返回总目录
Kesaksian Faisal
Kesaksian Faisal
Nama saya Faisal, saya dilahirkan dan telah dibesarkan di salah sebuah negara
ASEAN. Saya diperbesarkan sebagai seorang Islam dan saya sendiri telah mengikut
cara hidup seorang Muslim yang cukup alim.
Kisah benar saya ini bermula semasa penghujung Tahun Kedua saya di Universiti.
Apabila saya telah ziarah ke luar negara bagi tujuan menyambung pendidikan tinggi
di Universiti, saya tidak bersangka atau bermimpi untuk memeluk ajaran Isa Al-Masih
yang sebenar, atau samada Hazrat Isalah sememangnya telah membawa satu-satunya
Jalan yang Lurus ke Tuhan.
Untuk beberapa lama saya telah mengkaji Teologi (Fikah) Kristian melalui kacamata
prasangka-prasangka saya yang sempit, oleh itu saya tidak meminta sahabat-sahabat
Nasrani saya bagi keterangan yang lebih lanjut, sehingga saya telah melibatkan
diri dalam satu dialog agama. Dengan tiba-tiba, minat dan tumpuan saya dalam
pendebatan agama telah dibangkitkan semula. Semasa saya berdialog secara ini
dengan mereka, saya telah kenali seorang Kristian bangsa Arab.
Saya telah amat berwaspada terhadap Nasrani Arab ini, yang juga seorang imam
di gerejanya. Saya pun bertekad membuktikan kes saya kepadanya. Kami bermula
dengan membincang banyak perkara tentang agama Islam dan Kristian. Saya juga
telah bermula merenungi banyak hal-hal yang telah menyusul. Banyak juga soalan-soalan
yang telah timbul semasa kami menjalani perbincangan kami. Misalnya-Apakah jaminan
akhirat atau tempat di jannah bagi umat Islam? Apakah Manusia diciptakan hanya
untuk fungsi sebagai hamba dan khadam Tuhan semata-mata? Ataupun Manusia sesungguhnya
boleh mengalami perhubungan peribadi dengan Tuhan Penciptanya yang jauh lebih
intim daripada itu? Kalau diajarkan dalam al-Quran bahawa Allah telah mengampuni
Adam bagi pengingkarannya, kenapakah Adam tidak dibenarkan kembali masuk ke
dalam Taman Firdaus sesudah diampuni dosa-dosanya?
Kitab Suci Injil pula memiliki sokongan fakta-fakta sejarah yang amat kukuh
sebagai kesaksian kepada kesahihan dan ketulenannya. Saya sendiri telah mengkaji
dan menyelidiki sebahagian daripada dalil-dalilnya hanya dengan bimbingan Tuhan
sahaja dan terkagum dengan kesaksian dalil-dalil itu. Perkara-perkara ini telah
begitu memikat perhatian dan minat saya sehingga saya tidak mengkaji mana-mana
buku atau Kitab selain daripada al-Quran dan Kitab Suci Injil selama beberapa
bulan yang telah menyusul!
Persoalan di atas masih tidak lagi terjawab. Sambil saya telah berkenalan dengan
sahabat-sahabat Kristian yang lain, saya mendapati bahawa mereka ini sesungguhnya
amat tulus ikhlas dan prihatin. Pada mulanya saya sentiasa berwaspada dan mencurigai
akan keikhlasan mereka disebabkan oleh pengaruh dan pra-sangka saya yang sempit
iaitu orang-orang ini sengaja 'berbaik-baik' terhadap saya hanya untuk 'mengkristiankan'
saya.
Tetapi kemudian, setelah saya lebih berkenalan dengan mereka saya menyedari
bahawa mereka ini benar-benar mengambil berat tentang saya sebagai seorang insan,
dan bukan hanya dianggap sebagai sasaran mereka untuk diinjili. Justeru itu,
saya telah menyelidiki lebih mendalam lagi ke dalam ajaran Kristian dan membandingkannya
dengan Islam.
Tentang perjalanan rohani saya, ianya belum lagi begitu matang pada masa itu,
agak kucar-kacir adanya. Keraguan dan kegelisahan mula melanda saya dan saya
kerapkali berpaling kepada Tuhan dan meminta bimbingan daripadaNya. Bila saya
mengkaji Kitab Suci Injil (Bible), ada nas-nas yang membawa kesan yang begitu
mendalam pada jiwa saya seolah-olah Allah sendiri sedang membimbing saya dengan
firman-Nya.
Walau bagaimanapun, pada satu ketika saya nyaris-nyaris berputus asa dalam
pencarian saya, iaitu diakhir penggal semester saya itu. Pencarian saya itu
diberhentikan buat sementara, dan saya pergi berkelah dengan sahabat-sahabat
saya itu. Semasa perkelahan itu kawan-kawan saya akan adakan pengkajian Kitab
Suci pada waktu petang, tetapi saya tidak mencebur diri dan hanya duduk di suatu
sudut jauh sambil memerhatikan mereka.
Pertalian silaturrahim yang erat lagi rapat di antara mereka semua tidak dapat
melepasi perhatian saya. Walaupun mereka ini semua individu-individu yang berbeza
dan berlainan peribadi mereka, perhubungan seikhwan mereka yang akrab amatlah
menggalakkan. Imbasan kembali saya kepada apa yang telah dikaji tentang agama
Kristian akhirnya menjadi jelas kepada saya dan telah mendorong saya membuat
keputusan yang sewajarnya.
Tetapi saya masih melengahkan keputusan saya - kerana sedikit kegelisahan atas
reaksi daripada ramai orang. Tetapi akhirnya saya insaf akan kewajipan saya
untuk melangkah ke Jalan Tuhan yang sebenar dengan sungguh-sungguhnya.
Pada hari terakhir perkelahan itu, selepas renungan dan
berfikir yang secukup-cukup masak dan juga berdoa, saya akhirnya
membuat pengakuan bahawa terdapat penyelamatan dan kesejahteraan
dunia dan akhirat hanya melalui Al-Masih Isa sahaja!
Sungguh cepat sudah masa dilalui. Kini saya ingin menyampaikan khabar baik
mengenai Al-Masih dan anugerah rahmat kasih-sayang Tuhan yang sungguh indah
ini sesudah tamatnya pengajian saya. Saudaraku Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,
secara ikhlasnya dan dengan penuh kejujuran saya seru supaya saudara-saudari
semua - Ketepikanlah prasangka-prasangka terhadap Injil, umat Nasrani dan al'-Masih
Isa sendiri yang selama ini dipelopori sesetengah umat Islam walaupun hujah
mereka itu tidak berasas.
Pertimbangkanlah kesaksian kami ini dengan hati dan fikiran yang terbuka tanpa
dipengaruhi oleh prasangka-prasangka sempit lagi tidak berasas itu.
Berhubungilah saudara Nasrani kita dan kemukakanlah soalan-soalan kamu kepada
mereka tanpa was-was. Satu soalan saya ingin tanyakan saudara-saudara Islam
saya. Pastikah kamu semua di mana kamu akan pergi sesudah kamu meninggal dunia?
Renungilah hakikat dan persoalan ini sedalam-dalamnya oleh kerana kehidupan
di dunia ini adalah hanya sementara sahaja. Bagi diri saya sendiri, saya sudah
tentu dengan jaminan janatulnaim dan penyelamatan jiwa saya. Dan ini pula dijaminkan
melalui fidia atau korban tebusan agung yang telah dilakukan oleh Hazrat 'Isa
al-Masih melalui pengorbanannya di atas Salib, yang telah menyelamatkan saya
daripada maut. Saya yakin dengan minda, hati dan jiwa saya sepenuhnya bahawa
dia sesungguhnya satu-satunya Putera Tuhan yang telah diutus-Nya.
Doa-doa saya adalah bersama kamu semua.
Faisal
Indeks Utama