seorang Muslimah Melayu dari Semenanjung Malaysia.
Keluarga saya keluarga Muslim yang cukup tradisional dan kuat pegangan agama
Islamnya. Sejak awal-awal lagi saya telah diberi pendidikan keagamaan Islam yang
mendalam bagi membentuk perwatakan saya sebagai seorang Muslimah yang cukup
taqwa dan alim.
Pada peringkat sekolah rendah, saya juga dididik di sekolah madrasah dan
bermuqaddam, mengaji dan telah mendalami rukun-rukun Islam serta al-Quran
daripada ustazah-ustazah dan guru-guru agama Islam yang lain. Guru-guru agama
saya telah mengajari saya bahawa ada saranan dalam Islam yang utamakan
memperolehi ilmu walau pun terdapat di tempat yang cukup jauh seperti di negeri
Cina.Dari itu, saya telah banyak membaca dan tidak segan menanyakan banyak
soalan-soalan seringkali apabila saya kurang memahami sesuatu hal atau ajaran
dan lain-lain isu dalam Islam.
Banyak kali, tabiat saya ini tidak menyenangkan ustaz-ustaz dan guru-guru
agama saya! Tetapi, bukankah saranan Islam supaya kita menimba ilmu sebanyak
mungkin, walau pun sampai ke negeri Cina? Jadi, saya telah menanyakan banyak
perkara tentang Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang lain dalam Islam. Salah satu 'Rasul'
yang saya paling minati ialah Sayidina Isa a.s., yang juga digelar 'Al-Masih' di
dalam al-Quran. Oleh kerana Nabi Isalah yang paling menyerlahkan sifat-sifat
pengasih dan penyayang serta perikemanusiaan yang insaniah di antara rasul-rasul
yang lain, termasuk Muhammad, bagi saya. Saya telah menanyakan banyak sekali
tentang Sayidina Isa al-Masih kepada guru-guru agama saya, sehingga salah
seorang ustazah saya telah menasihatkan saya supaya saya JANGAN mengkaji atau
membaca Surah Fasal 19 yaitu Suratul-Maryam dalam al-Quran (Surah ini
mengandungi kisah Sayidina Isa yang agak 'panjang')! Saya pun hairan sekali.
Kerana guru agama saya ini sedang cuba menggugat dan menghalang saya daripada
menelaah tentang salah satu daripada enam Rasul Islam yang paling penting dan
utama!
Malah, dia juga telah menegah saya daripada membaca Kitab Suci Injil, yakni
'Al-Kitab/Bible (Bahasa Inggeris)' umat Kristian. Saya pun terasa kejanggalan
saranan beliau kerana halangannya bertentangan sekali dengan sikap 'menimba ilmu'
yang kononnya dipelopori oleh agama Islam! Dengan ilmu ini, saya rasa,
masyarakat majmuk dan 'pluralis' di tanah air Malaysia dapat menjambatani jurang
kesefahaman di antara masyarakat yang berbilang kaum dan agama yang wujud dengan
cukup ketara di sini! Lebih-lebih lagi, saranannya itu berbau merahsiakan
sesuatu yang dia ingin sembunyikan daripada perhatian dan kajian saya. Ini
bukanlah sekadar pengalaman saya seorang sahaja, tetapi boleh dikatakan
rata-rata majoriti orang-orang Islam telah secara lumrahnya diberikan nasihat
yang sama atau ditegah sama sekali daripada mengkaji agama-agama samawi seperti
Kristian/Masehi pada hari ini.
Akhirnya, saya telah pun memperolehi sebuah Kitab Injil (Bible
umat Kristian). Saya ingin mengkaji dan menyelidiknya, tetapi dengan sebuah
minda yang terbuka dan tidak tercemar oleh pra-sangka prasangka dan buruk sangka
lumrah yang ada dalam minda dan anggapan orang-orang Islam terhadap Kitab umat
Kristian! Saya sudah cukup mantap dengan cerita-cerita dan kisah-kisah
Sayidina Isa dalam al-Quran, kitab saya sendiri sebagai seorang Muslimah.
Akan tetapi, apa yang telah saya dapati di dalam Injil, adalah jauh lebih
lengkap dan rinci daripada kandungan kisah-kisah Sayidina Isa a.s. dalam al-Quran!
Misalnya, al-Quran katakan bahawa Isa adalah hanya salah seorang Nabi
dan Rasul Allah. Tetapi, Injil telah menyatakan bahawa, menurut
sabda Sayidina Isa A.M.sendiri, baginda telah menyatakan bahwa Baginda (Isa)
adalah jauh lebih besar daripada nabi-nabi Yunus dan maupun
Nabi Sulaiman - yang telah muncul sebelum kedatangan Isa Al-Masih!
Lihat KSI,
Matius 12 : 41-42.
Isa Al-Masih menyatakan bahawa Baginda pun sudah wujud dan ada
bersama-sama dengan Allah s.w.t. SEBELUM LAHIRNYA NABI IBRAHIM.A.S di dunia!
Kewujudannya ini bukanlah hanya sekadar sebagai 'buah fikiran' Allah swt, tetapi
sesungguhnya Al-Masih telah wujud sebagai 'Kalimat Allah' yaitu Firman dan Sabda Allah sendiri
yang ada pada Diri Allah, dari azaliah, serta tidak pernah berpisah daripada
Allah s.w.t. pada waktu apa pun!
KSI, Yohanes 8: 57-58, Yohanes
1 :1-4, 14.
Islam mengajari bahawa utusan dan risalah Nabi Isa adalah hanya untuk
umat Israel sahaja. Sayidina Isa sendiri telah bersabda :
"Saya
mempunyai domba-domba - yakni pengikut-pengikut lain, yang BUKAN DARI KAWANAN
INI (Yaitu
Bani Israel) [atau di luar dari umat Israel!] - Saya harus menjangkau dan
membawa mereka kembali kepada saya, dan mereka akan menjadi
pengikut-pengikut Aku juga!"
Injil, Yohanes 10: 16.
Sayidina Isa Al-Masih Sendiri telah berkata - Dialah satu-satunya yang
telah NUZUL [Turun] dari Syurga sebagai anugerah rahmat dan penyelamatan
Allah swt untuk SEMUA Manusia :
"Saya telah Turun - Nuzul, dari Syurga untuk menyempurnakan
kehendak Allah.."
Yohanes 6:38
"Dan inilah kehendak Allah: Bahawasanya sesiapa pun yang melihat
Kalimatullah (Putra-Nya Isa Al-Masih), serta meyakini akan Dia, akan
mendapat kehidupan kekal abadi. Saya Sendiri (Sayidina Isa Al-Masih)
akan membangkitkan mereka pada Hari Kiamat."
Yohanes 6: 40
"Sayalah 'Roti Hidup' itu yang telah NUZUL-TURUN dari Syurga,
sesiapa pun yang jamah roti ini akan hidup selama-lamanya (memperolehi
kehidupan kekal syurgawi), rotinya ialah tubuh-Ku, yang di berikan
kepada Manusia supaya mereka tidak akan dimusnahkan.."
Yohanes 6: 51
Juga pernyataan Baginda seperti berikut:
"Kerana hanya SAYALAH, YANG TELAH TURUN DARI SYURGA dan akan bangkit
kembali ke sana semula.."
Yohanes 3 : 13
Menurut Islam, kononnya Isa tidak wafat di atas Salib. Tetapi Isa
sendiri telah mengucapkan dan menubuatkan SEBALIKNYA, menurut kata-kata Baginda
sendiri:
"Sayidina Isa Al-Masih memberitahukan pengikut-pengikutnya (para
hawariyun) secara langsung dan dengan jelas bahawa Baginda harus pergi ke
Yerusalem (Baitul-Muqqadis) dan apa yang akan terjadi kepada-Nya di sana.
Baginda akan harungi sengsara di tangan para pemimpin di situ, dan juga di
tangan ketua-ketua agama. BAGINDA AKAN DIBUNUH, DAN tiga hari kemudian, dia
akan di bangkitkan semula."
Kitab Suci Injil, Matius 16 : 21, Juga di Markus 8 : 27ff dan Lukas 9:
18ff.
Semua ini sejajar dan sesuai sekali dengan sabda Sayidina Isa yaitu:
"Saya tidak turun ke dunia ini untuk dilayani, tetapi untuk melayani
orang-orang lain, DAN UNTUK MEMBERI NYAWA SAYA SEBAGAI SATU KORBAN YANG AKAN
MENEBUSKAN BANYAK JIWA-JIWA."
Matius 20: 28
Maksud pengorbanan Isa Al-Masih ini juga amat jelas dari kata-katanya -
yakni pengorbanan NYAWA Baginda sendiri :
"Tidak ada Kasih sayang yang melebihi ini: yaitu untuk seorang
mengorbankan nyawanya sendiri bagi pihak sahabat-sahabatnya! Kamu semua
adalah sahabat-sahabat-Ku jika engkau mematuhi perintah-perintah-Ku!"
Yohanes 15 : 13, 14
Serta :
"Aku adalah Gembala yang Baik; Aku kenali domba-dombaku dan mereka kenali aku,
sama seperti Bapa-Ku kenali aku dan aku kenali-Nya. DAN SAYA KORBANKAN
NYAWA-KU UNTUK DOMBA-DOMBA AKU. Saya miliki domba-domba yang lain juga,
YANG DILUAR KAWANAN INI, saya harus mengumpulkan mereka juga, dan mereka akan
kenal suara aku.."
Yohanes 10: 14-16
Umat Islam seringkali menuduh-nuduh umat Kristian kononnya mereka telah 'mendewakan'
/ 'mentuhankan' Sayidina Isa A.M. Tetapi ini juga adalah tuduhan palsu dan tidak
berasas, sekali lagi!
Dalam Kitab Suci Injil, sekali lagi, kita dapat mencari apa yang Sayidina Isa
sendiri telah berucap dan berkata-kata kepada khalayak ramai di muka umum,
tentang Dirinya sendiri. Sebagai contoh, Baginda telah berucap seperti berikut:
"Philip, tidakkah engkau kenal SIAPA DIA AKU? Semenjak waktu permulaan
Aku telah bersamamu? Sesiapa yang telah melihat Aku, sudah pun mengenal (melihat)
Allah Bapa (yaitu Tuhan Allah)!
Yohanes 14 : 9
Dan juga:
"Allah Bapa dan Saya adalah SATU.."
Yohanes 10 : 30
Serta :
"Sadarilah bahawa Allah adalah di dalam Aku, dan Aku sendiri
adalah di dalam Allah Bapa."
Yohanes 10: 38
Jadi, sudah amat jelaslah bahwa Sayidina sendiri telah menyatakan
bahawa diriNya adalah SATU dengan Tuhan Allah. Ini bukan dari kata-kata
mana-mana manusia yang lain, selain dari bibir Sayidina Isa A.M. sendiri!
Dari itu, ada juga ramai polemis Islam yang telah cuba mencurigakan kesahihan
Kitab Suci Injil pula! Kepada mereka, saya syorkan bahawa semua hujah-hujah dan
usul-usul tuduhan mereka sudah pun ditangkis dan telah disangkal secara ilmiah
dan berdasarkan fakta-fakta ilmiah.
Para pembaca dijemput untuk mengkaji dengan teliti dan hati-hati makalah-makalah
dan dalil-dalil di link ini:
KESAHIHAN AL-KITAB DAN KITAB SUCI INJIL
Lewat satu malam, setelah saya dapat membaca kedua-dua al-Quran dan Injil, di
kamar Hotel saya di pantai Timur Malaysia, saya terasa terharu dan membuka Al-Kitab
/ Kitab Suci Injil sekali lagi, sebaik sahaja saya telah renungi kandungannya,
rasa aman-damai telah datang serta menenangi jiwa dan raga saya. Ini bukan
secara kebetulan sahaja! Beberapa hari sebelum itu, saya telah mengalami
pengalaman yang sama juga. Setiap kali saya buka dan menelaah Kitab Suci Injil
itu, perasaan damai sejahtera sentiasa menenangi jiwa saya! Tetapi apabila saya
cuba membaca dan telaah al-Quran, perasaannya sangat bertentangan sekali!
Selalunya perasaan keresahan, gelisah dan tidak senang hati merupakan pengalaman
yang lumrah bagi saya.Ini terjadi walaupun saya telah berwuduk dan 'menyucikan'
diri sebelum menyentuh kitab Suci al-Quran saya itu.
Pada waktu malam yang indah itu pula, angin laut sepoi-sepoi bahasa
mendinginkan suasana di bilik Hotel kami, saya telah membaca Al-Kitab sekali
lagi, dan kali ini, saya telah merasa keyakinan dalam hati saya yang semakin
mendadak, saya diyakinkan bahawa malam itulah malam penentuan bagi saya. Tidak
syak lagi, saya telah serahkan diri saya kepada kuasa Allah dan Sayidina Isa Al-Masih
yang saya peluki sebagai penyelamat saya dari segala dosa-dosa saya dan
junjungan saya yang sebenar!
Selepas itu, saya telah pun memberitakan hal ini kepada suami saya, dan dia
juga telah menerima hakikat dan risalah Sayidina Isa Al-Masih untuk
dirinya sendiri! Halleluyah! Segala pujian dan kemuliaan kepada Allah! Pada hari
ini, saya dan anak-anak saya sudah pun bertaubat dan mereka juga sudah
menyerahkan kehidupan, masa depan mereka di dunia dan di akhirat ke dalam tangan
Allah SWT yang juga Allah Bapa mereka, melalui junjungan Sayidina Isa Al-Masih
yang sejati dan yang sebenar!
Semoga Allah sendiri akan mencelikkan mata dan hati anda semua kepada
siapakah Sayidina Isa A.M yang sebenar itu bagi anda sekalian!
Sekian, Wasallaam.
Indeks Utama